Tuesday, November 29, 2011

shopping gila... jumaat itam..

Hari ni 1st day bebudak start sekolah setelah seminggu bercuti.
Thanksgiving day...(hari kesyukuranlah).. bersambung dengan Black Friday.
Black Friday traditonally permulaan Christmas shopping season.

Kebanyakkan store bermula jam 12 tengahmalam.

First time kaktek betul2 faham maknanya black friday... tahun lepas tak tahu apa sebab bukan jenis shopping punya orang.  Baju 10 tahun lepas pun boleh pakai... kerja pun idak.... ulang-ulang jelah pakaian yang sama kan.... konon tak shopping boleh jadi kaya.... tapi emm.. tak kaya-kaya pun.

Anak2 kaktek pun tak pandai mintak baju baru... pakai sampai lusuh sampai mak bapak segan member2 tengok anak ulang2 sarung baju yang sama...heh.

Jam 5 petang dah ramai campers luar store menunggu kedai buka jam 12 malam!!



image from google

Suhu bawah 10C!!!... serius tak tipu!!

We all tak join.  Tak sanggup menyakitkan badan semata-mata nak beli x-box jimat $100.  Kebanyakkan barang jualan rebutan adalah barang electronic manakala pinggan mangkuk lebih banyak discount di web online. Maka.... kaktek melangok depan laptop je.  Nombor kredit kad 12 digit pun dah hafal.


comScore said $816million on online sales untuk Black Friday 2011, peningkatan 24% dari tahun lepas.
Wah... bangga kaktek menjadi sebahagian tak sampai 0.0000005% dari pembelanjaan tak berpekdah itu...







Kaktek wish Jusco member sale boleh di buat online juga nanti.

Wednesday, November 23, 2011

korban refugees.... yok insaf.

Assalamualaikum.....

kaktek insaf ni...
sempena hari raya korban yang lepas, komuniti Melayu di sini seperti biasa menjalankan ibadah korban tahunan untuk membersihkan rezeki, menginsafi mereka yang seba kekurangan.

Alhamdulillah kaktek yang selalu makan daging korban free dari masjid setapak dulu, kini terbuka hati untuk menyertai ibadah korban di amarika.....

Seekor lembu berharga usd1200 termasuk processing fee untuk slaughterhouse.  Tak boleh la suka-suka heret lembu ke laman masjid untuk di sembelih yea...

Separuh bayaran kami serahkan pada tokeh lembu, kak Ani Singapore dan suamiya Uncle Bud Humphrey manakala separuh lagi kami belanjakan untuk groceries dan dibahagikan kepada Burmese refugees yang baru sampai ke US.

Jangan tak caya... menurut cerita yang kaktek dengar, kebanyakan refugees ni sampai ke tanah Obama dengan sebuah hand luggage dan ada yang berkain batik saja.

Malam raya bergotong royong menyusun barang untuk agihan kepada 60 keluarga burmese.





Daging dari slaughterhouse siap vacuum pack dan label lagi.... t-bone steak, sirloin steak, brisket, rump... entah apa ke bahagian lembu tu kaktek bukannya kenal.

Bagi yang menyertai ibadah korban, mengikut hukum dibolehkan mengambil 1/3 dari bahagian korbannya manakala selebihnya di berikan pada kenalan atau disedekah pada yang memerlukan.





Apartment kediaman kebanyakan refugees...
Sedih kaktek tengok tau.... sebab di Malaysia, apartment ni kediaman rakyat biasa....






Diberitahu bahawa refugees ni diberi kediaman percuma selama 3 bulan pertama mereka di Amarika, cukup masa untuk mereka mencari pekerjaan.




Errr... ni bukan anak-anak refugees..... ni anak2 immigran.::))

Saturday, November 19, 2011

yuran skolah tinggi di Malaysia

Kita studi sikit yuran sekolah di Malaysia sebagai langkah persediaan anak-anak yang besar kemungkinan pelajaran tidak lagi ditanggung kerajaan.

Mengenang keluhan abang sulung kaktek tentang anak sulungnya yang baru diterima matrikulasi di banting sedangkan cita-cita asalnya mahu menjadi veterinar.

"Badget untuk medic dah turun 50% !!".... taip abang long di skype.

"Budak yang masuk matrik cuma 30% je dapat masuk IPTA...."... keluhnya lagi... 

" biar betik...." jawapan remaja kaktek...hiks...

"Ramai geng tengah mengeluh ni".... tak abis sambung mengomel lagi rupanya....menambah senak perut aku memikirkan nasib abe gapo menanggung anak mpatbelas ni nanti...

