Jogathon bukan acara tahunan.
Jogathon acara sampingan.
Mengiringi acara wajib tahunan - Fund Raising.
Untuk pelajar kindergarten hingga 5th grade, acara bermula jam 8 pagi.
Untuk pre-kindergarten sessi tengahari, bermula jam 12 tengahari buta - mak kaktek cakaplah.
kalau 12 tengahari je, mesti ada tambahan perkataan buta selepasnya.
Kenapa tengahari buta? pagi buta pun ada.. malam buta pun ada...
takde tengahari celik atau pagi celik atau malam celik?
tapi buta celik ada pula...
sebelum melalut, balik cerita jogathon..
Pelajar kelas pre-kindergarten ni ada 20 orang je.. cikgu ada 4orang.
Selepas 2 bulan sekolah, anak kaktek 4 thn ni dah kenal semua 26 huruf rumi, nombor hingga 20, eja nama sendiri, kenal tulisan walmart, mc donald, pizza hut, supermarket Target, Doritos (kerepek tak halal tu) dan banyak lagi.
Yuran sekolah, FREE.
Oleh sebab free, adalah program fund raising tahunan untuk menambah stok ipad sekolah.
Tapi okla.. fund raising bukan suka-suka hulur borang derma je.... depa bagi seronok-seronok dulu tengok budak2 budak kecik berlari....
Nanti balik rumah dalam beg anak, adalah diselitkan borangnya sekali...
Cikgu 4... volunteer entah punya ramai baju t-shirt putih.
Sekolah ambil volunteer dari kalangan ibubapa untuk tiap acara pastikan keselamatan budak-budak sebab orang sini sikit-sikit suka saman. Anak jatuh sendiri pun saman cikgu.
Udah suka-suka.. jangan lupa pi kutip derma!!
7 comments:
dah sekolah anak kaktek ye...anak saya yang sama bayanya tahun depan baru saya hantar sekolah...tak ada apa-apa hadiah ke...dah penat-penat berlarila katakan....
Lama tak tengok Haris....weih dia kecek omputes ko Jowo ????
laila... duit ibu abes derma fund rising.
Daimen, anak aku kecek spanish daa.. geng dgn hispanic! amigos!
Kaktek,
Boleh check website Frito -Lays untuk list doritos yang takde porcine enzymes http://www.fritolay.com/your-health/us-products-made-without-porcine-enzymes.html. Zaman dulu kot lagi prevalent with those additives. Sekarang even Skittles pun dah tak guna gelatin. Tapi, masih lagi tak berkhasiat. Hehehe.
Saya stick dengan kerepek pisang (plaintain chips) dari indian store tak pun mexican aisle in my regular grocery store.
waahh.. thanks a lot T,
sejak member ktek gitau cheetos dan doritos tu non-halal.... mak aih.. drooling je tiap kali nampak org makan... ni dah terang2 cakap do not contain pork enzymes... yeehaaa esok boleh beli!!!!
ko mana linda teringin nak tgk ko!
aku pemalu la Nom... ko bayangkan je lisa surihani tu..
Post a Comment