Thursday, January 31, 2013

Ikea, our home is your home - they take it seriously!

Hari ni kita rilek-rilek takmau sesak dada baca buku sedih sebab kaktek nak skodeng blog henbeg.  Semalam je insap hari ni jadi setan balik.

Kome layan gambar-gambar bawah ni dapat thru email

Menurut blog ini, gambar diambil di Ikea Beijing.. teringin betui nak pi sana, takkan nampak pemandangan ni di mana-mana Ikea seluruh dunia... one of wonder of the worldlah!































Wednesday, January 30, 2013

Kite Runner - het u MP!

Menchik dengan Mak Piah yang sudah menggoda kaktek dengan buku Kite Runner nih.


Semalaman takleh tido.. hati rasa sebak sangat... sesak dada ku seolah-olah dihempap dengan batu yang amat berat.  Kisah dak Amir bersama anak servant si Hassan bebetul terkesan di hati yang tulus mulus ini.
menchik citer yang membuatkan kaktek sedih!
menchik citer yang menyedarkan betapa kurangnya rasa zuhud dalam diri!
menchik citer yang membuatkan bila tengok koleksi henbeg diri rasa bersalah!
menchik citer yang membuatkan bila nengok kitchen aid teringat orang2 yang tak bernasib baik di Afghanistan!

het yu Mak Piah!






Buku ni sampai minggu lepas tapi kaktek belum berkesempatan baca sebab nak ngabihkan citer dak Kristina penagih dadah dan dah start baca Hobbit.

Bila Mak Piah kata best sesangat, kaktek campak Hobbit ke tepi dan mula baca Kite Runner malam tadi.
Tak perlu tunggu lama, page ke 20 dah mula takleh letak buku... nak kencin pun tahan.
Cara penulisan yang sentiasa kena pada tempat dan membuatkan kita berkali2 berkata dalam hati.. "haa... memang betullah kata penulis itu!"

Pembaca akan dibawa berada dalam diri Amir....  kehausan kasih sayang seorang ibu yang sudah meninggal dunia, kekurangan kasih sayang babanya yang meletakkan  harapan terlalu tinggi, cemburu terhadap Hassan.

Ceritanya bagi kaktek kalau boleh tak mahu baca kerana tak sanggup untuk tahu apa lagi kejadian sedih bakal terjadi tapi desakan hati nak tahu juga apa kesudahannya....alaa.. macam sakit hati nampak delivery sofa baru rumah jiran sebelah time kita kopak tak berduit..... tapi sibuk nak tahu brand apa sofanya dan berapa rebu dia spend utuk penambah sakit hati sendiri.
Mak Piah dah pesan wal-awal sediakan tisu....

The book is beautifully written with truly intoxicating words.
Nengok, belum habis baca pun tapi tak sabar nak beritahu kome pasal buku ni.






Bila jumpa buku penulis Muslim yg mashaAllah hebat ini rasa bangga lah sangat walaupun cuma bayo 4 dollar plus shipping dari used store... harap2 dari pembelian cheapskate kaktek adalah share komisyen untuk dia meneruskan perjuangan dalam penulisan.

(semput sungguh updet entry kali ni guna ayat2 skema je barangan jadi Khaled Hosseini)

Kaktek bagi rating buku ni 10/10 walaupun belum habis baca !  seriyes!



Another inspiring book adalah The Book Thief oleh Markus Zusak.
Slow giler citernya kisah di zaman Holocaust.  Satu hari tu citer pasal curi buah epal je.
Esok citer pasal curi buah epal lagi.
Lusa citer pasal curi-curi baca buku.
Tulat curi-curi baca buku lagi..
Menyumpah-nyumpah sebab review kata best gilababas.




Lepas separuh buku baru macam best sikit.. semangat nak kasik habis nak layan jugak apa yang best sangat. Dah spend 10 dollar pulak tu. 10 dollar boleh dapat tuala mandi tebal 2 helai kat walmart tahan pakai 2 tahun.

