Thursday, April 28, 2011

2 cerita ending yg sama....

cerita sudah di alih bahasa..

cerita 1

tok tok tok... (pintu di ketuk 2 bulan lepas)... waktu tengahari budak2 elementary baru balik sekolah.

budak comel : hola mokcik..

mokcik vogeh : (dalam ati) haish budak ni.... mokcik mai asia.. bukan mai guatemala..
mokcik vogeh : yea ada apa...

budak comel : nak pinjam telefon boleh? pintu kunci, mak saya belum balik

mokcik vogeh : kamu sorang ? (risau kot-kot laa ada sindiket nak samun almaklum omeh bergayut kat tengkuk yg hanya kurang 5 kilo je dari berat omeh mr T ..)

budak comel : iyea saya sorang..

mokcik vogeh : masuklah...


budak comei hispanc berumur 11 thn dari 2 blok depan pun menalifon emaknya dalam bahasa spanish kemudiannya maknya meminta untuk bercakap dgn mokcik vogeh.


mak budak comel : anak saya lupa bawak kunci pi sekolah pagi tadi, mintak tolong anak saya tunggu di situ 20 minit sebab saya dah beratur nak bayar barang di kaunter.

mokcik vogeh : takpe..... (ikhlas lam ati...)

budak comel : mokcik, saya ajak adik saya 2 orang lagi boleh? kat luar sejuk..

mokcik vogeh : umur depa berapa? kalau comel macam kamu jugak, boleh aja.. (lam ati arrr)

budak comel : adik-adik saya 8 tawun dengan 5 tawun..


Mokcik vogeh pasang citer katun, hulur fiber snack dan juice pack pada ke tiga-tiga budak comel.

Sementara menunggu, budak comel siap keluarkan homework dan mintak mokcik vogeh tolong.
Hampir setengah jam, mak budak telefon dan bercakap dengan budak comel agar segera pulang kerana maknya dah sampai depan pintu.

Sampai laaa... mokcik vogeh tak kenal siapa mak budak-budak comel itu sebab mak budak takde call ucap terima kasih apatah lagi mai jenguk rumah..


-------------------------------------------------------------------------


cerita ke 2

tok tok tok..... (waktu pagi semalam... pokcik laki mokcik vogeh bukak pintu)

budak jiran atas : pokcik nak pinjam tepon pintu saya terkunci

pokcik laki mokcik : macamana boleh terkunci... mai masuk dulu ...

budak jiran atas : pintu depan memang kunci, saya pi patio entah cemana tutup patio, latchnya tersangkut sekali... saya lompat ke bawah dari patio tu..


budak jiran atas african-american berumur 13 thn telefon maknya tapi maknya takleh balik sebab awal pagi baru start keje.


pokcik laki mokcik : kejap lagi ofis leasing bukak, kamu mintak kunci, pokcik pi anto anak sekolah, pastu pokcik patah balik anto kamu pulak.


Kunci dah dapat, pintu dah bukak, laki mokcik dah anto pi sekolah sebab dia dah terlepas bas.

Sampai laaaaa......... mak budak jiran atas takde call atau ketuk pintu ucap tima kasih.....



Kesimpulan:

mokcik vogeh comei tu pasal bebudak suker...
rumah mokcik vogeh ada aura baik sebab tu bebudak mai mintak tolong...
org sini tak reti cakap tima kasih..

Wednesday, April 27, 2011

wordless rabu..

rumah under construction

kaktek ada problem nak remove image di header.

bling2 salam atas tu kaktek upload image www.picamatic.com ke header dan walaupun banyak kali kelik remove, nothing happen.

Ada sesiapa pernah menghadapi masaalah yg sama???...

dan ada duplicate entry masa nak bagi komen ..haishhh.... ni la nasib pindah rumah free...


------------------------------------------------------------------------

4pm - selepas 4 jam bertungkus lumus trouble shooting...

