Sunday, January 24, 2010

tales from vietnam...


ini bukan laki aku daaa.... ni mamat jaga kaunter hotel cap ayam yang laki aku duduk..






huissshh...... ada bangunan canggih jugakkk....

















ni yg aku paling jeless.... suhu 15 C cakap lu..... bilalah kat malaysia boleh keluar pakai jaket jugak...
















huh! ni kalau bling-bling tengok handbag ni sah terjojoi bijik mata....











ni city center....
















ala-ala petaling street...eh! ni vietnam ke jalan pasar cina dekat rumah aku ni??!!












awek vietnamese....emm... idakle cantik dari aku...kurang lebih je... haha....

















bosaunya jambu air tu...












ni bukan mamat vietnam... ni laki aku daaa....


Friday, January 22, 2010

peringatan buat lelaki

Hari ini aku terdetik untuk bercerita soal poligami. Persoalan yang paling jarang aku perkatakan di forum kerana aku tak layak untuk memberi pandangan atau nasihat kerana berkata-kata lebih senang daripada yang menghadapi….

Nasihat tipikal pada yang berpoligamikan lelaki hampeh……
“bolayan je laki kau… cari bahagia sendiri… kuatkan diri untuk anak-anak…”
Cakap senang… kalau kewangan bergantung sepenuhnya pada si lelaki.. macamana nak bolayan?

Nasihat tipikal pada yang berpoligamikan lelaki budiman…
“muhasabah diri… bukakan hati kerana payung emas menanti”..
Huh! Sekali lagi yang bercakap tu senang… laki keluar ngeteh setahun sekali pun dah mengamuk.. apalagi keluar ke rumah yang satu lagi..

Ni gara-gara hati aku amat terkesan dengan cerita dari ahkak forumer yang dihormati… mengahwini lelaki budiman tetapi berakhir dengan berkongsi cinta hati…..
Sesuatu yang amat tidak diingani oleh mana-mana wanita di dunia ini….

(macam sedap pulak ayat-ayat aku yang terbina hari ini…)

Hidup akak ini ibarat bunga orkid kembang mekar amat dikagumi oleh mana-mana pemerhati telah direntap kepercayaan dan hati oleh umat bergelar suami dengan alasan tipikal lagi…
“bukan isteri hilang seri atau hilang seksi tetapi jodoh datang lagi…”
Sebijik macam alasan bung mokhtar masa nak kahwin dengan si zizie.

Kepercayaannya hilang… hatinya menjadi kering… cintanya lenyap tidak berbaki…. Kemana pergi kemanisan hidup berpuluh tahun melayari bahtera tanpa masalah dan godaan besar tetapi ujian Allah datang jua…


Hatinya kini beku….. ibarat puteri ais di kutub utara… panahan mentari tidak bisa mencairkannya kembali…
Dia tewas dalam peperangan hati untuk memaafkan, melupakan dan meneruskan hidup…




Buat sang lelaki yang membaca atau terbaca…(kalau ada).. blog aku ni
….berfikirlah seJUTA kali untuk menduakan orang yang disayangi sesungguhnya terlajak perahu boleh diundur….

Thursday, January 21, 2010

hah! nangeh aje!!

Semalam aku hangin dengan syasya..... sudah dikejut bangun pagi takmau bangun..... fine... sekolah petang aku tak kisah kalau dia nak tidur sampai pukul 12 tenghari pun....

Tapi dia juga dah pesan minta dikejutkan awal..... kalau tak kejut alamat merembeslah ayaq mata.

Lebih-lebih kalau dia tau dia dah miss webcam dengan bapaknya pepagi buta..... double merembes...

Nak pergi sekolah dengan terhegeh-hegeh mandi..... bukan bersabun pun.... dia ada eczema kiranya jirus air je.... pun ambik masa seploh minit... pakai baju seploh minit lagi... turun bawah rambut pun belum sikat.... losyen belum sapu.... dengan cikmat ngaruk nak sarung kasut sekolah...

arrrggghhh... abe gapo tanya nak bibik ke bu.....
Aku pulak tak mahu.... rimas ada minah indon lalu-lalang depan belakang aku dalam rumah aku sendiri.
Konon-konon aku kuat..... belajar bersabar.... dapat banyak pahala...(huhu...)

