Thursday, January 3, 2013

mak.. sejukkk ...

Apa yang boleh anak jawa darah melayu lakukan bila suhu serendah ini?





Tido?
berkelubung dengan selimut?
errrr..... tido...?
..... berkelubung dengan selimut....?

Dah masuk 3 minggu kitchen aid cuti kerja.
Sejuk2 ni nak buat roti pun doh susah naik.
Nak masuk dapur pegang kuali pun rasa pemegang kualinya sejuk..
Paling malas juga masuk toilet sebab toilet seat pun sejuk.
Bila dah duduk di sofa, nak bangun malas sebab nanti nak duduk balik, sofanya dah sejuk.

Arrghh.. tak sabar menunggu jam 1.. itulah suhu paling panas untuk hari ini.
dan arrghhh... bestnya kalau jiran masak claypot panas-panas tu tinggal sebelah rumah..



16 comments:

Kongkang Malaya said...

Kak Tek,
Bak mai sejuk sikit. Sini takat 16 C ja. Nak jugak merasa sejuk gigil macam Kak Tek. Hehe!

Peram dough dalam oven la Kak Tek, gerenti naik nye. Bubuh suhu dalam 50 C gitu, pastu bubuh air panas dalam baking tray (bawah mangkuk dough). Saya buat gitu (semangat walopon takat guna manual-aid.. ahaks!)

ahkakbatik said...

aiseymen. bestya 16c... bak mai sini panas tu!
ooooyelah.. letak air panas dlm oven!.. tu ari dh masuk oven tapi kulit atas doh jadi masak.. kering sgt walaupun sapu butter. air kan boleh kontrol humidity.
sat gi akak buat... err guna kitchen aid laaa.. ihiks.

Kongkang Malaya said...

Yang panas nak sejuk. Yang sejuk nak panas. Yang tak dak kitchen aid nak kitchen aid. Haha!

Dough atas tu masak ka? Saya tutup dough dengan tuala dapor lembab ja, tak bubuh butter.

Lepas guna kitchen aid tu, bak mai pinjam seminggu dua, buleh? Hehe!

ahkakbatik said...

akak salu tutup dgn tola kering sebab kes malas nk lembapkan... haha..
kitchen aid ni untuk org malas salu buat keje tak betui macam akak... kalo hang pakai sah dough tak naik. cayala...cayalaa...

Kongkang Malaya said...

Haha! Kak Tek mesti dah bungkus kitchen-aid tu, bubuh bawah katil, lilit dengan C4.
Tak kira, kitchen-aid yang lain tak mo, nak yang Kak Tek punye jugak!

*nak pi mandi, seharian tak mandi. sojuk! (tetiba)

ahkakbatik said...

sini lg sejuk 3 hari tak mandi. takyah lilit c4.. lilit je dgn baju dalam yg 3 hari pakai tak mandi tu... ekeke... nak jugak?

harnidahussin said...

amboi kak tek...alasan sejuk yer malas nak masak..hahahaha..

kami kat sini nak guna alasan panas sangat la...tak sanggup nak bukak api dapoq sebab nanti bertambah paneh dalam umah..muahahahahaha

ahkakbatik said...

eh-eh.. samalah alasan ngan ktek time summer kt sini... seati sejiwa gitu.
eh! hang masak guna premix pun malas haaa....

mama maman aka yana said...

dugaan utk menbuang hajat eks.. hahaha

cahya indah said...

dok selubung dalam blanket + minum hot cocoa seronok ni Auntie :)

Unknown said...

Patutlah tidur ku x aman..
Ada org seberang benua mengata ke kita..

Kak Tek sygggg..
Meh la berjimba kat sini..
Ari ni Sham gigih nak buat claypot chicken rice pulak..
Kalau menjadik, Sham up 1 entri..
Tp itu kalau menjadik la ya..

Yong Is My Name said...

Salam Kak Tek,

Sedap nama Kak Tek..

XoXo from Yong

Mak Piah said...

Kak Tek:

lol kak Tek..mecik ai nama macam nih.

tu hari kan, MP ada datang mngkhatam blog Kak Tek..ada ucap Selamat tahun baru. Tak tau dapat dak... :p ni repeat lah...kut lah tak dapat tu hari.:-)

Sejuk duk kelombong kelombong la sedap. Dalam kelombong makan kerpok..adihh... heaven u ols...!!


Saalam.
x MP

ahkakbatik said...

yaya.. hehe selagi leh simpan.. simpan..... nk membuang time sojuk2 tak leh fokus.



cahya.. beshnya kalau kedai kopi cahya depan umah auntie... call je ek.. hehe...



eleh Sham... tempat sham suam2 sejuk.. tak macam dok obesi pun...(alasan dengki tak abeh)



Yong.. tu nickname lam kelambu... hikhik...



MP.. tu nama suci da.. hangpa yg melucaskan nyer.. haha... samat tawun baru jugak..
kaktek dah habaq takyah khatam.. takde hadiah.

OKje said...

Nak tunjuk ada 2 org bawah selimut tu ke... he..he..

ahkakbatik said...

Nom.. kalo bawah slimut tu ada 2 orang, baik aku tunjuk gambo pintu berkunci je.... ehek ehek...