- masalah picamatic sudah selesai.. (taktau sebab apa..tetiba hilang)
- entry ke 7 berulang sudah selesai..(template 3 colum tak boleh terjah 2 colum terus)
- entry duplicate bila kelik komen belum setel...(ada 2 box blog post di design pg tak tau cemana nk remove)
- tajuk header duplicate belum setel (ada 2 header box di design pg)

-------------------------------------------------------------------------

9pm
- double header - setel.... delete duplicate command for header di html file
(wigdet id: header11)

masih belum selesai.. kes entry duplicate... tak jumpa loop di html file...argghh...

---------------------------------------------------------------------------

10.30pm
atas petolongan blogger help..

duplicat entry setel - delete widget id:blog post 11 di html file...

esok2 boleh mintak keje programmer..

Tuesday, April 26, 2011

hari selasa yg bosan.... tajuk pun sungguh membosankan...

Minggu ni takde cerita best. Dah habis best cuti-cuti amarika minggu lepas, feel best tu dah takde bila balik Charlotte.

Budak-budak seronok kembali ke skolah. Lega telinga tak perlu layan bebel kaktek.

Bapaknya melayan perasaan mood hilang nak bekerja sebab masih menunggu proses terakhir peralihan kerja baru.

Perlu anjakan paradigma..... kerja baru..... persekitaran baru..... cuaca baru... pemandangan baru..... sebab dia tak boleh terfikir nak anak dan bini baru....ngiahahaa...


Glasses abe gapo yg berharga 700 dollar.













Tekojot? aku pun tekojot.



Bingkai pun takde...

Yang specialnya cermin bertukar kaler gelap dan terang mengikut cahaya matahari dan 2 kanta dalam 1 cermin.



Jakunla.... memang jakun... tak pernah pakai glasses kan...



Sekian hari selasa yang boring.



Friday, April 22, 2011

coti-coti amarika - part 2...(nak muntah dah?)

Hari ke 3 di coti-coti kami naik cruise sebab nak kurangkan aktiviti berjalan. Tapi perjalanan dari parking lot ke seaport pun ambil masa setengah jam.

Plan asal spend 4 hari jalan-jalan dipendekkan ke 3 hari sebab keletihan melampau dan dah tak enjoy bila berjalan sendi kaki dah rasa sakit.... dan tak tahan cuaca sejuk outing lama-lama.

Dan dah buat kesimpulan bahawa NYC kurang lebih 5 kali ganda Kolumpo je.


Menunggu cruise.







Posing lagi.....






Dan lagi.......




Turun cruise, plan nak naik subway ke pangkal jalan Broadway tapi masalah subway tak semua wheelchair accessible... maka kansel la jugak.. rasa macam macai nak lipat stroller, lipat wheelchair turun tangga subway dengan orang berasak-asak.

Maka kita jalan-jalan ke wall-street dan posing depan Trump Building. Malas nak tepek sebab kaktek je sakan berposing..heh.

Dari wall-street jalan balik cari parking.








Nak je kaktek buka gerai goreng pisang kat situ....






Baru perasan bangunan tinggi di New York tersangatlah nampak banyak dan padat... rupanya antara building tu sendiri takde ruang... melekat... bersambung-sambung sebab tanah mahal.









Habis jalan, balik hotel makan malam dan gerak lagi untuk menikmati malam di Broadway.




Takde apa... macam Bukit Bintang laa... 40 minit je dok situ...pastu balik tido.





Hari ke 4, bertolak jam 8.30 pagi ikut laluan barat sebab nak mengelak masuk ke Washington, kawasan jem 24 jam. Konon-konon sampai rumah lagi cepat la.... kononnn.....




Route memasuki Pennsylvania dan tembus ke Nort Carolina. Selama 150 miles dalam kawasan Pennsylvania hujan non-stop. Ikut weather forecast kat rest area, kawasan tu bakal hujan hampir non-stop selama seminggu!!! dengan cuaca bawah 10C.... hadoi....


ada jugak orang nak duduk kawasan macam tu... err.. ada jugak "orang malaysia" nak duduk kawasan macam tu...ngeh.







