Friday, August 24, 2012

raya belum abis kan?

Raya sebulan kan...
Lambat update pun tak boleh marah sebab raya belum abes.

Ketupat kaktek anyam dalam 30 ketul gantung keliling rumah habis hilang lepas open house petang raya.  Tak sempat tangkap gambar pun.  
Anak-anak kecil sini jakun nampak ketupat.

Ada yang tanya "ktek beli ke?"
oh tolong.... tangan orang-orang lama ni lembut... anyam-menganyam ni peanut la...
tangan anak-anak sekarang keras.. tau ketik keyboard je.







Pagi raya kaktek dan kawan-kawan solat raya di Irving masjid. Irving masjid aka Islamic school pada waktu persekolahan dan anak2 melayu ramai bersekolah di sini.
Anak-anak kaktek masuk sekolah kapir ... uhuk...







Tadaaaa.... gambo raya.





Siapa terer teka mana satu kaktek.
Tips nya...
baju raya sama dengan baju tahun lepas dan 2 tahun lepas dan 3 tahun lepas... heh.



Tekak masih sakit ni belasah rendang.  Mak mertua pun dah keluar masuk tu nengok menantu dok ngadap laptop je.... so permisi duluan ibuk-ibuk...mauk masuk dapo dulu ... tunjuk rajin.

Wednesday, August 8, 2012

2 minggu lg raya!!

Oleh sebab banyak gambar kali ni... (tektik malas nak taip banyak2) gambar2 nya kaktek letak kecik2 la yea... kang berpinau mata...... (saja tu alasan yg tak perlu ditaip tapi taip juga sebagai salah satu lagi tektik takyah susah-susah fikir apa cerita yang nak ditulis)..

Tiap Jumaat dan Sabtu malam ada iftar di masjid Irving.   
We all pergi Jumaat malam je sebab selalunya Sabtu malam ada jemputan lain.
Hari2 lain iftar di rumah dan teraweh di musolla depan rumah sebab masjid Irving ni agak jauh. 





Oleh kerana ramai family melayu tinggal di kawasan masjid ni, kaktek dan 7 family lagi berganding bahu (chewah.. peribahasa melayu ku masih bagussss...) menyediakan kuih bakar untuk iftar setiap hari Jumaat.

Selain kuih bakar, inilah masanya untuk kaktek mengosongkan peti es dari eksperimen-eksperimen kek dalam masa seminggu tu... maka next week ada alasan lagi untuk baking... 
sebab peti es dah kosong ler... hehe best!




Tray ujung tu isi kek pithang rasa pithang dan swiss roll maneh berdengung.  Habis cakaplu..... sedap tak sedap tataulah tapi kalau dah ramai2 nak makan, tak sedap pun abis jugak kan....


Masjid sini yang bestnya ada bayak bilik2 disediakan untuk jemaah takde anak, jemaah anak kecik 0-2 tahun, jemaah bersama anak 2-6 tahun dan jemaah bersama anak bawah 10 tahun.

Jadi yang nak sembahyang kyusyuk tanpa gangguan anak2 kecik bolehlah masuk ke bilik dibawah....






Anak dara interfrem...






Ahad lepas we all ke airport Dallas/Fort Worth menanti ketibaan ibu mertuaku....
Teringin dia nak mai Amarika yang konon macam best ni kan... haha... opss.. bulan poser takleh ngumpat walaupun majoriti org amarika kafir sebab syarat ngumpat takde sebut bangsa yg dibenarkan di umpat..heh.






Bawak atok pi cari kasut kat walmart sebelum dia pengsan jet lag..






Feberet terbaru kaktek baru sampai dalam peti surat... yeay!!
Buku2 ni di mphonline harganya dalam rm63.  katek beli di used bookstore tapi carilah buku baru tapi dijual dengan harga used cuma 5 dollar.  Keluaran tahun 2006 pun jadilah.. resepi tak basi kan...





Cherry Cheese Delight iftar semalam dari buku Dessert Lover.
manyak senang mahu bikin..... cheese fillingnya tak perlu masak pun tapi rasa ciskek jugak.
Kita besarkan sikit gambar yea...




tata titi tutu.... nak mengadap buku baking lagi....

Friday, August 3, 2012

anak bulan belumlah nampak.. kuih raya sudah masak?

Awal bulan dah hapdet blog.... almaklum jin malas dah kena ikat...
baca blog cik Som, makruh bulan poser ni tepek gambar makanan... takut ada yg meleleh air liur.
Oleh kerana kaktek sendiri maasak, sendiri tak meleleh... harap2 korang kuat iman sekuat iman kaktek ek... ngeh.

