Sunday, January 24, 2010

tales from vietnam...


ini bukan laki aku daaa.... ni mamat jaga kaunter hotel cap ayam yang laki aku duduk..






huissshh...... ada bangunan canggih jugakkk....

















ni yg aku paling jeless.... suhu 15 C cakap lu..... bilalah kat malaysia boleh keluar pakai jaket jugak...
















huh! ni kalau bling-bling tengok handbag ni sah terjojoi bijik mata....











ni city center....
















ala-ala petaling street...eh! ni vietnam ke jalan pasar cina dekat rumah aku ni??!!












awek vietnamese....emm... idakle cantik dari aku...kurang lebih je... haha....

















bosaunya jambu air tu...












ni bukan mamat vietnam... ni laki aku daaa....


Friday, January 22, 2010

peringatan buat lelaki

Hari ini aku terdetik untuk bercerita soal poligami. Persoalan yang paling jarang aku perkatakan di forum kerana aku tak layak untuk memberi pandangan atau nasihat kerana berkata-kata lebih senang daripada yang menghadapi….

Nasihat tipikal pada yang berpoligamikan lelaki hampeh……
“bolayan je laki kau… cari bahagia sendiri… kuatkan diri untuk anak-anak…”
Cakap senang… kalau kewangan bergantung sepenuhnya pada si lelaki.. macamana nak bolayan?

Nasihat tipikal pada yang berpoligamikan lelaki budiman…
“muhasabah diri… bukakan hati kerana payung emas menanti”..
Huh! Sekali lagi yang bercakap tu senang… laki keluar ngeteh setahun sekali pun dah mengamuk.. apalagi keluar ke rumah yang satu lagi..

Ni gara-gara hati aku amat terkesan dengan cerita dari ahkak forumer yang dihormati… mengahwini lelaki budiman tetapi berakhir dengan berkongsi cinta hati…..
Sesuatu yang amat tidak diingani oleh mana-mana wanita di dunia ini….

(macam sedap pulak ayat-ayat aku yang terbina hari ini…)

Hidup akak ini ibarat bunga orkid kembang mekar amat dikagumi oleh mana-mana pemerhati telah direntap kepercayaan dan hati oleh umat bergelar suami dengan alasan tipikal lagi…
“bukan isteri hilang seri atau hilang seksi tetapi jodoh datang lagi…”
Sebijik macam alasan bung mokhtar masa nak kahwin dengan si zizie.

Kepercayaannya hilang… hatinya menjadi kering… cintanya lenyap tidak berbaki…. Kemana pergi kemanisan hidup berpuluh tahun melayari bahtera tanpa masalah dan godaan besar tetapi ujian Allah datang jua…


Hatinya kini beku….. ibarat puteri ais di kutub utara… panahan mentari tidak bisa mencairkannya kembali…
Dia tewas dalam peperangan hati untuk memaafkan, melupakan dan meneruskan hidup…




Buat sang lelaki yang membaca atau terbaca…(kalau ada).. blog aku ni
….berfikirlah seJUTA kali untuk menduakan orang yang disayangi sesungguhnya terlajak perahu boleh diundur….

Thursday, January 21, 2010

hah! nangeh aje!!

Semalam aku hangin dengan syasya..... sudah dikejut bangun pagi takmau bangun..... fine... sekolah petang aku tak kisah kalau dia nak tidur sampai pukul 12 tenghari pun....

Tapi dia juga dah pesan minta dikejutkan awal..... kalau tak kejut alamat merembeslah ayaq mata.

Lebih-lebih kalau dia tau dia dah miss webcam dengan bapaknya pepagi buta..... double merembes...

Nak pergi sekolah dengan terhegeh-hegeh mandi..... bukan bersabun pun.... dia ada eczema kiranya jirus air je.... pun ambik masa seploh minit... pakai baju seploh minit lagi... turun bawah rambut pun belum sikat.... losyen belum sapu.... dengan cikmat ngaruk nak sarung kasut sekolah...

arrrggghhh... abe gapo tanya nak bibik ke bu.....
Aku pulak tak mahu.... rimas ada minah indon lalu-lalang depan belakang aku dalam rumah aku sendiri.
Konon-konon aku kuat..... belajar bersabar.... dapat banyak pahala...(huhu...)