Sampai sekolah syasya tak mahu masuk dewan terus.. mintak ditemankan sampai time abang long balik1.10pm.... cikmat pulak nak nenen.....
cik mat ni pun satu..... dah nak masuk 2 tahun dah.... nak aje aku bawak pi tok sedara dia.. jampi-jampi bagi dia geli nak nenen macam abang long dia dulu.... tapi hati aku kuat nak layan dia habis-habisan sebab lepas ni takde baby lagi dah.... (agaknyalah!)

Detik jam 1.05... syasya merembes lagi....arrrghhhhhh!!!.... nak aje aku bersilat...
udah! masuk dewan!
aku terus masuk kereta, tunggu abang long keluar kelas, balik rumah, masuk forum.... release tension le konon.....

Mak aku pernah kata syasya sebijik masa aku kecik....
Moral story.... peel merembes tu rasanya dapat dari aku jugak..... heh heh....

Tuesday, January 19, 2010

minggu baru wadah baru...

Sebaik saja ditinggalkan cinta sayang membuatkan aku rasa hilang semangat... rasa malas kembali menerjah kamus hidup aku... rutin harian yang bagai tiada penghujung harus aku bereskan...

Hari pertama ditinggalkan menjadikan aku sangat malas... malas yang teramat... masak malas, nonton tv malas, masuk forum malas..
Tetapi hari ini aku mula bangkit dengan wadah baru.... angkat bahu, berdiri, berjalan, berlari, melompat, joging..... hahahaaaaaaaa.....
aku dah mula merapu balik!! yeeehaaa!.....
(malas? rasanya baru semalam aku post entri yg last sekali..)

Walaubagaimanapun aku masih syahdu melihat kembali gambo abe gapo yang aku snap hujung minggu lepas... seronok budak2 dilayan bapak yang mereka jumpa 2 kali sebulan ni..... tapi yang pasti... masa abe gapo kerja di sini dulu idak le pulak dia rajin melayan budak-budak ni....

huh!! dah kehilangan baru dihargai....


Jikalau menurut keen aku pasti sumbat cik mat dengan ubat batuk... oh tidakkk..... aku punya perancangan yang lagi bagus... percuma lagi.....

Pi main kat padang!!!!!... cepat!!!! sebelum ibu ubah pikiran!!

Walaupun padang depan pintu pagar je ... budak-budak ni nak keluar bermain harus dengan kebenaran aku... dan perancangan aku membuahkan hasil... malahan hasilnya berganda tanpa diduga iaitu bukan sahaja budak-budak pengsan keletihan di malamnya.... bapak budak pong pengsanggg!!! huhu... malam lailatul qadar lah jawabnya....


Walaubagaimanapun kepemergian abe gapo kali ni masih diselubungi hutang.... hutangnya adalah pemindahan pokok manggis ke tengah laman yang belum dilangsaikan walaupun sudah aku khabarkan kepadanya 2 minggu sebelum 2 minggu yang lepas....

Katanya... takpe... 2 minggu lagi bah balik belum besar sangat pokok tu untuk dipindahkan...
Rasanya dia tunggu porch tu pecah kot.... sukatilah.. malas aku nak bising lagi!

Monday, January 18, 2010

besdey yg belum tiba

Birthday ajik jumaat ni... 22 januari 2001. Baru 9 tahun aku jaga budak ni... huhu..... Oleh sebab abe gapo tak balik minggu depan, kenalah celebrate awal.

Permintaan ajik simple je... nak makan kat manhattan fish market sabtu malam ahad yg lepas. Yang spoilnya bapaknya dok push dia suruh mintak adiah.... huk alah... budak tu dah taknak.. simpan jelah duit tu untuk besdey aku 2 bulan lagi..... tak yah tanya aku dah mintak awal-awal.... heh.

Setelah dikenakan perahan idea.... akhirnya ajik mintak... "rubic cube 4x4!"

"HAH! 3x3 pun tak khatam!!" sergah aku..
"errr..... ok... ajik nak...... b-daman!" kata ajik
"HAAA? bagi ibu 10 kebaikan beli b'daman!!" ...oooo i love being a cruel mother!

setelah senyap untuk seploh minit...
"kalau ajik nak roller skate boleh tak?..."
"haaa... itu best! babah pun nak!" pintas bapaknya sebelum sempat aku sergah... huh!


Selepas makan di fish market alamanda, bermulalah pencarian quad roller skate di carrefour, al ikhsan, parkson...... tarak......

yang ada cuma inline skate.....

benda alah ni kalau beli sah buat display je at rumah!