Ini salah satu terapi kaktek siang hari di bulan puasa ni mengelakkan dari hibernisasi melampau waktu.
Asal letak kepala.... belayar....

Lari tajuk sat... satu perkara yang obvious sangat kaktek perasan sejak melangkau ke alam remaja 4 dekad ni..(ehem)...
tidur malam bukanlah satu keutamaan.  
lelap jam 11 malam , terjaga jam 3 pagi... lelap jam 10 malam, terjaga jam 2 pagi....
instead of bangun bersembayang tahajud seperti remaja-remaja 4-5-6 dekad yang lain..(ehem), kaktek paksa-paksa lagi mata ni pi lelap...(ya Rabbi!! bukakanlah pintu hati ku!)

Maka bila dah terjaga awal di bulan yang mulia ini, kaktek bangun menyediakan makanan sahur untuk keluarga terchenta... pahala jugak tu.

Waktu-waktu sebegini mengingatkan kaktek di jaman kanak-kanak ribena dulu.  Balik terawih kelam kabut tido takut waktu tidor 10 jam tak cukup.
Bangun sahur terus makan... terus makan tau... takdenya terbangun awal nak tolong mak kat dapur.... ngantuk giler...
Lepas solat subuh terus melompat atas katil nak lelap cepat-cepat.

Betullah kata orang, jaman remaja 4 dekad ke atas ni, adalah waktu di mana kita berubah.
Berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya...  malam dah sukar tidur maka banyak masa boleh dipergunakan samada solat tahajjud atau lepak di club dangdut!

Maka doalah agar kita menuju ke jalan yang lebih baik.

Itu pasallah kalau anda perasan, mak-mak kita mesti tido sebentar waktu siang kerana tidur malam mereka tidak cukup.

(kaktek bercerita melalui pengalaman mokcik2 jiran tetangga yg dah menjangkau 4 dekad yang habaq dah susah tido malam tu....... bukan kisah kaktek yg masih remaja ini...ehem... sakit tekak je..)



Sambung balik terapi siang hari bulan Ramadan ni.... asal baru ngaji 3 ayat dah nak tersembul biji mata keluar.. jadi kaktek selang selikan dgn hobby baru....


TADA....

Snickerdoodles....semekut omputih yang T sebut tu hari...
kaktek dah warning yang la ni memang tak boleh dengar orang sebut apa-apa resepi baking.
Kuih melayu fail..... sebab resepi melayu suka campak2 tak ikut peraturan.
Kuih kasui dah 3 kali buat, fail.  Resepi kuih kasuinya, tambahkan air hingga penuh blender... (dey!!!??)
atau tambahkan air 3 cawan... jika pekat sila tambah lagi... &%$#@




Snickerdoodles ni senang je.  macam butter cookies biasa cuma di salut dengan gula putih danserbuk kayu manis.  Orang Amarika ni suka sangat guna cinnamon ground ni. Kaktek nampak perkataan cinnamon, teringat masak kari je.
Tapi bila cuba tepek kt semekut ni... sodap jugak.

Maka, semekut raya udah ada 2 balang..... petang semalam la..... lepas berbuka tinggal sebalang tiga suku.







Swiss roll cakap kita, Jelly roll cake cakap omputih.


Resepi dari blogspot orang melayu.  Mak aih maneh gila.
Bulan2 puasa ni dok teringt kek gulung Jusco rm3.50 tu.  Siap ada corak2 di bahagian luar kek tapi kaktek belum berjaya menghasilkan kek sedemikian rupa.  Bila dah berjaya nanti, bankruptler bakeri Jusco yea.



Kek pithang.
Okla... rasa kek yang ada pisang dalamnya...nak menghabiskan sesisir pisang abu yang ada.
Kek ni di buat hari Ahad lepas.... dan gambar ini ditangkap semalam (Khamis).... hadoi.. bila nak abeh ni?
Bukan tak sedap (coverline), tapi tahap melantak bulan puasa sangatlah kureng... dan manader orang bake kek pisang 2-3 slices je.





Maka uolls yang dok Malaysia di bulan puasa ni... bersyukur la sangat ada bazar ramadhan tau.

Err... sebenarnya ujian kita sama je..... ujian kaktek pilihan makanan yang tidak banyak... ujian uolls pilihan makanan yang tersangat banyak... Maka bersederhana itu lebih baik.....