Sampai sekolah syasya tak mahu masuk dewan terus.. mintak ditemankan sampai time abang long balik1.10pm.... cikmat pulak nak nenen.....
cik mat ni pun satu..... dah nak masuk 2 tahun dah.... nak aje aku bawak pi tok sedara dia.. jampi-jampi bagi dia geli nak nenen macam abang long dia dulu.... tapi hati aku kuat nak layan dia habis-habisan sebab lepas ni takde baby lagi dah.... (agaknyalah!)

Detik jam 1.05... syasya merembes lagi....arrrghhhhhh!!!.... nak aje aku bersilat...
udah! masuk dewan!
aku terus masuk kereta, tunggu abang long keluar kelas, balik rumah, masuk forum.... release tension le konon.....

Mak aku pernah kata syasya sebijik masa aku kecik....
Moral story.... peel merembes tu rasanya dapat dari aku jugak..... heh heh....

Tuesday, January 19, 2010

minggu baru wadah baru...

Sebaik saja ditinggalkan cinta sayang membuatkan aku rasa hilang semangat... rasa malas kembali menerjah kamus hidup aku... rutin harian yang bagai tiada penghujung harus aku bereskan...

Hari pertama ditinggalkan menjadikan aku sangat malas... malas yang teramat... masak malas, nonton tv malas, masuk forum malas..
Tetapi hari ini aku mula bangkit dengan wadah baru.... angkat bahu, berdiri, berjalan, berlari, melompat, joging..... hahahaaaaaaaa.....
aku dah mula merapu balik!! yeeehaaa!.....
(malas? rasanya baru semalam aku post entri yg last sekali..)

Walaubagaimanapun aku masih syahdu melihat kembali gambo abe gapo yang aku snap hujung minggu lepas... seronok budak2 dilayan bapak yang mereka jumpa 2 kali sebulan ni..... tapi yang pasti... masa abe gapo kerja di sini dulu idak le pulak dia rajin melayan budak-budak ni....

huh!! dah kehilangan baru dihargai....


Jikalau menurut keen aku pasti sumbat cik mat dengan ubat batuk... oh tidakkk..... aku punya perancangan yang lagi bagus... percuma lagi.....

Pi main kat padang!!!!!... cepat!!!! sebelum ibu ubah pikiran!!

Walaupun padang depan pintu pagar je ... budak-budak ni nak keluar bermain harus dengan kebenaran aku... dan perancangan aku membuahkan hasil... malahan hasilnya berganda tanpa diduga iaitu bukan sahaja budak-budak pengsan keletihan di malamnya.... bapak budak pong pengsanggg!!! huhu... malam lailatul qadar lah jawabnya....


Walaubagaimanapun kepemergian abe gapo kali ni masih diselubungi hutang.... hutangnya adalah pemindahan pokok manggis ke tengah laman yang belum dilangsaikan walaupun sudah aku khabarkan kepadanya 2 minggu sebelum 2 minggu yang lepas....

Katanya... takpe... 2 minggu lagi bah balik belum besar sangat pokok tu untuk dipindahkan...
Rasanya dia tunggu porch tu pecah kot.... sukatilah.. malas aku nak bising lagi!

Monday, January 18, 2010

besdey yg belum tiba

Birthday ajik jumaat ni... 22 januari 2001. Baru 9 tahun aku jaga budak ni... huhu..... Oleh sebab abe gapo tak balik minggu depan, kenalah celebrate awal.

Permintaan ajik simple je... nak makan kat manhattan fish market sabtu malam ahad yg lepas. Yang spoilnya bapaknya dok push dia suruh mintak adiah.... huk alah... budak tu dah taknak.. simpan jelah duit tu untuk besdey aku 2 bulan lagi..... tak yah tanya aku dah mintak awal-awal.... heh.

Setelah dikenakan perahan idea.... akhirnya ajik mintak... "rubic cube 4x4!"