Sampai Charlotte..... waaarrgghhh... 29C!!!... paneh!! tengok jam, perjalanan balik yang kononnya lagi cepat sampai berbanding perjalanan pergi adalah +15 minit.... (tepat 12 jam).





Thursday, April 21, 2011

coti-coti amarika - part 1

Kami bertolak jam 10 pagi Jumaat dengan plan asal perjalanan 10 jam lebih akan mengambil masa selama 2 hari di jalan raya merentas North Carolina, Virginia, Washington, Maryland, Delaware dan New Jersey.

Tapi...... plan bertukar selepas 6 jam drving.... abe gapo kata belum penat.. drive direct ke hotel di New Jersey jam 9.30 malam dengan 3 kali stop over.

Ni stop over makan nasi lomak ayam bako sambal ikan bilis.... haaa.... balik kampung kt mesia pun takde piknik macam ni tau....






Sampai Extended Hotel of America siap kitchen dengan rate $100 semalam (harga pun nak gitau ek... ntah pa-per ntah). Hotel ni kalau di Tulsa cuma $61 je.... pacak di New Jersey rate naik 60%.




Hari pertama coti-coti bermula takde dalam plan sebab sepatutnya masih di jalanraya. Wheelchair abang pun belum sampai... hujan renyai-renyai non-stop....... abe gapo ajak masuk New York City....

Lintas depan Broadway...... kata orang tempat jem giler... tapi bagi kaktek, ala-ala bukit bintang je.... atau jalan ampang time orang balik keje.... atau Kg Baru time orang nak pi bazar ramadan...







---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke 2 seawal pagi jam 8, awan tebal tapi tiada hujan. Bertolak ke Liberty State Park, New Jersey tempat ferry bertolak ke tempat pompuan hijau pegang obor tu.....saja nak bergambar sebab menurut cik wiki, 35 jota pengunjung tiap tahun pasti singgah ke situ.



Emmm.... kaktek tak rasa sentimental langsung pun tengok patung tu sebab takde sejarah kaktek sebagai pendatang di bumi Amerika naik kapai dok kt Ellis Island.

Sejarah tok nek kaktek mai dari tanah Jawa pi Malaya... takdok patung2 pong....haremmm...







Kita posing dulu.....

Sungai memisahkan New Jersey dan New York.







On the way balik hotel kejap sebab wheelchair abang baru sampai... sempat tangkap gambar rumah di New Jersey. Ala-ala British colonial juga sebab dulu selain England ada Scotland, France, Sweden, Spain dan Netherland pernah datang menjajah. Maka sangatlah variety nya culture di sini.






First destination ke American Museum of Natural History... salah satu tempat 35 jota orang tu wajib singgah....

sebab apa wajib singgah... errr... museum je.. tiket mahei, tingginya 4 tingkat... sriyes sakit kaki berjalan.... tu belum cerita menapak 45 minit dari parking lot lagi...










Apasal parking jauh sangat? online booking yang murah $12 sehari. Kawasan padat lebih mahal dan kalau tak booking awal-awal, 2 jam parking dah cecah $20.

Depan museum adalah Central Park center of Manhattan... berangan la kejap jadi J.Lo jumpa pakwe hensem kat situ. Dengan panjang 4km dan lebar 0.8km....... tak kuasalah nak explore semua.... kaki dah sengal.



Budak-budak pun muka dah monyok kepenatan. Abang dan cik mat je tak penat.






On the way nak balik hotel..... jem sebab time orang balik keje.

Kaktek taktau ni kawasan apa.....malas nak google tapi berdekatan Lincoln Tunnel nak balik New Jersey.

Org buang barang tepi jalan.













Oleh sebab Lincoln Tunnel jem sebab banyak truck, kami re-route ke Holland tunnel bawah sungai menghala balik ke New Jersey.


versatile blogger - bayo utang


tag dari adik Jeet dgn peraturan2...



