Sabau dik Nurul ... kita backdated cerita yang baik-baik dulu sebelum bukak cerita pasal shoppping tak hengat diri sambil mengumpul harta dunia yang tak boleh dibawa mati... haha...
Sale durian runtuh yang lepas kaktek anak beranak pi serbu walmart tapi tak reti upload video dari videocam guna memory card. Tunggu abe gapo balik dari outstation malam nanti.
Kita buka cerita-cerita backdated untuk entry kali ini dan beberapa entry yang akan datang.
Raya qurban yang lepas jatuh pada hari Jumaat.
Kami sambut secara sederhana (wah.. dah lama tak guna perkataan "kami").
Kami masak ketupat nona, rendang ayam dan daging.
Lepas makan, anak-anak kami pergi sekolah macam biasa.
Acara korban lembu ni dikira sebagai acara mesti buat tiap tahun di kalangan masyarakat melayu di sini. Satu bahagian lebih kurang usd180 lembu yang we all korbanan dari ladang kak Ani dan Uncle Bud yang seluas 200 ekar.
Tahun ni 2 ekor lembu tumbang.
Acara kejar lembu bermula. samada bebudak ni pelik tengok lembu atau lembu tu yang pelik tengok depa...
Uncle Bud punyai lebih kurang 20 ekor lembu betina dan sekor lembu jantan. Kerja lembu jantan tu... haaa... macam ayam jantan ler... Sekor je cukup.. 2 ekor kang gaduh.
Seekor keldai juga perlu sebagai pengawal kepada kumpulan lembu-lembu tersebut.
Keldai ni kalau nampak predator seperti coyotes atau anjing, dia buat bunyi bising supaya lembu-lembu lain sempat melarikan diri. Keldai punyai deria melihat dan pendengaran yang sensitif bagi pengesan penceroboh.
hek... belajar pasal keldai pulak hari ni...
Kan dah cakap jakun...
Lembu-lembu ni asalnya berkeliaran je dalam ladang Uncle Bud ni.
Maka pemilihan untuk siapa bakal disembelih mengikut umur dan berat etc.. tu kaktek tak sempat berguru.
Cara untuk memilih lembu yang terpilih masuk dalam trailer untuk di bawa ke pusat penyembelihan, Uncle Bud letak makanan lembu di belakang tractor dan lembu jantan yang memang familiar dengan bau Uncle Bud (heh) akan mengikut dari belakang dan betina-betina lain.. amboi gatai... ikut bontot lembu jantan.
Kalau orang kata bodoh macam lembu.... haiiipppp!!!!...
pandai jugak ler lembu-lembu ni....
tapi kalau lembu2 ni tau depa ikut ramai-ramai tu untuk disembelih, sah depa takmau....
tapi sebab tak tanya... kira lembu-lembu tu bodoh le jugak yea... hehe.
Dah masuk kandang. Proces mencari lembu yang bakal disembelih masuk ke trailer.
Sudah sembelih daaa.....
Sebahagian dari Muslim Burmese refugees yng menerima daging kurban dan groceries dari kami.
4 comments:
Assalamualaikum Kak Tek. Saya dengan bangganya dengki ke kak Tek sbb deme ada KA rona merah. tolong beli satu sekali dengan acc boleh ke?
Kami kat M'sia tak buat qurban kat M.sia dah.Bagi duit & lapaz niat, esok lembu siap disembelih di Kg Chnnang, Kemboja. Penduduk M'sia ni kaya raya dan kalau kariah kat Masjid kat rumah saya ni pasti tak merasa daging qurban. Kalau tak caya tanya Cik Som.
Teman nunggu part 2.
Ahkak
p.sst.. teman nunggu gambo cantik-cantik orang duduk Huelva tu, tapi belum nampak walau sekeping.huhuhu..bawak bersabo ye ahkak
waalaikumsalam ahkak..
takde masalah nk belikan... nnti emel saya kt batekjawa@gmail.com tp dh emel gitau le kt sini yea.. itu akaun jrg bukak..
barangan sini nnti guna transformer beli kt jln pudu dan electronic item ni keluar dr US, warranty void.
Ehh.. Guard lembu pakai keldai ke..
Ingatkan uncle bud naik kuda sambil lempor tali mcm citer koboi
dieya... haa.. nnti ente berguru sama ana pasal keldai ya..
kalau uncle bud naik kuda, dh lama ktek bergambar dgn dia.. pastu claim tu movie star... korang bukan tahu pun... sah percaya punya.
Post a Comment