"HAH! 3x3 pun tak khatam!!" sergah aku..
"errr..... ok... ajik nak...... b-daman!" kata ajik
"HAAA? bagi ibu 10 kebaikan beli b'daman!!" ...oooo i love being a cruel mother!

setelah senyap untuk seploh minit...
"kalau ajik nak roller skate boleh tak?..."
"haaa... itu best! babah pun nak!" pintas bapaknya sebelum sempat aku sergah... huh!


Selepas makan di fish market alamanda, bermulalah pencarian quad roller skate di carrefour, al ikhsan, parkson...... tarak......

yang ada cuma inline skate.....

benda alah ni kalau beli sah buat display je at rumah!


Yang balik dengan kegumbiraan.......


si kenit ni haaaa..... dia kayuh dari hujung alamanda carrefour ke hujung satu lagi... parkson!
ada la dalam 200 meter!







Malamnya pencarian belum berakhir.... cek kat google... hemm... nampak gaya memang payah nak cari... beginner roller skate... orang dah advance pakai inline skate.

Tempat yang banyak sport shop hanyalah midvalley.... aiyok...
aku dah terbayang betapa besaunya midvalley tuh!........ mau tercabut kepala lutut pusing megamall tuh.

Setelah tawaf midvalley selama 2 jam... 2 jam!! gila nak tercabut buku lali aku dah.... dengan cik mat takmau duduk dalam stroller.... kejap nak nenen, kejap mengejar dia menyelit tengah orang ramai...
dengan syasya mengada-ngada bila bapak dia balik....
eerrgghhhh!!!! seriuos nak kena migraine walaupun aku tak ada migraine.

Quad roller skates ada di toys r us tapi saiz kaki 4 kebawah saja.... aku dengan abe gapo serious dah tension tapi abe gapo macam biasa, manjang spoilkan budak... nak carikan jugak... so aku le double tension.

End up... yang seronoknya.... cik mattttt... le jugak dapat gelung hula hop!

Keluar dari midvalley dah pukul 2... sempat lagi pi 1utama nih singgah mph untuk author's slot berlian tapi budak-budak dengan bapak budak dah tak larat berjalan.....
Terkilan aku tak dapat pi... manalah tau kot berlian nak back up... aku dah siap pekena mekap estiloder nih....
Oleh sebab abe gapo tak kena hat etek, aku assume cantik le aku mekap ni kot... hahaha!!

Nanti aku bagi alasan kat berlian, laki aku balik sekali-sekala jadinya aku sibuk fisabilillah..... dan oleh sebab takut beverjalilhills bergeger dan dia tertimbus kena land slide, memang saja aku ambik slot pukul 3-4 tu untuk berperang....muaaahahahaaa!!

Friday, January 15, 2010

yok blaja mekappp.....


Tadi aku shopping..... ntah kenapa aku terasa nak shopping sangat-sangat.... lama dah aku tahan diri dari membuang duit beli benda alah ... tapi tadi tak tahan....

Aku pi parkson alamanda dan tadaaaa.... dari plan nak beli eye liner 'saja'... end up aku dapat loose powder, 2 lipstick, maskara, eye shadow, lip gloss, 2 pencil eye liner, 1 liquid eye liner dan concealer...'saja'... hehe....
Penangan kena tinggai laki lama sangat lah nih!


pastu dapat free 3 beg.... buat isi pampers cik mat ok gak.

last sekali aku beli mekap masa otai datang rumah bawak mary kay beauty consultant untuk otai, aku dan berlian belajar mekap setahun lebih yg lepas.

Tu first time aku betul-betul nak bermekap.... first time dalam hidup aku ada eyeshadow dan blusher sendiri.
Tapi mekap kit aku tak pernah complete... kali ni aku try completekan.... selagi tak beli, selagi tak ada barangnya macamana nak pandai.

Ini semua gara-gara facebook ex-schoolmate aku daripada kerja interior design dah jadi mekap artist (sila klik)..... selalu tepek gambo baru... jelesnya aku..... dia mekap serious chantekk....
Aku terfikir.. emm why not aku belajar sesuatu untuk mengisi masa lapang.... bukan susah... dah pandai nanti boleh belajar benda lain pulak... belajar menjahit ke.. memasak ke...

Rasanya tak rugi kalau aku kelihatan begini.....







boleh jadi begini....







--------------------------------------------------------------------------------------


atau daripada begini...





boleh jadi begini....







