Wednesday, November 23, 2011

korban refugees.... yok insaf.

Assalamualaikum.....

kaktek insaf ni...
sempena hari raya korban yang lepas, komuniti Melayu di sini seperti biasa menjalankan ibadah korban tahunan untuk membersihkan rezeki, menginsafi mereka yang seba kekurangan.

Alhamdulillah kaktek yang selalu makan daging korban free dari masjid setapak dulu, kini terbuka hati untuk menyertai ibadah korban di amarika.....

Seekor lembu berharga usd1200 termasuk processing fee untuk slaughterhouse.  Tak boleh la suka-suka heret lembu ke laman masjid untuk di sembelih yea...

Separuh bayaran kami serahkan pada tokeh lembu, kak Ani Singapore dan suamiya Uncle Bud Humphrey manakala separuh lagi kami belanjakan untuk groceries dan dibahagikan kepada Burmese refugees yang baru sampai ke US.

Jangan tak caya... menurut cerita yang kaktek dengar, kebanyakan refugees ni sampai ke tanah Obama dengan sebuah hand luggage dan ada yang berkain batik saja.

Malam raya bergotong royong menyusun barang untuk agihan kepada 60 keluarga burmese.





Daging dari slaughterhouse siap vacuum pack dan label lagi.... t-bone steak, sirloin steak, brisket, rump... entah apa ke bahagian lembu tu kaktek bukannya kenal.

Bagi yang menyertai ibadah korban, mengikut hukum dibolehkan mengambil 1/3 dari bahagian korbannya manakala selebihnya di berikan pada kenalan atau disedekah pada yang memerlukan.





Apartment kediaman kebanyakan refugees...
Sedih kaktek tengok tau.... sebab di Malaysia, apartment ni kediaman rakyat biasa....






Diberitahu bahawa refugees ni diberi kediaman percuma selama 3 bulan pertama mereka di Amarika, cukup masa untuk mereka mencari pekerjaan.




Errr... ni bukan anak-anak refugees..... ni anak2 immigran.::))

9 comments:

al-lavendari said...

bagusnya usaha ini .. kat sini dah susah nak cari orang susah.

cahya indah said...

kat sini pun patut buat something macam ni kan..

CS said...

AB
Rezeki masing2, alhamdulillah.

Tapi rasa tak aci pulak bila daging tu dilabel sedemikian. Nanti ada yg berebut2 nak dapatkan the best cut, wallahualam :-)

Erin said...

comelnye anak imigran baju belang2 tu ,mesti mak dia cun.

p/s: lamanye akak merajuk x hapdet blog

- cik anon betoi x tipu

harnidahussin said...

insafnyer....

tapi kira dasat la packaging daging tu..
kat mesia pakai beg plastik biasa jer....

~jeet~ said...

alhamdulillah....berkat rezki semua yang menyumbang ;)

kalo gitu ghope apartmentnye..saya leh daftar jadi refugee tak? hehehe...

ahkakbatik said...

pokcik .... ada 94k refugees di malaysia yg kerajaan tak recognized kewujudannya...maka rakyat taktau... maka daging korban pun kita distribute kt anak beranak je... hehe...




cahya.. kita takde NGO yg kuat jaga kebajian org susah... negara kita kecik je maka source sikit, tenaga sikit... us besar.. nampak macam ramai yg ditolong tapi yg tak dpt ditolong laaagi ramai!




CS.. kita distribute tak tgk label.. masuk je dlm beg plastik... dan sya doubt lah refugees tu tahu bahagian tu bahagian apa.. walaupun ada label..hahahaa...



ooo erin anon tak tipu cikgu srt.... kaktek dulu srt dapat c6 masa SRP.... hehe... cikgu tu dengki kt kaktek.




nida... kaktek pun terkejut tgk packagingnya... dok tertanya2 mana pi semua tulang.. buat sup kan sodap!!... haish!!




jeet... kaktek pun nak apply dok apt tu.. mesti save giler kan...hahaaa...
tapi kena biasakan pakai kain batik walaupun winter.. kan org tau kita bukan one of them.

Queenie said...

kata uncle saya, kat S'pore pun guna cara yg bersih juga..yg tak sedapnya, dah payah nak jumpa org susah di sana sampai daging korban terpaksa dibuang (?) kerana takder org yg nak uruskan...wallahua'lam.

terimakasih sudi singgah dan tinggalkan komen diblog saya...

Erin said...

K.tek, selalunya skodeng blog akak pakai henpon je, malas nk log in...tp skarang dah rajin, xmau jd anon dah...ngeh2

P/S: srt tu ape? :P