Friday, July 30, 2010

buat anak tau... bagi anak makan tak mau...

Atas soalang brilliang Puan Pisang semalam, entry hari ini dedicated untuk bercerita serba sedikit US system yang aku suka dan yang tak suka.


System yang aku suka yang tiada di Malaysia,

The Child Support Enforcement (CSE) Program is a Federal/state/local partnership to collect child support: We want to send the strongest possible message that parents cannot walk away from their children. Our goals are to ensure that children have the financial support of both their parents, to foster responsible behavior towards children, to emphasize that children need to have both parents involved in their lives, and to reduce welfare costs.

Kata officemate abe gapo, orang sini kahwin minimum 2 kali.... quote yang entah mana datang sumber kebenarannya tapi sudah menjadi satu tanggapan umum tentang institusi perkahwinan di sini....
itupun kalau ada yang berkahwin....
atau anak je banyak tapi tak pernah kahwin.


Tools yang program ni guna untuk kutip child support dari biological parent
1. sekat gaji
2. gantung driving license atau business license
3. beku hartanah
4. gantung passport
5. cagaran hartanah
6. bekukan tax refund.


Canggih kan?

Dalam siri teen mums di truTv ada episod bilamana pakwenya tak bekerja, makwenya masuk court mintak court order untuk dapatkan child support.

Child support di bayar ke satu agency untuk di monitor pembayarannya sebelum diserahkan pada si penerima. Oleh itu jika tiada pembayaran, langkah2 di atas akan diambil oleh pihak agency. Tak perlulah mak budak tu turun naik court lagi..

Unlike Malaysia.... sendiri bayar pada ex-bini.... alamatnya depa buat bodoh je dan berleluasalah laki-laki hampeh tu bersuka-ria dengan bini baru/awek baru...




System yang aku tak suka yang tiada di malaysia...

Setelah bertungkus-lumus mendapatkan lesen memandu Oklahoma sebulan seminggu yang lepas...... oleh sebab dah pindah state...

Kena ambil written driving test untuk dapatkan lesen memandu North Carolina pulak.... errgghh..... baca buku balik.... bangun pagi lagi..... beratur......

Kalau dalamasa 5 tahun di sini berpindah-randah ke 50 state (5 tahun ke? abe gapo kata 3 tahun je kot..huhu...)...... nak pencen nanti aku jual lesen-lesen antik tu kat ebay.

Thursday, July 29, 2010

cantik beg.... hanoi mari jugak kaaa....?

Sekarang jam 4.45 sebelum subuh. Aku tengah bersahur.

Oleh itu adalah dimaklumkan bahawa any update di blog Silver Linings Saga oleh Mrs T dari Pennsylvania (aku belasah teka je dari konter trapik) dan Patin Pasta dari Espanol tidak akan aku baca sebelum waktu berbuka puasa.

2 blog ni letak gambar biskut kering dengan air suam pun dah buat aku meroyan nak buka puasa.

Aku bukan peminat tegar handbag.... purse... shoes...accessories.....
seriously jalan-jalan bawak beg plastic wal-mart pun aku tak kisah....(owh siapakah wanita ayu yang selekeh itu..)..

Aku bukan perasan memuji diri sendiri..... ayu tu stands for mel-AYU daa.....

Terdetik nak menulis mengenai handbag sebab member mintak tolong survey bag LV dan coach. (kenapa handbag coach disebut "koch" manakala coach untuk sofa di sebut "ka-uch" ???....) Entah.

Mulanya aku berikan website coach di http://www.coach.com/.

Authentic coach handbag dengan price ranging between usd200-300. masih murah berbanding harga di Malaysia dalam rm1600 sebijik...

Huh! aku kalau bawak handbag ni tak berbaloi sungguh.... beg je mahal, isi dalam ada seploh hengget je... err... dengan driving license.

Ada tak aku cerita orang di sini takde kad pengenalan, mykad bagai..... samada depa pakai driving license atau passport.
Passport? sebab banyak kes suspended license sebab drunk driver ka... tak bayar child support ka.... bengap tak mau ambik test ka.....

Lepas tu member mintak carikan coach factory outlet pulak..... memang lah factory outlet ni murah..... murah sangat!...
semua tak jejak usd100! biar betik!

Aku yang bukan peminat handbag pun terbeliak mata dok teliti satu-persatu sambil berangan nak borong 3 bijik sekaligus untuk dapatkan free shipping.


Aleh-aleh baru aku perasan..... FAKE daaaa......
mana aku tau?

heh... Datuk K kan menyatakan kecintaannya pada si Siti dengan LV berharga rm40k nya...... jadinya laki aku pun belikan untuk aku jugak..... lagi mahal.... 360 REBU...... duong vietnam..


Ini salah satu contoh LV fake di mana tulisan LV di tengah dan tepi beg tak sama tinggi kedudukannya.

Dan few others tips nak kenal fake LV korang layari utube ek..... verylah interesting.
Kira laki aku belikan LV untuk aku belajar benda baru..... think positive la yea....

Dan coach factory virtual outlet ada berlambak di google.



dari luar nampak cantik kan... macam real.
Harga tak sampai usd70.... kalau di Malaysia dalam rm100 lebih dan di hanoi boleh dapat bawah rm100.... pandai bargain boleh dapat rm50 saja ... tak tipu...menurut pengalaman laki aku..