Akhirnya kaktek habis baca dengan deraian air mata duyung.....  sedih gilababas tau...
Rasa nak sepak-sepak si Zusak sebab buat citer macam tu.
Apa kes ending citer ada yang mati-mati kena bom pulak?!!   Tak sempat budak tu dapat first kiss....meraung-raung tengok mayat2 bergelimpangan.... mokcik pun rasa nak meraung taw.
Sebelum kome baca kaktek bagi warning ni....
di penghujung cerita kita akan menyumpah2 pada diri sendiri kerana menyumpah2 pada awal cerita terhadap buku yang tidak kurang hebat ini.. huhu.

Rating buku ni 8.5/10 ... tolak 1.5 sebab cerita curi buah epal dan curi buku lama sangat di awalan cerita.

Chocolate Babka - jgn derhaka pada resepi.

Sat tadi kan... kaktek tetiber rasa gatal jari pi kelik feedjit menjelang tengahmalam di Malaysia gitu .  Nampakler hampir serentak ada 10 orang mai skodeng dari link forum cari.  Kaktek takleh masuk forum tu sebab tak dapat read permisson.  Waaaa... kome ngumpat pomot blog kaktek kaaa....  jangan lupa mention tuan tanahnya gojes nak mampuihnya perasan.


Kita keluarkan balik gambar2 tak jadi tepek semalam.


Chocolate babka.

Babka in Ukranian language means sweet, leavenved bread salu depa buat time Easter Sunday.
Easter ni kepercayaan depa hari kebangkitan semula Nabi Isa.







Haa.. gambar bawah yang serabut ni chocolate babka yang betul dari web... yg comei ateh tu hasil tangan bangku tuan tanah.  Serbuk-serbuk streusel atehnya malas buat... twist pun tak cukup twist... almaklum anak-anak sendiri makan... depa kan tak berani komplen.


Resepi doh sama dengan egg bread tu hari.




Kaktek letak isi nutella tapi disarankan JANGAN walaupun nutella tu sodap... harga pun agak mahal... kengkonon nak menyedap punya pasal, kita tepek tebal2...  ikut peribahasa (adake peribahasa ni..) lagi tua lagi gatal lagi mahal lagi bagus lagi banyak lagi sodap...

Salah.



Nutella tu basah dan berat.  Hasilnya bila letak filling banyak sangat, doh bahagian dalam roti agak basah,  Macam makan doh tak masak.  Konon terer macam chef wan nak ubah-ubah resepi konon..

(Gambar atas tu snap masa masih konfiden babka nya sure jadik..huhu)



Cubaan separuh doh lagi kaktek nak buat cheese babka.  Letak shredded cheese dan oleh sebab cheese nya tak manis, tabur gula sekali dengan konfiden.

Hasilnya cheese kan bila masak jadi cair kan ngok (akulahtu) maka doh dalamnya basah tak masak jugak.  Tu pasal dalam resepi cheese dalam doh orang guna muenster cheese (cheese kering) atau cheese bread biasa orang letak cheese atas roti bukan dalam roti.



Mission failed.

Lesson learnt - jangan derhaka pada resepi.

Hari ni gigih nak buat lagi guna serbuk milo pulak.  Degil nya hang batek.. manjang nak derhaka.. keturunan apa nih!. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE - 2.pm

abiosa! abiosa!

ka-ching!



my Milo Babka with streusel topping..



Tuesday, January 29, 2013

org kg semua sudah tahu...

Last few days kaktek bizi menyoping barangan kiriman orang kampung.
Almaklum sejak 3 tahun lepas dok pong pang pong pang cakap nak balik for good tahun ni... maka bermula tanggal 1 januari lepas,  tiap hari dapatlah soklan2 cepumas ....

betulke nak balik?..
bila nak balik?..
jadi ke balik?..

dan soklan plg kejam,

tiket dah beli?!....

Depa ni sibuk tanya bukan sebab dah rindu.... tapi sebab nak mengirim.

maka kaktek ambik masa beberapa malam lepas juga untuk bertafakur mencari alasan nak bagi kalau tak juga balik-balik mengikut angan-angan asal.
Lesson learnt, kalau cerita belum konpem baru nak berangan-berangan, takyah sibuk-sibuk nak kepoh kat orang.. la ni kekepohan itu memakan diri..... padan muka aku.



muka kaktek bila tension... 


