Sunday, March 28, 2010

cerita anai-anai

Inilah bentuk rupa anai-anai... aka termite.... aka white ant...

Apa-apa binatang yang menjalar, merayap aku tak suka.... oleh itu daripada mengambil bahagian dalam siri fear factor.... baik pi keni rojes...

Alkisahnya binatang sekecik ni rupa-rupanya mempunyai selera yang amat pelik..... tak perlu ceritalah ek macam korang tak tahu....

TADAAA.................
syiling porch aku menunggu roboh je rupanya...

Aku dah perasan beberapa bulan lepas ada kesan kayu dimakan anai-anai.... oleh sebab kesannya nampak sedikit... biarlah dulu... orang datang rumah aku tak tengok syiling pun....

Err korang yang pernah mai rumah aku ada perasan tak syiling aku?
takdek pun kannnn......

Tetapi memandangkan rumah aku bakal di sewakan selepas aku chau... kenalah selak simpanan rahsia bawah tikar serawak dan belakang frame gambar untuk betulkan juga syiling ni... kang kena saman dengan penyewa kang... tikar mana ntah aku nak selak lagi...

Rupa-rupanya syiling ni nampak je cantik dari luar... bila di tolak abeh roboh...!!
huh! kuss semangat!...

Alhamdulillah dalam rumah takde kesan anai-anai... takde perabot pun sebenarnya dengan kata lain...heh heh....

Satu cara aku yang aku tau kalau tak mahu pest control pi drill lobang kat lantai korang dan tampal balik dengan kaler tile yang tak sama dengan sedia ada.... gunakanlah Sentricon!!
Pi gugel lah ek....


Termite akan makan makanan dari unit sentricon harga rm400 seunit ni dan bawak ke habitat mereka dan racun keseluruhan koloni.. anak-beranak, adik-gebadik, sepupu-sepapat., awek-awek meka.... oh! sungguh kejam!!

Tapi aku tak guna system ni dan harap-harap tak perlu guna sampai bila-bila.... leceh nyer..... takde rumah masalah.. ada rumah masalah.... rumah atas rumah pun masalah.. rumah atas tanah pun masalah..... rumah kena lelong pun masalah... semua masalah!



Oleh sebab kaedah sentricon ni sama dengan kaedah yang aku guna untuk menamatkan riwayat semut keliling rumah menggunakan serbuk kuning ajaib ini....

makanya kalau korang nak jimat bolehlah try beli paket kuning ajaib entah apa namanya di kedai-kedai hardware berdekatan dengan harga 24 hengget untuk 30 paket..... sudah terjamin berkesan menurut testimoni aku....

Gambar syiling baru aku belum tangkap sebab belum siap.. petang sikit.....
Itulah aktiviti hujung minggu aku kali ini.... sekian harap maklum...

5 comments:

razzlina said...

Ooooooooooooooooo citer anai-anai...ku ingat ko nak citer pasal aney mano la tadi....hikhikhik....

sf said...

ohh mcmtu rupanya si anai2 yg makan sijil spm ku itu...ntah dah pandai ke belum anai2 tu..hahaha...

ahkakbatik said...

anai-anai dah citer.. escargot pun udah.. cik tikus pun udah... apo lagi...

Bloom said...

sampai sini citer anai2 yer batik...
anyway tq for info...

BaNaNaS! said...

wooo begitu rupanya cite aney...kaler aney nih huduh kan mcm antu putehhh jer..