Thursday, April 25, 2013

kenyataan sentap dari pihak yang tidak puas hati

Tajuk kena ada iras-iras politik sikit.... 

Hari ni dah fokus.  
Dah kurang layan politik selepas sentap malam tadi.
Sini kan takde gerai jual kuih.
Takde gerai jual goreng pisang.
kedai mamak pun takde.

Nak makan apa semua kena buat sendiri.
Dah 3 tahun layan tau.... letihlah kan nak buat kuih melayu.
Cari resepi beriya aleh2 hasil manjang tak jadi.  Rupa huduh, rasa tak semenggah.
Kadang2 yang tepek di resepi masakan tu pun bukan sedap sangat.. rupa seloyang huduh gak tapi depa pandai edit2 kuih tu... potong hat comel je, snap gambar.
(stetmen keji terhasil sebab nak kaver kemalasan diri sendiri)

Lagipun mengikut kadar kalori makanan yang menyihatkan.. semua kuih melayu tu fail.
semua pencuci mulut tak kira datang dari melayu, cina, india, omputeh... fail.
(alasan lagi mengkaver diri)

Jam 9 malam tadi abe gapo tanya... ada benda nak makan tak?
hadeh.... hangin jek dengar sedangkan Tuhan nak bagi pahala free kat kita tu...
tarik nafas.. lepassss... tarik nafas .. lepasssss.....terus masuk tido...  hahahaa...


hari ni kita buat kuih bakar pandan yg tak jadi kelmarin.  Fokus.  Jangan lupa letak tepung.


Rupa tetap huduh tapi rasa kuih bakar tu ada.






Bubur jagung dalam tin.






Inti karipap. 
inti je... karipap nya ntah bila nak buat.




sessi lepas sentap.  Nak juga tepek gambar satay konon2 buat tadi gak tapi memandangkan tipu itu dosa dan gambar satay tu ada tarikh bulan lepas... hahahaaa.... selamat dari dosa menipu hari ni.


sekian entry takde isi.

Wednesday, April 24, 2013

Celcom Bolt - tp ini bukan iklan celcom... iklan nuffnang je ada.

Seminggu kaktek layan citer politik.. penuh berkelumat dengan aura negetif dah hati ni..
Aku hentam kau, kau hentam aku.... kau tunjuk gambar tu.. aku ada simpanan gambar ni..
haduih.. tak berkesudahan...


Eeeeniwei.... dengan aura negetip ni menyebabkan kaktek malas updet blog ...  semalam buat kuih bakar pandan dah jadi karamel pandan.... tak fokus punya pasal, lupa masuk tepung....  terkilan betul nengok santan se tin habis gitu je sebab itu antara barangan terkawal tuh... kedai runcit asia jauh.
Tak rezekilah kan... semua tak fokus, kyusyuk solat pun ke laut...

Apapun, takde citer politik di sini sebab kaktek tak pandai gaduh.  Orang2 politik  ni yang pandai gaduh ni ada 2 jenis.
jenis pertama, yang penuh fakta..
yang ke dua, penuh auta... belasah nak maki hamun je... yang tercengang-cengang adalah yang bukan muslim tengok orang2 melayu Islam memaki hamun sesama sendiri.
Betapa perbezaan pendapat menjadikan kita lupa tentang sifat seorang muslim/ah dan adat melayu yang kononnya sopan dan lemah lembut....

Yelah, sedangkan anak 2 ketul  pun boleh bergaduh lebih2 lagi time nak bahagi harta pusaka.... apatah lagi berjuta rayat Malaysia membincangkan perkara yang sama....

Kaktek melayari hari-hari tanpa ada apa sangat yang menarik untuk diperkatakan selain baru2 ni nampak celcom dah keluar iklan 4G LTE nya.  wah!!!!  ado chan laki den nak dapet koje nih!