  • ucap mekasih pada adik Jeet....... mekaceyyyyyy!!!!!!!!!!
  • 7 random facts pasal kaktek.... 7 je ke?
  • pass tag kt orang lain


7 random facts..



  • kaktek ni pompuan, mak orang, bini orang, anak orang, kakak orang, adik orang..
  • suka makan tempe sebab ada darah jawa
  • tak suka cencalok, tempoyak dan budu
  • suka cheese sebab pasan nak jadi minah salleh
  • anak ke ompat dari sedozen adik beradik
  • ada ompat anak sebab hantaran dulu ompat rebu jek
  • dulu berangan nak jadi stewardess tp mak tak bagi takut kapalterbang jatuh

takmo tag... nak simpan sengsorang..

cekian....

Wednesday, April 13, 2011

Levine Children Sepital..... masuk sepital pulak.....

Abang long masuk hospital.

Tengahari semalam kaktek dapat call dari registrar sekolah beritahu abang long nak balik sebab sakit perut. Sampai rumah kaktek bagi acid controller tablet sebab sebelum ni dia pernah sebu perut juga.

Menjelang petang tak surut-surut sakit.., nak pergi pediaric kena appointment bagai dan takde slot kosong...
Rupanya sistem sini, klinik pediatic untuk kes2 appointment.... kalau sakit tak boleh tunggu kena pergi urgent care.... urgent pun taklah urgent... kena tunggu sejam setengah juga baru di entertain.

3 jam sangkut di urgent care, abang long diarahkan ke children's hospital sebab white blood countnya tinggi.... bermakna white cell is fighting for foreign cell dalam badan... virus, etc.

Jam 2 pagi...6 jam di hospital baru confirm admitted.... babahnya lah teman tunggu..... lapar giler katanya..

Selepas ultra sound abang long didiagnose ada appendicitis. Cause by blockage di appendix tube. Fungsi appendix tube dalam badan tidak diketahui but we can live without it. Appendicitis are treated emergencies requiring surgery....(baru baca kt wiki..hehe...).



Kaktek pergi jenguk pagi tadi bawak baju dan laptop....





CIk Mat seronok macam masuk hotel..




Lawatan ke toilet..





Bekfes pagi tadi.... jangan ditanya yg daging apakah itew...... tu pasal tak makan...




Nurse bagi lego kat cik mat..
Siap tanya abang nak main apa..... kaler-kaler ke...haha.... anak aku 11 tahun la.. bukan 4 tahun... ada nurse khas tanya keperluan entertainment... game, dvd... dan 2 lagi nurse khas untuk cek pressure, tanya nak mandi ke idak...... macam 1st class lah walaupun kaktek tak pernah masuk wad 1st class.



Petang ni abang undergo surgery...
Kos rawatan .... errr... seriyau....lepas anak keluar wad baru aku ambik tau... harap insurance cover semua.


New York plan?

Pergi jugakkk ............... plan dah lama...... kalau kansel mungkin tak dapat pergi langsung.

One thing kt sini yg kaktek baru tahu, boleh sewa wheelchair... macam-macam jenis wheelchair di hantar ke resident atau hotel memandangkan org sini ramai yg gebus-gebus dan org tua yang tak larat berjalan, maka bisness wheelchair/scooter untuk OKU boleh tahan laris.

Maka booking wheelchair juga untuk abang sebab lawatan di New York pasti banyak berjalan kaki..

Monday, April 11, 2011

new york trip - pre-launch




Perjalanan kaktek sekeluarga sempena cuti-cuti amarika bermula hari Jumaat tengahari ini sejauh 650 miles (1000 km) selama 11 jam perjalanan yang bakal memakan masa 2 hari 1 malam.

New York City holding a history of a gateway for immigration dengan kepadatan penduduk seramai 8 juta lautan manusia.
Hadoi... udahla jauh... tempat crowded..apasalla susah-susahkan diri...

