Dulu cerita cuti-cuti amarika macam best je orang malaysia baca kan.... kitakan tipikal meleis... makang hangin harus obesi. Dalam negeri takat pantai-pantai dalam negeri apa kelas nk masuk pesbuk..
Tapi takpe.. kaktek akan bercerita seperti coti-coti Malaysia ada kelas gak... citer pi california kalau you all tak dapat pergi kan takde guna gak turunkan ilmu.... meh baca sampai abes.
Cuti-cuti ni plan 2 minggu awal selepas tetiber abe gapo dapat ofer keje kat Malaysia. Tapi kampeni dari negara tanah besar china je yg ofer.. kampeni malaysia sendu.
Nak buat camno kan.. petrol naik, rege gula naik.. sat gi bil api pun naik.... kenalah pakat2 bekukan pengambilan pekerja baru.... kampeni nak bayo bil letrik... elaun petrol... pantry nak guna gula.... takpe... kita paham.
Negara china sana leh guna recycle cooking oil... fake telur ayam...
ok balik tajuk asal. coti coti langkawi.
Plan asal naik ketapi... sebab mak budak dan bebudak jakun tapi last minit tukar plan, dapat tiket air asia rm48/person.... sama rege dengan tiket bas ke sintok dan ketapi ke arau.
Kalau lepas baca ni kome kelam kabut pi web air asia nak tengok rege tiket... mintak mahap ... masuk december, rege naik at least 2 kali ganda. Kaktek pi last week.
Sampai airport langkawi, abe gapo dah tunggu kat sana... dia pi awal naik bas ada kursus di sintok sebelum tu.
Kata web dan kata orang... sewa keta mpv paling murah rm120/sehari dan peak season naik ke rm150.
Harus sewa keta. Teksi payah jumpa. Sampai jeti atau airport, ramai agen keta sewa datang serang.
Dengan menggunakan skill tunjuk muka kesian abe gapo... dia dapat avanza dengan harga rm70 saja.
Itu skill takleh di ajar... the art comes from within...
1st day kami terus ke dataran Helang dekat Jeti Kuah. Takde benda pun... ada helang ni je ler tertenggek. Semua yang datang pakat tangkap gambo kat situ, we all pun join ler... idakler segan rasa jakun sengsorang... ramai gak yg lagi jakun.
Harus buat aksi helang.... bukan aksi katak.
Lepas bergambar, terus ke Makan Mahsuri yang dikatakan cun melecun itu. Generasi Mahsuri putis putis melepak la... jaman dedulu tak ramai yg putih-putih kot maka dengan kelembutan budi bahsa Mahsuri, tersangatlah masyhurnya dia seantero Langkawi........
Kaktek cakap macam tu sebab Pandak Mayah dan Mak Andam idak pulak terkenal dengan kehenseman dan jelitanya kan.. takkan tetiber rupa anak dara depa macam pan asian pula... lojik tak lojik?..... (stetmen dengki)
Ni rumah Kedah dalam kawasan makam Mahsuri. kaktek pi 23 tahun dulu, Makam Mahsuri ni masuk free .. la ni dah caj rm7 dewasa, kenalah tambah apa-apa lagi sebelum orang ramai mengamuk.
Maka bolehlah feeling-feeling Mahsuri.
Selepas makam, kami ke Beras Terbakar di Padang Matsirat. dekat2 je. Lupa pulak... pi Langkawi takyah susah-susah bawak GPS. Takkan sesat punya. Jalanraya kat Langkawi boleh kira dengan jari.... sesat-sesat mesti jumpa balik tempat yg sama. Jangan lupa paw peta Langkawi di jeti atau airport.
Beras Terbakar ni takde apa.... depan rumah saper ntah. Adalah port kecik depa letak batu monumen cerita depa bakar beras sebab Langkawi jatuh ke tangan Siam dan letakler sikit beras terbakar dlm pinggan bukan corelle. heemm.
Lepas lunch dan jamak sesiap dan bebudak dah muka monyok sepanjang pagi dok jalan2 je takde aktiviti candat sotong ke... lompat2 belon ke... asyik2 jalan2... tengok2 kubur orang.. baca sejarah.. boring.
island hopping timeee... yippee !!!
Syiok ek. sepatutnya sekepala dewasa rm30-45... ikut daya kita bargain. Abe gapo dapat rm160 untuk 6 beranak. Jenuh kaktek teka sekepala dewasa dan kanak2 berapa.... ntah.
First pulau ialah Pulau Dayang Bunting. Kaktek cari cerita dayang dibuntingkan tapi yang keluar cerita Permaisuri sedih keguguran maka dia wish agar sesaper mandi di tasik dayang bunting, akan terbunting. gitu.
Kurafat sungguh.
haaa.. nampak tu bentuk bukit macam dayang bunting baring mengadap langit. Sape tak nampak. Kesian.
Ohya... drebar bot hanya drebar... bukan tourist guide. Dia expect sebelum naik bot kita dah buat case study dulu... bukan main terjah je. Lebih2 bila ada non-malay speaking penumpang bot.. lagi kesian.
Ni tasik dayang bunting yang terletak dalam pulau. Kena panjat tangga 200 meter ke tanah tinggi baru jumpa tasik ni. Ajik takmau mandi sebab katanya "I dont wanna get pregnant".
Drebar bot kasik chan mandi selama sejam termasuk turun naik tangga. Saper nak terkucil, sediakan lima posen caj toilet yang bau hancing semerbak.
Pulau ni juga terkenal dengan monyet pandai yang suka curi barang orang. Ada signboard warning jangan bawak plastik beg sebab monyet sini ada pengalaman soping kt jusco.
Kami jumpa sekor je monyet. Yang lain pi soping gamaknya.
Pulau ke dua adalah pulau Singa Besar. Takde singa. Ada helang je. ek?
Takde apa-apa kes... nampak helang depa expect kita tangkapla gambar. tu je.
Pulau ke 3 adalah Pulau Beras Basah. Beras takde. Basah je.
Public toilet takde....tapi takper.. pantai ada.. lebih 2 kolah. suci lah kot.
Sejam nak buat apa...
Habis Island Hopping selama 3 jam. Sampai hotel cap ayam di Pantai Tengah sebelah Pantai Cenang yang terkenal itu.... sakan main, Haris pengsan.
Hotel boleh book dari agoda.com atau booking.com atau boleh terjah. Sebab hotel, kedai makan dan kedai jualan lagi banyak dari jumlah penduduk langkawi plus pelancong.
Taaaa... tunggu part 2.