Dengan izin Allah, somi kaktek akan pulang sekejap ke tanah air untuk diinterbiu sebab depa takmo interbiu thru skype.... nak kena pes to pes gitew.  Mungkin depa tamau buang masa interview orang yang tak tentu nak terima offer kerja... yelah... berapa ketul orang Malaysia yang dok amarika dah sedap keje ok, gaji ok tetiba nak balik?  heh... tak perli ek kak Ayda... hahahaaaa....
maka demi menunjukkan kesungguhan, abe gapo akan balik menyahut panggilan interbiu.... waaa.. tensennya membayangkan dia melangok di kedai mamak makan roti canai sedap2 tiap malam selama seminggu tu!!

Doakan ada rezeki kaktek balik yea.... aminn...

Thursday, April 18, 2013

clog sink.. masih.

Sinki masih sumbat.  Masuk hari ke 3 basuh pinggan di backyard dan toilet.
Sinki orang amarika ni yg kaktek tau harus ada food grinder.  Makanan tak hancur depa sumbat dalam sinki yang ada grinder.  Tapi yelah.. depa makan fish tang fillet je... ayam tang dada je... orang kita dengan tulang gear box pun belasah.
Tapi kaktek tak pernah buang any bigger particles than nasik-berterabur je sebab grinder rumah ni memang kiok sejak 1st day masuk rumah.


google... kitchen sink food grinder.


Barang sini taklah mahal tapi kos pemasangan apa benda sekalipun mesti mahal.  Labour cost sangat mahal tu pasal sumer benda made in china la ni... samolah ngan Malaysia.
Maka grinder rumah ni tak pernahlah dibetulkan pun kerana memahami keadaan kewangan tuan rumah dan kita kira menyenangkan orang lain, orang yg lain-lain pula akan menyenangkan hidup kita.  karma.

Balik citer sink.  Selalu bila sumbat, grinder machine tu sangat berguna untuk menghancurkan apa2 yg menyumbat lorong paip tapi oleh kerana grinder dah kiok, kaktek memang sangat berhati2 guakan sinki ni tp lepas 2 tahun guna, benda nak jadi jugak .... tuang apa jenis clog remover pun tak jalan.

Plumber panel agen sibuk ngan keje lain, sinki masih sumbat.




Mintak quotation plumber lain,  setelkan masalah clog sink je usd175.
Shower head toilet budak rosak sejak christmas lalu, cost pembaikan antara usd120-500.
Pakkal mandi tak macam orang melayu so share-share jelah satu shower lagi dengan 6 orang penghuni rumah.
Maka la ni tuan rumah kaktek tengah garu kepala... 

Rumah amarika memang murah, tapi maintenance cost semput...

Maka baking membaking, buat kuih ka apa.... ada alasan takyah buat.  heh heh..
Hopefully by esok plumber boleh datang.... kaktek letih ulang alik ke backyard... macam kemping pulak.



Tadi pi walmart, sambar sebijik reading glasses sebab yg prescribe punya belum siap.  Tiap malam tido awai sebab mata penat.






nak tau harga?  power 125/125.
haa... 2 dollar je.  bukan 20 dollar..
2 dollar tukar apa currency pun masih murah tapi pening pulak pakai tadi mungkin sebab mata kanan sepatutnya kurang power.
Ado sapo2 nak kirim? reading glasses jelah... cepek rabun jauh mahei.


okeh cekian short entry, kaktek nak sambung gaduh kat forum politik  .... ini Kalilah!  hehe...



Tuesday, April 16, 2013

iklan nuffnang. penerangan kaktek tentang hamba duit....

waaahhh....  tajuk macam tajuk harian metro ek... hahahaa.... 
sendiri tulis sendiri gelak. tah pa-per ntah.

Sriyes cakap kaktek tatau pun menatang apa nuffnang tu boleh buat...  tengok orang ada tepek nuffnang, kelik-kelik free je nak register... proceed jelah.
Kata nuffnang, blogger dapat komisyen kalau orang mai web dia melalui traffic blog tapi sriyes cakap kaktek kalau blogwalking tak pernah pun nak kelik kat iklan nuffnang tu.
Maka takde expectation langsung you all akan kelik jugak..
Malah dari view owner blog,  tak nampak iklan apa yang depa tepek... cuma diberi pilihan takmo iklan tobacco dan minuman keras dan adalah sekali nampak iklan kasut.
Kalau keluar iklan spenda ka... apa ka.. mintak maap jelah ek... tu diluar kawalan den....

