Lagu tema power rangers kat title tu....
Ada banyak lagi lagu tema yang lain... nak kaktek nyanyikan? ujan kang.
Masuk hari ke 2 ni kaktek pening kepala.
Bukan demam. Sihat walafiat walaupun mandi 2 hari sekali.
Si Haris takmau pergi sekolah. Menangis-nangis.
Bukan kena buli, bukan kena cubit, bukan banyak homework...
dia nak sambung tengok power rangers subuh sampai malam ..
Penat weh kaktek nengok power rangers tu berlawan dengan nightlok tak berhenti-henti.
Power rangers samurai, power rangers STD, Wild Force, Dino Thunders, Ninja.... semua dia kenal.
Ini sejak TV boleh surf internet, dia kelik icon netflix, type POW di search column... semua specis power rangers keluar.
Payah jugak budak dah kenal huruf ni.
Paling dia minat, Power Rangers Turbo sebab salah sorang rangers tu budak sekolah rendah tapi bila jadi Rangers, tetiber saiz macam budak besar. Huhu... sapelah buat citer ni... lojik lgi citer Adam dan Hawa.
Selalunya pagi2 kaktek bagi peluang dia nonton sampai waktu nak pergi sekolah.
Oleh sebab dah start menangis semalam... hari ni kena off tv 40 minit sebelum pergi sekolah.
Ajak dia masak bekal sosej sama-sama... sediakan bekal air.... cari kasut.... macam dah ok. Aleh-aleh.... keluar kereta depan bangunan sekolah, dia nangis!
hadoi.... nak cubit tak boleh.. di pujuk tak makan pujuk... seret ler cecepat sampai cikgu nampak nanti cikgu tolong pujuk.
bebudak ni peel kalau depan cikgu elok je cepat diam... why laaaa.......
Siapa-siapa ada cadangan nak bagi budak masuk 5 tahun lupakan power rangers nya dan mula berpijak di bumi nyata memikirkan bagaimana mahu menjana ekonomi negara, penstablilan politik dunia... sila-silalah tolong kaktek yea...
Power Rangers, Wild Force!!
Buku LOTR yang di order Jumaat lepas baru sampai.
Kaktek tak minat sangat pun movie nya. High fantasy sangat .... takat-takat citer pujuk bini tepi jeti ke... joget pusing-pusing atas gunung ke... bolehla ambik kelojikannya lagi...
tapi citer pokok berjalan-jalan siap keluar mulut bagai nih, semputlah nengok.
Kalau pokok ada mulut, depa guna untuk makan ke? ada mulut tu maknanya ada tempat berak ke? cemana hobbit2 tu panjat gunung berhari-hari tanpa toilet? mak aih....
Oleh sebab dah janji pada sulung kalau dia habis baca Harry Potter maknanya dia akan minat LOTR, ibu akan beli. Maka dia sudah tuntut janji manisku....
Total 4 buku softcover sebab kalau harcover tambah usd22, maka yang ni kaktek spend usd37 saja. Kalau paper mass market iaitu buku saiz lagi kecil, set ni cuma usd22.... tapi terbeliak ler bijik mata nengok tulisan cinonet-cinonet.
Tahukah anda penulis LOTR ini iaitu JRR Tolkien sudah mati pada tahun 1973 ?!!
Bukunya terjual 150 juta seluruh dunia dan dia dikenali sebagai lagenda perintis penulisan high fantasy dan kemudiannya diikuti penulis-penulis lain mengeluarkan buku-buku seperti Chronicles of Narnia, Harry Potter, Game of Throne, Inheritance Cycle dan lain-lain.
Oleh sebab kaktek tak pandai fantasy sangat.. takat dulu kecik-kecik nak jadi Cinderella je jumpa anak raja... akan tetapi lahir di zaman anak raja semua hampeh-hampeh cari retis je maka pelamin anganku musnah.
Angan-angan..
bila mencari pasangan..
yang bakal jadi pilihan..
si hartawan...
cak pong...cak pong...
p/s Aida patinpasta.. yg ni nikond3000 macro iso400 siap frame gambo tapi dok godek-godek, aperture ngan shutternya takleh tuka setting lah... cap ayam betui.. tgk gambo org semedang cantik.. gambo sendiri tak pueh ati.
psstt manual pun tak pernah baca... hehe... tuannya yg ayam.