Alkisah sejak mula jejak kaki ke bumi kafiristan ni dalam tahun 2010, kami plan nak bermastautin selama 3 tahun saja.  Maka cikalang masa sudah sampai...... akaun bank tak penuh-penuh... isi sikit, surut manjang.... orang kampung hengat dok amarika ni kaya... keta besar, rumah besar, baju branded, piyuk branded... guna kitchen aid lagi ......depa tatau keta besar tu sama rege kancil 2nd hand... baju branded sama rege baju kikilala...piyuk branded sama rege piyuk cap boya..... yg depa tetap tertanya-tanya.. pasaipa cakap tak kaya-kaya? pasaipa kaktek masak makan lauk, ciskek, roti hari2 nak jimat duit daripada makan kedai tapi tak kaya-kaya?
pasaipa sultan2, anak2 sultan, adik gebadik cucu cicit sultan takyah keja pun boleh makan hangin buang duit rakyat semedang? tak payah susah2 fikir nak updet resume, takyah sibuk check duit belen akaun cukup dak nak bayo mortgage rumah, duit kolej anak-anak, insuran famili, mak pak nya elaun.., tetiber tayar keta pulak dah botak.
haish.. emo sket pagi senin ni sebab semalam tertengok lagi plat keta sultan yang rega setengah jota tu.... apolah keja dia takat pi konvoi je tu... (maulah cek kena bambu dengan rakyat jelata depa kang)


Maka untuk pengetahuan kome kalau nak tahu... kalau takmo tahu pun baca jelah... dah nak setengah karangan korang baca, takkan nak stop kat sini dak?
bak kata pepatah, bako arang biar sampai rentung..... buat keje jgn separuh-separuh.. maka sila baca sampai abeh untuk mengelakkan kome derhaka pada peribahasa.


gambo takde kene ngena.. saja suka tepek.


Kaktek sekorge ni sebenaunya......(emm gaya org nazak nak turunkan wasiat)...
dah pindah-randah sejak kawen 14 tahun 11 bulan 2 minggu yg lepas (ehem.. 2 minggu lg enibeseri you)... kami tak pernah dok satu tempat lebih dari 2 thn 2 bulan kecuali sekali waktu dok di Malaysia selama 3 thn... 2007- mid 2010.
Makanya... montot somiku sudah paneh... tangan gatal updet resume.  Hampir 3 thn di sini pun dia sudah bekerja dengan 2 kampeni.  Maka kalau sudah nomad itu jiwa nomadlah sampai bebila... sama seperti kalau sudah dilahirkan jawa, walau nama sebijik pakistani sekalipun, tempe tetap menjadi pujaan hati.




In sha Allah ada rezeki resume sangkut dimana-mana kampeni besh-besh di tanahair (demand nak yang besh je.. masih tak sedor diri), atau mana-mana kampeni dekat2 sikit dengan tanahair, silalah ofer somi kaktek keje yea....  kurang2 dah dok dekat2  sikit tu nak merajuk ngan laki ke.. kaktek boleh lari balik kampung dan abe gapo boleh cecepat beli tiket flight cari bini dia dan pujuk. (kes baru layan citer hindustan semalam daaa... nak cari gunung macam dalam citer, leceh nak drive 15 jam ke grand canyon....)

Dok sini nak merajuk ke, meroyan ke... mana nak lari... melangok jugaklah di rumah depan lappy cuci mato nengok food processor kitchen aid sambil berangan suatu hari laki akan pujuk bini dengan menghadiahkan food processor itu ....... (utk makluman, food processor kaktek masih di kedai.. huhu.)



Asalnya nak tulis pasal chocolate babka experimen minggu lepas...
ini semua sebab 5 hari takde sessi merapu di blog.... tajuk lain, gambo dah siap tepek aleh-aleh keluar cerita lain.

Cerita chocolate babka tu esokla yea... sekian sessi perapuan hari ini.

Thursday, January 24, 2013

Crank/Glass - NY Times Bestseller




One of NY Times bestselling earns  4.5/5 stars dengan hampir 2 ribu reviewer di Barnes&Noble.
Diskaun 50% - cuma usd10 saja.