Kebanyakkan web letak gambar dari jauh tapi web ni siap bagi gambar tepi, bawah, dalam bagai......

haaa.... silap banyaklah....



Menurut doktor Google..
salah satu cara mengenali coach handbag yang fake adalah di mana bila kat luar bag ada design capital CC, dalam beg should be blank fabric..... takde design CC lagi...

Therefore yang ni sah fake....
yang aku fahamlah menurut utube..... kang salah tulis mengamuk orang yg pakai authentic coach..... udah free-free aku kena saman.

Sekian pelajaran orang dah mula start berpuasa hari ni....5.10 pagi dah masuk subuh....

Wednesday, July 28, 2010

kena bagi tip? dalam rupiah bolehlah!

Semalam hari yang amat menggembirakan aku sekeluarga..... no more tidur atas quilt nipis...yeay!!

Truck dah sampai dari Los Angelas katanya... hek?

Los Angeles dengan Tulsa tu lain arah tau.... apesal barang aku boleh melencong ke sana pulak?




Ngam-ngam 10 hari dari tarikh pindah keluar dari Tulsa dan badan aku pun sebenarnya dah tak sakit tidur atas lantai.... dah tak mengada aleh-aleh tilam pun sampai..... sambunglah mengada balik ...






Hari ni masih kemaruk basuh baju.... semalam 3 trips, hari ni 3 lagi....



Satu perkara aku belajar budaya di sini ialah sedekah tips untuk semua servis... pergi salon bagi tips, makan di restoran pun nak tips, orang datang pasang tepon tunggu tips, pasang cable, hantar barang....heeeekkkkk!!!!!!

Kalau rupiah dengan senang hati tutup mata hulur 10 rebu tau.....

Di sini rate tips nya dalam 10%..!! SEPLOH PERSENG!!!

Kalau pakai movers kena $1500, tips nya $150??!!!! cuba convert sat!

Oleh sebab aku foreigner, buat bodo jelah....heh....

Tapi hulur le sikit buat lunch depa..... nak bagi lebih-lebih...sowi.... aku belum cukup kaya untuk tidak berkira....

Udah tu.... ketibaan barang-barang bukannya sempurna seperti masa load masuk truck.

Ni meja komputer cap ayam beli kat wall-mart. Cap ayam pun bukan harga sardin cap ayam tau... convert mau cecah rm100 gak.





Jadinya kerja hari ni pi kejar claim department.


Claim jangan tak claim.... seposen pun aku claim balik!

Orang sini pantang buat keje sikit manjang nak sembelih ..... connect eletricity depa charge $21, bila disconnect depa potong deposit $40.... bukannya susah..on off switch je.. suka-suka hati perut....

Deposit apartment lama $200 pun macam senyap je takde berita... email tak balas, tepon manjang takde...


Walaupun banyak perkara buat aku sakit hati, sekurang-kurang terubat hati tengok apartment padang bola dah di make over jadi "ada rupa rumah" dah....

Tuesday, July 27, 2010

Pink Stilletos

Semalam kaktek puasa. Fajar jam 5 sampai maghrib 8.30 malam.

Plan asal sampai sini winter time, itu yang bermalas-malasan nak mambayar nya... aleh-aleh sampai summer time.... nangeh.

Oleh sebab puasa, malas nak perah idea..nanti penat, habis budak-budak kena marah tak pasal-pasal. Jadinya aku luangkan masa pi bertandang ke rumah orang.

Jumpa blog ni di nuffnang. Cute sangat blognya termasuk si penulis yang comel. Berblogging lebih 4 tahun walaupun umur baru jejak 26....


The Pink Stilletos.blogpot.com




Cerita dari bujang sampai dah nak masuk anak 2, passionnya pada kasut, handbag and all the makep-mekap yang aku tak paham tapi admire dia punya cara penulisan yang agak matang tidak menampakkan langsung setara dengan umurnya yang masih muda berbanding blog lain yang gedik (termasuk blog aku..huhu...)

Korang pilah skodeng ek.... 4 tahun tu banyak dah entrynya... yang aku sempat skodeng cerita di mana dia terpilih antara blogger yang dapat pengalaman menggunakan boeing 747 MAS stimulator , cerita kawen. beranak dan macam-macamlah.

Atas sebab-sebab yang aku tak tahu, blogger.com tak dapat detect feed dan url blog ni jadinya dia dok kat spot paling bawah bloglist. Esok-esok kena try balik add dalam list.






Ini hidangan berbuka puasa semalam. Sempat snap gambar sebelum masak je... dah masak sendiri mahu hengat.

Monday, July 26, 2010

sudah 11 tahun spenda mu ku basuh..

Genap umur abang 11 tahun, tahun gregorian. Selama 11 tahun tak pernah berenggang tidur lain rumah dengan aku selain aku tidur di hospital sebab dia dapat adik... adik-adik.... errr.... 3 kali adik..



Oleh sebab malam minggu, bapaknya ambil kesempatan dine out di Malaya Cuisine own by chinese malaysian. Mee goreng seafood dan nasi goreng seafood.




Bila off flash gambarnya gelap.. bila on flash , terang tak nampak apa pulak. Aku tengok gambar-gambar adik patin pasta tu cantik je walaupun kamera cap ayam... heh....