Abe gapo berhajat sungguh nak sampai ke bandar New York kerana peluang takkan datang lagi katanya ... lebih-lebih summer nanti insyaAllah akan berpindah lagi dan perjalanan dari tempat baru ke New York dengan berkereta mengambil masa 25 jam....

2 hari dalam kereta.. hadoi.... kalau ikutkan kaktek, golek-golek layan neflix je cuti sekolah nanti..


Maka persiapan awal sudah abe gapo mulakan....

- booking hotel 4 malam di New Jersey.
- booking tapak parking di new york walaupun kata orang jangan drive dalam bandar tapi selepas nonton youtube kaktek assume traffic depa sama seperti traffic federal hiway KL time hujan... peanut jelah tu... dengan anak mpatbelas bukan senang nak hangkut turun naik bas pun...
- plan tempat lawatan.


Tugas kaktek..

- List barang dapur yang nak di bawa..
- Plan menu...
- Pack baju, toilettries, ubat2..
- Download lagu2 mp3 untuk santapan telinga abe gapo memandu time kaktek terlolap..heh...

dan ekk.. last but not least... jangan lupa bawak laptop nak ikuti PRU Sarawak...

Friday, April 8, 2011

bayo untuk start hutang... dan bayolah untuk langsai hutang...

Credit card di m'sia?

Heaven.

Isi borang dah dapat payung free... payung hujan yea..bukan payung omeh...
masa zaman semua bank offer credit card 3 -4 tahun lepas, selain payung dapat control car free, back pack free.... .. tu baru isi borang je... mamat agen tu paksa-paksa isi borang nak habiskan kuota promotion untuk hari tu.

Di Amerika...... percaya atau tidak abe gapo tak layak untuk apply credit card. Bukan nak berhutang sangat tapi ada kala nak taknak ada kegunaan jugak. Budak2 nak join sparring taekwando class kena beli 3 sparring set dah jejak $480.

Maka inilah masa credit card can come in handy sebab dalam purse kaktek $4.80 je yang ado... dan bila berhutang akan timbul perasaan wajib bayar balik asap sebab takmo bagi depa duit interest.

Kenapa abe gapo tak layak?
Lack of credit score.

Lenders gunakan credit score untuk evaluate potential nak bagi hutang. Be a good payer akan menolong built up credit score yang cantik.

Credit card takde cemana nak jadi good payer? ekkkk.....

Katanya boleh bermula dengan student loan.... tettttt.... dah kertu mai sini bukan nak jadi student!

Boleh juga dengan mengambil promotion telefon 2 years plan bayo 2 tawun le jugak walaupun tak suka takat beli tepon hutang 2 tawon??!!!
Promotion di bengkel keta pokcik Jon offer credit untuk servis, tuko tayar, tuka seat, apa-apa untuk kereta maka pembelian omeh tidak masuk dalam list.... choiiii............

Kata pokcik bengkel...... mesti hutang dan bayo sikit-sikit supaya credit score akan moncol nanti dalam sistem credit bureaus di suatu ketika yang tiada siapa tahu bila...


Walaupun gaji abe gapo masuk citibank, ada transaction bulan-bulan..., tetap kena reject application untuk credit card...

Credit score tarak incik... kata kastemer serbis itew...

Bukan credit card saja, segala macam loan tak layak ambik. Loan keta, loan yg buat mato laki aku putih - loan nak beli moto besau...


TIBA-TIBA!!!!
buatlah kengkonon terkejut sikit ek.... heh...

Bulan lepas Bank of America offer credit card sebab hampir setahun dah abe gapo bukak akaun duit dapo di situ.... credit limit $500.
500 dollar.... bukan 5 rebu... bukan 50 rebu.....
Huh... limit 500 dollar senang2 je kaktek dapat masa keje kilang di kampung bawang menangis dulu.

Bila nak accept card tu kena bayar $99 ke akaun credit card. Bayo jela... ingat $99 tu dok dendiam dalam akaun le kan....

Haaa SALAH!!!...
buat-buatlah terkejut lagi !!...... deh korang nih!

