Wednesday, July 17, 2013

cikgu tiusyen full time. no time mau hapdet blog.

Salam Ramadhan semua.

Maaf pada yang menjenguk, kaktek rasa masa tak berbaki dah untuk updet blog.
2 minggu di tanahair, budak2 dah kemaruk kebosanan... alah.. kalau dok amrika lagi pun tengah cuti summer 3 bulan. Ngengada betui bebudak nih.
Makaaa.... kaktek masukkan dah semua keskolah gomen untuk mendapatkan pendedahan awal dengan sistem pelajaran Malaysia.

Sekolah taman Desaminium ni cuma kurang 1km je dari rumah dan dibuka tahun 2010.
Boleh tahan cantik.  memang cantik.  Idak ler bebudak ni terkejut be-uk dari sekolah canggih amarika masuk skolah di Malaysia.

Oleh kerana sekolah baru, ramai cikgu dan pelajar berbangsa cina. Kaktek saspek ini cara cepat depa nak naikkan rating result sekolah. 







Untuk abang, kaktek mintak cikgu masukkan ke tingkatan 2 paling top terus... eee sukati makbapak mintak2 kannn....mementang baru balik dr amarika... kalau balik dari lombok adakah akan di layan permintaan sedemikian rupa?
maka kelas dia ramailah india dan cina dan terus speaking je dengan dia.
2 hari kesekolah dia tak lalu makan.  Muka murung je. Buka puasa sikit, sahur pun sikit.
Abang ni jenis terlalu memikir.  Semua nak perfect.  So dia stress sangat bila tak paham pelajaran agama.

Apa yang dia tak paham? haaa....

apa maksud.... kurniaan Tuhan?  berkat dalam rezeki? ditimpa musibah? membentuk masyarakat penyayang?  apa maksud perkataan 'menghindari?, mencegah? maksiat? kemungkaran? nikmat? pemangkin? pemberitahuan?  pengharaman? memanfaatkan? bermuafakat? prihatin pada fakir miskin?

mak aih!!!!!   kira sepatah haram ustazah cakap dia tak pahamlah!

perkataan tu semua manader kita mak bapak sebut2 kat rumah.  hadoi.
kenalah translate dan sekali translate mana dia boleh ingat semua.... walaupun tulis nota kaktek kena translate berulang2 lah jawabnya.
Oleh sebab pmr dah takde, sistem baru PBS ni lagi masaalah bagi dia sebab kena lulus band untuk semua subjek termasuk subject full dalam bahasa.


Ajik pulak.
heh heh. lagi ponin.
Isnin kelmarin masuk sekolah,  semalam selasa dah exam pre-upsr!!!




Math dan science masih dwibahasa.
English kacang.
BM hancuss.

Upsr 5 subject.... 2 subject tu paper BM!!!
Cikgu kata kalau fail teruk kena masuk kelas peralihan setahun.  mak aih!

Ayat yang dia buat semalam masa tiusyen dengan kaktek.

Dalam dapur ini ada periuk nasi tengah memasak.

Dalam dapur saya berfikir makan makanan yang sedap.

Perkataan tak faham lagi basic dari abang..... demikian, sejak, sementara, agar, lalu, wakil, melainkan, sambil, tatkala, manakala , awal, akhir............. 

Nervous sungguh kaktek tau... ajiknya rilek je.. yg dia tau masuk dapo ada makanan sedap.

Maka menjelang upsr sebulan lebih je lagi, kaktek doubt boleh update blog selalu. Mungkin senyap terus sampai bebila sebab selain drill bahasa dengan ajik, habis upsr kena drill abang dan syasya jugak.
BM syasya stop di darjah 1.  Lagi banyak kerja weh.


Doakan semua berjalan lancar yea.  Sorry lagi pada yang menjenguk.    Jenguk-jenguk jangan merajuk... ceeeh maknya terer berpantun... anak terkial2 nak faham bahasa.

Monday, July 8, 2013

unclutter the bajet ciput way..

Semangat nk update hari ni sebab bosan taktahu nak buat apa.
Keta sewa seketul abe gapo buat belasah hari-hari... kaktek stuck kat rumah.