----------------------------------------------------------------------------------

kalau korang kata biarlah natural beauty..... nanti dah cuci, balik asal jugak....
tapi aku tak rela kelihatan begini...











kalau aku boleh kelihatan begini....

(mekap nye aje.. idak le aku kemaruk pi pakai baju macam tu pulak...)





Aku akan mulakan sessi latihan aku secepat mungkin.... sebagai percubaan pertama.... esok di lcct...
harap-harap abe gapo terpegun dengan perubahan aku... jangan terkejut hat etek udah.. huhu....

Nanti aku dah terer, aku charge korang half price je ekk....

satu jam sekolah

Iye... semalam syasya sekolah sejam je.... aku tinggalkan pukul 1, balik pukul 2. Masa cikgu call beritau syasya sakit mata ibunya diminta datang.... aku dah agak dah....

4 hari aku hantar ke dewan.. tiap kali nak ditinggalkan mata dia berair.... dok gosok-gosok..... hangin betul aku..
Bukan tak biasa pergi sekolah... 2 tahun di tadika.
Masa aku sampai bawah mata kiri dia bengkak... sah terlebih gosok.

Dalam kereta apalagi... tazkirah habis-habisan.... hangin sebab masa terima call aku kat jasko tunggu abang long makan dan plan nak beli barang lagi.
Di hujung tazkirah aku tanya,
"syasya naik van jelah ek?... ibu tak hantar dah." saja nak psycho dia..
Jawapan dia "ok... syasya naik vannn..."
pulak.. aku acah je tadi..
"Kalau naik van takde siapa hantar ke dewan." saja putar belitkan fikiran dia.
"takpe ... kalau ibu hantar syasya sedih tengok ibu pergi..."
..... loh! terkedu..... aku pulak kena psycho!

Kalau syasya naik van.... ajik kena naik van jugak... abang long nak balik waktu yg sama, kena naik van jugak.... nanti tengahari aku nak buat apa? aku yg bengkak mata nangis kang...huhu....

Setelah melakukan perahan idea... aku come out dengan one brilliant idea...(bagi akulah)..... suruh syasya baca buku cerita sementara menunggu di dewan...


"Nanti habis baca, ibu belikan buku baru ok?"
"ok..." jawab syasya....
lembut je suara dia.. suara aku je ngalahkan suara jaclyn victor.

Wednesday, January 13, 2010

pendatang dengan izin



Hari ni rumah aku menerima kedatangan pendatang dengan izin... haha...marah si patin...

Aku baru kutuk entah apa jadi dengan bisnes jual batu dia.. tau -tau dah tercongok depan rumah.... panjangggg umur ko patin!





Katanya dah lama malas... biasalah alasang semua orang peknen memang macam tu... masa taktau peknen macam si berlian, elok kehulu-kehilir kat rumah aku...

esoknya confirm upt positip terus rasa loya lah... nak pitam la... alasangggg..... macam aku tak pernah peknen!

Ni hasil kerja patin atas last minute request katanya...... dia suruh aku tolong design... heh heh..

Dik! hang belom kenai ahkak betui-betui ke.....
Mengemas aku pandai le... mendesign-design aku surrender!!

Masa patin semeyes nak datang aku tetiba terasa nak buat tauhu sumbat.... almaklumlah makanan yg sering mak aku sajikan sejak kecil... hemmm...macam mengidam jek... mesti kecoh kat forum tu ngutuk aku kang!

Aku assume resepi orang jawa walaupun patin kata tak suka tauhu walaupun dia pun jawa tapi takmo ngaku anak jawa ...... sempat pulak member tu telan 2 ketui... musykil sungguh!
Aku takde cerita ari ni sebab tu aku tepek gambo besau-besau...

Apesal aku takde cerita?
menghitung hariii.....
detik demi detik....
abe gapo balik...huhu...... cau..... aku nak pi bermimpi...