Sampai la kakte godek2 akaun tak jumpa $99 tu.... kaktek saspek tu harga untuk kad plastik tu... non-refundable.
Sama seperti kad Premier One bank... bayar $70 unttuk dapatkan credit limit cuma $300... interest gila kentang punya tinggi.

Kaktek godek2 dalam online, boleh apply untuk increment untuk credit limit Bank of America dengan syarat approval dari bank dan kena bayo certain amount lagi sebagai fee.... choii............... nasib baik lepas gatal2 apply tu hari kena reject..... mau makan tofu je bulan ni.





Oleh sebab kemaruk tak dapat kumpul credit card banyak2, kaktek simpan member card food lion, cvs pharmacy, sams club, staples....

Thursday, April 7, 2011

wideyo seks ka itew?

Hep! hep! laju je kelik ek....
itu wideyo boleh nengok kt blog hentam pembangkang hentam gomen ....
Oleh sebab blog kaktek label UMUM, maka segala macam X,XX,XXL takde kat sini...

Ni toys baru kaktek .... HP Pavilion dv6-3217c. harga kt msia taktau sebab tak jumpa kt web.. yang ada used laptop dgn harga rm2k..... mahalle tu.... harga di sams club (aka mydin amarika) $599 tak termasuk tax 8%.



gambo kopipes kt web malas nak capai kamera...


Seingat kakek sekolah jaman batu dulu beli desktop pun dah 6 rebu hengget.... dibayo oleh pembayo-pembayo cukai rakyat msia.... ngee... mekacih rakyat mesia semua....

Sejak mini laptop kaktek dan innalillah bulan lepas, abe gapo dah suruh cari ganti sebagai hadiah besdey kononnya...
ek alluu.... any besdey plejeng for me only for me to use hokeh....
share-share ni bukan plejeng le....

Oleh kerana ibm thinkpad veteran yang ada dah nyawa-nyawa ikan dan laptop satu lagi abang long je konker buat assignment, kenalah sambar juga satu... dan kaktek dengan lajunya cakap kt abe gapo..

"Ni laptop hadiah besdey ibu jugak ek........!!!"....ngeh.
Lepasni time ibu kusyuk berblogging org lain takleh kacau... ni laptop ibu...

Dengan 4GB Ram.... peerrrggghhh...kata abe gapo...
emmm... 4GB ka... 40 GB ka... 400 GB kaaaaa..... heh...den buto teknologi...... yang tau wajib ado internet... dan oleh sebab selama ni pakai windows xp, yang ni window 7.. cari button start pun terkial-kial....


Ado free smartmedia video... testing...




ajik baca buku...








syasya baca buku....

Tuesday, April 5, 2011

Stoning of Soraya M....

Movie keluaran 2010 adaptasi dari best-selling book oleh French-Iranian journalist Freidoune Sahebjam tahun 1990.

Di Neflix kaktek dah start layan cerita foreign language sebab english movie dengan 3 dari 5 stars dah habis dan tinggal start ciput-ciput cerita ngarut-ngarut...

Stoning of Soraya M berada dalam kategori 3.5 star... antara yang tertinggi.






Jalan cerita yang membawa mesej yang sangat kuat, amat menyentuh perasaan lebih-lebih di adaptasi dari kisah benar wanita Iran di sebuah perkampungan terpencil.
Di rejam dengan batu akibat fitnah suami yang mahu berkahwin dengan budak 14 tahun.

Oleh kerana tidak mampu menanggung 2 bini, Ali mahu menceraikan Soraya tanpa perlu membayar nafkah anak dan bayaran mutaah dengan syarat Soraya bersetuju untuk tidak mambuat apa-apa tuntutan. Oleh kerana Soraya enggan, maka plot jahat Ali bermula sehingga mengheret Soraya kepada hukuman rejam sampai mati.


