
Mood update blog dah hilang dengan kedatangan hari lebaran. Semua blog sudah mula bercerita mengenai balik kampung... buat kuih raya... jalan raya jem, final shopping, basuh langsir....
Jadinya kalau tiba-tiba aku nak bercerita mengenai flashback september 11 yang amerika dok gembar-gemburkan di kaca televisyen di sini sekarang, mana perginya jutawan kosmetik malaysia yang hilang.... korang mesti tak minat nak baca.....
aku pun letih nak ulas...
Oleh itu kaktek pun mengambil kesempatan ini memohon ribuan ampun dan maaf (ayat kopipes tiap taun...) sekiranya terkasar bahasa, termakan terminum, terjeling, terngumpat segala TER muga selepas raya kita menjadi insan yang lebih baik dari sekarang...insyaAllah...
Dan semoga dugaan buat mereka-mereka di bulan Ramadhan dan dihadapi dengan redha dan tawakal akan mendapat ganjaran yang setimpal...jika bukan di sini, di akhirat pasti.
Tambah satu lagi..... dosa-dosa korang aku dah lama maapkan selagi korang tak tepek gambo bazar ramadhan, rendang, ketupat.....
sapa makan cili tu mintak maap lagi raya deepavali kang!
################################################################
Abang !.... nak raya ni... nak balik mesia dah nak?
errrrr..... abang belum pandai english betul-betul lagi....
Abang tak pernah jawab direct.... jawapan mesti ada udang disebalik mee.
Ajik! !.... nak raya ni... nak balik mesia dah nak?
Tak nak! sekolah sini best sangat... dalam kelas takde salin apa-apapun..
Jawapan ajik selalu terlalu direct.
Kakak!.... nak raya ni... nak balik mesia dah nak?
Tak nak..... asya nak jadi orang putih macam kawan kat kelas asya...
Dia ingat lagi lama di amerika kulit dan kaler rambut dia akan bertukar....
Chey..... uhhh...
Aku translate ek.... "Mesia tu apa bu?"



