Thursday, December 1, 2011

penantian lagi 600 hari.....

Hari ni kurang lebih genap 584 hari kaktek di bumi Obama.  
Kurang kebih minimum lagi 600 hari untuk di lalui sebelum berangkat pulang ke tanahair.

Suka?

sukerrrr..... nak balik!
angka hari macam banyak.. kita pendekkan ke 1.5++ tahun je lagi.

Tak lama lagi tu...
kalau preknen...(korang la... bukak kaktek!).... 
baby keluar belum pandai jalan kaktek dah sampai ke bumi Malaysia...

Pujuk macamana pun, tak ada rasa belonging di sini..
dengan suhu harian 0-15 celcius..... hadoi tak tahan..
manakala budak2 terutama abang long tak sabar nak bersekolah dengan kawan2 lama..
walaupun sampai ketikanya nanti keadaan agak berbeza dari dahulu....
di mana abang long lagi terer cakap english....ngeh.


Maka untuk masa yang agak singkat ini...
selain memenuhi nafsu serakah seorang wanita..... shopping piyuk belanga...
kaktek sediakan juga untuk anak-anak....
takat nak beli osh kosh, gap, nautica, old navy..... tak perlu.
mereka belum berhenti membesar...... 
kalau nak beli baju untuk maknya , ok... sebab dah bantut.
boleh pakai untuk 10 tahun lagi.


Maka hari ni koleksi buku2 bertambah....





The Maze Runner memang best.
Kisah fiksyen la... korang mesti tak minat..... jiwa tak remaja macam kaktek.
The Scorch Trial dan The Death Cure adalah continuation nya.

City of Bones dan  City of Ashes banyak dapat review tapi belum start baca.

Pretty Little Liar macam buku untuk anak-anak dara je....
tak taulah abang segan tak segan nak baca buku tu di sekolah nanti...hahahaaaa
Pun kaktek belum baca tapi series nya dah keluar tv lama dah.
Beli pun sebab Black Friday deal dari Barnes &  Noble dapat less 30%.

Kenapa abang semakin minat membaca?
selain buku2 yang best, murah untuk maknya beli....
abang takde kawan rapat di sekolah....
tambahan pula classmate bertukar untuk setiap matapelajaran.
maka untuk mengelakkan diri terasa canggung takde kawan,
dia jadikan buku bacaan sebagai alasan....

Result terbaru abang, untuk english, dia dapat 95/100 mengalahkan anak local.
Kenapa?
sebab abang guna formal english... manakala kawan2 dia guna street language.
Dalam memilih kawan, dia picky.
Berat mulut pun iya.

Buat entah keberapa kali kaktek kasihan pada dia....
tak sabar menunggu lagi 600 hari.....

Tuesday, November 29, 2011

shopping gila... jumaat itam..

Hari ni 1st day bebudak start sekolah setelah seminggu bercuti.
Thanksgiving day...(hari kesyukuranlah).. bersambung dengan Black Friday.
Black Friday traditonally permulaan Christmas shopping season.

Kebanyakkan store bermula jam 12 tengahmalam.

First time kaktek betul2 faham maknanya black friday... tahun lepas tak tahu apa sebab bukan jenis shopping punya orang.  Baju 10 tahun lepas pun boleh pakai... kerja pun idak.... ulang-ulang jelah pakaian yang sama kan.... konon tak shopping boleh jadi kaya.... tapi emm.. tak kaya-kaya pun.

Anak2 kaktek pun tak pandai mintak baju baru... pakai sampai lusuh sampai mak bapak segan member2 tengok anak ulang2 sarung baju yang sama...heh.

Jam 5 petang dah ramai campers luar store menunggu kedai buka jam 12 malam!!



image from google

Suhu bawah 10C!!!... serius tak tipu!!

We all tak join.  Tak sanggup menyakitkan badan semata-mata nak beli x-box jimat $100.  Kebanyakkan barang jualan rebutan adalah barang electronic manakala pinggan mangkuk lebih banyak discount di web online. Maka.... kaktek melangok depan laptop je.  Nombor kredit kad 12 digit pun dah hafal.


comScore said $816million on online sales untuk Black Friday 2011, peningkatan 24% dari tahun lepas.
Wah... bangga kaktek menjadi sebahagian tak sampai 0.0000005% dari pembelanjaan tak berpekdah itu...







Kaktek wish Jusco member sale boleh di buat online juga nanti.

Wednesday, November 23, 2011

korban refugees.... yok insaf.

Assalamualaikum.....

kaktek insaf ni...
sempena hari raya korban yang lepas, komuniti Melayu di sini seperti biasa menjalankan ibadah korban tahunan untuk membersihkan rezeki, menginsafi mereka yang seba kekurangan.