Kaktek nengok buku dengan review macam ni lebih kurang macam nengok kitchen aid dengan diskaun separuh harga...  saaaaangat lah menggoda iman... , jika guna perumpamaan makanan, macam nengok sate kambing di bazar ramadan dgn diskaun beli 1 dapat 2... perghh......

Tapi yang mendorong kaktek beli sebab diskaun beli 1 dapat 2 tu je sebenarnya.. hehe...

Walaupun menjangkau hampir 700 pages/book dengan gaya penulisan yang free verse poem, cepat je habis baca.  Ellen Hopkins menggunakan perkataan yang tajam, tepat dan menusuk jiwa.
Penjualan buku ini di sekat di beberapa tempat kerana menceritakan penggunaan dadah  secara terperinci.

Dihasilkan dari pengalaman anak penulis yang terjebak dengan crystal meth dan bergelut untuk keluar dari cengkaman dadah tetapi kuasa najis dadah itu sendiri yang amat kuat mencengkam jiwa hingga  tiada kekuatan untuk membebaskan diri kerana kurangnya dorongan dan sokongan sekeliling malah bapak kandungnya yang hampagas itu sendiri mendorong dia untuk terus bergelumang dengan najis dadah.  
hah.. tarik napas sat.


Motifnya bagus sebab ceritanya mengisahkan susahnya hidup Kristina bila terjebak dengan dadah, sekolah kantoi beranak pulak..
Semuanya hasil dari kepincangan keluarga dimana mak bapak dah berpisah, bapak penagih tegar, mak suka buruk2 kan bapak..   macam cerita biasa kita dengar la kan?
haa.. tambah lagi... kakaknya lesbian... mak bapak dan bapak tiri terima dgn redha kerana kebahagiaan anak itu lebih penting dari segalanya.... i'm like whaaaaatttt....??
buku ni di rate untuk bacaan 14-17 tahun ???
tambah lagi dengan adegan cuit muit, cium2 antara lesbian pun nak cerita.... seriyes leeeeyyyyyyy??!

Si awek lembek Kristina ni semedang menipu maknya dan ada je sumber duit dia dapat untuk dapatkan dadah.  Dengan kata lain.... rezeki takkan putuslah walopun buat keje tak senonoh...
Dan bolehler salu menipu orang tua sebab orang tua tak reti2 anak tu penipu?
Overwhelming betui nak ngabihkan buku ni.


malas nak tangkap gambo baru

Masa baca Crank, berjaya baca sampai habis... masuk Glass, tak sampai suku buku dah sesak kepala. Pusing2 cerita awek lembek tu sakan menyusahkan mak bapak... takde semangat nak baikpulih diri... manjang salahkan pengaruh dadah..
Mak pak tak pernah suruh sembahyang ka... pi church tu sembahyang la gak kan....  Apa usaha supaya anak pulih pun takde.
Total buku ada 4.. makanya jangan harap dia bertaubat dlm jilid ke 2 ni...
nak kena habiskan 4 buku baru tau dia bertaubat ke, mampos ke..

wah... i not gonna waste another 20 bucks untuk tahu endingnya.  letih.


Recommendation takyah beli lah kot. 


Sekian laporan berita malam yang membosankan dari Texas, USA. dan salam Maulidur Rasul buat semua.

Wednesday, January 23, 2013

Abaya you can buy online..

Kerja kaktek seharian semalam sampai malam.
Gara-gara si Yong lah tepek gambo butik abaya dia
Yea.. dia soping kt butik... siap tempah2 khas lagi.... class ko Yong... kaktek ni bilik darjah pun takdo.

Sini takde butik.. ada jual di kedai serbaguna masjid Irving tapi sekali dengan jual ketayap, kopiah. (ketayap kopiah sama ke? wah.. boleh tahan canggih vocab ku..) buku2 agama, Quran, eskerim, snack2 dengan keluasan kedai yang sekangkang monyet...kera?  wah... kaya nya vocab ku.. puji lagi.

