Thursday, January 24, 2013

Crank/Glass - NY Times Bestseller




One of NY Times bestselling earns  4.5/5 stars dengan hampir 2 ribu reviewer di Barnes&Noble.
Diskaun 50% - cuma usd10 saja.

Kaktek nengok buku dengan review macam ni lebih kurang macam nengok kitchen aid dengan diskaun separuh harga...  saaaaangat lah menggoda iman... , jika guna perumpamaan makanan, macam nengok sate kambing di bazar ramadan dgn diskaun beli 1 dapat 2... perghh......

Tapi yang mendorong kaktek beli sebab diskaun beli 1 dapat 2 tu je sebenarnya.. hehe...

Walaupun menjangkau hampir 700 pages/book dengan gaya penulisan yang free verse poem, cepat je habis baca.  Ellen Hopkins menggunakan perkataan yang tajam, tepat dan menusuk jiwa.
Penjualan buku ini di sekat di beberapa tempat kerana menceritakan penggunaan dadah  secara terperinci.

Dihasilkan dari pengalaman anak penulis yang terjebak dengan crystal meth dan bergelut untuk keluar dari cengkaman dadah tetapi kuasa najis dadah itu sendiri yang amat kuat mencengkam jiwa hingga  tiada kekuatan untuk membebaskan diri kerana kurangnya dorongan dan sokongan sekeliling malah bapak kandungnya yang hampagas itu sendiri mendorong dia untuk terus bergelumang dengan najis dadah.  
hah.. tarik napas sat.


Motifnya bagus sebab ceritanya mengisahkan susahnya hidup Kristina bila terjebak dengan dadah, sekolah kantoi beranak pulak..
Semuanya hasil dari kepincangan keluarga dimana mak bapak dah berpisah, bapak penagih tegar, mak suka buruk2 kan bapak..   macam cerita biasa kita dengar la kan?
haa.. tambah lagi... kakaknya lesbian... mak bapak dan bapak tiri terima dgn redha kerana kebahagiaan anak itu lebih penting dari segalanya.... i'm like whaaaaatttt....??
buku ni di rate untuk bacaan 14-17 tahun ???
tambah lagi dengan adegan cuit muit, cium2 antara lesbian pun nak cerita.... seriyes leeeeyyyyyyy??!

Si awek lembek Kristina ni semedang menipu maknya dan ada je sumber duit dia dapat untuk dapatkan dadah.  Dengan kata lain.... rezeki takkan putuslah walopun buat keje tak senonoh...
Dan bolehler salu menipu orang tua sebab orang tua tak reti2 anak tu penipu?
Overwhelming betui nak ngabihkan buku ni.


malas nak tangkap gambo baru

Masa baca Crank, berjaya baca sampai habis... masuk Glass, tak sampai suku buku dah sesak kepala. Pusing2 cerita awek lembek tu sakan menyusahkan mak bapak... takde semangat nak baikpulih diri... manjang salahkan pengaruh dadah..
Mak pak tak pernah suruh sembahyang ka... pi church tu sembahyang la gak kan....  Apa usaha supaya anak pulih pun takde.
Total buku ada 4.. makanya jangan harap dia bertaubat dlm jilid ke 2 ni...
nak kena habiskan 4 buku baru tau dia bertaubat ke, mampos ke..

wah... i not gonna waste another 20 bucks untuk tahu endingnya.  letih.


Recommendation takyah beli lah kot. 


Sekian laporan berita malam yang membosankan dari Texas, USA. dan salam Maulidur Rasul buat semua.

10 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kalau Sham pueh la bertahun nak bagi khatam.. faham-faham jo la yo..

Khairul Abdullah said...

Its normally tooks me 7-12 days untuk habiskan 700pages - tu kalau cerita yg sangat best lah. Kalau kureng..maunya sebulan dua baru habis :)

ahkakbatik said...

haha.. kaktek nangeh tau masa nak start baca buku ni... beli online tak cek total pages. Tapi baca gak nak bagi berbaloi 10 dollar tu.. nasib baik ada diskaun.. kalau tak dah pulang balik!

dieya said...

kaktek.. alang2 baca crank yg rating PG bertukar ke R.. kaktek baca laa fifty shades of grey.. hottt!

PatinPasta said...

Err.. dia tak de cerita ke beli dadah kat mana? Ada jual online? Kot ada diskaun 50%, beli sebungkus dapat 2 bungkus ke. Hehe!

ahkakbatik said...

amboi dieya.... buku tu untuk adult reader.. hang kan lom mumayyiz !!!



Aida, nnti2 kaktek survey... kalau dapt kaktek gitau... kalau tak gitau apa2, entry baru pun takde.. kaktek dh lalok la tu... ekeke...

T said...

Kaktek,

You should really try reading classics. Especially, American writers. It's not that bad. You can try Mark Twain for example. His writing style is really good, but I prefer cerita orang kaya ala-ala Downton Abbey. Hahaha. Macam F. Scott Fitzgerald tapi ending selalu not to my liking. My favorite writer is Oscar Wilde, english/irish writer. Cerita dia memang cerita orang kaya at the turn of the century . But so funny and a lot of quotable quotes. I'm not a fan of Dicken sebab cerita dia seems grimmy to my liking.

Some sci-fi from the 60's are not bad too. Macam Phillip K. Dick. Takde la macam star wars, it's more psychedelic.

My favorite contemporary writer is David Sedaris. His short stories just give struck accord with me. And makes me laugh. I obviously like self-deprecating comedy. Buku Anthony Bourdain pun best jugak. He's writing is so honest and kelakar.

I am a Short Stories kinda person. Sometimes, it opens my minds to new authors too. Short-short pun, kadang-kadang 20-30 muka surat jugak. Dulu, I selalu pinjam buku "Best American Short Stories" and the likes. One of the new series they have is called "best american nonrequired reading", basically a compilation of articles/stories/comics from various magazines. To get on that book, they have panels of middle school & high school kids evaluate on the piece. It's pretty interesting. I read their first 2 books.

Nampak sangat I kedekut beli buku. Semua pun nak free or pinjam dari library. If you have e-reader, libraries now bagi pinjam electronically. Tapi kena register at the library first. Dallas mesti ada library bagus. Rumah ni selalu pergi library untuk pinjam CD dari buku. Kalau buku pun, buku masak.

ahkakbatik said...

T bila tinggal komen mesti kaktek kena ambik notebook..D

classic story ni cerita lama la kan? meaning philiip gregory author for classic story la kan.. sebab tu je cerita lama yg kaktek baca.. (terbaca).. hehe.. but the boleyn girl story is soooo good...
yelah, i'm thinking of trying some other classic story and thanks to your recommendation.

i will check kt B&N for the sypnopsis/review and go to used store for a good price.

I beli takpe... nanti turun kat anak2... dan since memang nk bawak blk msia...
emm i better start book hunting lagi ni... thanks to you...

hainom OKje said...

tak yah bagi tau pun memang tak mo beli heh...sebab kalau beli nak baca satu hal..... nak kena letak kamus duk sebelah... maklum le buta omputeh he..he..
apatah lagi tak pernah duk negara omputeh.... naik terbang pun sekali dulu masa anak dara...ha,..ha...

ahkakbatik said...

hang ingat aku paham semua perkataan ke Nom?.. ku berlagak paham je... kah3x.