Friday, August 19, 2011

tahukan anda.... bahawa kaktek baru tahu...

Sementara menunggu rebus sup tulang lagi 3 jam dan waktu berbuka lagi 7 jam... kaktek kongsi info....


Tahukah anda....


Kereta tak perlu dipanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.... 


itu je nak kongsi...heh..

Sepanjang hidup menyaksikan ayah panaskan enjin kereta 15-20 minit sebelum memulakan perjalanan.
Sepanjang 17 tahun bawak kereta, kaktek panaskan enjin 15-20 minit sebelum memulakan perjalanan.
Bertahun-tahun memerhati jiran2 di tanah air memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.

Kata abe gapo, bangun pagi mana boleh terus lari marathon... kenalah warm up dulu.
Lojik la tu kan....





Memang lojik tapi rupanya kereta tidak boleh disamakan dengan manusia.....
maka kalau ada yang mengatakan kereta ku adalah isteri ke 2...
haaa... tak samaaa...
isteri bangun pagi kena warm up..
kereta tak perlu...hehehe...

2 bulan yang lepas barulah perasan takde sorang pun jiran yang panaskan enjin sebelum bergerak...
Ingatkan tak sayang kereta ...
mentang-mentang kereta murah...

Terdetiklah nak google...

Di Denver boleh di saman jika enjin kereta dibiarkan terpasang sedangkan keretanya idle..... (hek!!??)
dengan alasan air and noise pollution..
Di Switzerland, kesedaran yang tinggi di mana orang ramai akan menegur jika enjin kereta dihidupkan ketika idle..
baca lagi.... dan lagi... dan lagi.....

contoh article ini...
dan banyak lagi....

tiada satupun article yang menyokong pemanasan enjin sebelum bergerak kecuali waktu musim sejuk.... itupun cukup2 setakat cairkan ais di cermin kereta..

Ketika dahulu kira2 sebelum tahun 50an, kenderaan menggunakan karburator yang memerlukan pemanasan agar minyak yg likat dapat mengalir.  Manakala kini minyak yang lebih cair digunakan maka pemanasan tidak lagi perlu.

Berbanding pemanasan enjin tanpa bergerak, pakar mengatakan pemanduan secara perlahan lebih berkesan, lebih penjimatan petrol dan tidak menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi.

Sekian alihbahasa.





Hari ini...


Pediatric lagi..... sekolah minta tuberculosis test... aka penyakit TB .






Ada budak tutup mata takut tengok jarum.





Many people believe that if the injection site bruises, swells, or is painful, that this is an indication of a positive Tuberculosis skin test.

malas nak alihbahasa dah... puasa..penat.

14 comments:

Madam Sooyaree said...

Hehh... kita tau pun bila dah kawen. Panaskan enjin bila time winter je, tu pun pasal nak panaskan dalam kereta, hehe

ahkakbatik said...

yelah... sebab hang kawen mat salleh.. kalau kawen melayu... anak dah 4 baru tahu...

T said...

sakit kena cucuk. I yang dah besar gedabak ni pun still ngeri. Lagi-lagi la untuk blood test. sangat tidak suka.

saya takde kereta. tapi a'ah orang kat sini warm up kereta time winter, especially yang boleh start picit-picit kunci tu walaupun tuan dia dalam rumah. by the time masuk kereta dah panas. Samala macam kat Malaysia, warm up pasang a/c, kalau tak anak-anak dia tanak naik kereta. hehehehe.

sHieRa cAkAp said...

owh.. Baru ku tahu...

Charlotte Arphenee said...

kak tek,

ai pakai kete auto yang pakai enjin injection... tk yah panas2, masuk kunci, start enjin, trus masuk gear, jalaaaannnnn... pegi kedai beli KICAP...huhu...


larikkkkkkkkkkkk

Charlotte Arphenee said...

chop...chop... tk jadik nak larik...

ai ni badan comel (read: besor gabak berat 100.6kg)urat pulak sme halus2, if amek darah tk leh amek kat pangkal lengan tuh, kena amek akt belakang tapak tangan. 2 kali beranak, habis hancur tangan ai kena cucuk. urat seme dah cam drug addict...huuhuh...

okeh sambung larik balik...


larikkkkkkkk

Anonymous said...

Tuko keta hybrid ler kaktek..kurang pencemaran. Kompem tak kena saman. Leh geng ngan dobby

Anonymous said...

Komen di atas adalah dar dieya gojes yg lupa login. Sekian terima kasih.

harnidahussin said...

i pun baru tahu....huhu...tak yah panaskan..kat sini memang dah panas...ke nak kena sejukkan...? gagagagaga

ahkakbatik said...

haha T... kaktek berangan nak kereta picit-picit tu.... pernahlah merasa...keta sewa... :)

yelah.. bengang je time panas start enjin on, air-cond keluar angin panas.. rasa nak terajang je apa-apa depan mata..




shiera.... kaktek pun baru tau...




CA... ko kan.... memang nak kena nih!

berat saper 100.6kg tu? salah unit kot...pound tu kot...haa.. org kata kalau salu sedekah kicap ke amarika boleh turun berat badan tawwww...
tak caya?
tanya ahkakbatik....:)

ahkakbatik said...

dieya... susah nak dapat hybrid minivan umur 10 tawon... keta baru-baru kaktek tak suka....
(alasan baek untuk org takde bajet)




Nida... kt mesia mana ada jambatan hiway, kat bawah tu ada org park lori.. kat mana ada pokok, bawahnya ada org park keta...
kat sini..hadoi... pandang jelah pokok tu bawahnya kosong sebab bukan lot parking.... suka nak kena saman?

Kongkang Malaya said...

Kak Tek,
*calit!* Sama la kita! Kat Mesia saya memang panaskan enjin setiap kali (unless time dah lambat nak gi opis :D) tapi kat sini, nehi nehi. Diorang siap explain effect tak bagus untuk kereta bila panaskan enjin (tak ingat amende tapi kesimpulan, no panas-panas enjin dah :D)

CS said...

AB ... Sejak bila I jadi ahkak vogue? Ni mesti nak kicaaaaaap cap KIPAS, nih kaaan? *dlm jiwa ekceli sukerr, haha..*

I x pernah panaskan enjin tapi yg I tau keta jangan dibiarkan 'tak start2' dlm jangkamasa lama; contohnya kalau I bercuti ke Texas for 2 wks, my keta harus di'start' oleh hubby ke, anak ke, jiran ke.. Niway, thanks for sharing.

ahkakbatik said...

Aida... tulah kan... org mesia suka makan makanan panas-panas... minum air panas... enjin pun kena panas la kot...




CS.. yg vogeh... tolong bungkus 2 dozen kicap siap2 dlm luggage ek...kang takut terlupa.....