Kalau you all nak tau apa jadi bila kelik iklan tu.. silalah... silalaaaaaaaaaah ....!!


Hujung minggu baru ni kami start packing barang.


Haa... ni tak sampai 10% jumlah barang... nampak macam sikit tapi jadi tak sikit.




Nak penuhkan ruang agar jangan membazir, maka kalau orang mai rumah, senduk ku udah ngak ada... pinggan hidang ntah masuk kotak mana.... nak baking kek pun dah tak boleh.... kalau winter masih di sini, meraban lah bukak balik kotak cari baju winter. Pandai.


Oh ya.. dah ada yang perasan blog anak dara kaktek yea.
Kaktek nak asah dia menulis.... mengeluarkan kreativiti dan suatu hari nanti mengeluarkan hasil yang boleh membawa menfaat buat pembaca... bukan macam maknya ... umur dah 40an pun tulis blog merapu je.
Dan dah pesan nanti dah akil baligh dah tak boleh posing senget2 badan macam sakit pinggang tepek bagi tatapan umum.... takyah tepek gambar langsung dan kena tutup aurat kalau tidak babah kena tanggung dosa.... err..  dia fahamlah kot.

Bebudak ni terdedah dengan dunia alam maya tanpa batasan ni ada baik ada tak baiknya dan ofkoslah banyak tak baik dari baik. Sebab tu dah pesan jangan sekali-kali unfriend ibu dari fren list kome kalau masih sayang laptop memasing.

As for Ajik, cikgu mention dia punya write up antara yang menarik untuk dibaca.  Tapi buat masa ni jangan suruh tulis dalam BM lah... 3 kali eja 'jalan' pun dok jadi 'jalang' jugak.....  mambang tengganu mana ntah mandrem anak aku.




Bebudak sekarang memang sangat kreatif  ditambah dengan cara pembelajaran yang menolong mengeluarkan daya kreativiti mereka dan mungkin zaman depa nanti takde dah blog dan fesbuk.. masuk zaman hologram terus...


Sekian entry konon nak pendek tapi macam terpanjang pulak sebab konon macam takde mood sebab sinki dapur tersumbat dok tunggu plumber seharian tak nampak batang hidung. hampeh.

Saturday, April 13, 2013

sakit mata, cepek dan pizza

Ekoran dari sakit kepala 4 hari berterusan, atas komen  kekanda Cik Som suka muffin yang dikasihi, kaktek terus buat appointment dengan optometrist. 
Abe gapo pun menggelabah suruh pergi cek cepat sebab takut punca kaktek sakit kepala adalah kerana kekurangan cincin emas... choyyy.







TADA!!!.....

ni cepek mato ku....
reading glasses dengan power mata kiri 100 dan mata kanan 125.




Hadoi... baru kaktek tau betapa seksa sakit kepala sebab rabun. Teringat abang long waktu berumur 10 tahun mengadu sakit kepala, tak nampak papan hitam tapi kaktek buat derk je.
2 tahun lepas pi check-up , tau-tau power dah cecah 200/200....  ibu rasa bersalah sangat sampai la  nih. Tapi takpe.. bebudak tak pernah salahkan mak bapak depa... apa makpak buat semua betul je..

Glasses siap dalam seminggu lagi, ni frame yang kaktek pilih ngam-ngam jumlah yang insuran cover.  Takyah canggih-canggih sangat sebab bukan pakai selalu pun.
Frame $110, lenses $49 dan eye exam $60 tapi kaktek cuma bayar total $34 saja.

Dan oleh kerana doktor titiskan ubat, mata kaktek silau kena cahaya untuk 6 jam.. maka soping kt walmart pakai sunglasses cakap you...







ni makan petang tekak omputes di texas...





Terkezut jadi monyet kaktek nengok roti pizza nya mengembang sebesar stone.  memang ada bezalah baking stone khas ni banding baking atas batu marmar.. hahahaaa... (jeling kt Dini).