Maka kita mintaklah pertolongn incik gugel...
Ada beberapa web dari us sendiri seperti Nada Fashion yang hanya ada stok untuk plus size dan panjang abaya boleh buat sapu lantai, Eastessence yg menggunakan model ala-ala Rozita cik Wan dan beberapa web jual bundle yang sangat murah dari Aliexpress yg diimport dari China dengan kualiti China lah gamaknya.

Setelah khatam semua web, kaktek bergerak keluar kotak pula.. peribahasa yea.. walaupun BM dpt c6 masa spm, peribahasa jangan di lupa.. err.. kita ada peribahasa pasal kotak ke?..



eeeeniwei... kaktek jumpa web yg awesome ini... GulfIslamicStore yang menawarkan variety abayas yg cantik-cantik mak..... meleleh air liur mak tengok.
Harga tanah harab kan... macam harga baju kurung jual di Malaysia la....usd14-usd100.
dan kaktek  terjumpa gak blog dari Malaysia jual retail abaya2 yg kurang lebih sama dengan harga 2x ganda
Maka siapa nak beli direct dr tanah harab ini... bolehlah skodeng... siap boleh tukar currency ke RM lagi.

Web ni kata free shipping worldwide... nak melompat dh jantung kaktek keluar dari dada.... lepas tu sentap pulak lepas terbaca note sebelah kata free shipping kalau beli 12 abaya dengan retail price... bila dimasukkan 12 item dlm cart, shippng cost tak hilang... mak aih,... web pak harab ni fail.


takpelah, kita feeling Arabian nite sat..


Ni ala-ala baju kapet merah...  rege murah gila banding rege baju designer terkenal kita.. . sesuwei yang berhijab boleh tutup sikit bonjol depan tu..







baju kupu-kupu atau kelambu.  Boleh tolong kipas laki kat sebelah yang berpeluh-peluh lepas belasah biryani kambing 2 pinggan.



Baju kawen org Arab.  berat baju 5 kilo!!
amat sesuai pada yang malas nak pi gym selalu.... hangkutlah 5kg kehulu kehilir, lepas 12 jam boleh hilang 2500 kalori






Feberet kaktek.. ala-ala Roman cutting.  malam tadi mimpi dah pakai baju ni... kejelitaan hak milik ku sorang..auww..






Untuk yang kemaruk  tak puas grad sekali.. nak grad berkali-kali...






Takyah pi jepun lah nak beli kimono.






Haaa... ni best. Kalau langsir basuh tak sempat kering, anda boleh berdiri di tepi tingkap menggantikan langsir tersebut.






Baju pi kenduri kawen depa.  Belen kain kat tangan tu boleh buat sehelai lagi abaya.
Dan hendaklah sentiasa mendepangkan tangan anda supaya jelas rekabentuknya.



Ni feberet kaktek gak.... ala-ala design cina muslim gitu.
ni untuk mimpi malam ni pulak. kejelitaan masih milikku jua...




Cekian laporan orang takde abaya pun.  Credit semua gamba cilok dari GulfIslamicStore.

Monday, January 21, 2013

Wingardium Rabiosa!!!

Hari ni cuti sekolah sempena memperingati Martin Luther King yang merupakan African American civil rights fighter yang telah mati ditembak tahun 1968.



Takdelah kaktek nak cerita pasal Martin Luther King.. kang kena bambu sebab sejarah Tunku Abdul Rahman pun baca tak habis.  Ini pun kengkadang konpius dengan sejarah Malcolm X.. almaklum tak pi skolah.


Semalam selepas bapak budak kasik soklan kenapa suka-suka boleh cuti sekolah hari ni, dan soklan must be in BI untuk mengelakkan suasana tanya pasal geografi dunia tapi dapat jawapan pasal buah doyan...  
Sebabnya bermula kejadian 3 bulan lepas masa menjemput abang-abangnya di sekolah, kaktek call Syasya yang tinggal di rumah bersama neneknya ..

"Kakak.. beritahu atuk tolong masak nasi.. beras dah basuh ibu lupa nak masak"

Syasya gitau neneknya..

"Atuk.. ibu suruh makan nanti nasik basi."

...??..................... 


