Tuesday, September 21, 2010

bukak rumah....

Semalam kaktek terpaksa rela menghosting rumah terbuka.... malaslah nak menjemput-jemput dengan rumah tak sempurna akan tetapi sudah di beri hint-hint.... yolah... aku kan dah tua.. dah banyak makan garam gula kunyit bagai... aku paham laaa....

Tetamu jemputan dalam list cuma 2 family .... tapi end up 4 family dan 2 bujang yang datang...

Oleh kerana tugas memegang kamera abe gapo yg ambik... ini jelah gambo senonoh yang aku dapat tepek.




Psstt... abe baju meghah ateh sofa tu masih bujangan sehh... 17 thn dok sini..


Gambo makanan tak ambik ... lupa dan penat.





Tetamu jemputan dah duduk sini dalam lingkungan 15 ke 23 tahun.
heeek... baru perasan, apesal yg paling freshie kena host open house.... ngelat betui lah depa nih..

Tatkala...chewah.... aku guna perkataan tatkala....mereka berborak sakan, aku cuba menyelami situasi mereka yang membawa kepada keputusan duduk di negara bukan tanah tumpah mereka sendiri.....

Ini kes suami isteri melayu, melahirkan anak-anak melayu dan akan tinggal terus di bumi asing.... seronok ke tinggal di negara asing?
apa perasaan mereka? apa perlu mereka lakukan? heh...

Kata meraka, sudah terlalu tua untuk memulakan kehidupan di malaysia dari kosong.

Betul jugak..... aku bersyukur kerana sudah punya tapak di malaysia... tapak rumah lah... tapak kubur, belum....

Walaupun amerika punya life support system yang jauh lebih baik ...tetapi hari raya cari open house org melayu gak kan.... apa-apa perjumpaan lebih selesa dgn bangsa sendiri gak kan.... baca blog pun cari blog org kita gak kannnnnnn....kan Aida kannnnnnn.... kan T kannnnnn..... kan kakjune kannn......

12 comments:

dieya said...

wahhh.. buat open house! masak apa? baper ekor lembu kambing farmville tumbang?

T said...

raya mesti la kena dengan melayu. takde lontong dan lodeh, tak raya namanya. hehehehe.

Halloween dengan Christmas nanti baru join American. Jadi Malaysian, jangan lupa Diwali/Deppavali and Raya Cina too.

I raya tak sempat tangkap gambar though masak macam-macam, yang sempat naik 5 lbs in 3 days. Lebih dua bulan nak hilangkan, naik dalam 3 hari jer. ish, ish, ish....

Anyway, enjoy the diversity. I sure do, almost every month ada jer holiday celebration. Next month, Halloween. Thanksgiving and Diwali for November. Christmas for December. New Year for January. Valentines & Chinese New Year in February. Easter in March/April. Memorial Day in May. 4th of July in July. Raya next August. See... I have my holidays line up until next Raya. And that doesn't count the Super Bowl.
And with holidays come more food. yay!

al-lavendari said...

tatkala ini saya kelaparan bila tengok makanan tu !

CS said...

AB
Terpaksa rela? har3.. Salute youlah. Apa you jamu pada tetamu2 tu??

~jeet~ said...

syabas la kak tek, menu apa lagi? group pics takkan takde?

p/s: akak baru sedor ke budaya orang melayu suka buli freshie..hehehe...

PatinPasta said...

Kak Tek,
Ya betul dan benar sekali! Apa2 pon, kita gerenti cari orang kita jugak. Cheese melimpah ruah and murah2 belaka tapi belacan jugak kita carik, kan?

Kak Tek saje je tak mo amik gambo makanan, takut kena hint bukak rumah lagik untuk raya haji ke.. kan? :D

BaNaNaS! said...

semua juadah nih ntah2 pot luck eik?... apa bukti ko masak? apsal takder close up makanan? heeeeeee

Maya Marisa said...

Kak Tek cater food yeah...hehehe

ahkakbatik said...

aku letak gambo makanan kang kena kutuk... tak letak pun korang kutuk...
aku masak gulai unta dengan kari kuda!!!

cuba jadi macam pokcik komensen tu... tak nampak makanan pun dah meleleh air liur...kan pokcik kannnn....

PatinPasta said...

Alahai Kak Tek,
Bukan kutuk tau! Gurau2 manja gitu (Kak Tek jangan muntah ye)
* Maap zahir batin (seb bek dalam bulan raya lagik nih!)

ahkakbatik said...

kaktek muntah daging unta ni...jgn jeles... kurma rimau pun ada belen lagi...

T,
the kakak in purple baju kurung kain corak batik tgh makan tu has been in us since lepas spm 1981 from pittsburgh.

kj said...

tak ajak org pun...