Compliment fried ice cream dari James (kat mesia nama dia Lim Ah Beng..... aku teka..) dengan roti canai 2 keping tak sempat snap gambar.




Aku dapat tengok je.....





sebab cik mat dah start panjat meja sambar ais kerim abangnya...





Beli kek di Food Lion... sedapnya icing whip creamnya.... $5.99 saja.... kalau di malaysia 1 kilo kek kat La Boheme pun dah rm27... icing murah guna majerin...

errr... bantal tegak belakang tu bukan majik .. budak-budak buat main khemah-khemah.

Furniture belum sampai... masa aku call tadi depa jawab..

"The delivery is between 2 to 10 working days, madam..."

Hek? bila masa perkataan WORKING tu timbul dalam kontrak?

Rasanya kalau aku call sekali lagi depa mesti jawab...

"The delivery is between 2 to 10 working days according to Pluto time , madam..."

Oleh sebab semalam dah kena heart-attack 7 skala richter..., hari ni aku dah immune.... cool....

Sunday, July 25, 2010

Tipah tertipu lagi...

KES 1

Apartment aku sewanya $870 sebulan.
Kata minah leasing office tu masa deal dengan abe gapo.. ada 2 option..

1. Kontrak 3 bulan, monthly rental $870
2. Kontrak 6 bulan, monthly rental $960

Macam tak lojik... kenapa A nampak lebih untung dari B?
Jawapan minah tu...... lepas 3 bulan maybe there's possibility the rental will be fluctuate..... maybe..I don't know...
dia sebut MAYBE... ek.... MAYBE.... dan tambahan I don't know lagi...

Mana korang rasa menjadi pilihan abe gapo?
Tentulah A kan..... walaupun aku rasa macam ada udang disebalik mee...

Bila dapat written kontrak hari ini melalui mail ... (nampak sangat tak berani nak bagi berdepan..)
katanya lepas habis kontrak 3 bulan , ada 2 option lagi...

1. sama ada sambung lagi 3 bulan dengan sewa $1080...(!!!!!!) gila babun punya banyak beza fluctuate ??!!
2. atau sambung lagi 12 bulan dgn sewa $960....

macam biasa breach kontrak kena penalti...
taknak sambung kalu.... bagi notis 60 hari.... kurang 60 hari, penalti jugak!

Apa perasaan anda? apa perlu aku lakukan?

Menyusahkan diri pindah apartment lain selepas 3 bulan? arrrgghh...




KES 2

Abe gapo beli kereta di Arkansas dengan insuran $240 selama 6 bulan.
2 bulan kemudian pindah ke oklahoma kena tukar alamat dan depa bagi quote baru..... $390 untuk 6 bulan (??)
Untuk 2 biji kereta jumlahnya $800 untuk 6 bulan.

OK lah... masih tak terkejut sangat...

Sebulan setengah kemudian pindah ke North Carolina, tukar alamat lagi, quote baru untuk 2 buah kereta adalah $1800 untuk 6 bulan (aku dah jadi hulk...speechless.... GGGRRRRRr.......).
Setahun bayar insuran kereta je dah sama harga dengan kereta abe gapo..

Bila bertukar state seolah-seolah berpindah ke negara yang berbeza... rules yang berbeza, tax yang berbeza...

Coverage insurance tetap sama dan aku dah malas nak ambil tahu kenapa harga naik walaupun menggunakan company yang sama....

Sudahnya abe gapo revoke policy tu dan tukar insurance company yang lain.... dapat murah dari asal.... $340 untuk 2 buah kereta selama 6 bulan.
Dan of course dah murah ni sah banyak cekadak masa nak claim...
but hey.... dah namanya insurance company kan.... yg mahal pun belum tentu senang buat claim.

Apa perasaan anda?


Aku dah tak larat nak study kenapa system org sini macam tu. Tak habis-habis bagi aku heart-attack..

Friday, July 23, 2010

alang-alang suka gaduh...pi gaduh betul-betul!

Budak-budak ni dah 2 bulan menganggur..... gaduh sesaja kat rumah. Kejap-kejap syasya nangis abang buat... kejap-kejap ajik nangis abang buat.... kejap-kejap suara abang tinggi mencecer atau marah adik.... sedangkan selama ni dia bukan kaki buli adik. Selalunya dia yang kena buli dengan adik-adik... errr....

Aku anggap dia dah kebosanan di rumah atau bakal mencapai peringkat puberty tak lama lagi dan mula rasa tak mahu diperkotak-katikkan lagi dek adik-adiknya.

Dan oleh sebab aku wanita sejati, tak ada pengalaman menghadapi perasaan anak lelaki yang bakal menempuhi alam dewasa...hah.. lepas ni godek gugel pasal pubertylah gamaknya...

Untuk mengurangkan sedikit tekanan pengangguran dan amat berharap penghijrahan buat kali ini berkekalan agak lama dari sebelumnya, budak-budak ni sudah didaftarkan ke kelas taekwando.

Lepas ni siapa buli siapa, nasib kena terajang !



Taekwondo (태권도; 跆拳道; Korean pronunciation: [tʰɛkwʌndo])[a] is a Korean martial art and the national sport of South Korea. In Korean, tae (태, )means "to strike or break with foot"; kwon (권, ) means "to strike or break with fist"; and do (도, ) means "way," "method," or "art." Thus, taekwondo may be loosely translated as "the way of the foot and fist" or "the way of kicking and punching."