Alhamdulillah kaktek yang selalu makan daging korban free dari masjid setapak dulu, kini terbuka hati untuk menyertai ibadah korban di amarika.....

Seekor lembu berharga usd1200 termasuk processing fee untuk slaughterhouse.  Tak boleh la suka-suka heret lembu ke laman masjid untuk di sembelih yea...

Separuh bayaran kami serahkan pada tokeh lembu, kak Ani Singapore dan suamiya Uncle Bud Humphrey manakala separuh lagi kami belanjakan untuk groceries dan dibahagikan kepada Burmese refugees yang baru sampai ke US.

Jangan tak caya... menurut cerita yang kaktek dengar, kebanyakan refugees ni sampai ke tanah Obama dengan sebuah hand luggage dan ada yang berkain batik saja.

Malam raya bergotong royong menyusun barang untuk agihan kepada 60 keluarga burmese.





Daging dari slaughterhouse siap vacuum pack dan label lagi.... t-bone steak, sirloin steak, brisket, rump... entah apa ke bahagian lembu tu kaktek bukannya kenal.

Bagi yang menyertai ibadah korban, mengikut hukum dibolehkan mengambil 1/3 dari bahagian korbannya manakala selebihnya di berikan pada kenalan atau disedekah pada yang memerlukan.





Apartment kediaman kebanyakan refugees...
Sedih kaktek tengok tau.... sebab di Malaysia, apartment ni kediaman rakyat biasa....






Diberitahu bahawa refugees ni diberi kediaman percuma selama 3 bulan pertama mereka di Amarika, cukup masa untuk mereka mencari pekerjaan.




Errr... ni bukan anak-anak refugees..... ni anak2 immigran.::))

Saturday, November 19, 2011

yuran skolah tinggi di Malaysia

Kita studi sikit yuran sekolah di Malaysia sebagai langkah persediaan anak-anak yang besar kemungkinan pelajaran tidak lagi ditanggung kerajaan.

Mengenang keluhan abang sulung kaktek tentang anak sulungnya yang baru diterima matrikulasi di banting sedangkan cita-cita asalnya mahu menjadi veterinar.

"Badget untuk medic dah turun 50% !!".... taip abang long di skype.

"Budak yang masuk matrik cuma 30% je dapat masuk IPTA...."... keluhnya lagi... 

" biar betik...." jawapan remaja kaktek...hiks...

"Ramai geng tengah mengeluh ni".... tak abis sambung mengomel lagi rupanya....menambah senak perut aku memikirkan nasib abe gapo menanggung anak mpatbelas ni nanti...

Payah sangat ke nak sambung belajar di Malaysia?
Adik-adik kaktek elok pulak dapat sambung accountancy di UIA dan computer science di UITM...

One part kata susah-susah...
one part lagi senang-senang sambung belajar.... konpius....

Apapun kita prepare for worst case yea....

Ni web dari kerajaan.. the one and only web yang kaktek jumpa reveal cost pengajian secara general buat panduan.  Maka angan-angan nak anak jadi doktor dengan yuran usd100K / 5 tahun / 12 bulan....

shoot!! 

5 rebu sebulan!!!! ai yayaaa....

Insuran pendidikan yg abe gapo bayar cukup untuk buat engineering je... tapi jangan risau... selepas semester pertama atau kedua, bolehlah apply biasiswa dengan panduan dari web ohmalaysia.com.

Yang penting anak tu minat nak belajar dan mak pak kena lupakan bajet shopping untuk yuran pendaftaran dan belanja awal pengajian.  Yelah... result UPSR semalam pun hampir 4 rebu budak dari Trengganu dapat 5As... tu belum kira negeri-negeri lain.






Ni satu lagi table diberi untuk menunjukkan betapa murahnya belanja sekolah di Malaysia...
betapa bertuahnya rakyat Malaysia...
betapa bertuahnya Malaysia mempunyai kerajaan sedia ada... (hek!)



Walaupun kaktek dapati ada kelentongnya di situ...haaaa kantoi...
Anak member di sini cuma bayar $2k-4k/ semester untuk engineering untuk uni di local state (permanent resident untuk state itu).. kalau pergi state lain lagi mahal.  

Ada juga anak member yang ke top uni berlainan home-state untuk science computer dgn cost $12/year

Maka ikut table diatas untuk Business study di US dengan cost $13/ year.... aiyayaa.... buat orang takut ada anak tau...

Untuk adik-adik, rajin2 menabung untuk pendidikan kerana walaupun kaktek rasa berat nak mulakan tabungan 10 thn dulu, la ni rasa lega ya amat.... tak boleh shopping hush puppies, bata pun okey.....

aku balik dari amarika kan..... aku pakai bata pun orang kata clark.... ngeh.

