Friday, August 19, 2011

tahukan anda.... bahawa kaktek baru tahu...

Sementara menunggu rebus sup tulang lagi 3 jam dan waktu berbuka lagi 7 jam... kaktek kongsi info....


Tahukah anda....


Kereta tak perlu dipanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.... 


itu je nak kongsi...heh..

Sepanjang hidup menyaksikan ayah panaskan enjin kereta 15-20 minit sebelum memulakan perjalanan.
Sepanjang 17 tahun bawak kereta, kaktek panaskan enjin 15-20 minit sebelum memulakan perjalanan.
Bertahun-tahun memerhati jiran2 di tanah air memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.

Kata abe gapo, bangun pagi mana boleh terus lari marathon... kenalah warm up dulu.
Lojik la tu kan....





Memang lojik tapi rupanya kereta tidak boleh disamakan dengan manusia.....
maka kalau ada yang mengatakan kereta ku adalah isteri ke 2...
haaa... tak samaaa...
isteri bangun pagi kena warm up..
kereta tak perlu...hehehe...

2 bulan yang lepas barulah perasan takde sorang pun jiran yang panaskan enjin sebelum bergerak...
Ingatkan tak sayang kereta ...
mentang-mentang kereta murah...

Terdetiklah nak google...

Di Denver boleh di saman jika enjin kereta dibiarkan terpasang sedangkan keretanya idle..... (hek!!??)
dengan alasan air and noise pollution..
Di Switzerland, kesedaran yang tinggi di mana orang ramai akan menegur jika enjin kereta dihidupkan ketika idle..
baca lagi.... dan lagi... dan lagi.....

contoh article ini...
dan banyak lagi....

tiada satupun article yang menyokong pemanasan enjin sebelum bergerak kecuali waktu musim sejuk.... itupun cukup2 setakat cairkan ais di cermin kereta..

Ketika dahulu kira2 sebelum tahun 50an, kenderaan menggunakan karburator yang memerlukan pemanasan agar minyak yg likat dapat mengalir.  Manakala kini minyak yang lebih cair digunakan maka pemanasan tidak lagi perlu.

Berbanding pemanasan enjin tanpa bergerak, pakar mengatakan pemanduan secara perlahan lebih berkesan, lebih penjimatan petrol dan tidak menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi.

Sekian alihbahasa.





Hari ini...


Pediatric lagi..... sekolah minta tuberculosis test... aka penyakit TB .






Ada budak tutup mata takut tengok jarum.





Many people believe that if the injection site bruises, swells, or is painful, that this is an indication of a positive Tuberculosis skin test.

malas nak alihbahasa dah... puasa..penat.

Wednesday, August 17, 2011

let the spanish test your english

tajuk je omputih....

Semalam ke Lewisville School District untuk di evaluate English budak-budak ni.
Ini rules untuk masuk sekolah bagi budak2 yang mother tongue bahsa jawa, mendaling, etc.





Masa di North Carolina dah kena juga. Di ikutkan result di NC, abang dan ajik dah melepasi tahap untuk tak perlu masuk kelas ESL (English as Second Language)... nak masuk sekolah Texas, kena evaluate lagi.....
Kira depa tak percayalah result dari state lain... test lagi....
tak percayalah driving license dari state lain.... test lagi...
deyyy!!!

Dah rules nya macam tu kan....
Tak suka kalo..... kang depa suruh balik negeri...heh...





Test seploh minit je tiap sorang... banding 45 minit di NC.
Tukang test hispanic....(???!!!)
Sementara tunggu result, Abang dan ajik kata ada words yg depa tak paham sangat sebab spanish accent..
haha... aku dah agak ler bebudak ni tak lepas... sebab bebudak ni jawa accent...




Ni kaunter depan dijaga oleh 4 mokcik hispanic....  depa lah tukang panggil budak...bawak budak masuk dalam...lepastu depa pun tak keluar2.... tau-tau keluar bawak result......
so kaktek rasa depa jugak sebenarnya yg evaluate budak-budak ni kot...(???)

Antara soklannya adalah mengenai perkataan lawan, seerti dan perkataan berpasang ke apa ntah...
ala... kalau burung terbang, ular ... apa?
haa.. menyusur in english pun kaktek tak tahu...
kalau ibunya masuk test pun fail jugak kot...hahahaa...


Emmm..... resultnya.....
Betullah bebudak ni tak lepas!!
kena masuk ESL lagi tahun ni....

Came across soklan dari ahkak vogue Cik Som, tahun lepas ajik stay sebulan je dalam ESL class sebelum kena kick out join english class biasa.
Abang stay setahun sebab Ms Angela sayang kat dia... comei dan sangat berbudi bahasa katanya.... yelah... dia tak reti memekak in english... dia berbudi bahasa ler...ekeke....

Kata mokcik hispanic tu.... abang dan ajik just need a little bit push untuk masuk kategori fluent. Syasya standardla... masih konfius mana english word dan mana BM ...

Layannn.... sekolah free kan...

raso nak rayo dah ni!!.. TQ adik Patinpasta !!....

waaaahahahaaaaa..... canggih rumah raya kaktek....

hepi teramat nih... lupa derita 3 minggu tak sentuh kicap..

tengkiu adik Patinpasta yang utang 3 dozen kicap kipas udang kita kira tolak upah buat rumah baru..... kosong-kosong eeeeek.....

Kepada sesiapa nak renovate rumah juga, boleh contact IT freelancer dari Spain dengan rege usd20 untuk upah tukang promote.. hikhik....

Upah IT, tu tanya sendiri... kaktek takmau tanya upah buat rumah baru ni...buat derk jelah...hahahaa...



Design yang mabeles ... kemas seperti yang kaktek mahu kerana entry kaktek selalu kusut... sekusut otak tuan tanah maka laman yang bersih lagi kemas amat sesuwei agar tidak semua kelihatan kusut. 

