Akan tetapi penulis blog ini rajin melayari blog politik milosuam.blogspot.com dan blog gossip beautifulnara dan sekali sekala blog santapan rohani time-time nak insaf..
Walaupun blog ni tiada cerita serius, akan tetapi penulisnya ada kala berdebat secara serius dengan somi penulis kerana pandangan politik yang berbeza ...
Bagaimanapun entry hari ini seperti biasa penulis tidak mahu mebincangkan apa-apa yang serius cuma sedikit tips untuk pembaca...
African salt body shop besdey toy penulis yang sampai minggu lepas khas untuk mengikis daki-daki ketiak (armpit cakap org amarika.... under arm aku dulu guna kat mesia).... kira entri hari ni borong belajar vocab baru la jugak yea...
Satu lagi yang penulis belum serasi dengan vocab di sini adalah take away di mesia adalah TO GO di sini...
Berbalik kepada cerita african salt.... jikalau terdetik untuk dirakam video bagai, adalah disarankan jangan menggunakan scrub ini kerana baunya dan particle salt itu sendiri pasti dapat dikenalpasti sekiranya DNA anda dianalisa.....
Kira scrub ni tak ramai orang pakai..... kategori orang banyak daki je.. eh silap... kategori orang kulit halus mulus je.....
Creme satin blusher estee lauder.... saja gatal order sebab somi penulis mendesak penulis order je apa-apa sebagai hadiah ulangtahun ke 19 nya kerana tidak mahu kena ungkit dibelakang hari...heh....
Lebih-lebih lagi blusher ini juga diguna oleh Jennifer Lopez maka cari saja image J.Lo di mana-mana laman sesawang buat anda yang kempunan belum melihat rupa si penulis....
Pada mulanya terdetik nak menambah stok kitchenware tetapi hasilnya somi penulis yang senang hati tambah boroi.... terdetik nak beli omeh ..... cuma 10 karat di sini, maka penulis mengambil keputusan shopping toy baru buat tambah stok walaupun sebenarnya tak reti guna pun..
Lagipun stok mekap berlebih manapun tetap tak dikenakan zakat.
Setelah stok sampai baru penulis menyedari bahawa creme blush tepek pakai jari daaa... tak pakai berus...
Haaa... ingat kedekut takyah le keluar duit masuk kelas mekap macam dak Nida tu.... boleh tetiba je terer nak jadi mak andam?.... (kerjaya time-time nak pencen kang... saper nak bagi duit free kann...)
Sekian entri melapangkan fikiran buat masa ini..... nantikan entry penulis makan angin di New York tak lama lagi...... New York tau.... bukan pulau sibu atau pelabuhan klang atau langkawi..... jangan jelesss.....
Dan kisah penghijrahan penulis ke negeri koboi tak lama lagi..... kalau minat nak tahu ler... tak minat pun penulis update jugak..udah blog dia.. sukati dia ler yea nak tulis apa....
cau cin cauuu.......
5 comments:
memana stok estee lauder lebih2 tuh meh hulur sini sket eh!
Kak Tek,
Amboi.. nak gi Nueva York ka? Soklan! Nak gi melawat kilang kicap ke kat sana? Hehehe! Reti ke orang sana nun makan kicap?
aper dieyaaaa..??!! nak pos lipstick esti loder yang baru kat kaktek?
alamatnya 7609 cedar point lane.... hekk.. banyak kali dah bagi alamat ni sampai la takde saper pos apa-apa ponggg...!!
Aida...abeh.. asyik org tu tu jalan-jala pi pusing spain la... ado yg pi cape town la... eksyen je depa tu kannn....
hahaha..patut pelik tengok creme blusher tetiba ada brush...lek aa kaktek..pasni sure pro nyer mekap tu...
Nida... ooo eksyen ler.. baru sekali masuk kelas mekap ko dah eksyen kt kaktek ek.....
Post a Comment