Ini simbol Optimum Taekwando Academy yang macam simbol montessori je..huu... 2 minit driving dari tempat tinggal.



Yuran .... peeerggghhh..... aku terbayang-bayang set korelle yang meluncur laju ke angkasa jauh....jauhhhhhh.......jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..... uhuk..uhuk....


Slot ni time tak ramai student. 4 orang je... 3 anak aku, sorang lagi anak orang lain...bukan anak kucing..


Cik Mat kyusuk menyaksikan abang-abang kakaknya berlatih sambil kadang-kadang imitate apa yang depa buat.....

Nasib baik ko kecik lagi.... kalau idak, lagi nangeh ibu kenangkan korel-korel itew....

geram jangan engkau geram... arrghh!!


Rumah masih macam padang bola.... orang datang install cable tv, orang datang masukkan telefon rumah, orang datang betulkan toilet.... adeh..segan biar orang tengok rumah macam padang bola....

Badan dah mula sakit tidur malam takde tilam.... adeh... tension!

Pakcik boroi install cable tv tu tertonggeng-tonggeng mengisi borang sebab tak reti duduk atas lantai.... letih tengok dia menonggeng... tak seksi langsung!

Rumah sini depa tak pasang lampu syiling dalam bilik. Kena beli sendiri. Emm.. malas nak menambah harta.... payah nak pindah... jadinya bilik tidur biar gelap khas untuk tidur semata-mata.... alasan yang aku guna.

One thing aku suka pasal apartment ni laundry space nya comel je dok dalam closet.


Cuma malangnya mesen basuh aku ntah kat mana.... masih kat storage movers atau dah atas jalan raya..
Emmmm... rasanya tak gerak lagi.





Maka berlonggoklah pakaian belum basuh.....
Siapa larat nak basuh tangan .... 6 kepala punya baju....







Adalah aku basuh juga sikit-sikit tapi masalah nak menyidai ......baju sidai dalam apartment ambil masa 3 hari baru kering.



Tiap kali aku tengok luar... nampak pokok.... geramm..

nampak pokok ..... gerammMMMM......

nampak pokok.... GERAMMMMM.......

errr... aku kalau nampak pokok tu...gerammmmm... je nak gantung baju kat situ!!


arrrghhhhh!!!!!!!!

Thursday, July 22, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun?

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun (Harian
Metro)
2010/07/20

LONDON: Pakar penyelidik
kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun
.

owh... patutla aku terasa cantik je ...... kak tek kan baru menyambut ulangtahun yang ke 31 (campur 7) bulan march yg lepas.... ngee....

Wednesday, July 21, 2010

tulsa to charlotte part 2



Ahad pagi lepas subuh terus bergegas sambung journey dari Memphis. abang dan ajik je lepas tido atas katil malam tu..... yang lain bergelimpangan atas tikar atas lantai...... asian style..heh...









2 jam perjalanan singgah bekfes di waffle house ... makan waffle lar... telan jelah sambil membayangkan aku suap nasi lomak sambal sotong dalam mulut...nyum..






Then sambung jalan....

jalannnn.......

jalannnnnnnnnnnn......................

jalannnnnnnnnnnnnnn..........................

dok kat high-way je so tak dapat lah nak bagi konklusi apa-apa sangat.... aku nampak jalanraya je...

cuma sepanjang perjalanan sebelum sampai memphis aku nampak signboard nama kampung seperti Lebanon, Palestine.... serius tak tipu....

Melepasi Memphis nampak nama kampung seperti knoxville, ashville, feyetteville...... dok gak tercari-cari Smallville.., boleh aku cari superman tumpang terbang sampai Charlotte.

Sakit montot...!!!!!. kematuuu.......!!!! sakit pinggang........!!! huwaaaaa.........!!!!!
Tak gak sampai-sampaiiii!!!!!!!!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(blank space sebab aku tido...heh.....
abeehh.. abe gapo tak bagi aku drive langsung........ tidolaaa.....)

Akan tetapi..... perjalanan hari Ahad yang memakan masa 11 jam berakhir sudah dengan konklusi....





Kalau di Tulsa aku rasa macam dok kat Dubai, sampai north carolina aku rasa macam kat Europe....
Betullah kata orang Amerika yang besar punya segala macam pemandangan di dunia.






Dan sampai di apartment........ BIG YEAYYY!!!!!!



Serius penderitaan berakhir... macam sakit nak beranak akhirnya lega kepala baby dah keluar...

Maapkan le rumah aku yang macam padang bola. Barang-barang ntah kat Dallas lagi kot... seminggu lagi baru sampai. Oleh sebab aku tak mampu pakai dedicated movers yang berharga 4 rebu dollar untuk barang aku sorang .... aku punya barang depa sumbat sharing dengan barang orang lain dan tunggu cukup demand untuk di hantar ke Charlotte.

At last penghijrahan yang berbaloi-baloi..... apartment ground floor, sejuk dari Tulsa dan mat salleh adalah kaum minoriti. Sini ramai sungguh foreigner... dari asia-pacific, middle-east dan black.