Thursday, November 17, 2011

bagai pungguk windukan wulan?

Rindukan kaktek ka?
sian you all yea....
Sorila....
kaktek pun rinduuuuu... sangat dengan.... err.... dengan.... errr.... roti canai kari ayam mamak.... heh...

Lama kaktek tak update sebab sibuk jadi ulat buku..
tenggelam dalam dunia khayalan sains fiksyen percy jackson...
jadi anak remaja belasan tahun melawan gergasi-gergasi jahanam...
pandai main pedang... lontar lembing... memamah... semua kaktek pandai lah!

Bukunya 5 series.... plus 2 extended series dan 2 lagi series sci-fi lain tapi author yang sama...
Selepas seminggu lebih balun 7 buah buku....
kaktek rasa nak muntah...
2 lagi series dok merangkak-rangkak nak menghabiskan.
Tiap kali nampak tulisan, rasa nak muntah..
sokkabo... bukak blog.... stop kejap.
semua jenis tulisan buat rasa nak muntah.







Dah seminggu lebih stop membaca ..... bil air pun takmau baca.... tengok nombor je.. (??).

layan drama Soffiya sampai habis......
Puas hatilah awek cun tak semestinya bergandingan dengan pakwe hensem....
sekali-sekala dapat org tua walaupun tetap tak puas hati si Azhar Sulaiman tak sepatutnya membawa peranan orang tua sebab dia kurang lebih sebaya kaktek je!!! huwaaaaaaaa!!!!!!

kaya pulak tu!!!.... huwaaaaaaaaaa lagiii!!!!!!

Sekarang menunggu Cinta Elysa walaupun taktau zaman bila nak habis sebab episodnya seminggu sekali.
dan tambahan episod makan-makan setiap minggu tak habis-habis di sini....
ada makan-makan raya Deepavali... makan-makan raya Haji.... makan2 acara sampingan waktu gathering mengagihkan daging korban..... makan-makan meraikan org melayu datang training pilot.......

Borak dengan orang datang dari Msia.... politik dah teruk, nak masuk local U dah susah.. penuh foreigner... barang mahal.... dok je sana terus jangan balik.....

Borak dengan orang di sini.... bestnya dia nak balik..... lepaklah lama sikit lagi....

Makanya kaktek malas nak borak dengan sesapa..

Monday, October 24, 2011

Fort Worth Alliance Airshow..... whatever....

Terpaksa pergi.
Tahun lepas baru naik... 22 jam.
Tak puas nak tengok lagi? haish.

Abe Gapo aircraft die hard fan.
Dulu berangan nak jadi pilot.... uh... kalau tak, this blog own by bini pilot ......
eh.. sekarang bini pilot jugak... pilot kereta pun iya.. gardener pun iya.. mekanik beskal anak pun iya....



Thunderbird airshow.......







Asap keluar dari lori yang di attach to 6000 horse power enjin kapalterbang...(beriya laki aku explain..)
6000 hp? emmm... ok..... (like i care)
Takleh digest... yang tahu air cond 1hp harga bawah RM seribu bleh dapat di kedai elektronik Ah Beng depan rumah.











Ehem... ehem.... apesai omputih ni naik beskal pun nampak macho..... haish.







Tunggu budak2 beratur nak tengok kokpit.
Alahai... kalau kat kokpit tu ada kerusi spa.. siap pameran henbeg, kasut, mekap.... ibu ulang-ulang beratur.






Muka abang je dapat snap... yang lain tak nampak, pendek.
Tapi abang tak boleh jadi pilot sebab dia cepat muntah.
Roller coaster, muntah. Jalan raya berbelit, muntah. Baca buku dlam kereta, muntah.
Imagine bila bini pregnant nanti...





ATM machine di tengah hanger.


Saturday, October 22, 2011

tag dari Jeet

kaktek balas utang adik Jeet yng comei...


3 cita-cita yang tak kesampaian disebabkan kekangan eko-no-money...




yang PERTAMA!!








Food Taster..


sebab kaktek tak suka masak dan tukang makan tak perlu masak..... indahnya donia...




yang KEDUA!!








Tokey Nursery..


sebab upah dan harga landskap yang cekik darah.
Kalau dah jadi tokeh nursery, boleh tukar landskap rumah tiap minggu... FREE!
dan kita boleh cekik darah orang lain pulak.




yang KETIGA!!!








Multitasker


kejap nak keje ofis.. kejap nak try jadi stewardess (hek!)... kejap nak nganggur .... kejap nak melancong.... kejap nak bukak kedai beskal...




Cekian.

Thursday, October 20, 2011

book review oleh mokcik kertu yang baru start minat membaca

toys baru....
khusyuk.