Sedih ....... sangat sedih.... Kaktek skip scene Soraya kena rejam sebab tak sanggup nak tonton.... Ini bukan kisah Islam, bukan kisah hukum Syaria... tetapi lebih kepada cara hidup segelintir masyarakat yang berfikiran cetek dan mengolah hukum Tuhan mengikut kesenangan hidup mereka.

Ini kisah benar.

Bukan terjadi kepada Soraya seorang..., Mukhtar Mai (Pakistan), Nujood (Yemen), Souad (Palestin), Carolyn Jessop (USA) dan ramai lagi dan pelbagai bentuk penganiayaan terhadap wanita ....

Selain menghayati kisah menyayat hati ini, sempat juga kaktek terdetik minyak rambut apa orang Iran tu pakai semua tebal-tebal cantik rambutnya.....


WAJIB TONTON.

Friday, April 1, 2011

april fool, no bully and acid splasher..

Hari ini di isytiharkan cuti sekolah sempena Teacher's workday. Selalunya teacher's workday jatuh hampir dengan cuti panjang dan berlarutan selama 2 hari... tetapi teacher's workday hanya hari ini saja..... hanya 1 hari .....

Mengambil kira April Fool yang jatuh pada hari yang sama untuk mengelakkan perkara yang tak diingini di sekolah..



Bagus kan?

Dokumentari yang entah keberapa kali kaktek nonton di channel lifeTV semalam. Kisah anak-anak belasan tahun commit suicide kerana bully.

Di sekolah di semua peringkat ada kempen anti bully setiap tahun untuk menyedarkan pelajar-pelajar ke atas kesan bully. Ceramah, perang poster dan sebagainya.




Usaha yang sekolah jalankan amat agresif kerana disamping ceramah dan poster, sistem sekolah juga tidak menggalakkan bully..... contohnya bukan saja di elementary school... tapi middle schooljuga ..

  • Guru-guru menyambut kedatangan pelajar sekolah setiap pagi di depan pintu besar.

  • Guru-guru memastikan pelajar2 selamat masuk kedalam kereta ibubapa ketika pulang.

  • Guru-guru mengiringi pelajar2 hingga ke pintu bas sekolah

  • Pelajar2 hanya dibenarkan keluar kelas untuk pulang setelah pengumuman dan dilakukan berperingkat dan bukan keluar sekaligus untuk semua grade.

  • Seorang pegawai polis mengawal setiap hari di depan sekolah waktu pulang.



Kerana sistem mereka rajin?
Kenapa sekolah kampung kaktek dulu berebut keluar kelas dengan guru-guru sekali sehingga ada pelajar yang dilanggar kereta guru sendiri?
Kenapa tiap tahun atau selang setahun ada budak meninggal dibuli di asrama sekolah?

Tang ni kaktek puji sangatlah sistem amarika ni kerana sekolah tidak mampu membayar saman ibu bapa kerana anak di buli di sekolah. Saman bukan 5-6 ribu hengget..... ratusan rebu dollar!!

Mereka belajar dari pengalaman juga... bukan lahir je terus bagus buat sistem.


Cerita di malaysia yang tak habis-habis dari dulu.... Simbah asid... kira salah satu cabang buli lah jugak ni....bapak simbah mak tersimbah anak sekali.... boifren simbah gelfren, jiran dengki simbah jiran.... dan terbaru entah siapa-siapa simbah siapa-siapa depan sekolah.....

Kalau sekolah pun bukan tempat selamat... nak hantar anak pergi mana? bawak pi opis?





Kalau kejadiannya di sini, kerajaan boleh di saman kerana gagal melindungi masyarakat. Kejadian berulang kali tanpa langkah-langkah pencegahan di ambil.

Tiada apa yang kita boleh lakukan untuk pencegahan ke?
Takdelah kaktek nak bagi cadangan memandangkan berkata-kata itu tersangatlah senang nya (seperti yang kaktek lakukana sekarang ni) berbanding mereka yang buat keje...
Tapi seriously takde apa-apa yang boleh kita lakukan ke?


Kasihan pada mangsa....