Certain area agak crowded tapi black di sini ala-ala level oprah le... educated... dress up dan stiletto kaler merahhhh... tak selekeh seperti yang aku jumpa sebelum ni.
Saiz manusia di sini pun taklah semengah minah omputih di tulsa.

Semengah ek..... ala-ala mengah naik tangga arr..... aku guna perkataan yang betul taw...

Cumanya SOP depa kurengle sikit... kalau omputih Tulsa manjang suka greet orang....
keplastikan courtesy omputih bak kata kak Nayah...

how are you today?
korang jawab ok fine je...

takyah cakap panjang-panjang...depa bukan nak dengar... depa dah di latih untuk tanya soklan tu ... jawapan korang depa not interested!.

Kat sini shopping takdok sape greet.... macam shopping kat carrefour alamanda atau jasko time takde kempen berbudi-bahasa...

And i feel like home....ngeee.... apatah lagi kena cepatkan sejam...

Maknanya 2 hari perjalanan mendekatkan aku sejam lagi dengan malaysia..... lagi 12 jam atau 24 hari perjalanan lagi....... aku sampai Malaysia!!

Tuesday, July 20, 2010

tulsa to charlotte part 1

Kita back track cerita bermula Sabtu lepas seolah-olah korang memang beriya nak tahu apa yang berlaku...haha.... bagi can le aku syok sendiri....



Bermula dengan movers yang datang jam 10 pagi dan mula packing barang-barang besar.

Diorang re-pack balik tilam aku sebab tak ikut depa punya standard... elehhh... they all punya tactic nak up kan cost le tu...




Cara packing depa memang professional tapi dari estimated cost dari $1100 naik $1500 ....
$400 extra tu sebab rumah aku tangga tinggi dan selebihnya harga shrink film dan ducting tape yang depa guna..... lojiktak?
Memang tak lojik kalau korang kata lojik.

Aku malas nak gaduh...serius. Dah baca dalam review memang ramai yang mengeluh dengan hidden cost ni dan aku tak punya banyak masa untuk figure out cemana nak travel dengan minimal cost.
Mamat tu pun nampak sangat gayanya takmau tawar-menawar tang hidden cost tu.

Abe gapo buat keputusan nak bawak aku pun cuma seminggu lebih yang lepas. Pindah-randah ni sepatutnya buat perancangan sebulan awal paling tidak. Jadinya.... bayar jelah...

One thing yang aku perasan semua moving company kat sini suka pakai loose contract. Ada additional charges kalau rumah bertangga, berat melebihi quotation, packing material bla...bla....

Aku anggap ni satu pengalaman/pengajaran untuk aku belajar sistem dan cara hidup depa. Penat nak gaduh. Pekerja buruh kasar depa pun bukan orang local.... ramai mexican dan yang buat keje kat rumah aku ni orang israel...

err... kalau aku kutuk kannn... ada tak pengskodeng aku orang mexico atau israel kat sini? heh...

Malaslah kutuk... aku belum bayar puasa.... maghrib masuk 8.35 mlm...huuuuu....





Bila movers dan berlepas, abe gapo start sumbat barang masuk kereta. Dari luar nampak gah je...


Kat dalam........






Tadaaaaaaaaaaaa.................




Kalau korang tengok pun sesak nafas... apatah aku yang dok dalam tu 6 jam sabtu dan 11 jam ahad...........
Takpe.... 'enjoy every moment' kata abe gapo nak hilangkan rasa bersalah dia...haha....
Next time aku lebih bersedia dan tahu apa yang nak disimpan dan apa yang patut di sedekah saja..






On the way...waaa... lapau-lapau..... subway ni makanan ruji orang sini .... tiap 30 - 40 minit driving ada outletnya sepanjang hi-way.
Dan budak-budak ni pun paham depa boleh telan sea-food dan tuna je.....



Oleh sebab aku bertolak dan hampir jam 3 petang, 6 jam perjalanan dan masuk malam. Sepanjang hi-way ada lodging tapi masa nampak lodging, abe gapo belum nak stop driving.... bila dia nak penat sangat, dah tak nampak lodging...huhu...

Akhirnya aku ternampak signboard nak runtuh MOTEL tepi jalan....




Malas aku nak ceritalah keadaan motel tu.. dengan hapaknya, karatnya.., wayar letrik tersembul keluar...

Aku rasa motel tu untuk persinggahkan truck driver agaknya.... dah terbayan-bayang cerita seram omputih pasal pembunuh gila bertopeng ketuk pintu hotel murahan.... jeng..jeng..jeng....

takutlaa....takutlaa.... buat-buatla takut.....

Friday, July 16, 2010

aku berangan jadi penulis novel..



Au baru selesai membaca novel ni.,... cehh... selesai membaca cakaplu... bukan baru abes baca.... bahasa baku...bahasa baku....

Sesuai dengan penigkatan usia, aku tersedar bahawa aku perlu memartabatkan bahasa baku agar tidak rosak di telan zaman.... haaaa .... jangan terkejut kak tek boleh keluarkan ayat-ayat sepeti ini....

Kata orang, tidak semua dikurniakan anugerah menceritakan semula apa yang dirasa, dilihat dengan kadar sempurna buat pembaca... termasuklah aku...
Tetapi dengan sedikit latihan dan asahan, aku percaya jika tidak 50 peratus, paling kurang 10 peratus aku boleh menulis cerita..... err pendek...cerpen saja laa...