Isnin - Jumaat, keluar rumah hanya menghantar dan ambik abang di sekolah.
Selain dari tu..
Layan drama melayu di www.malaymoviesfull.blogspot.com..
Soffiya... cinta Elysa... Jiwa&Lara.... Tihany....
belasah.

Laki takde, masak 1 lauk tengahri ngulang ke malam..
Siram rumput pun tidak..... padan muka tuan rumah.
Tapi bila tak siram , hujan seminggu 2 kali pulak..... haish....

Abang mintak buku baru.... I am Number Four dah habis baca.
Habis dalamasa 2 hari!
tak pernah kaktek tengok dia kemaruk baca buku 440 pages sesingkat itu.
Cerit tu banyak angau.
Lepastu abang pun banyak angau.
Panggil tak dengar...
Cakap sekali tak dengar...

owwhh... anak aku dah besar.... (aka aku dah makin kertu...)
Dia mintak buku sambungan.... The Power of Six.

Selain buku tu, kaktek borong buku-buku atas sekali...
The Lost Hero dan The Son of Neptune by Rick Riordan.
ala-ala Harry Potter ... tapi bukan wizard... sons of Roman's and Greek's Goddess

Cerita khayalan...
tapi hey!... Seth Tan pun hanya khayalan....
maka kita layannn.....

The Lost of Hero.... harga Usd10... tapi RM59.90 di MPH online...
semangat membaca di sini mewah... buku murah.
cek review di website.. tak perlu ke kedai.

Kaktek baca dalamasa 2 hari 550 pages.... best!
jalan cerita, cara penceritaan walaupun cerita khayalan.... tapi memang best!
bintang suka-suka kaktek nak bagi....

Hunger Games masih di tempat pertama 10/10
The Lost Hero 9/10 kurang 1 mata sebab khayalan Hunger Games lebih banyak realitinya.
I am number 4 7.5/10

Hari ni start The Son of Neptune pulak... 2nd series dari The Lost Hero.

The Book Thief?
kisah drama zaman Hitler di Germany.
penceritaan best... seolah-olah penulis buku adalah malaikat Izrail.
Jalan cerita.... sangat bagus untuk peminat movie genre drama..... kaktek? zzzzzzzzzzz.....
2 minggu baca merangkak baru sampai separuh buku...... sampai la belum habis.

Kesimpulan.....
kaktek suka cerita laju... sci-fi...
aka - cerita budak-budak.

Tuesday, October 18, 2011

kemping....lambat apdet.. baru habis basuh tikar...

allu.........  2 minggu kaktek tak update ...
rasa rilex sangat.....
takyah pening kepala cari idea....
korang pun bukannya tertunggu-tunggu kan...

memandangkan kotak chatbox dah keluar entah kemenda-menda....
dan sebelum keluar iklan ubat kuat .. baik kaktek mai aktif balik.... heh...

gambar camping yang dah diperam 2 minggu dalam c drive...
sebab sibuk basuh khemah, sleeping bag, grill satay, tikar mengkuang, baju-baju...
hergghh.... seronoknya 2 hari, yg teruk membasuhnya kaktek sorang..seminggu!


rombongan omputih dibelakang tu tengah jungle tracking...
we all tengah brekfes..






cik mat first time keluar rumah selepas potty train.... jenuh merengek nak wee-wee tengah hutan..





depa pun nak pi jungle tracking....
derh.. kaktek ingat dok lepak2 kat kawasan khemah je... kasut bebudak pun tak bawak!





huh! masuk utan pakai ray-ban??!!





don't play-play..... dah nama melayu.. walaupun dalam hutan, jangankan satay, mesen kisar ABC pun ada!





solat jangan tinggal....




sukaneka.... anjuran pengerusi sukan.... siapakah dia?
kaktek!!!.... caya jgn tak caya....
tu pasal part makan, anak kaktek semua dapat masuk bahagian.... ekeke...





sempat sambut birthday Syasya yang ke 8...





gossip bebudak pompuan...
cik mat kemaruk posing power rangers tiap kali tangkap gambar..





malam ke 2.. hujan!!...






LOMPAT!!