Selepas soklan kenapa cuti sekolah habis disoal dan jawapannya bapaknya jugak yang bagi.. bebudak ni layan ke 7-7 movie Harry Potter dalam bilik bujang.  





CDs dipinjam dari opah angkat depa... kak Ani Singapore dan uncle Bud.  Uncle Bud punyai koleksi beratus CD download sendiri walaupun mereka sendiri tak pernah nonton those CDs.
Kami tak tanya naper hobi atok Bud lagu ni asalkan kami dapat pinjam free.

Tahukah anda bahawa buku JK Rowling ini telah terjual lebih dari 400 juta salinan di seluruh dunia?
bayangkan jika sebuah buku dia dapat komisyen singgit... 400 juta salinan dh dapat 400 juta hengget... kalaulah pula  sebuah buku tu dapat komisyen 2 hengget?
otak kaktek tepu....800 juta boleh dapat rumah banglo tak? bot layar? toilet emas?

Tahukah anda juga bahawa JK Rowling ketika menulis buku pertama, beliau tinggal di rumah murah berdekatan rel ketapi?

Nampak gaya kena cari rumah dekat rel ketapi baru writing potential kaktek menyerlah. 

...............

krik... krik..



aniwei... length for each movie kan 2 jam lebih, kali 7 movie..
Keluar bilik nak kencing, solat dan carik makanan saja.




Kaktek pernah tengok 2 siri je dan decided i'm too old mature untuk citer2 sihir majik nih.  Ada orang jahat dan end up sama je untuk semua episod, Harry Potter pasti menang.
Alah.. macam tengok Adam dan Hawa.. gaduh2 last-last bahagia hingga ke akhirnya cuma Adam dan Hawa satu cerita, Harry Potter 7 kali ulang-ulang cerita.


Mungkin juga sebab heronya budak2 kot.. kalau Jason Bourne tu sama je motip citer boleh pulak melangok 3 movie non-stop... huhu siap merembessss.

Review dari abang - the books are much better sebab more details, more jokes and more stuff happening.

owh baru ibu tahu.. kena baca buku dululer baru boleh jatuh cinta... hehe



Haris is waving his chopstick-wand sambil jerit-jerit... "abiosa! abiosa!"





haa.. tukar ibu jadi gojes macam Miranda Kerr haaa...






Deluxe chip cheesecake... spot the difference!

From recipe cilok dari sini.




dannnn....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hasil tangan tuan tanah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 TADAAA........



Gelak ek korang.

Dah takde sudut yg comel lagi dah nak snap slice ni.

Mengikut tips mengelakkan ciskek merekah tengah, selepas masak, biarkan kek tinggal di dalam oven selama sejam atau masukan terus ke dalam peti ais.

Kaktek biarkan setengah jam dalam oven, tetiba terbit rekahan pertama, terus campak dlm peti ais... hasilnya, grand canyon.




Oleh sebab kek ibu masak buruk, sempena besdey Ajik yang ke 12 kita pi makan di Noodlewave Halal Thai Food dan dapat es kerim goreng free.





Oooo suka ye takyah ngadap kek ibu...

Mostly restoren-restoren makan di sini, bila kita datang meraikan besdey, depa akan bagi free dessert dan kadang2 staff berdiri keliling tolong nyanyi lagu besdey.
Kalau besdey budak je lah kaktek gitau... dah kertu nak kena nyanyi2 ni malu...

Friday, January 18, 2013

Egg Bread.... T.. pls come to the rescue!!

Masak lagi kita hari ni.
Ibu senang hati  Haris seronok nak pergi sekolah balik.
Dan semenjak malam tadi dia dah berkira-kira...

"tomorrow school 1... then school 2.. then WALMART!!!"

kopaklah poket bapak hang hujung minggu ni..


Favourite anak-anak sebab ini saja satu-satunya jajan yang ada di dapur.


Egg bread, ibu cooked with love... (eleleh.. lebey-lebey plak...).







Prop letak bawang putih melampau sangat kannn...