Novel How to be Cool ni aku berikan 7 dari 10 bintang untuk penceritaan yang menarik akan tetapi 0 bintang untuk pembacaan kanak-kanak bawah 20 tahun...
(aku sendiri tetapkan tahap 20 tahun untuk anak-anak aku )...

Cerita dilemma anak-anak amerika berusia 14 tahun yang belum pernah bercium...( tu pun jadi dilemma ka?)....
kebimbangan ibu bapa kepada anak muda 19 tahun yang masih celibate (???) serius aku kening aku berkerut membaca luahan hati rakyat amerika ni...
Anak masih virgin pada umur 19 tahun pun takut... risau anak tidak normal, risau nanti tidak bercucu.... abehhh.... rela anak jadi jalang di usia muda supaya masuk di kategori cool?
Jumaat malam hingga Ahad wajib keluar berparti untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat yang cool...

heyy!! hangin je aku baca buku nih....

nak aje aku tazkirah sikit depa nih!! memang takde agama!
haa hilang dah bahser baku aku..

Teringat siri white muslim di Eropah yang aku tonton awal tahun ni dimana remaja british yang tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakat nya, rasa tersisih dan akhirnya mengambil keputusan memeuluk agama Islam.....
Dengan berada di dalam Islam way of life, now I feel normal katanya....

err... itu sajalah sessi ulasan novel aku yang macam tergantung tak habis sebagai permulaan aku berangan nak jadi penulis novel jugak....
lerr... sokong ler...sokong lerr....


Malam ni aku ke airport jemput abe gapo. Oleh itu aku bercuti berangan jadi penulis buat 2-3 hari sehingga aku settle down di tempat baru bersama gambar-gambar sepanjang perjalanan 2 hari 1 malam.. (patutnya takyah beritau jadinya kak keen akan terus kelik..huhu...)

merapu untuk 2 hari lagi....

Melihat jarum jam sudah mencecah angka 7. Angka 7!! 7 malam?!!
Aku belum update blog.
Kejap lagi kak keen sah menjenguk sebelum mula mengemop rumah... atau mengelap tingkap... atau membasuh kain...
Aku.. belum update!!..

Takde cerita. Ambil kereta di bengkel malas nak menangkap gambar dek cuaca panas.
Terik.. kelihatannya aku seorang saja berjalan kaki dibawah panahan cahaya matahari menyusuri tepi jalanraya ke bengkel kereta. Tiada orang lain. Aku seorang...

Sampai di lampu perhentian.... aiseymen... kena lintas jalan pula.... Tekan butang, tunggu. Kereta berhenti didepan dan sebelah aku. Aku masih the one and only pejalan kaki di situ.

Lampu bertukar hijau untuk melintas, aku hayun langkah laju-laju tanpa menoleh kiri dan kanan, peluh mula menitis laju di dahi..., selipar rasa macam nak tercabut lalu aku berlari-lari anak malu kalau dipandang orang... atau perasan orang pandang.

Semalam hantar kereta, hari ini siap. Mintak periksa timing-belt kot-kot tuan punya yang lama tak pernah tukar. Mileage sudah mencecah 120 ribu miles sama dengan kurang lebih 180 ribu km. Lusa nak jalan jauh.

Sah!! mamat mekanik melaporkan timing-belt tu original..... sejak dibikin kereta nya tak pernah di tukar!!!

ya rabbiiii!! kereta tahun 2001!!

Selekeh betul mat salleh ni belasah je pakai kereta... semekin gak depa nih.

Harga timing belt dan labor boleh tahan... mahal. Sama harga di malaysia cuma jangan convert...huhu....

Sampai rumah di fesbuk aku di tag....




Ni sah nak mengirim nih!
Suruh aku ronda cari bagai.... hek hello.... anak aku mpatbelas... tak koser nak jalan-jalan suping komplek sesaja nak jamu mata nengok mende alah nih...

Kalau nak, hangpa pi la http://www.coach.com/..., ado kat situ, kelik kat gambar, kelik kat zip code aku 28210 (charlotte, north carolina), kalau available, aku pi storenya ambik...

Aku cakap ... "Aku ambik" bukan sebab store tu bapakku yang punya tapi sebab yang bayarnya korang ek.... anto duit dulu... takat kirim air liur aku balas air liur je laaa....

Thursday, July 15, 2010

countdown...3 more days to go...

Aku bersemangat sungguh meng-update blog hari-hari.... mana taknya.... keen sorang je kelik 20 kali sehari.... tu belum dari penang, alor staq, ipoh, puchong, ulu tiram, seri kembangan, kolumpo..... (aku tengah melayan perasan glemer.....)

Kalau aku miss update, nanti keen kurang kelik.. esok dia ingat aku tak update jugak... nak naikkan balik semangat dia mengelik tu ambil masa 3-4 hari balik...rugi wooo.....

Aku baru hantar kereta ke bengkel... cek apa yang patut sebelum long journey Sabtu ni. Tak mau stranded in the middle of nowhere dengan mpatbelas anak ..... bukan ada R&R jual nasik lemak..!..