Kepanasan rata stone menyebabkan doh masak rata dari tepi sampailah ketengah piza sampailah ketepi balik siap crusty terhasil di sekeliling roti.
Walaupun cara menyetim oven kaktek tak expert langsung, hasilnya tetap lebih baik dari guna baking pan biasa.
Puas ati.

Friday, April 12, 2013

sakit kepala, dentist dan pizza

Sebenarnya nak buat entry pasal haiwan bergelar anjing selepas baca komen si Yong semalam.
anjing betul yea... ni bukan maki hamun politik panggil orang anjing...
ini anjing dog.. anak anjing puppy...haha....
tapi sakit kepala belum hilang walaupun dah jumpa doktor gigi.
doktor pun pelik.. awat sakit kepala mai klinik gigi?

haa.. kebetulan hari ni appointment untuk cuci gigipun.
Kaktek cuci 4 bulan sekali kerana konon-kononnya ada periodontal disease.
Dia doktor kan.. dia kata apa kita yang memang taktau apa ni percaya jelah.  Nasib baik insurance gigi bayo.... mula-mula dulu sekali scaling kena 50 dollar...  sebelah mulut je tu... sebelah mulut lagi kena 40 dollar.... la ni kaktek dah expert cara penjagaan gigi dan gusi (rajin flos je secret recipe nya).... sekali scaling seluruh mulut cuma 11 dollar out of pocket..... berapa klinik cas kat insurance company, adalah 100 dollar kot banding dulu 300 dollar.
Kalau kt mesia, cuci gigi setahun sekali je... malas iyer, nak jimat pun iyer.. takde kesedaran pun iyer...






Eh periodontal disease tu nama je macam buruk.... idakler berjangkit kalau salam dengan kaktek pun... amboih!
Tu penyakit bakteria dalam badan menghasilkan plague gigi sebab katanya zaman kaktek membesar, dalam air takde chlorine maka itu terbentuklah bakteria kekal dalam badan mengasilkan plague dan gigi harus di scaling selalu.....  zaman bebudak la ni minum air ada chlorine so selamatlah depa.  
Dia katalah... malas den nk google cari kebenarannya.


Oleh sebab dok ngadu lagi sakit kepala dan dok salahkan root canal yang dia buat, doktor scan root canal kaktek.








Nampak cantik pulak...
haaa.. sebenarnya doktor kata memang cantik pun... takde masaklah apa-apa....
ngada-ngada je ngadu sakit kepala lah ni... hehehehee..

Udahler pi bukak kasut masa naik atas kusi ... hadoi... masa tangkap gambo ni baru perasan. Selekeh betui orang asia agaknya doktor kata dalam hati...
hehehe.. habitla... habit.






So doktor kata mungkin disebabkan ada penyakit Grinding teeth masa tido menyebabkan muscle ke kepala stress..
haish doktor ni !!... semedang kasik aku satuu-satu penyakit!

Maka la ni tengah troubleshooting lagi kenapa sakit kepala tiap 2-3 bulan sejak akhir tahun lepas.  Kurang kalsium ke... kurang minum air ke.....  atau kurang cincin emas ?.. ngeh ngeh.


Walaupun masih sakit kepala, suka ati sebab sampai rumah, ada barang depan pintu.


My baking stone!!!!

yeszaaaa...... esok pizza time!!!







Thursday, April 11, 2013

Wizard of Oz.. citer skolah lagi ek..

cerita pisau sudah.... cerita sekolah sudah....apa nak merapu lagi yea?
nak cerita pilihanraya, kaktek taktau detail.. sukatilah siapa nak sokong siapa takde pekdah gaduhpun..
web spr untuk pengundi pos pun kelik-kelik takleh masuk....
dah tarikh tutup ke... dah tukar web address ke.... entah.

ni kali 2 kaktek miss pangkah memangkah...
kaktek doakan yang terbaik je untuk rakyat Malaysia keseluruhannya dan kawan2, blog reader dan family  khasnya.... moga dipermudahkan oleh Nya segala urusan... insyaAllah.... jangan lupa pangkah bulan!..ngeh.


Untuk diri kaktek... urusan kepulangan masih samar-samar... juga mohon dipermudahkan saja mana-mana rezeki kami anak-beranak.  Siapa taknak balik kan.... walaupun dok amarika macam best ... skolah free, shopping barang branded murah, keta murah, pakai keta kodok pun takde langsung perasaan malu pada jiran sebab kita pendatang.
Oh aku kan pendatang, nampak miskin pun takper... hahahahaaa....
cuma ni bukan tanah air kaktek. Tanahair kaktek kat mesia... tanah air makpak kaktek kt mesia.. tanah air tok nek kaktek kt tanah jawa.. huhu!


Semalam sekolah buat acara Wizard of Oz.
Sekolah ni kan... hangen jugak kaktek tau...
ada je acara depa nak buat.  Bebudak ni merengekler nak pergi.... depa tak paham omak ae malas nk temankan?
Kalau ada geng melayu bestla... tiap hari ibu gi skolah gak... banyak benda boleh gossip.


Ni tengah tunggu pintu sekolah bukak jam 6 petang.






Ada petting zoo rupanya....  depa buat ala-ala treasure hunting pergi satu port ke satu port dan dapatkan stamping untuk grand prize.
Ni masuk zoo kejap je nak pegang kepala bunny sebab dalam kandang zoo tu ado 2 anak bab* jugak.. hadoi.  Kaktek yang melompat2 suruh depa cepat lari keluar.







Adalah aktiviti kaler2 untuk dapatkan stamping port ke 2.








Ni main rebut2 kusi.. dapat soklan kena jawab.  Nasib baik Haris tak dapat soklan... apolah dia reti jawab.







Paling kiri dan kanan tu sebahagian cikgu yang pakai baju ala-ala cerita Wizard of Oz.
Semua cikgu termsuk principle pakai baju beragam.
Sempoi je hepi.





Sekian entry takdek isi dari orang sakit kepala sebab sakit gigi.  Esok jumpa dentist nak mengadu domba.  Suka-suka suruh haku bayo ratus-ratus buat root canal... tak setel gak masaklah.
Siap doktor ekk...

Wednesday, April 10, 2013

art work di MCL Grande Theatre


Last week Syasya dapat surat pemberitahuan dari cikgu art club dia bahawa hasil seni Syasya terpilih ke Art Gallery di Grand Theatre depan City Hall.

Idakler gempak mana... Grand Theater ni selalu digunakan untuk pelajar2 daerah sini untuk aktiviti2 seni.  Malamnya ada performing arts macam ballet ke, opera ke.... peringkat kecik-kecik je.
Tapi bagi budak2 ni dah gah sangatlah kan... haruslah merengek kt makbapak bawak depa pi ke Art Gallery ni.

Sampai ke gallery teruslah cari lukisan dia... canggih sangat ke.. sebab kat rumah ngadap disney channel je... manader melukis-lukis pun...

Dalam galleri ni ada lebih kurang 10 sekolah rendah daerah Lewisville dan setiap sekolah menghantar dalam 30 hasil seni anak murid kelab Seni depa untuk dipamerkan kepada orang ramai.






Galleri kosong eh.. makpak budak yg hantar hasil seni je mai sini.




Ni dia.... boleh tahan gak.  Saper-saper nak beli, kaktek letak harga usd100 je.. sila roger-roger...




iye.. nama cikgu Arts nya Puan Sewell.



Ni kraftangan sekolah lain.









Yes tahniah anak jawa idung pesek.







citer pengasah pisau pulak.. mesti korang boring.

Laku jugak yea citer pisau kaktek..
kaktek sambung cerita pengasah pisau pulak nak? hahahaa...


ini whet stone atau sharpening stone yang selalu chef-chef terkenal atau orang jepun suka guna sebab pengasah punyai pengawalan yang maksima untuk mengasah pisau mahal mereka.
Cara mengasah juga ada cara tersendiri dengan sudut tertentu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Whet stone merupakan cara mengasah pisau paling baik kerana kebarangkalian mencacatkan mata pisau amat sedikit.
Di youtube ada banyak video menunjukkan cara yang betul mengasah pisau menggunakan batu pengasah.