Payah sangat ke nak sambung belajar di Malaysia?
Adik-adik kaktek elok pulak dapat sambung accountancy di UIA dan computer science di UITM...

One part kata susah-susah...
one part lagi senang-senang sambung belajar.... konpius....

Apapun kita prepare for worst case yea....

Ni web dari kerajaan.. the one and only web yang kaktek jumpa reveal cost pengajian secara general buat panduan.  Maka angan-angan nak anak jadi doktor dengan yuran usd100K / 5 tahun / 12 bulan....

shoot!! 

5 rebu sebulan!!!! ai yayaaa....

Insuran pendidikan yg abe gapo bayar cukup untuk buat engineering je... tapi jangan risau... selepas semester pertama atau kedua, bolehlah apply biasiswa dengan panduan dari web ohmalaysia.com.

Yang penting anak tu minat nak belajar dan mak pak kena lupakan bajet shopping untuk yuran pendaftaran dan belanja awal pengajian.  Yelah... result UPSR semalam pun hampir 4 rebu budak dari Trengganu dapat 5As... tu belum kira negeri-negeri lain.






Ni satu lagi table diberi untuk menunjukkan betapa murahnya belanja sekolah di Malaysia...
betapa bertuahnya rakyat Malaysia...
betapa bertuahnya Malaysia mempunyai kerajaan sedia ada... (hek!)



Walaupun kaktek dapati ada kelentongnya di situ...haaaa kantoi...
Anak member di sini cuma bayar $2k-4k/ semester untuk engineering untuk uni di local state (permanent resident untuk state itu).. kalau pergi state lain lagi mahal.  

Ada juga anak member yang ke top uni berlainan home-state untuk science computer dgn cost $12/year

Maka ikut table diatas untuk Business study di US dengan cost $13/ year.... aiyayaa.... buat orang takut ada anak tau...

Untuk adik-adik, rajin2 menabung untuk pendidikan kerana walaupun kaktek rasa berat nak mulakan tabungan 10 thn dulu, la ni rasa lega ya amat.... tak boleh shopping hush puppies, bata pun okey.....

aku balik dari amarika kan..... aku pakai bata pun orang kata clark.... ngeh.

Thursday, November 17, 2011

bagai pungguk windukan wulan?

Rindukan kaktek ka?
sian you all yea....
Sorila....
kaktek pun rinduuuuu... sangat dengan.... err.... dengan.... errr.... roti canai kari ayam mamak.... heh...

Lama kaktek tak update sebab sibuk jadi ulat buku..
tenggelam dalam dunia khayalan sains fiksyen percy jackson...
jadi anak remaja belasan tahun melawan gergasi-gergasi jahanam...
pandai main pedang... lontar lembing... memamah... semua kaktek pandai lah!

Bukunya 5 series.... plus 2 extended series dan 2 lagi series sci-fi lain tapi author yang sama...
Selepas seminggu lebih balun 7 buah buku....
kaktek rasa nak muntah...
2 lagi series dok merangkak-rangkak nak menghabiskan.
Tiap kali nampak tulisan, rasa nak muntah..
sokkabo... bukak blog.... stop kejap.
semua jenis tulisan buat rasa nak muntah.







Dah seminggu lebih stop membaca ..... bil air pun takmau baca.... tengok nombor je.. (??).

layan drama Soffiya sampai habis......
Puas hatilah awek cun tak semestinya bergandingan dengan pakwe hensem....
sekali-sekala dapat org tua walaupun tetap tak puas hati si Azhar Sulaiman tak sepatutnya membawa peranan orang tua sebab dia kurang lebih sebaya kaktek je!!! huwaaaaaaaa!!!!!!

kaya pulak tu!!!.... huwaaaaaaaaaa lagiii!!!!!!

Sekarang menunggu Cinta Elysa walaupun taktau zaman bila nak habis sebab episodnya seminggu sekali.
dan tambahan episod makan-makan setiap minggu tak habis-habis di sini....
ada makan-makan raya Deepavali... makan-makan raya Haji.... makan2 acara sampingan waktu gathering mengagihkan daging korban..... makan-makan meraikan org melayu datang training pilot.......

Borak dengan orang datang dari Msia.... politik dah teruk, nak masuk local U dah susah.. penuh foreigner... barang mahal.... dok je sana terus jangan balik.....

Borak dengan orang di sini.... bestnya dia nak balik..... lepaklah lama sikit lagi....

Makanya kaktek malas nak borak dengan sesapa..