Salam Ramadhan semua.
Maaf pada yang menjenguk, kaktek rasa masa tak berbaki dah untuk updet blog.
2 minggu di tanahair, budak2 dah kemaruk kebosanan... alah.. kalau dok amrika lagi pun tengah cuti summer 3 bulan. Ngengada betui bebudak nih.
Makaaa.... kaktek masukkan dah semua keskolah gomen untuk mendapatkan pendedahan awal dengan sistem pelajaran Malaysia.
Sekolah taman Desaminium ni cuma kurang 1km je dari rumah dan dibuka tahun 2010.
Boleh tahan cantik. memang cantik. Idak ler bebudak ni terkejut be-uk dari sekolah canggih amarika masuk skolah di Malaysia.
Oleh kerana sekolah baru, ramai cikgu dan pelajar berbangsa cina. Kaktek saspek ini cara cepat depa nak naikkan rating result sekolah.
Untuk abang, kaktek mintak cikgu masukkan ke tingkatan 2 paling top terus... eee sukati makbapak mintak2 kannn....mementang baru balik dr amarika... kalau balik dari lombok adakah akan di layan permintaan sedemikian rupa?
maka kelas dia ramailah india dan cina dan terus speaking je dengan dia.
2 hari kesekolah dia tak lalu makan. Muka murung je. Buka puasa sikit, sahur pun sikit.
Abang ni jenis terlalu memikir. Semua nak perfect. So dia stress sangat bila tak paham pelajaran agama.
Apa yang dia tak paham? haaa....
apa maksud.... kurniaan Tuhan? berkat dalam rezeki? ditimpa musibah? membentuk masyarakat penyayang? apa maksud perkataan 'menghindari?, mencegah? maksiat? kemungkaran? nikmat? pemangkin? pemberitahuan? pengharaman? memanfaatkan? bermuafakat? prihatin pada fakir miskin?
mak aih!!!!! kira sepatah haram ustazah cakap dia tak pahamlah!
perkataan tu semua manader kita mak bapak sebut2 kat rumah. hadoi.
kenalah translate dan sekali translate mana dia boleh ingat semua.... walaupun tulis nota kaktek kena translate berulang2 lah jawabnya.
Oleh sebab pmr dah takde, sistem baru PBS ni lagi masaalah bagi dia sebab kena lulus band untuk semua subjek termasuk subject full dalam bahasa.
Ajik pulak.
heh heh. lagi ponin.
Isnin kelmarin masuk sekolah, semalam selasa dah exam pre-upsr!!!
Math dan science masih dwibahasa.
English kacang.
BM hancuss.
Upsr 5 subject.... 2 subject tu paper BM!!!
Cikgu kata kalau fail teruk kena masuk kelas peralihan setahun. mak aih!
Ayat yang dia buat semalam masa tiusyen dengan kaktek.
Dalam dapur ini ada periuk nasi tengah memasak.
Dalam dapur saya berfikir makan makanan yang sedap.
Perkataan tak faham lagi basic dari abang..... demikian, sejak, sementara, agar, lalu, wakil, melainkan, sambil, tatkala, manakala , awal, akhir.............
Nervous sungguh kaktek tau... ajiknya rilek je.. yg dia tau masuk dapo ada makanan sedap.
Maka menjelang upsr sebulan lebih je lagi, kaktek doubt boleh update blog selalu. Mungkin senyap terus sampai bebila sebab selain drill bahasa dengan ajik, habis upsr kena drill abang dan syasya jugak.
BM syasya stop di darjah 1. Lagi banyak kerja weh.
Doakan semua berjalan lancar yea. Sorry lagi pada yang menjenguk. Jenguk-jenguk jangan merajuk... ceeeh maknya terer berpantun... anak terkial2 nak faham bahasa.