Ini besi pengasah pisau yang banyak jual di Jusco dan kedai2 hardware tepi jalan rumah kaktek dulu.
Murah lah.  Sebab tu kaktek tak pernah guna pun sebab taktahu guna... haha...
sekali asah mak aih bunyi ngilu sampai ke belakang telinga.
nanti kaktek balik Malaysia, saper-saper nak besi pengasah camni, roger2 kaktek kasik free.



Ini pengasah letrik untuk orang malas.  Order dah sampai rumah baru kaktek perasan ini adalah Chef Choice Asian Knives Sharperner di mana Asian knife dengan Europe knife tak sama spesifikasinya.
Asian knife nipis dihujung maka pengasahnya punya ruang yang kecik untuk mengasah mata pisau Asia.
Pisau kaktek mai europe.. pengasah guna asia mari... pandai.
dah beli baru terhegeh-hegeh nak blajo.







Bila belasah  asah mata pisau amarika dengan pengasah asia ini, mata pisau nampak terhakis...
sorry eh.. gambar lupa nk trim kasi besar sikit.
tapi oklah kot... asah setahun sekali, paling koman pisau tu nak kiok makan 10 kali asah untuk 10 tahun.






Saturday, April 6, 2013

citer pisau.... betul.. ini citer pasal pisau!

Haaa.... inilah barang yang kaktek dok tunggu-tunggu sejak entry yg lepas....

Kalau kome suka kumpul henbeg ka.. pinggan mangkuk ka.. fridge magnet kaaa...
kaktek suka pisau.
Di malaysia beli pisau kat paso borong je.  Disini beli kt kedai asia.  kadang2 beli di walmart usd16 dapat sepasang.  Lepas sebulan nak potong tauhu pun tak lepas.
Teringin sungguh nak merasa guna pisau mahal.
Mahal murah kalau harga beza, mestilah kenikmatan mengguna pun berbeza.
Sayang duit... tapi nak beli.... tapi sayang duit... tapi tingin nak beli.... tapi sayangggg duit, tu yg tak beli-beli.

Chef-chef ni siap ada briefcase penuh dengan bermacam jenis pisau.
Potong sayur pisau lain, potong buah pisau lain, potong ikan pisau lain, potong bawang pisau lain...
kaktek salu pakai pisau multipurpose.... semua belasah daaa...

Dah lebih setahun dok usha-usha pisau Hattori di Japaneseknife ni...
nak beli berkira-kira..... sebab masak pun bukan reti sangat tapi dah letih melayan pisau yang tak tahan lama.
Ada pisau santoku, gyuto, boning knife, cleaver...
wah.. pisau pun banyak seni tau.
The best pisau dalam dunia haruslah datang dari jepun sebab depa expert buat pedang samurai.
Bayangkan potong bawang guna pedang samurai? mantappp....


Hattori angan-angan tak kesampaian sebab harga paling murah pun usd100.





Pisau mahal ni beza dengan pisau murah adalah material yg digunakan.  Pisau jepun yang mencecah ribuan dollar itu hasil dari buatan tangan (hand made) yang mengambil masa berbulan untuk siap untuk memastikan kualiti dan ketepatan yang tinggi.




ini incik Hattori - google.




tak mampu takpe.. kita cari yg murah sikit di amazon.com




TADAAAA..........    





baru sampai.  Tak dapat hattori, dapat wusthof dari german dan victorinox dr swiss pun jadilah.
Kaktek suka saiz ni... besar dan boleh belasah multipurpose gak.
Harga santoku wusthof usd74 dan santoku victorinox usd34.
dah testing buat potong bawang tadi.... perghh.. rasa best sangat nikmat macam makan es krim. ??



err.. contoh diatas tidak dapat mempengaruhi korang ek? heh heh.

Walaupun saiz kurang lebih sama, wusthof lebih mahal kerana lebih berat maka ia memberikan keselesaan lebih ketika memotong dengan tekanan yg minimal.
alah... susahlah nak cerita cemana best nya pakai pisau mahal nih.  betul macam makan es kerim waktu cuaca 40 C. cayala...







