Sunday, December 30, 2012

Day 9 - cuti-cuti Amarika - misi mencari Brad Pit

Day 9
Journey : hotel at Pico Riviera to Universal Studio, Hollywood
Distance : 20 minit dari hotel
Temperature : 14 C


Misi mencari Brad Pit... walaupun idakler hensem sangat tapi banding Tom Cruise dan scientology yg mengarut.. Nicholas Cage si bankrupt, Sean Conery si pencen... hero muka-muda kaktek tak kenal.. Brad Pit pun oklah.







Red carpet.  
Disneyland dan Universal Studio dekat-dekat je.
Masih lagi melalui hiway-hiway MRR2 dan federal hiway.


Red carpet ni disediakan untuk pengunjung yang berangan bergambar macam artis.
Ada ramai jurugambar taman tema ini sendiri dan gambar boleh dibeli di mana-mana photo booth.  
Tapi kaktek tak beli gambarnya sebab kamera jurugambar tu sebijik kamera cap ayam kakek... 








Pertama kali sampai kami ikut studio tour naik tram.  Di bawa ke lokasi penggambaran Jurassic Park.






Nublar Island, Jurassic Park.  Miniature je.. dalam filem nampak besar.







Jaws. Miniture juga. Kena tipu hidup-hidup..






Westeria Lane, Desperate Housewife.  Saiz betul tapi dalam rumah, kosong.  Bolehlah bayangkan Nicolette Sheridan dgn lingerie corak rimau sambil basuh kereta di luar rumah.








War of the world.
Emm.. sebenarnya dah banyak kali kaktek nampak member2 yang pergi sini post gambar2 ni.
Dah bertahun2 macam tu juga set nya ditunjuk.







Di dalam park ada banyaklah mascot-mascot.  Seronoklah budak-budak.
Kaktek masih belum jumpa Brad Pit lagi.







Universal Studio menerima kujungan seramai kurang lebih 30,000 orang sehari.
Tidak seramai Disneyland.  Queue hampir tiada kerana setiap show boleh memuatkan hampir seribu pengunjung sekaligus.  Game tak banyak.

Abe gapo beli tiket front of line pass.  Ala-ala VIP sebab dari pengalaman semalam, kami serik beratur panjang... aleh2 queue sini pendek je.
Tapi pemegang kad Gate A ini ada pintu masuk sendiri dan diberikan tempat duduk reserved dalam show... terasa macam VIP...

harga tiket biasa, usd87 online usd99 di ticket booth.







Haris happy lagi...... kebetulan baru beli bantal spongebob...
Ibu masih belum jumpa Brad Pitt....




Terdapat juga mascot2 karakter kartun dari Nickelodeon seperti Dora the Explorer, The Simpsons dan Scooby Doo.



Show waterworld ni dah lama ada tapi masih seronok ditonton.
Banyak aksi-aksi akrobatik dan lawak.
Pelakon2 nya merupakan pelakon2 tambahan cerita-cerita di Hollywood.





Kami pulang ke hotel hampir jam 8 malam.  Kali ni tak penat sangat tetapi tempoh masa banyak habis mengikuti show-show seperti Grinch Christmas Holiday, Animal actor, Behind scene effect, studio tour hampir 60 minit, waterworld 25 minit dan lain-lain.
Semua show dan game dapat cover.


Sampai sudah kaktek tak jumpa Brad Pitt.

8 comments:

Unknown said...

as salam singgah sini juga akhirnya...dah jadi macam poskad la linda gambar-gambar awak tu...cantik sungguh pemandangan dan senarionya...tepi parit Sungai Besar tak setaraf le...

ahkakbatik said...

hahaa.. laila.. sg besar memang tak leh celen ler...
beli kamera dslr yg plg murah nikon d3000.

Kongkang Malaya said...

La! Sampai sudah tak jumpa Brad Pitt ke? Tak tanye Abang Spongebob tu, entah2 ke Brad Pitt kat dalam tu. :D

ahkakbatik said...

Aida, kaktek sogan nk buat scene depan2 org ghamai.. idakler dpt bayangkan muka ktek masuk sokkabo tengah cabut kepala spongebob!

CS said...

AB
Kita baru jer katam beberapa entry lepas yg terlepas. TQ for sharing the photos n stories.

Selamat bergelut dgn basuhan dan selamat tahun baru. Bila pulak nak CCM (cuti2 Msia)?

Dinas Aldi said...

Laa, saya pun kaciwa gak tak dapat tengok gambaq Kaktek tutup muka dengan Brad Pitt..kikiki..

ahkakbatik said...

CS.. basuh dh setel.. bunyi macam keje teruk tapi sebenaunya masuk-tekan.. keuar-lipat je.. tu pun lipat beramai-ramai..hahahaa...
CCM tkde plan.. plan blk teruih je.



Dinas.. hang tengok gambo kaktek tutup muka, pehtu plak tengok gambo brad pit... haa.. itula... itulaa.. jadila camtu...:))

OKje said...

Wah seronoklah walau tak jumpa Bradd Pit..... sponge bob pun jadik le... dari kempunan..ha..ha..