Egg bread ni dengan nama lain... emm...  macam tak best je nak sebut tapi kaktek dah mencuba beberapa resepi.  Dulu suka sngat dengan Amish white bread, roti tanpa susu dan telur... sangat ringan yet kering ler pulak.
Cuba pula roti paun resepi dari Malaysia akan tetapi tersangatlah bau telur dan roti sangat berat. Kaktek saspek tepung sini tak boleh guna resepi dari Malaysia sebab dah cuba buat cookies hasilnya tak sama.
Belum pernah jumpa cookies sini yang rangup.. semua lembut2 macam kek.

Dan jumpa resepi egg bread atau challah yang menjadi makanan resmi org Yahudi.
Masa tu sentap gaklah kan.. kalau ikut resepi depa adakah kita dianggap menyokong depa?
Adakah depa bakal mendapat apa-apa sumbangan dari kita?
errr...
sekurang-kurangnya time masak ni kaktek salu teringat nasib warga Palestin dan mendoakan yang baik-baik.
Maka kita panggei ini resepi Egg Bread jelah yea.



challah from wiki


Roti ini dikenali sebagai egg bread kerana ia merupakan resepi roti yang terbanyak menggunakan telur.

2 biji telur
2 kuning telur (yg putih boleh buat glaze atas dough)
2 sudu besar yeast kering
2 cawan susu hangat untuk melarutkan yeast
1/4 minyak sayur
2/3 gula atau madu
1 1/2 sudu teh garam
6-61/2 cawan bread flour

pembuatan rotinya sama seperti di mana-mana resepi.







Hasilnya memang lembut... chewy.. yummy... kelembutannya tahan lebih lama kerana suhu sejuk disini ni membuatkan roti tanpa pengawet cepat keras.
Selama baking yang baru start beberapa purnama ni, kaktek belum jumpa resepi yang menggunakan dough enhancer ke, bread softener ke ... seperti resepi roti Malaysia.
Maka, tak tahu mana nak cari bahan pelembutnya.
Oleh itu cara supaya roti yang sudah sejuk tetap lembut ketika masuk mulut.... campak lah dalam microwave kejap...


Pizza dengan kuah bolognese yang di recycle.





Ehem!!  ehem!!!
harap2 T dari Silver Lining Saga dengar org berdehem dan mai skodeng blog kaktek hari ni.
Salu bila kaktek blur-blur pasai makanan ni ,  T will be my power ranger...


Ehemmmmmmmm.......!!!!

Thursday, January 17, 2013

Power rangers... to the rescue!!

Lagu tema power rangers kat title tu....  
Ada banyak lagi lagu tema yang lain... nak kaktek nyanyikan? ujan kang.

Masuk hari ke 2 ni kaktek pening kepala.
Bukan demam.  Sihat walafiat walaupun mandi 2 hari sekali.

Si Haris takmau pergi sekolah. Menangis-nangis.
Bukan kena buli, bukan kena cubit, bukan banyak homework...
dia nak sambung tengok power rangers subuh sampai malam ..
Penat weh kaktek nengok power rangers tu berlawan dengan nightlok tak berhenti-henti.




Power rangers samurai, power rangers STD, Wild Force, Dino Thunders, Ninja.... semua dia kenal.
Ini sejak TV boleh surf internet, dia kelik icon netflix, type POW di search column... semua specis power rangers keluar.
Payah jugak budak dah kenal huruf ni.
Paling dia minat, Power Rangers Turbo sebab salah sorang rangers tu budak sekolah rendah tapi bila jadi Rangers, tetiber saiz macam budak besar.  Huhu... sapelah buat citer ni...  lojik lgi citer Adam dan Hawa.

Selalunya pagi2 kaktek bagi peluang dia nonton sampai waktu nak pergi sekolah.  
Oleh sebab dah start menangis semalam... hari ni kena off tv 40 minit sebelum pergi sekolah.  
Ajak dia masak bekal sosej sama-sama... sediakan bekal air.... cari kasut....  macam dah ok.  Aleh-aleh.... keluar kereta depan bangunan sekolah, dia nangis!

hadoi.... nak cubit tak boleh.. di pujuk tak makan pujuk... seret ler cecepat sampai cikgu nampak nanti cikgu tolong pujuk.
bebudak ni peel kalau depan cikgu elok je cepat diam... why laaaa.......