Tuesday, January 12, 2010

pendatang tanpa izin

Minggu lepas 1st day sekolah aku hantar syasya sampai dewan. Tahun 1 dan 2 memang kena tunggu di dewan sehingga tiba masa nak masuk kelas.. Di kantin yg kecik tu di khaskan untuk tahun 3 saja.
Almaklum budak2 kecik ni payah nak handle berkeliaran sementara sessi pagi belum keluar….. ok fine.. mak tak kisah....
Lagipun ramai cikgu jaga dan ada barisan untuk kelas masing-masing..

2nd day aku tak hantar dah…… aku anggap dia dah terrer dan sepatutnya ada cikgu jaga kannnnn..
3rd day dia kata macam nak nangis sampai dewan takde yg menghantar….. aku kata ‘takpe….’
Aku assume sessi penyesuaian ke sekolah baru…
“abang ajik ketua pengawas tu je lah hantar… nanti syasya boleh tumpang glemer abang ajik!...” .. mengajar syasya menggunakan pengaruh keluarga yang ada....heh heh…

Jumaat 5 th day dia merengek mintak aku hantar lagi dan tak mahu ke sekolah terlalu awal….
“Oklah… ni last day ek… abang ajik hantar lagi… lepas ni cuti 2 hari” kupujuk syasya sebab kes malas nak angkut cik mat sekali.... kang berebut nak tarik beg dalam kelam kelibut orang ramai tu..

Semalam…. Masuk 2nd week sekolah aku dengan tetiba terasa rajin mengiringi dia ke dewan….

MAK OII!!!!......

Dewan tu dah macam dipenuhi pendatang tanpa izin yang kastam jumpa dalam kontena kapai dah!!!
Adoooooyaii.. kesian sungguh aku nengok… meruntun jiwa ku kesedihan…. (macam tak kena je ayat melankolik aku nih!).. belasahhhh….
Serious takde ruang langsung nak bergerak kat tengah-tengah tu... kalau kejang kaki pun layan jelah sampai bunyi loceng!
Sudahlah minggu lepas aku hantar setengah jam awal... bayangkan duduk dalam keadaan bising macam tu punyalah lama.




Sekolah taman U ni memang dah crowded sangat… satu kelas ada 40 lebih murid dan satu tahun ada 8 kelas…… 10 kelas pun ada…
Cuba kira sat… ada tahun 1 sampai 6 tiap satu ada 8 kelas dan tiap kelas ada 40 org murid!! Hampir DUA REBU murid!!!!......
Kira senanglah sessi pagi seribu murid sessi petang seribu murid…

Di rumah pun dengan empat anak ni kadang-kadang aku rasa sesak napas.. apatah lagi nengok hingar-bingar seribu org murid sekaligus!
(aku dah tahap lupo diri.... dedulu aku sekolah macam tu gak keadaannya...!!)

Sekolah tu jauhnya 5 km dari rumah aku… the one and only sekolah kebangsaan kat Bandar Putra Permai ni. Depan rumah aku ni tak sampai 500m ada sekolah baru kononnya mid year nanti baru siap …. Aku tunggu sejak 5 tawun lepas daaaa…. menteri pun dah bertukar…. dan aku tak sabar nak menuukarkan sekolah budak-budak ni . …



Nak komplen lebih-lebih pun tak boleh… skolah gomen kan….. banyak songel kang depa suh hanto pi alice smith school lah pulak…
Kalau laki aku bawak compressor bolehlah aku juai keta tu buat bayo yuran alice smith… ni keta lombu je adooo….

Jadinya time-time tengahari terpaksalah aku meluangkan masa sedikit di sekolah menemani anak aku lepak dimana-mana ruang kosong menunggu loceng berbunyi… tak dapatle aku kelam-kabut nak balik rumah masuk forum macam selalu…huhu…

Monday, January 11, 2010

yok masuk skola..jangan malas!

Hari ni aku menulis secara ilmiah…. yok masuk skola....serious… betul serious nih…

Terdetik untuk aku aku buat case study mengenai calsium untuk wanita…. Satu perkara penting yang seringkali kita abaikan kerana kesannya yang kita tidak nampak secara fizikal dan sikap ambil mudah atas kesihatan diri berbanding borak kosong kat forum..haha.. aku le tu!