Monday, October 3, 2011

oob jugak...

ramai yang oob.. kaktek nak oob jugak....
oob tu aper?
out of bed kot....

shortform-shortform remaja ni kena catch up jugak.. 
almaklum practise nak skodeng fb anak-anak nanti...

jumaat hujung minggu ni lepas waktu sekolah kaktek pi camping 2 malam...

camping!!!????






korang terkejut? 
kaktek pun terkejut....

last camping dulu masa anak dara...

ini aktiviti 10 family melayu di sini... 
oleh sebab depa dah camping february lepas, bergabung dengan family indo.
kali ni buat untuk family melayu je...

kaktek baru first time join... 
february lepas kan masih di north carolina....melangok takde kawan...
sampai sini.. ha kau...... balik jadi anak dara pulak... aktiviti macam anak dara dulu ler.. 
bukan kaktek bertukar jadi anak dara... hehehee..

khemah wal-mart je..... balik Msia nanti hangkutttt.....payah nak jumpa di Msia.
pacak kat tepi rumah..... pastu pasag ubat nyamuk.. pastu terbakar.... haahaa...







saiz khemah sini memang best... tinggi 6 kaki!!
sarung high heel pun masih boleh berdiri....
muat tidur 8 orang katanya..... 8 orang tu tidur terkujur jelah....
bebudak ni tertonggeng, terlangkup, tendang, terajang bagai style tidurya...





we all testing dulu sabtu lepas... kot-kot ada yang rosak masih sempat dipulangkan...
malamnya testing tidur sekali....
tapi oleh sebab suhu malam turun 10C, pukul 3 pagi semua lari masuk dalam rumah....

hujung minggu ni suhu malam cuma 17C... ok tu kot.... cuma weather forecast scattered t-storm pulak....
maknanya hujan lari-lari, kemungkinan angin kuat....
haaa... tunggu lah next week kaktek cerita apa jadi dengan khemah-khemah kt situ....

Saturday, October 1, 2011

ada orang skodeng?

Hangin je kaktek semalam tau...
pagi-pagi dapat cc email dari agen beritau dapat complaint rumput tak potong....

Fine.. memang la agak panjang sikit sebab tukang potong rumput outstation... 
balik hujung minggu sibuk pi open house, nak rilek-rilek.. nak golek-golek....

Tapi bukanlah panjang sangat sampai penyebab berkumpul nyamuk ke.. 
penyebab anak orang boleh hilang  bila pijak rumput-rumput tu....
takdelah sampai membahayakan jiran tetangga....


Meh tengok rumput kaktek sat....





cantik je hijau....

banding dengan rumput jiran depan... kering nak mati...
udahla bil air Texas sakan tinggi sebab tanah gurun.... 
kalau di North Carolina spend $6 je sebulan, di sini cecah $84!!!!
kegunaan kurang lebih...  siram rumput 3 kali seminggu ikut kontrak sewa...






kaktek suspect tuan rumah punya kerja mengomplen....
udah sewa tak pernah lewat... kadang2 dia bank in awal lagi post dated check tu...

kenapa kaktek saspek tuan rumah?
selain rumput, agen tanya kenapa pintu garaj belakang bengkok sikit macam kena langgar....
(kes pi usrah dulu le...)

haaa.. kantoi kan........
sah le tuan rumah skodeng....

La ni hangin je hati kaktek.... kita compromise rumah dia yang ala-ala.....dia start menyongeh..
2 biji kipas syiling rosak, kita beli kipas berdiri..
fawcet toilet rosak, kita ganti diam-diam...
food grinder memang sedia rosak, kita tutup je takyah guna 1 sinki...
rumah dia ada lobang2 pasang aircond tak berapa sejuk, kita berlenggeng je supaya tak rasa panas sangat..
auto garajnya mengong.. kejap tekan up, dia pi down...


kita ada rumah sewa gak.. takyahla skodeng-skodeng....
time nak keluar kan.. charge jelah apa-apa barang rosak...kannnn.....
nak rumah tak rosak langsung jangan la sewakan... simpan je bagi tikus duduk...


sabau ye sabau....
merajuk ni...sok lusa malas nak siram rumput dia dah... biar innalillah .

Thursday, September 29, 2011

i am number four - pittacus lore

total 440 pages...

kaktek dah baca 3 suku tapi nak tulis gak review.

Movienya dah keluar end of february lepas. Total reviewer ada 8 ribu di web barnes and noble dengan 4.5/5 bintang.

Kaktek beli selepas tengok trailer bawah ni.... pelakon British, Alex Pettyfer...
comellah budak nya.... tapi bukan taste kaktek dah...
kalau 20 thn dulu mungkin minat gila lah... hahahaa...






Storyline nya...emmmm....

Science fiksyen pasal alien hensem yang lari dari planetnya yang dimusnahkan musuh , bersembunyi di bumi menunggu masa untuk bergabung dan mengembalikan kegemilangan bangsanya.
Masalahnya alien jahat pun dah turun ke bumi untuk mengambil alih bumi.

Sudahlah hensem, powerful pulak tu... haish... dunia tak adil.

Yang bestnya, alien pertama terbunuh di Malaysia.. anjakan pertama membuatkan kita nak tengok trailer sampai abis.

Cara penceritaan.... ada masa naik ada masa membosankan..... lebih-lebih time ex-cheerleader terhegeh-hegeh kat hero.... maka jantung hero pun berdebar-debar ... makan tak kenyang mandi tak basah.....

Oleh sebab kaktek dah khatam Hunger Games dari Suzanne Collin 2 kali...
penceritaan tentang cinta teenagers dengan cara yang dewasa maka bila baca I am Number 4 ni macam nak muntah pun ada.....

almaklum zaman makan tak kenyang mandi tak basah pada kaktek la ni berlaku bila abe gapo sebut nak belikan golang emas je... errr.... tu pun dah lama tak berlaku..... huwaaa.........


Maka oleh sebab Hunger Games kaktek bagi 10/10 bintang, I am Number 4 kaktek bagi 7.5 je....

sekian ulasan tak bertauliah.

Wednesday, September 28, 2011

tiger mom..... start ngaum dah!

Alluuuuu............
sudah lupakan kaktek ker.....

kaktek memang dah lupakan korang lerrr......... hehehe...

ya Rabbi ya Rasul...
motivasi yilek....

kepala kaktek rasa fully occupied... by the time nak update blog, mood rajin dah habis.

Minggu ni agak busy sikit... sikit je.. malasnya banyak..
budak2 dah sibuk dengan kerja sekolah.... reading log kena isi 3 kali seminggu..
kena pastikan depa membaca dulu baru initial... spelling assignment syasya 2 kali seminggu....
tu belum cerita jiran2 dia si Shirley dengan Nick dok ketuk pintu ajak main...
nak je aku ketuk kepala bebudak tu!!!.... main je fikir...

Mula2 disebabkan takmau depa main luar rumah, kaktek bagilah dalam rumah...
yelah... salah langkah pulak.... macam kapal karam rumah dibuatnya.
main lari-lari, pillow fight, make over....
pantang hari minggu ada kat rumah mesti pintu kena ketuk..






La ni dah jadi tiger mom tahap 2 dah... maksimum tahap 4 belum sampai lagi...
Yelah... kaktek jenis lembut hati.... memula cakap pelan2....
dengan anak kita cakap pelan je dah jalan...
dengan anak mat salleh ni tak jalan.... banyak noo alasannya...
maka skill jegilan mato buntang laaa...

Budak2 tu pun dah takut nak bercakap dengan kaktek...
kalau ada apa-apa, depa suruh Syasya je cakap..
Nasib baik Syasya masih anak asia... takut dengan mak.. heh..


Ditambah lagi kerja sekolah abang yang berlambak..
siapa lagi dia nak mintak tolong kalau bukan maknya...

kalau bapaknya ada, bapaknya tai-chi kat maknya jugak..

Abang pass test untuk join kelas advance math.
Adalah 2 chapter dia kena catch up sebab kelas tu dah start 1st day skolah tu hari..
oleh sebab abang budak baru, lambat lah assessment untuk dia.





Soklan dia pada kaktek masa 1st day join advance math...

"ibu.., kenapa -ve times -ve jadi +ve?"

deyy.... rasa dulu kaktek hapal je.... takyah sesibuk ambik tahu...
hadoi budak zaman sekarang...

maka bersyukur lah sangat dah kertu ni tak buto IT... pokcik gugellah penyelamatnya...

ada banyak penerangan di google tapi nak cari penerangan yg senang paham boleh tahanlah juga berpinar kepala nak mahamkan...
subjek ni lebih detail dalam abstrak math yang dipelajari oleh budak math di universiti katanya...
oleh kerana math tak abstract pun dah pening kepala.. apatah lagi yang abstract...

maka penerangan yang paling simple senang bagi budak 7th grade ni paham adalah....

arahan EAT ada arahan +ve..
kalau DO NOT EAT adalah arahan -ve...

kalau kita cakap..

DO NOT not eat... maka 2 arahan -ve

membawa maksud... EAT la.... pi makan.....kannnn....

ek eleh.. tak yah masuk universiti blaja abstract math dah haaa... ekeke...


dan...
buku bacaan baru sampai dari barnes and noble untuk bacaan abang...
dok komplen buku kat rumah dah abis baca... library kat kelas tinggal buku tak best...

dan kaktek pun tengah kyusuk layan buku teens ni jugak... almaklum hati muda...muaahahaa...



Friday, September 23, 2011

kuliah 5 menet.... insaf malam jumaat...

kita solat di rumah pakai apa?
telekungggg..............

kita solat di masjid pakai apa?
telekungggggg............

kita solat di rumah orang pakai apa?
telekunggggggg............

kita pi haji pakai apa?
telekunggggg.............



