Thursday, January 27, 2011

sorry... not today..... teeeettttttttt............

Setelah 7 bulan kaktek di bumi amarika ini ingin memaklumkan bahawa kaktek sudah berjaya mengeraskan hati ......

Alkisah.... ada terbaca sistem bumi amarika yang tersangat besar ni... dulu-dulu depa gaduh manjang tolong bayarkan hutang state yg miskin maka depa buat perjanjian.. sendiri state, sendiri cari duit sendiri bayo utang.....

Maka untuk raise fund untuk maintain facility, utility, amenities bagai , fund raising sangatlah agresifnya di sini. Mula dari sekolah buka.. fund raising untuk sekolah dalam berbagai cara....

Mula-mula rumah masuk telefon, kaktek dapat call dari Fraternal Police Association...
memula dia tanya nama...

"batek......." jawab kaktek dgn suara yg sangat lembut dan gorjes.... heh...

pehtu dia cakap..."Hi Batek, I'm calling from North Carolina Fraternal Police..bla..bla... bila kaktek dengar POLICE... kecut gak perut.... lepastu sambungnya "pls don't speed and don't forget to buckle up..."
gedebak gedebuk org amarika ni suka cakap banyak..kannn...... rupa-rupanya fund raiser untuk fraternal police association.....
katanya donation ada 3 level... $45, $35 atau $25 dan dia mintak kaktek participate untuk $25.

kaktek yg tak sampai hati nak jadi kedekut ni , iyakan jelah akan donate sebanyak 25 hengget..

Seminggu lepas tu dtg surat bersama sampul surat kosong mintak cheque $25 di pos ke alamat dia... kalau tak balas balik, depa hantar lagi sampai 3 kali.... tak donate lagi, depa call lagi mengingatkan yang kita dah commit... buat kita rasa bersalah sebab dah janji tapi tak donate..... depa hantar lagi surat...

Once kita dah donate.... haaaa..........
ni citer best ni....

nama masuk dalam database dan dicirculate kesemua fund raiser untuk bermacam2 association..

Kaktek dapat call dari Trooper Association, Homeless people association, Leukemia association... itu belum campur pi shopping kat food lion, cashier mintak donate untuk children's hospital, child in hunger.....
hati yang ikhlas serius dah mula timbul rasa tak ikhlas........ non-stop wehhh!!! rimas!!

Fund raiser yg tepon ni kaktek suspect depa dapat komisyen tiap kali dapat donation maka setiap call tu depa akan desak untuk pastikan org akan commit walaupun 5 hengget..

dan pagi tadi dapat call fund raising lagi dan kaktek jawab macam minah salleh kaktek nampak kt food lion tu jawab lah....


SORRY... NOT TODAY..........tettttttttt.... (teett tu tone lepas letak tepon daa....)

8 comments:

T said...

Congrats!
I bab saying "No" memang dah pro. hahaha. I only kasi duit to specific organization I already decided at beginning of the year. Yang lain tak layan. Except for the Girl Scout cookies, of coz. Lemah tengok cookies-cookies too. hahaha.

P.S. Kak tek boleh letak phone number to Do-Not-Call list. Address pun ada list juga. Tak ingat where I did that sebab buat zaman dulu-dulu.

ahkakbatik said...

ooo... boleh letak kt do-not call list ke? nanti kaktek cek kt google.

Serius T, 2nd time dapat call hati dah panas... 3rd time betul dh menggelegak... kuat mintak sedekah betul org putih nih...
cuma yg mintak derma face to face tu masih tak sampai ati nk cakap NO... haha..melayang ler 5 hengget...

Anonymous said...

T..thanks... kaktek dah register kt donotcall.gov.

dieya said...

tahniah kaktek! boleh kumpul lagi byk duit nak beli omeh berkilo2

Kongkang Malaya said...

Kak Tek,
Amboi.. begitu persistent derang ye? Sampai kita lak rasa bersalah (takut pon ada) bila dah bertubi-tubi kena call and hanto surat gitu. Tahniah.. Kak Tek dah koraih! :D

* saya selalu kesian tengok peminta sedekah duduk kat luar pintu kedai. Time nak gi pulangkan troli tu saya mesti jalan tengok lantai jek.. tak sampai hati nak tengok derang. huhu!

ahkakbatik said...

dieya..omeh gilos mahei lorrr.... kaktek pakai zhulian pun bukan korang tau...


aida, org asia ni lembut ati.... tu banyak org melayu sini takmo join komuniti melayu... walaupun ada berapa kerat je dah timbul kes nk pinjam duit, lembut ati bagi pinjam, teruih sampai la tak bayo-bayo...alkisah....
kaktek awai2 declare "anak mpatbelas, aku misken"..heh heh...

T said...

Kak Tek,
I, melayu sorang, tak dapat gene lembut hati. hahaha :-P Even face-to-face I decline. Kecuali kalau hari tu sangat happy, jadila terbaik hati.

Oh, kalau diorang call next time, ahkak tanya phone # diorang lepas tu cakap no thanks and hang up. Lepas tu file a complain againts them. Tapi kalau Kak Tek support some organization, their fundraiser might still call you unless bagitau diorang not to call. Just be firm. For them, that's still better than other people yang mencarut to them. You won't believe what they have deal with everyday.

ahkakbatik said...

tulah T... hubby kaktek kata kesian they all kena buat keje tu... bukan senang nk tebalkan muka@suara...

website donotcall tu ada mention block calls from telemarketer je... charity assc still boleh call kita...huhu.... kena keraskan hati lg ni...