Wednesday, April 10, 2013

citer pengasah pisau pulak.. mesti korang boring.

Laku jugak yea citer pisau kaktek..
kaktek sambung cerita pengasah pisau pulak nak? hahahaa...


ini whet stone atau sharpening stone yang selalu chef-chef terkenal atau orang jepun suka guna sebab pengasah punyai pengawalan yang maksima untuk mengasah pisau mahal mereka.
Cara mengasah juga ada cara tersendiri dengan sudut tertentu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Whet stone merupakan cara mengasah pisau paling baik kerana kebarangkalian mencacatkan mata pisau amat sedikit.
Di youtube ada banyak video menunjukkan cara yang betul mengasah pisau menggunakan batu pengasah.







Ini besi pengasah pisau yang banyak jual di Jusco dan kedai2 hardware tepi jalan rumah kaktek dulu.
Murah lah.  Sebab tu kaktek tak pernah guna pun sebab taktahu guna... haha...
sekali asah mak aih bunyi ngilu sampai ke belakang telinga.
nanti kaktek balik Malaysia, saper-saper nak besi pengasah camni, roger2 kaktek kasik free.



Ini pengasah letrik untuk orang malas.  Order dah sampai rumah baru kaktek perasan ini adalah Chef Choice Asian Knives Sharperner di mana Asian knife dengan Europe knife tak sama spesifikasinya.
Asian knife nipis dihujung maka pengasahnya punya ruang yang kecik untuk mengasah mata pisau Asia.
Pisau kaktek mai europe.. pengasah guna asia mari... pandai.
dah beli baru terhegeh-hegeh nak blajo.







Bila belasah  asah mata pisau amarika dengan pengasah asia ini, mata pisau nampak terhakis...
sorry eh.. gambar lupa nk trim kasi besar sikit.
tapi oklah kot... asah setahun sekali, paling koman pisau tu nak kiok makan 10 kali asah untuk 10 tahun.






No comments: