Friday, November 30, 2012

backdated - raya qurban dulu.. black friday kendian

Sabau dik Nurul ... kita backdated cerita yang baik-baik dulu sebelum bukak cerita pasal shoppping tak hengat diri sambil mengumpul harta dunia yang tak boleh dibawa mati... haha...
Sale durian runtuh yang lepas kaktek anak beranak pi serbu walmart tapi tak reti upload video dari videocam guna memory card.  Tunggu abe gapo balik dari outstation malam nanti.

Kita buka cerita-cerita backdated untuk entry kali ini dan beberapa entry yang akan datang.
Raya qurban yang lepas jatuh pada hari Jumaat.
Kami sambut secara sederhana (wah.. dah lama tak guna perkataan "kami").  
Kami masak ketupat nona, rendang ayam dan daging.
Lepas makan, anak-anak kami pergi sekolah macam biasa.

Acara korban lembu ni dikira sebagai acara mesti buat tiap tahun di kalangan masyarakat melayu di sini.  Satu bahagian lebih kurang usd180 lembu yang we all korbanan dari ladang kak Ani dan Uncle Bud yang seluas 200 ekar.
Tahun ni 2 ekor lembu tumbang.


Acara kejar lembu bermula.  samada bebudak ni pelik tengok lembu atau lembu tu yang pelik tengok depa...




Uncle Bud punyai lebih kurang 20 ekor lembu betina dan sekor lembu jantan.  Kerja lembu jantan tu... haaa... macam ayam jantan ler... Sekor je cukup.. 2 ekor kang gaduh.
Seekor keldai juga perlu sebagai pengawal kepada kumpulan lembu-lembu tersebut.  
Keldai ni kalau nampak predator seperti coyotes atau anjing, dia buat bunyi bising supaya lembu-lembu lain sempat melarikan diri.  Keldai punyai deria melihat dan pendengaran yang sensitif bagi pengesan penceroboh.
hek... belajar pasal keldai pulak hari ni...

Bebudak ni jakun tengok keldai.... mak budak pun jakun sebenarnya.





Kan dah cakap jakun...






Lembu-lembu ni asalnya berkeliaran je dalam ladang Uncle Bud ni.
Maka pemilihan untuk siapa bakal disembelih mengikut umur dan berat etc.. tu kaktek tak sempat berguru.

Cara untuk memilih lembu yang terpilih masuk dalam trailer untuk di bawa ke pusat penyembelihan, Uncle Bud letak makanan lembu di belakang tractor dan lembu jantan yang memang familiar dengan bau Uncle Bud (heh) akan mengikut dari belakang dan betina-betina lain.. amboi gatai... ikut bontot lembu jantan.

Kalau orang kata bodoh macam lembu.... haiiipppp!!!!...
pandai jugak ler lembu-lembu ni....
tapi kalau lembu2 ni tau depa ikut ramai-ramai tu untuk disembelih, sah depa takmau....
tapi sebab tak tanya... kira lembu-lembu tu bodoh le jugak yea... hehe.





Dah masuk kandang. Proces mencari lembu yang bakal disembelih masuk ke trailer.





Sudah sembelih daaa.....





Sebahagian dari Muslim Burmese refugees yng menerima daging kurban dan groceries dari kami.



ello.....

Assalamualaikum...

3 bulan tak update ye...
lama kaktek rehat. bukan apa...
masa ibu mertua datang melawat selama 3 bulan tu... kita kenalah kurang-kurangkan mengadap laptop... banyak-banyakkan mengemas rumah... lebihkan masa mengadap anak-anak... masak canggih-canggih selalu... ngaji lebih sikit...


Lebih-lebih lagi si kecik tu baru masuk pre-kindergarten.
Jadinya masa dia di sekolah cuma 3 jam dan masa tu jugaklah juga ibu mertua kaktek guna laptop baca sokkabo.. tengok fesbuk..(jgn mare.. dia ada akaun sendiri..)..
Bila dia habis surfing je, tau-tau dh cecah 3 jam... cik mat pun balik sekolah... huk aloh...


Bila ibu mertua dah balik Malaysia hampir sebulan yang lepas, kaktek macam dah terbiasa pula menjadi isteri/ibu mithali... ihik.. sila muntah.

Maka bagi memenuhi masa menggantikan masa melangok depan laptop.... kaktek belajar baking.
Pelbagai jenis kek, cupcake, puding... bohong sangatlah kalau cakap semua dah cuba kan....
Tapi tak ambil gambar atau resepi sebab ya Rabbi.. banyak kerja tau... nak masak lagi.. nak tangkap gambar lagi... nak edit lagi....
Mana-mana blog yg bagi resepi lengkap siap gambar dan video tu kita salute lah atas usaha, tenaga dan masa yang mereka curahkan.

Jadinya sekarang kalau ada yang bertanya pasal baking skills dan baking tools ni in-sya-Allah kaktek terer le sikit... so daripada you all tanya pada yang terer sikit ni.. lebih baik ler google je kan.....


Baby baru kaktek....





Oooh... tidak sebapak mahal harga di tanah tumpah darahku...
kalau di Malaysia, chef wan dan chef-chet je mampu...
Di sini, tak reti baking pun mampu buat koleksi..

Pilihan artisan kerana harga dan keupayaan nya sesuai dengan semangat memasak yg suam-suam kuku dalam diri ini.  
Kitchen aid ni ada 3 kategori .... classic, artisan dan professional.
Yang classic sesuai untuk semangat memasak takat nan-hado.... whipping, kek batter sudah cun.
Artisan sesuai untuk kegunaan seisi rumah dengan keupayaan lebih sedikit untuk menguli doh.
Dan kategori Professional untuk yg rajin bagi orang ramai makan.


Cinnamon roll dgn cream cheese icing yang baru buat pagi tadi. Resepi dari Taste of Home ada.. allrecipes pun ada... google saja.





Dan kelur topic baking....
Promote tanpa upah.... favourite author terbaru kaktek..
Dia bukan baru menulis.. tapi dah lama menulis dan kaktek baru kenal.. aha...



 

Kaktek dan abang long dah habis baca kesemua 8 buku-buku Neal Shusterman.  Best sangat untuk young adult dan adult yang tak berapa young.. hiks.

Best.. best.. bessttt sangat.  Highy recommended!