Features yang lebih.... boleh tukar font, underline, strikethrough... (dulu tak boleh sebab rumah free)



testing letak gambar.....








testing lagi....


boleh upload multiple gambar..!!! (jakun sat)




yum..yum...


Monday, August 15, 2011

mari berkongsi rahsia rumahtangga....syyhhh.....

Sebelum ke main tajuk....

kenapa screen kaktek biru?
hadoi..... nak juling mata ni ha..
Dah tukar berkali-kali tapi latest page screen tukar kaler....
previous page elok putih.
apa benda yang nak di troubleshoot pun taktau..
Patinpasta !!!!!!!!...... tulunnnn........

Tapi langsir biru ni elok sikit dari purple yang lepas..
sabo jelah ... tulisan oren-oren di sebelah tak reti tukar sebab html guna kaler code....


--------------------------------------------------------------------------


balik tajuk asal...

kata orang jangan dok jaja cerita rumahtangga pada orang...
takyah selak kain batik cerita dalam bilik, belakang almari, bawah katil...
jaga air muka...

tapi kaktek rasa..... betul tak betul tu terpulang pada penerima..
elok juga berkongsi sekadar satu pembelajaran...

yang baik jadikan tauladan..
yang buruk buat sempadan..

kata orang lagi..
jangan lihat siapa yang bercerita
tapi apa yang dicerita...


kaktek nak kongsi rahsia rumahtangga bahagia ni....
bahagia kaktek tak sama dengan bahagia korang...

kaktek bahagia pakai baju 10 hengget...
bahagia tahap korang mungkin kena sarung baju si Hatta Dolmat...

kaktek bahagia bawak kereta umur dah sedekad .....
bahagia tahap korang kereta baru keluar kilang ....

kaktek bahagia dengan mengaku bahagia....
korang mesti menyampah dengan stetment atas tu sekarang....kehkehkeh....
siapa suruh baca...


rahsia bahagia....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Tips bahagia...

1. beranak awal... la ni semua dah besar...

2. beranak banyak sikit.... 1.. 2... tak cukup.... 3 dah ok... 4 tu dah ramai!!

3. suruh je... jangan tunggu depa offer... berjanggut nak tunggu.
bapaknya dah kertu pun kena suruh...apatah lagi bebudak..

4. sediakan tools yang lengkap.... sarung tangan sorang satu supaya tak berebut...
aksi cik mat tu mesti under supervision sebab dia tak boleh bezakan pencuci toilet, pewangi bilik atau whipping cream..

5. sediakan kerja yang banyak untuk semua budak dapat bekerja.... la ni syasya merajuk sebab sarung tangan tak cukup.

6. puji selepas habis kerja... ucap terima kasih.


kalau ada yang cakap nak call teledera.... errr.... korang takde alamat kaktek kan? ngeh.

walopun esok hari rayo...... tidak lengkap tanpamu di sisiku....dan esok belum rayo pun..

Kak Ani singapore tinggal 5 minit dari rumah kaktek....




psstt.... rumput rumah kaktek ijau rajin siram tak macam rumput "jiran sebelah" tu....
bukti punyai tenaga-tenaga buruh bawah umur percuma...


Asia market hanya 10 minit...







Stok megi untuk 2 tahun..







Iftar dan terawih beramai-ramai ....






Tak sama....

tanpamu disisiku.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



gambar februari lepas dari entry mandi kicap.... kalaulah dapat kuulang semula waktu, aku order 2 dozen

*mode masih meroyan.....*

Saturday, August 13, 2011

orientasi sekolah...mode serius....

Hari orientasi sekolah abang....

Pertunjukan dari band sekolah.






Orientasi untuk 7th grade saja tadi. Untuk 6th dan 8th grade, timingnya tak sama. Student tak ramai, dalam 170 pelajar maka walaupun abang student baru, dia nampak rilek je....
dalam hati kaktek terdetik juga perasaan kesian pada abang... walaupun katanya paham kehidupan nomad mak bapaknya... harap-harap memang tiadalah apa-apa yang terbuku di hati.

Pindah lagi... tukar sekolah lagi... cari kawan baru lagi..... belajar system baru lagi..

Ini sekolah ke 6 dia sejak masuk darjah 1.

Tadika 2 tahun di 4 buah sekolah....errr..
takdelah kaktek nak campurkan nombor tu semua...
6 pun dah banyak, apatah lagi 10!!

Bagi ibu 2 tahun je lagi yea... lepastu kita dok diam-diam di Malaysia sampai ibu dapat cucu... (agaknyalah...)


Tapi teringat pula waktu 3 thn di sekolah taman universiti,
abang tanya ...

"kita dah tak kemana-mana lagi ke bu?"

erk??





Encik Principal...







Selepas ucapan principal, budak-budak ambik jadual kelas dari kaunter kerana lain student lain jadualnya.
Kelas elektif ada 3 bahagian.., entertainment, technical dan leadership.


Ramai student local jumpa counselor minta tukar kelas elektif.... yang dapat teknikal nak tukar ke entertainment , etc...

Teringat petikan dari Amy Chua si Tigermom dalam buku Battle Hymn mengatakan anak-anak barat membuat keputusan sendiri mengikut kemahuan mereka manakala anak-anak Asia selalunya mengikut percaturan yang ditentukan ibu bapa.


Kaktek masukkan abang ke kelas robotic dan video tech untuk elektif dan advance math untuk core subject.

Pesan dari member2 senior, pastikan anak-anak excell dalam math dan pursue to advance math class. Banyaklah kerja rumah math dia tahun ni.... banyak lah juga masa maknya kena ngadap buat matematik sekali..



Pusing-pusing cari kelas.