Jadinya hari ini aku dedikasikan entri hari ini untuk kita mengenang sedikit kesan yang bakal kita hadapi dikemudian hari jika perkara ini terus-terusan diambil mudah dalam hidup harian kita…… (ececeh…. macam bagus je aku nih…)

Kalau sedari dulu kita sedia maklum kebaikan kalsium untuk tulang dan gigi kita…. Ekkk ek ekkkk ek…. Apsal korang nak kelik blog lain? Boring ekk….. sattt!!!! satttt….


Oklah… kita ikut short cut ..
Wanita berpotensi mengalami osteoperosis 4 kali ganda berbanding lelaki.
Kajian mengatakan badan wanita memerlukan calcium harian sebanyak


a) Ages 11-24 (adolescents and young adults): 1200-1500 mg
b) Ages 25-50: 1000 mg
c) Pregnant and nursing: 1200-1500 mg
d) Older than 50 (postmenopausal): -- on estrogens: 1000 mg -- not on estrogens: 1500 mg
e) Older than 65: 1500 mg

ni aku kopipes daaa….

Bagi yang tidak menyukai hasil tenusu bolehlah mencari alternative lain seperti….kopipes gak ek..

1) Non-dairy foods: broccoli (36 mg/0.5 cup cooked), sardines (420 mg/213 g), clams, oysters, kale (90 mg/0.5 cup cooked), turnip greens (99 mg/0.5 cup cooked), and mustard greens.

2) Artificially calcium-fortified: juices and cereals. Calcium-fortified orange juice contains 320 mg/cup, while calcium-fortified cereals contain 200 mg/cup.

3) Supplements: calcium carbonate, calcium citrate, calcium gluconate, calcium glubionate, calcium lactate, tricalcium phosphate

4) Other forms: Tums, Viactive, Soy milk (200-500 mg/cup). Tums are tablets that contain calcium carbonate. One regular strength tablet contains 200 mg and one extra strength tablet contains 300 mg.

5) Milk (whole, 2%, 1%, and skim) contains 315 mg/cup and fruit-flavored yogurt contains 259 mg per ¾ cup.

Jagalah kesihatan anda untuk kehidupan lebih bermakna…pesanan penaja kementerian kesihatan…
Sekian entri aku yang berisiko untuk tidak mendapat apa-apa komen …heh heh…

Friday, January 8, 2010

smart play

Hari ni aku banyak cerita lagi.... aku kena cerita semua ..keluarkan semua menda dlm otak .. kalau idak kang aku mengaruk nak pi jasko je...

Aku berada di tahap masa lapang yang maksimum ...... banyak kerja rumah aku tutup mata.... takde mood nak buat..... kerak-kerak kulat-kulat kat dinding pun dah bertambah... eeerrgghhh.... malasnya.....


Ni aku share dengan korang buku yang dah bertahun aku beli...kadang-kadang baca, selalu-selalu ntah aku letak kat mana.... koleksi 101 games yang menarik untuk kanak-kanak disamping mengembangkan skill tubuh badan dan minda...kata si Barbara tu lah...bukan kata aku.... rege rm47.80 di MPH.

Barang-barang permainannya adalah barang-barang yang kita boleh dapati didalam rumah kita sendiri... kad bod ke.. gunting, gam, straw, sokkabo, crayon, kertas kaler....

Maka kata aku... koleksi games ini bakal menyaksikan aku terbongkok-bongkok mengutip balik reja-reja kad bod, sokkabo, straw yang di teraburkan oleh anak-anak aku....

Setelah melakukan perahan minda untuk mengisi masa terluang.... aku jumpa games yang agak menarik untuk AKU main bersama... ni haaaa.........




Hasil dari pemerhatian di tapak centre jusco terhadap mamat clown sorang nih...sungguh kreatif jadi aku nak tunjuk juga bakat aku pada anak-anak aku....

emm... kunun-kunun nak tunjuk aku ni ibu serba boleh leee...

Kebetulan abe gapo call webcam tatkala aku sibuk melayan anak-anak...nasib baik dia call time anak-anak aku behave... kalau time aku tengah belasah budak-budak ni...naya....

Komen abe gapo masa dia tengok aku pam belon...."err...bu...desperate ke?"
kuuuuuuwang hasam boi!!!!

Walaupun jenuh aku bertungkus lumus memulas belon...cik mat tetap lebih suka pergi sekolah..huhu....