Dah jadi kebiasaan kan bila solat di Malaysia mesti bertelekung.
Ada yang putih, ada kaler cream, ada kerawang sikit... ada kerawang banyak...

telekung vietnam ada.. teekung siti khadijah ada... telekung siti aishah ada....
bermacam2 jenis kain cotton diguna cuma telekung lace je belum ada orang buat...


kalau ada yang ke Indonesia jangan lupa kirim telekung...
kerawang penuh cuma rm50 berbanding rm150 di Malaysia..

Kalau ada yang solat dengan baju kurung...
boleh...
cuma jarang dibuat kerana jualan telekung yg banyak..

Oleh kerana telekung di jual di Malaysia dan Indonesia saja
maka kebanyakan umat islam di sini solat tanpa telekung...
baju kurung, jubah, jeans, long sleeve shirt asalkan menutup penuh aurat...

aurat? agak subjektif kerana ada yang solat tanpa menutup kaki...
menurut mazhab Abu Hanifah, kategori bukan aurat adalah muka, tangan dari pergelangan tangan dan kaki dari buku lali...
tetapi bagi mazhab Syafii, kaki adalah aurat maka harus ditutup ketika solat....

mengambil wudu tanpa membuka kasut atau stokin?
haaaaa............
ni kaktek baru belajar.... umur dah dekat tapi jauh setengah abad...
almaklum di kg takde masalah nak ambil wudu...
buka air paip... hulur le kaki....







Oleh kerana masjid-masjid di sini merupakan bekas gereja,
maka tempat wudu memanglah takde....






maka makcik2 dari asia ni hangkat le kaki basuh di sinki sambil nampak betis bunting padi dengan peta amarika...,, gunung berapi krakatoa...







maka untuk mengelakkan pameran peta percuma, disarankan mengambil wudu dengan berstoking.


Adab-adab wudu dengan stokin atau kasut adalah... kopipes... malas translate...dari sini...


Conditions of the footgear:

1. You must put them on after washing your feet for wudu and before anything happens to break your wudu.
2. It must cover the entire foot up to and including the ankle bone.
3. You must be able to walk up 3-5 miles in them without getting a hole in them bigger than your three smallest toes.
4. Each covering must not have a hole bigger than your three smallest toes.
5. They must stay on your feet securely.
6. They must prevent water from reaching your skin.

If your shoes meet these requirements, then it is permissible for you to wipe over them for up to 24 hours when you are a resident and up to 72 hours when you travel.


Here how it works...


You make wudu and then put on your shoes (that meet the conditions). During the day you need to re-new your wudu, so you wash everything as you normally do and when you reach your feet, you wet your hand and wipe from your toes toward your leg, once on each foot.  



Now if you do this, then you MUST pray with your shoes on. If you wipe over your shoes and then take them off, this breaks the “wiping” and you have to then wash your feet.

If you have socks that meet the conditions above you can wipe on them but make sure they meet each and every condition.


Moga bermanfaat insyaAllah...
 

Sekian kuliah 5 menet dari kaktek....

Wednesday, September 21, 2011

wenzday blues....

Isnin.... Monday blues....
Selasa..... layan blues semalam..... dan geledah blog orang...
banggalah ramai anak muda melayu yang berkemampuan mengeluarkan idea-idea bernas melalui laman blog mereka.....
samada dalam bidang filem, agama, finance...

jangannn....
jangan fikir anak muda sekarang tak tahu apa..
ilmu di hujung jari...
kalau dulu boleh bagi alasan masih jahil kerana sumber ilmu yang terhad..
sekarang alasan tu tak boleh diterima..

nak belajar tajwid? belajar memasak? belajar ilmu anatomi?
semua ada....

google, youtube, bing, yahoo mail, twitter, facebook...
err facebook?


Entah kenapa kaktek tak suka betul dengan facebook sekarang...
cuma seru nak deactivate account belum sampai..
Habis manis dah kot....


Bak kata abe gapo....
mereka yang suka post tiap 3 minit di fesbuk tu minta di puji....
puji jelah jangan lokek....tak luak apapun...
hidung depa makin kembang mendapat pujian maka hidung kembang kita yang semulajadi kembang,
idakler obvious sangat banding depa nanti....

huish.... idea menarik!


Kata orang, pada peringkat umur yang masuk 20an (ngeh) ni samada kita bergerak ke arah yang lebih baik atau sebaliknya..
jadi kaktek laki bini menggunakan peluang ini untuk memperbaiki diri yang banyak sangat kekurangan...
lebih-lebih memikirkan impak yang amat besar kepada anak-anak yang meningkat remaja...
Soklan pun canggih-canggih keuar dari mulut depa...