Siapa-siapa ada cadangan nak bagi budak masuk 5 tahun lupakan power rangers nya dan mula berpijak di bumi nyata memikirkan bagaimana mahu menjana ekonomi negara, penstablilan politik dunia... sila-silalah tolong kaktek yea...



Power Rangers, Wild Force!!




Buku LOTR yang di order Jumaat lepas baru sampai.

Kaktek tak minat sangat pun movie nya.  High fantasy sangat .... takat-takat citer pujuk bini tepi jeti ke... joget pusing-pusing atas gunung ke... bolehla ambik kelojikannya lagi... 
tapi citer pokok berjalan-jalan siap  keluar mulut bagai nih, semputlah nengok.
Kalau pokok ada mulut, depa guna untuk makan ke? ada mulut tu maknanya ada tempat berak ke? cemana hobbit2 tu panjat gunung berhari-hari tanpa toilet?  mak aih....






Oleh sebab dah janji pada sulung kalau dia habis baca Harry Potter maknanya dia akan minat LOTR, ibu akan beli.  Maka dia sudah tuntut janji manisku....

Total 4 buku softcover sebab kalau harcover tambah usd22, maka yang ni kaktek spend usd37 saja.  Kalau paper mass market iaitu buku saiz lagi kecil, set ni cuma usd22.... tapi terbeliak ler bijik mata nengok tulisan cinonet-cinonet.


Tahukah anda penulis LOTR ini iaitu JRR Tolkien sudah mati pada tahun 1973 ?!!
Bukunya terjual 150 juta seluruh dunia dan dia dikenali sebagai lagenda perintis penulisan high fantasy dan kemudiannya diikuti penulis-penulis lain mengeluarkan buku-buku seperti Chronicles of Narnia, Harry Potter, Game of Throne, Inheritance Cycle dan lain-lain.

Oleh sebab kaktek tak pandai fantasy sangat.. takat dulu kecik-kecik nak jadi Cinderella je jumpa anak raja... akan tetapi lahir di zaman anak raja semua hampeh-hampeh cari retis je maka pelamin anganku musnah.

Angan-angan..
bila mencari pasangan..
yang bakal jadi pilihan..
si hartawan...

cak pong...cak pong...




p/s Aida patinpasta.. yg ni nikond3000 macro iso400 siap frame gambo tapi dok godek-godek, aperture ngan shutternya takleh tuka setting lah... cap ayam betui.. tgk gambo org semedang cantik.. gambo sendiri tak pueh ati.
 psstt manual pun tak pernah baca... hehe... tuannya yg ayam.

Wednesday, January 16, 2013

entry tak ilmiah.. takde isi pun... takyah singgah pun takpe... betul.. tak tipu.

Orang dh cakap takyah singgah pun takpe... kome singgah jugakkk....


Terima kasih atas ucapan-ucapan cepat sihat dari adinda-adinda dan kekanda semua sesungguhnya kaktek tak demam pun....  lambat sikit updet entry sebab sibuk mengaji.
psst.. sebenonya dok qada' citer melayu di cerita master lagi.. heh... 

Sejak Iron Chef Redemption chef Marcel Vigneron yang membuatkan kaktek merembes air liuq tu tersingkir di final 4 dan  Amanda Freitag kalah di tangan Alex Guaneschelli, kaktek hilang semangat nak nengok citer omputih dah. (lame punya alasan... huhu)



chef Vigneron

OMG hang gay ka? whyla? why laaaa???!!!!


Citer Adam dan Hawa dah habis.. Terlanjur Cinta pun dah habis... idakler best mana pun.. semedang citer melayu la ni berkisah pada kawen paksa pastu boleh jatuh chenta.
Hakikatnya berlambak hampagas luar sana dalam benci bini sempat buat anak berderet pastu dok pasang bini satu lagi... heeeekkkk.. emo sket time perasan jadi snow white pagi ni.


Oleh kerana hangpa kenal backyard kaktek dah kan... tepek gambar backyard jugaklah sebagai bukti benar gambar tak tipu.





Snow white tak mau bergambar sebab dah 2 hari tak mandi.

Haa.. kan dah cakap awal-awal entry hari ni takde isi.