Abe gapo kata aku bakal melalui 4 states.... leaving Oklahoma, masuk ke Arkansas melintas Little Rock, merentas Tennessee, masuk ke South Carolina .. then baru jejak ke land of North Carolina.

Haaaaa... pengalaman tu... kalau lepas ni korang nak kencing aku cakap Tennessee tu kat Kenya.... hekkk boleh blah!



Tinggal 3 hari saja lagi, aku habiskan masa dengan mengemas. Bilik Syasya dah setel... bukan banyak barang pun dan bukan dia tidur kat situ pun. Kalau bapaknya ada, dah lelap baru boleh angkat ke bilik dia... selagi tak lelap, memekak kat bilik aku.




Tingkap aku lap bersih-bersih.... blindernya lap jugak.... carpet kasi vakum. Ada breakdown dari management kalau kotor tang tingkap tolak berapa hengget dari deposit.
Aku tak gerunlah dengan kadar kebersihan orang amerika nih.... masa aku pindah masuk, blindernya pun berabuk.
Tapi kalau di swiss jangan main-main... spotless depa memang tahap gaban. Kotor tingkap sikit abes semua deposit burn... tarak breakdown-breakdown punya....



Toilet belum bersihkan betul-betul... kalau buat sekarang maknanya aku kena kunci pintu tak boleh guna dah... mau korek lobang melabur tepi tong sampah kat bawah tu kang.

Saja tangkap gambar toilet buat kenang-kenangan toilet aku di Tulsa...heh.... layannn.....

Wednesday, July 14, 2010

ini gambar apaaa....? sila jawab anak-anak..

gambar pertama....






gambar ke dua...




Entri tiada isi ditujukan khas buat mak buyung glamer dengan ucapan semoga pengalaman sepanjang kebuntingan anda meninggalkan kenangan yang teramat manis semanis krim donat big apple...

Tuesday, July 13, 2010

packing, ready to pindah lagi...

Keputusan sudah di buat.

Dalam banyak-banyak pilihan, ku pilih dia. Bukan kerana cinta... bukan kerana rupa....
Walaupun menerima tentangan yang maha hebat .. aku tak peduli.
Dah pening. Aku nekad....
Banyak sumber sudah aku gali... baca... teliti... ia bukan satu keputusan hentam keromo.
Risikonya aku terpaksa tanggung sendiri atas keputusan tanpa bantuan suami.


Pilihan hati ku....... Northern American Van Lines moving company..... heeekkk.... bukan calang-calang nak pilih moving company di sini. Pihak lawan bertubi-tubi nak beat the price tapi aku malas nak layan dah. Yang mengutuk sesama kampeni pun ada. Inbox aku penuh.... telefon aku tak henti berdering....
Dah last minute... tinggal 5 hari saja lagi.

Pilihan bukan sebab nama yang enak di sebut, bukan web yang cantik... tapi lebih kepada review customer dan smooth service dari customer servicenya.

Kalau baca review customer, mau kecut juga nak guna moving company. Ramai yang cadangkan sewa truck, angkut sendiri, drive sendiri. Jauh wehh..... merentas beberapa negeri.

Ada kes truck no show sampai 2 hari.... deposit sudah diberi, kes actual price jauh beza dari estimated price, kes barang hilang tak sampai..... waaaa...... kurang lebih je orang amrika dengan asia nih rupanya....

Apa bakal terjadi di hari perpindahan nanti..... pasti menjadi idea aku untuk next entri...

Hari ni....
aku cerita pasal aku beli plastik sarung tilam jer...hehe.....
abeh.... korang mai jenguk tiap hari...kesian le pulak.

Aku bukan nak glemer...apatah lagi nak jadi top blogger...
Aku menulis untuk aku sendiri dan untuk berlagak pada kawan-kawan forumer aku...hahaaa....
(jangan buat-buat tak baca...... konter trapik aku tak tipuuuu .....)





Entah korang nampak ke idak tilam yang sudah berbalut tu..... tapi seperti yang ku katakan tadi... aku menulis bukan sebab nak bercerita pasal tilam...

Aku menulis sebab nak beritau aku masih hidup.... sihat walafiat di bumi pak obama yang rasanya aku lebih kerap melihat mukanya di kaca televisyen malaysia berbanding televisyen di sini.

Bukan dia jarang keluar tv, tapi aku yang jarang bukak channel muka dia.....


Nampak muka dia, aku tukar channel... nampak muka dia aku tukar channel.... errr.... ni kes masa aku ada cable tv la... huhu.....

Dan yeay..... abe gapo bilang akan memastikan semuanya setel bila aku melangkah masuk ke apartment baru di NC.
Macam-macam adaaaaa katanya....

Internet sendiri... bukan menumpang lagi.... kabel tv berbayar yang legal... bukan curi.... dan telefon kot.... (ni aku dah pesan banyak kali kononnya talian lebih murah tapi sebenarnya aku nak bergayut lama dengan orang toronto....... gusip-gusipin yok kakkkk!!!!!!!!!!)

Monday, July 12, 2010

renjis-renjis dipilis.... bukan aku yg kawen...

Semalam tarikh keramat adik kak tek si jejaka akad nikah. Dia nikah lepas zohor pukul 3 kot... (lepas nih kena tuko nama blog lah ekkk.....!!!)