Ni pisau lama kononnya stainless steel yang selalu di guna di meja bedah. maka kononnya lagi tak perlu ditajamkan. Harga promosi sangat menarik usd40 dapat 7 bilah termasuk pisau potong roti dan pisau makan steak yang masih dok dalam kotak sebab anak kaktek tak guna pisau time makan steak... depa guna tangan.. muahahhaaa.... 
gila nk bagi bebudak tu pegang pisau!
Lepas 8 bulan pisau ini sudah kurang taring dan baru perasan manader pisau dlm dunia ni yg guna hari-hari kat meja bedah tak perlu maintenance?  oh tipah tetipu....
tapi kaktek masih sayang dan bakal di sodok diasah dengan pengasah eletrik yang belum sampai.

Pesan kaktek ni... pisau cenggini jgn dibuat tokak tulang ayam. Takde dlm dunia ni besi pisau yg tahan buat potong benda keras.  Tu kena guna khas pisau pemotong daging.  Kang pisau dah cobek tetak ayam , dok salahkan pisau sedangka kome blajo tak abes.



Feberet kaktek masa ini... hepi sangat.. sikit-sikit nak pegang... sikit-sikit nak pegang....
Minggu ni kena pesan kt bebudak,.... jangan pi dekat ibu... kang ado yg hilang jari.






Wednesday, April 3, 2013

rezeki ku rezeki mu jua ... sessi terapi diri.

Minggu lepas minggu dapat bonus.
Alhamdulillah rezeki kampeni abo gapo profiit lebih sikit tahun ni, bonus pun boleh tahan walaupun tak sampai sebulan gaji, plus kena tolak tax lagi...(nangeh).
Takpe.. bak kata ustat, yg kita hulur sedekah itulah rezeki kita (pahala di akhirat) manakala yang dalam poket/bank itu belum tentu rezeki kita.
Mungkin rezeki pomen keta, rezeki plumber, rezeki polis sebab kena bayo saman (ehem).

Maka apa yang selalu kita buat bila dapat bonus?
dok dendiam masak kue teow goreng kat rumah?
sambung tengok power rangers dengan haris?
sambung tidur jangan jenguk2 akaun bank?

mehmehemeh.... kuatnya iman...

Sementelah orang len spend duit bonus untuk beli tiket balik kg bertemu orang tua sambil meminta ampun maaf zahir batin halalkan makan minum sebab kebetulan raya tahun ni jatuh waktu cuti summer 3 bulan maka depa dapat makan ketupat rendang ayam daging kambing sambil bertakbir raya dan menyayikan lagu-lagu raya.... huwaaaaa...... maka kaktek yg memang takde plan saja nak balik-balik cuti ni sebab kalau balik habis 30 rebu hengget mesia kt return tiket kapai je.. mahei giler baik beli kancil cash sebijik dan masih menunggu peluang balik terus sebab kalau dah balik cuti nak mai balik sah sangkut lagi kat sini lagi 3 tahun sebab nak kaver balik korek kedit kad belanja sakan masa raya...
MAKKAAA....... kami pi terapi diri untuk orang-orang yang lemah iman....



sopinggggg!!!!..













weber bbq grill ni susah lor mau carik di malaysia.



mula nya nak ambil yg guna arang tapi saper nak kena cuci habuk arang nanti? hakuuuu lah jugak maka kita tuko ler yang guna gas.
ni untuk persediaan time-time pencen bolehler kaktek laki bini nk buat bisness gril menggrill... heh.


comei jer.. suwailah untuk anak mpat menantu mpat dan cucu nambelas.




camnilah depa hantar sat tadi.  orang dah habaq jangan assemble sebab nak bawak masuk kontena... keluar lori, dah rupa cenggini. pandai.



hok bawah ni abe gapo dah target nak beli dari bulan lepas.
kusi bar untuk meja bar yang lom ujud di Malaysia...
wah sedih sungguh tengok laki ku berangan macam2 untuk rumahnya di tanah malaya.

tapi takpe... walaupun bunyi sedih tapi hati kami gumbira.... hhahahahaaa....haa kan dah gelak tu.
terapi diri yang berjaya.

tapi barang yang kaktek sangatlah tertunggu-tungguuuuuuu............ lom sampai.






errrr.... ending macam tergantung je ek...