Last but not least... tenkiu patin di atas penghantaran khas sampai ke depan pintu untuk 2 botol jus qaseh....
Khasiatnya dah banyak kali aku cerita di blog dan buktinya...lihatlah patin sendiri...huhu...bunting you...

ekkk... bukan aku mintak bunting jugak tau!!

Thursday, January 7, 2010

the new 'me'

Semekum…..

Aku tengah meditasi ni… muhasabah diri untuk proses transformasi kearah lebih sopan, santun, tulus, mulus bak nur amina nur kasih.

Proses transformasi bermula akibat kesedaran bahawa blog aka tempat aku merapu ini rupanya mempunyai silent penskodeng-penskodeng…. tak baik tau korang…..
Memanglah blog ni tempat public… kurang-kurangnya bagitau lah aku siapa yang baca blog aku…

aku iyo-iyo ooo je berlakun macam tak kenal siapa ahkakbatik yg merapu macam budak tak abis sekolah tu kat forum awam…. ghoper-ghopernya korang tertunggeng-tunggeng dok gelakkan aku belakang-belakang ekk…….
sape lagi yg baca? selain jiran goblog.... kakyang, keen, sutera, pokcik mabuk s**...??
ngaku laaaa.... ngaku laaaa....!!

Pagi ni aku agak kesibukan.. dengan keadaan kepala yang pening-pening lalat sebab cik mat melalak-lalak tanpa henti lebih seploh minit tengah malam tadi….. ni sah gara-gara tak tidur petang semalam bermain dengan cik man…. Yang peliknya cik man dengan abangnya sempat tetidur kat rumah aku…. Lepastu siap main kejar-kejar lagi kat belakang sekolah…

huh! mesti banyak ‘mende’ kat situ geram je tengok pipi cik mat bergegar tiap kali dia berlari..….

Pesanan aku baca somewhere kat internet, bacalah ayat kursi 7 kali…. Kalau sekali kang mendealah tu datang balik… 2 kali pun datang balik… lepas 7 kali dia malas nak datang…manjang kena petir pedang otomen aku….
Dan alhamdulillah lepas berkali-kali aku baca, cik mat sambung tidur…..

Nak kata perut aku kecut tu idaklah… dah beberapa kali aku mengalami situasi paranormal ni jadinya kalau nak panggil uncle seeker tu buat penggambaran pun aku boleh jadi volunteer lah kot…
(pssst… aku saja tulis panjang-panjang sebab pokcik tokeh lembu tu tak boleh baca tulisan panjang-panjang katanya… aku bengang rupenya dia dah dok skodeng blog aku sejak 2 bulan lepas!!)

Ohya.. sambung cerita.. pagi tadi aku ke klinik cek telinga cik mat ada luka tak sembuh dah 4 hari dan bijik jerawat atas kepala dia…. Huh! Dah pandai berangan ke cik mat nih?
Dah dapat mimpi ke dia?.... rasa jauh lagi nak akil balighnya...

Rupa-ruuuupanya….tanda-tanda awal cikenpok …aiyok!!!!!....
Aku berharap cik mat dapat mengharungi dugaan ni dengan tenang dan sabar…hah hah!!
Ke...pesanan tu untuk aku sebenarnya...



Lepas tu aku ke bsn putrajaya mencari servis western union… mokcik kayoo!!!!....
Bapak eko wahyudi sephartanto dari indonesia udah pulangin uang deposit rumah sewa yg abe gapo duduk 2 bulan lepas….. oleh sebab kat hanoi entah pelusuk mana nak cari western union…. abe gapo kasik nama aku.... mokcik le kayos…

Yang aku terkilan sangat walaupun bukan duit aku pun.... yuran penghantaran 5% !!! mahalnya depa ketuk duit orang!!

Korang buat kira-kira sikit kalaulah aku hantar duit sebanyak 2 juta… berapa ratus rebu diaorang potong?
banyak tau......
juta rupiah laaaa…..

Ni sajalah cerita aku buat hari ini… ada perubahan dari merapu tak bermotif kepada merapu penuh sopan ? Keee sama aje macam sebelum-sebelumnya? huhhh!!!.....