Aku belum berkesempatan nak call mak tanya berapa kali dia lafaz.... gatai nak kawen dah lama.... blaja skolah pandai....tengah ambik master kang sambung phd... kalo lafaz lebih sekali...ek eleh........ abe gapo spm 2 kali pun sekali lafaz je tauuuu.....

Hek? abe gapo spm 2 kali? heh... saja dia suka-suka...
tadika 2 kali, spm 2 kali...jangan nikah 2 kali ye udah!


Oleh sebab adik beradik aku sedozen dan aku nomad, banyak lah majlis kenduri yang aku terlepas..... tapi takpelah ek... hati tengah berbunga-bunga dapat bini/laki... idakle perasan kakak dia sorang ni takde..

Masa majlis adik nombor 5 di Singapore aku terlepas, yang nombor 6 kawin serawakian pun tak dapat tengok.... tau-tau dah keluar anak.... nombor 8 majlis di Jengka aku tak ikut..... yang nombor 9 ni dapat orang 'kayu ijau'.. (Greenwood daaa...).

Bulan sept nanti nombor 10 dgn orang Jelai ....

Terkilan lah jugak.... depa kawin sekali seumur hidup.... suasana tu kalau terlepas takkan berulang lagi dah. Kalau kawen lagi pun dah takde kenduri...senyap-senyap je kot...heh...

Bila beritau syasya yang pakcik peberet dia dah kawen, bergenang je air mata tak dapat hadir kenduri.... siapaaaa..lah nak ngulit dia lagi macam dulu.... pokcik dah sibuk ngulit org lain...huhu...

Tapi bila sebut tahun depan pakciknya dengan makcik baru mai amerika masuk skolah, barulah muka nampak astro ceria.



Ni kopipes ntah dari mana.... aku belum tengok gambarnya di fesbuk.

Walaubagaimanapun.....
Moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat... anminnnnn...

Sunday, July 11, 2010

citer antu.... tatutttttttt........!!!!

Cerita-cerita anak-anak aku layan di tv3.com sejak tv blank...


Satu video niyang rapik ada 4 slot...lepastu entah ada berpuluh-puluh episod kot... senyap sikit rumah untuk 2-3 hari....

Syasya di suruh gosok gigi pun takut nak masuk toilet. Cik Mat kyusuk ....haha..... aman dunia aku.... serius!




Lepas Niyang Rapik, abng-abang dah cop nak sambung ke Kekasihku Seru. Masa tayang kat mesia sumpah aku taktau pukul berapa, hari apa.... tak pernah tengok.




Keliwon.... tajuk cerita ni paling best.... bahser jawa kot. Kalau bukan pun, oleh sebab ada bunyi-bunyi jawa tu yang bersemangat nak nonton.... tapi loadingnya macam escargot... boleh sempat tido.

Cerita Spa Q dulu aku pun ikuti dari web sebab tayangan time magerib dan laki aku suka perli kalau aku melangok tengok cerita melayu.

Kalau tak terdesak taktau pun mesia begitu canggih ... semua cerita ada kat web...free je... cable tv US pun aku belum jumpa web macam ni.

Syabas malaysia boleh!

Saturday, July 10, 2010

sampai hati kau potong tanpa pedulikan ku lagi...



Ni TV...
TV aku....

Aku tengok TV tiap hari ......
tapi mulai hari ini.... inilah muka TV yang dapat aku tonton.....

blank.... itam..... kosong..... takdok gambo.....

sampai ati abang cox mai potong cable tv aku..... huuuu.....
err... bukan cable aku pun.... heh...

Sebelum aku pindah, aku dah call cox mai pasang cable.... aleh2 depa tak mai-mai.... sebab masa register thru tepon, depa mintak contact number...
Aku yang baru 2 hari sampai amerika ... idakle aku hengat nombor aku... tak hengat nombor abe gapo.... yang aku hengat nombor kad member jasko....
jadinya aku belasah letak nombor leasing ofis...
depa tak dapat kontek aku balik sebab tu tak mai-mai....

Yang aku lak masuk apartment, cocok cable...ekkkkk.......!!!!!!!!!!! ado gambo!!!!!
Aku belasah ler pakai rezeki yang ada depan mato.......... kang kufur nikmatttt.....

Yang iyer nye pun mati-mati aku hengat apartment ni include cable tv sekali.....

sampailah saat pagi tadi sedang enak melayan mimpi lepas subuh....

TOK!..TOK!...tok!....



Abang cox (bukan ejaan satu lagi ek.... otak jgn kunin!)
ketuk pintu gitau terlupa disconnect beberapa bulan lepas.... tanya aku nak keep connection ke?

Udah minggu depan aku nk pi NC....
aku kata ....."poton ler..... ahkak bukan guna pun...."

ececehhh...... jaga ayaq muka lorrr....



Huh apesai aku tak keep je dan mintak transfer bil ke NC?
haaaa.... astro kita lagi canggih tauuu...
pi mana-mana bawak kad astro...cocok.... bil masuk kedit kad hang... sonang!

Sini cable tv ado 3 kampeni... kang apartment baru kot mutual agreement ngan cable tv lain... udah manjang aku kena bayo penalti....

La ni berebut ler bebudak ni nengok iCarly kat utube..... sib baek ado 2 laptop..ada ps2... kalo tak anak-anak aku pun meroyan...