Minggu lepas abang soklan cepumas ..
"ibu.. kita boleh control yea nak anak berapa orang?"...

tercengang sat aaa.....

"nanti abang belajar dlm science class!".. jawab ibu.

mmandangkan cikgu dia ada gitau syllabus mengenai puberty semester ni, kaktek tai-chi le pada cikgu dia pulak...


Ohya, kaktek review open house di kawasan golf club Sabtu lepas...

Ada yang masak laksa singapore, ada yang masak lauk daging, ayam, tauhu kuah kacang, bubur doyan, nasi ayam.....




kaktek diberi tugasan apa?

dont play-play...
tugasan yang mencabar kesabaran dan minda....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


petik kepala taugeh untuk laksa....

Thursday, September 15, 2011

mak, sekolah suruh mintak derma!

Kenangan masa kaktek sekolah rendah dulu...
dalam hujung tahun 70an ke pertengahan tahun 80an...
lama ke?
memangler orang lama...
tapi best haper... kaktek dah melalui zaman rock kapak..
zaman lagu meleleh..
zaman dangdut....

rasa tak rugilah kalau miss zaman kpop pun....
takat tengok tarian gedik kpop tu...emmm alahai......
dah puas gedik layan tarian feminin dan elite...


la ni dah sepatutnya masuk slot beribadah... insaf.... kubur kata mari...
boleh tahan ramai dah kawan-kawan kaktek meninggalkan dunia...
sakit jantung dan eksiden punca utama...
sakit tua belum lagi yea.... ni baru separuh perjalanan...

ek.. lari tajuk...


Kaktek dapat pekej kutip derma dari sekolah budak-budak ni kelmarin...
takde exception.. anak seketul ka.. anak mpatbelas ketul ka...
tetap tiap sorang dapat satu pekej...

Teringat zaman kaktek membesar di kawasan perumahan banglo 4 tingkat 64 pintu dulu...
ramai betul sedara-mara tinggal serumah ek....
meriah...




Perpindahan dari penghuni rumah setinggan kawasan kg datuk keramat.
Jangan tak caya.... penduduk keramat jaya ni siap ada blogspot sendiri tu pasal kaktek dapat cilok gambarnya.

Kaktek tinggal di sini selama 13 thn... dari darjah 1 hingga tahun 1 di jalan semarak.....
ayah kerja di Polis Depot..
Sebelum pencen dan pindah ke rumah bertanah di Setapak.
Balik rumah pun jalan kaki melalui perumahan org kaya di Jalan Maktab.
Setiap kali lalu depan rumah2 org kaya, mesti kaktek jeling ke dalam rumah jika ada kesempatan...
idakler rasa nak dok rumah macam tu pulak... saja bizi bodi nak jenguk...
Dok banglo 4 tingkat tu dah rasa best sangat aper...

Petang2 main rounders dengan jiran-jiran...
takde keje boleh skodeng anak teruna rumah depan...
terbayang-bayang brader putih melepak yg hensem tu...!!!

haish... astaghfirullah hal azim...


Waktu dapat pekej kutip derma sekolah, bayangkan berapa banyak pintu kita boleh ketuk?
64 tau satu blok... sedangkan ruangan yang diberi cuma 40 baris...
haa... sekejap jelah penuh kan? patutnyalah....

Tapi oleh kerana kaktek jenis penyegan.... bak idung rompong kata Ahkak Forex...
maka selalunya singgit jelah yang tertera di borang kutipan....

Pernah kena marah dengan Mrs Tan sebab kutipan yang minimum..
"lu apa guna?"...kata Mrs Tan..

kaktek buat bodo jelah.. yelah.. masa tu baru darjah 2.. memang masih bodoh.


Mintak derma malu... malam bulan puasa jual mercun, tak malu....



(kredit gmbar dr google)



Pekej kutipan derma di sini lebih canggih.
Siap pamplet cantik-cantik.


Masalahnya kaktek takde rumah nak ketuk...
Jiran2 semua ada anak sekolah maka depa ada pamplet yang sama...
sedara mara takde...
maka siapa yng kena ketuk?
Poket laki akulah jugak....

Barang harga singgit takde...
Cookies doh dah $15, cheese cake $22, tote bag $13....
tak banyak pilihan banding di charlotte dulu... siap ada bling-bling lagi...


Barang mahallah banding harga di pasaraya...
yelah, kalau murah bukanlah fundraising namanya kann....





Masalahnya budak-budak di gula-gulakan dengan hadiah menarik untuk penjualan yang banyak...
jual 1 ke 4 item dapat rantai plastik yang dah berlambak kat rumah ni..
jual 5 dapat spek itam plastik...
tak payah cerita jual sampai 200 la... nak beli 3 item pun aku dah semput.