Yang balik dengan kegumbiraan.......


si kenit ni haaaa..... dia kayuh dari hujung alamanda carrefour ke hujung satu lagi... parkson!
ada la dalam 200 meter!







Malamnya pencarian belum berakhir.... cek kat google... hemm... nampak gaya memang payah nak cari... beginner roller skate... orang dah advance pakai inline skate.

Tempat yang banyak sport shop hanyalah midvalley.... aiyok...
aku dah terbayang betapa besaunya midvalley tuh!........ mau tercabut kepala lutut pusing megamall tuh.

Setelah tawaf midvalley selama 2 jam... 2 jam!! gila nak tercabut buku lali aku dah.... dengan cik mat takmau duduk dalam stroller.... kejap nak nenen, kejap mengejar dia menyelit tengah orang ramai...
dengan syasya mengada-ngada bila bapak dia balik....
eerrgghhhh!!!! seriuos nak kena migraine walaupun aku tak ada migraine.

Quad roller skates ada di toys r us tapi saiz kaki 4 kebawah saja.... aku dengan abe gapo serious dah tension tapi abe gapo macam biasa, manjang spoilkan budak... nak carikan jugak... so aku le double tension.

End up... yang seronoknya.... cik mattttt... le jugak dapat gelung hula hop!

Keluar dari midvalley dah pukul 2... sempat lagi pi 1utama nih singgah mph untuk author's slot berlian tapi budak-budak dengan bapak budak dah tak larat berjalan.....
Terkilan aku tak dapat pi... manalah tau kot berlian nak back up... aku dah siap pekena mekap estiloder nih....
Oleh sebab abe gapo tak kena hat etek, aku assume cantik le aku mekap ni kot... hahaha!!

Nanti aku bagi alasan kat berlian, laki aku balik sekali-sekala jadinya aku sibuk fisabilillah..... dan oleh sebab takut beverjalilhills bergeger dan dia tertimbus kena land slide, memang saja aku ambik slot pukul 3-4 tu untuk berperang....muaaahahahaaa!!

Friday, January 15, 2010

yok blaja mekappp.....


Tadi aku shopping..... ntah kenapa aku terasa nak shopping sangat-sangat.... lama dah aku tahan diri dari membuang duit beli benda alah ... tapi tadi tak tahan....

Aku pi parkson alamanda dan tadaaaa.... dari plan nak beli eye liner 'saja'... end up aku dapat loose powder, 2 lipstick, maskara, eye shadow, lip gloss, 2 pencil eye liner, 1 liquid eye liner dan concealer...'saja'... hehe....
Penangan kena tinggai laki lama sangat lah nih!


pastu dapat free 3 beg.... buat isi pampers cik mat ok gak.

last sekali aku beli mekap masa otai datang rumah bawak mary kay beauty consultant untuk otai, aku dan berlian belajar mekap setahun lebih yg lepas.

Tu first time aku betul-betul nak bermekap.... first time dalam hidup aku ada eyeshadow dan blusher sendiri.
Tapi mekap kit aku tak pernah complete... kali ni aku try completekan.... selagi tak beli, selagi tak ada barangnya macamana nak pandai.

Ini semua gara-gara facebook ex-schoolmate aku daripada kerja interior design dah jadi mekap artist (sila klik)..... selalu tepek gambo baru... jelesnya aku..... dia mekap serious chantekk....
Aku terfikir.. emm why not aku belajar sesuatu untuk mengisi masa lapang.... bukan susah... dah pandai nanti boleh belajar benda lain pulak... belajar menjahit ke.. memasak ke...

Rasanya tak rugi kalau aku kelihatan begini.....







boleh jadi begini....







--------------------------------------------------------------------------------------


atau daripada begini...





boleh jadi begini....







----------------------------------------------------------------------------------

kalau korang kata biarlah natural beauty..... nanti dah cuci, balik asal jugak....
tapi aku tak rela kelihatan begini...











kalau aku boleh kelihatan begini....

(mekap nye aje.. idak le aku kemaruk pi pakai baju macam tu pulak...)





Aku akan mulakan sessi latihan aku secepat mungkin.... sebagai percubaan pertama.... esok di lcct...
harap-harap abe gapo terpegun dengan perubahan aku... jangan terkejut hat etek udah.. huhu....

Nanti aku dah terer, aku charge korang half price je ekk....