Hari ni cuti sekolah sempena memperingati Martin Luther King yang merupakan African American civil rights fighter yang telah mati ditembak tahun 1968.
Takdelah kaktek nak cerita pasal Martin Luther King.. kang kena bambu sebab sejarah Tunku Abdul Rahman pun baca tak habis. Ini pun kengkadang konpius dengan sejarah Malcolm X.. almaklum tak pi skolah.
Semalam selepas bapak budak kasik soklan kenapa suka-suka boleh cuti sekolah hari ni, dan soklan must be in BI untuk mengelakkan suasana tanya pasal geografi dunia tapi dapat jawapan pasal buah doyan...
Sebabnya bermula kejadian 3 bulan lepas masa menjemput abang-abangnya di sekolah, kaktek call Syasya yang tinggal di rumah bersama neneknya ..
"Kakak.. beritahu atuk tolong masak nasi.. beras dah basuh ibu lupa nak masak"
Syasya gitau neneknya..
"Atuk.. ibu suruh makan nanti nasik basi."
...??.....................
Selepas soklan kenapa cuti sekolah habis disoal dan jawapannya bapaknya jugak yang bagi.. bebudak ni layan ke 7-7 movie Harry Potter dalam bilik bujang.
CDs dipinjam dari opah angkat depa... kak Ani Singapore dan uncle Bud. Uncle Bud punyai koleksi beratus CD download sendiri walaupun mereka sendiri tak pernah nonton those CDs.
Kami tak tanya naper hobi atok Bud lagu ni asalkan kami dapat pinjam free.
Tahukah anda bahawa buku JK Rowling ini telah terjual lebih dari 400 juta salinan di seluruh dunia?
bayangkan jika sebuah buku dia dapat komisyen singgit... 400 juta salinan dh dapat 400 juta hengget... kalaulah pula sebuah buku tu dapat komisyen 2 hengget?
otak kaktek tepu....800 juta boleh dapat rumah banglo tak? bot layar? toilet emas?
Tahukah anda juga bahawa JK Rowling ketika menulis buku pertama, beliau tinggal di rumah murah berdekatan rel ketapi?
Nampak gaya kena cari rumah dekat rel ketapi baru writing potential kaktek menyerlah.
...............
krik... krik..
aniwei... length for each movie kan 2 jam lebih, kali 7 movie..
Keluar bilik nak kencing, solat dan carik makanan saja.
Kaktek pernah tengok 2 siri je dan decided i'm too old mature untuk citer2 sihir majik nih. Ada orang jahat dan end up sama je untuk semua episod, Harry Potter pasti menang.
Alah.. macam tengok Adam dan Hawa.. gaduh2 last-last bahagia hingga ke akhirnya cuma Adam dan Hawa satu cerita, Harry Potter 7 kali ulang-ulang cerita.
Mungkin juga sebab heronya budak2 kot.. kalau Jason Bourne tu sama je motip citer boleh pulak melangok 3 movie non-stop... huhu siap merembessss.
Review dari abang - the books are much better sebab more details, more jokes and more stuff happening.
owh baru ibu tahu.. kena baca buku dululer baru boleh jatuh cinta... hehe
Haris is waving his chopstick-wand sambil jerit-jerit... "abiosa! abiosa!"
haa.. tukar ibu jadi gojes macam Miranda Kerr haaa...
12 comments:
Banyak yg camtu la beb, selalu baca buku best tapi bila buat movie cam kureng ja.
Abiosa! Abiosa! Kehkeh..
Sham kalau tgk HP sure telelap punya. Tu sbb kena tgk sekerat-sekerat. Boring je bebudak ni tgk Ibu dah lentok.
Nasib baik tak tertukor jadi penyapu ahli sihir kak tek! ish2 tingginya focus span bebudak ni buleh marathon 7 movies.
Dinas.. tulah.. kena kurangkan tabiat baca buku la nampak gayanya nih.. #terkedu.
Sham.... meh bayangkan family kita togeder2 pasang citer HP... toleh belakang omak2 ae dh terbongkang lolap...
Farah.. bebudak memang focus span tinggi... kita yg kertu ni asal barang, 5 minit dh xjumpa... haa ada org tu la.. bukan kaktek ek.. #tetiber tk ngaku.
kak tek,
hahahhaa.. lawak ler sya sya..suruh masak nasi jadi suruh makan nasi..
Kak Tek jangan mengata Heri Poter tau, ni saya mai gamit batang penyapu sambil sebut 'Espectronum!' (ke petroleum? tak ingat spell untuk apa.. asal sebut jadi la)
Adik saya buleh geng dengan Syasya. Suruh gi kedai beli kelapa parut, dia balik bawak ubi kentang. Apakah?
blu4sky.. anak dara tu blur manjang kalau ibu membebel... buat haku tambah tensen.
Aida, semalam kaktek join tgk last movie.. hangin je ngan tgk si Harry... what should I do? I don;t know what to do?... rasa nak makan tv!
Duhai Kaktek sesungguhnya senarai citer di atas adalah fav cik yong ;-) anak cik yong dan anak cik yong..
Ps: soalan cuti esok ' berapa anak cik yong dan kenapa suami kpd cik yong tiada dalam sebutan di atas?' Sila jwb dgn kdr kilat..kkihhh
haa.. kaktek tau nape somi yong tak suka citer ni... sebabbb.. takde neelofa kan?
kehkehkeh.. jgnlah kena sambo kilat lepasni..
saya yang dah tua bangka ni pun baru nak baca harry potter. baca saja takpa. yg pakat dok keriau tu yg tak boleh tahan. laki tepon dengaq bini dok teresak2. dia kalut ingatkan apa. rupa2nya baca heri potter. mau macam nak bg bini dia makan sepak. nak keriau sgt.
adik cun... pasaipa anak kaktek baca heri potter rilek je gelak-gelak.. hang leh keriau2???
kalau kaktek yg dengar hang keriau2 baca heri potter ni pun mau kalut.. ya hadoi...
harry potter 1 pun aku tak habis tengok... malas nak layan ha..ha..
Post a Comment