Rimas dengan wayar dan plug tak tahu nak sorok?
Charger enpon ada 2, modem ada 2 , power cord tepon ada 2, hypp tv nak satu port juga...  pemaju perumahan malaysia ni suka letak port telefon tengah2 rumah.... cemana nak sorok yea.




Belum cerita wayar semua panjang2.... saja nanti senang nak sorok bawah sofa katanya.



Godek2 google.... wah... barang Malaysia kena cari kat kedai laaa.... online tarak.
Nak pi ikea jauh.  Trafik jem. Panas. Banyak food court halal kang barang tak jumpa, bajet lari belanja makan.

Abe Gapo came out dengan idea bajet perabot kedai Happy Household depan rumah yang di jaga oleh 4 orang macam melayu tapi hidung mancung kulit sawo mateng.



TADAAA.......





Macam almari la kan.  Memang almari la kan.  Sila buka pintu....







Close up. Kita lobangkan belakang dinding almari supaya soket boleh masuk...





Almari decoy...... anda juga boleh!


Sunday, July 7, 2013

sudah pulang ke tanah tumpah

Assalamualaikum....

ya ampunnn... kaktek lama sibuk dan menyibuk dan saja-saja sibukkan diri...
seminggu tepat kembali ke bumi malaya tanah ku yang terchenta, memang banyak sangat benda nak fikir, nak setel dan nak suaikan diri.
3 tahun lebih tinggalkan tanah seri kembangan (citer macam 30thn lebih je.. ngada) dari penduduk tak berapa ramai kini sudah sendat... dari pekerja jusco ramai melayu kini muka je macam melayu tp idung tajam-tajam...... 
adakah bangsa melayu baru berkulit sawo mateng tetiber berhidung mancung?
pi amarika 3 thn hidung pesek lagu tu gak.

Hari ni genap kaktek anak banak dah hilang jetlag.  
Dah renew lesen mandu, kad jusco, masuk streamyx lembap macam siput, tuko unifi.., renew surat banak bebudak, buat IC bebudak, sunat ajik... mak aih.. gila mahei sunat dia!
abang sunat 4 thn lepas cuma rm300 kt an nur specialist, ajik kena rm750!!!
rege budak dah terlebih umur gamaknya.  Tapi lepas sunat leh terus main badminton.

Nak suaikan diri dengan cara pemanduan gelojoh rakyat malaysia.. nak suaikan diri nampak gerai pisang goreng jangan singgah salu kang ado yg batuk semput....  weh.. makan masa gaklah.

Dengan abe gapo gelojoh balik rumah terus nak renobet dapo... mak aih.  Next entry tunggu dapo siaplah kot time raya.

Ni dapo ala-ala kedai mamak rumah kaktek selama ni......  mamak mee goreng satu!!






Concrete slab buat sehari lepas masuk rumah sebab beli tool shed dari amarika tempat sorok lawn mover, beskal-beskal dan segala mak nenek soping tak hengat dunia masa di sana.







Wah! ini pokok apa ntah nama nya haaa....
masa tanam main2 3 thn lepas cuma sebesar tapak tangan....
Sekarang sudah banyak cantik woooo... nyesal tak tanam banyak2 tenant tolong jaga.  udah kena tunggu 3 thn lagi nak tunggu kalau tanam yg baru.






Sofa kulit yg habis menggelupas tersadai depan rumah.  Tengah cari kedai yang boleh buat upholstery tapi sampai raya kot sofa tu lepak kat situ.



okeh kaktek nk sambung masuk dapor mamak.... momentum memasak yang dh lama hilang baru datang balik sebab dah takde pinggan boleh dijual.  Yang dalam kontena semua dah bertuan.
Barang2 kegunaan harian pun tunggu kontena sampai. La ni tuala mandi ada 3 helai share 6 orang... saper last mandi leh perah dulu tuala nya.

Pada jiran2 bloggers, sorry sangat kaktek belum berkesempatan nak menjenguk....   nanti kita skodeng.. cauu...