Wednesday, January 30, 2013

Chocolate Babka - jgn derhaka pada resepi.

Sat tadi kan... kaktek tetiber rasa gatal jari pi kelik feedjit menjelang tengahmalam di Malaysia gitu .  Nampakler hampir serentak ada 10 orang mai skodeng dari link forum cari.  Kaktek takleh masuk forum tu sebab tak dapat read permisson.  Waaaa... kome ngumpat pomot blog kaktek kaaa....  jangan lupa mention tuan tanahnya gojes nak mampuihnya perasan.


Kita keluarkan balik gambar2 tak jadi tepek semalam.


Chocolate babka.

Babka in Ukranian language means sweet, leavenved bread salu depa buat time Easter Sunday.
Easter ni kepercayaan depa hari kebangkitan semula Nabi Isa.







Haa.. gambar bawah yang serabut ni chocolate babka yang betul dari web... yg comei ateh tu hasil tangan bangku tuan tanah.  Serbuk-serbuk streusel atehnya malas buat... twist pun tak cukup twist... almaklum anak-anak sendiri makan... depa kan tak berani komplen.


Resepi doh sama dengan egg bread tu hari.




Kaktek letak isi nutella tapi disarankan JANGAN walaupun nutella tu sodap... harga pun agak mahal... kengkonon nak menyedap punya pasal, kita tepek tebal2...  ikut peribahasa (adake peribahasa ni..) lagi tua lagi gatal lagi mahal lagi bagus lagi banyak lagi sodap...

Salah.



Nutella tu basah dan berat.  Hasilnya bila letak filling banyak sangat, doh bahagian dalam roti agak basah,  Macam makan doh tak masak.  Konon terer macam chef wan nak ubah-ubah resepi konon..

(Gambar atas tu snap masa masih konfiden babka nya sure jadik..huhu)



Cubaan separuh doh lagi kaktek nak buat cheese babka.  Letak shredded cheese dan oleh sebab cheese nya tak manis, tabur gula sekali dengan konfiden.

Hasilnya cheese kan bila masak jadi cair kan ngok (akulahtu) maka doh dalamnya basah tak masak jugak.  Tu pasal dalam resepi cheese dalam doh orang guna muenster cheese (cheese kering) atau cheese bread biasa orang letak cheese atas roti bukan dalam roti.



Mission failed.

Lesson learnt - jangan derhaka pada resepi.

Hari ni gigih nak buat lagi guna serbuk milo pulak.  Degil nya hang batek.. manjang nak derhaka.. keturunan apa nih!. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE - 2.pm

abiosa! abiosa!

ka-ching!



my Milo Babka with streusel topping..



10 comments:

Unknown said...

Kak tek,

Sila letak gambar wajah kak tek waktu derhaka resipi. hehehhehe... suka betul tengok.

ahkakbatik said...

Farah.. kaktek kalau letak gambo cup DD teruih.. tapi ko kan dak bawah umuq!..

harnidahussin said...

amboi2....cantiknya milo babka..
kalah tiramisu ;)

ahkakbatik said...

amboi2 Aida.. sakan tak abeh bodek kaktek ek...

T said...

Third time the charm :-) Bagus dah Malaysian kan Chocolate Babka ni. Nanti boleh tunjuk bakat dekat orang kampung.

P.S. Another roti gebu from western world is Brioche. Tu guna banyak butter.

Roti gebu from eastern world pulak, dough guna water roux. The result macam chinese bakery punya roti. Another one is Hokkaido Bread, guna heavy cream. Tapi, I don’t really like it. I prefer roti with more body and crusty. So, I like lean bread macam baguette. One of the recipe I made, crusty on the outside, dan chewy macam cokodok in the inside. Tapi kalau tang pemalas tu, buat bread stick je (pizaa dough tanpa topping).

panjang je my P.S.

ahkakbatik said...

haa... kaktek memang dah lama aim pasal Brioche ni. salu sangat dengar.. next project!
Chinese bakery punya roti ya rabbi lembut gila kan.. ingatkan depa letak banyak dough enhancer... nnti kaktek google water roux tu menatang apa.. haha... Thanks T.

OKje said...

Macam teringin atenya teman nak nerai.... tapi mengenangkan donat kebatun yg tak jadi hari tu.... agak-agak kome le... boleh ke teman berjaya kali ni...

Ni yg teman malas nak buat ni.... bila nerai je tak jadi...bila nerai je tak jadi....

ahkakbatik said...

sonang jek Nom... pasaipa jadi batu? yis mati ler atau tepung bnyk sgt tu... coba lagi.. coba lagi..

Kongkang Malaya said...

Tuh dia.. pembakor roti dah buat display roti-roti dia. Caya lah! Dengan nutella tu serious nampak sedap (dough basah ke.. kering ke.. belakang kira).

Err.. kalo tak buleh bubuh nutella, maknanye kicap pon tak buleh bubuh jugak la? Gitu?
(soklan ikhlas nak tau nih)

ahkakbatik said...

Aida.. kicap takleh dibuat roti tapi boleh di pos ke Texas. jawapan ikhlas nih.