Tuesday, August 31, 2010

siapa itu namewee?

Siapa?
ooooh budak yang nyanyi lagu Negaraku versi rap suatu ketika dulu.....

owh... dia buat lagu baru? ada di youtube?
Dang! dia bukan budak! he's 27!! old enough to join military and send to Afghanistan...
tapi dia takmau... dia suka nyanyi.... kerja polis, askar gaji murah tu kerja orang melayu....

Nyanyi lagu apa pula kali ni?
ooowhhh.. pasal guru besar yang tengah PMS tu..... ada video klip lain jugak?
Banyak.....
Pasal puasa yang terpaksa...
Pasal azan subuh yang bunyi macam ayam berkokok...
Pasal TNB malas buat kerja...
Pasal budak sekolah kebangsaan bukan mediumnya bahsa melayu yang terpinggir....


takk...
dia takmau masuk sekolah gomen melayu......
nak sekolah bahasa dia.... tapi bila disuruh pulang kenagara asal... marahhhh.....


emm.....
he's old enough to face whatever consequences .....and he meant what he sung!

jalan mati.. mati kutu...kutu beras... n3 hilang semangat.

Oleh kerana cita-cita menjadi peladang berjaya terpaksa berkubur kerana pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan..... maka terpaksalah menanam cita-cita baru yang tidak melibatkan peng-reboot-an komputer berkali-kali.

Percubaan pertama, menjadi pasaing terdekat Mat Gebu yang dah otai.....emmm... macam takkan berjaya je....

oh tidak mengapa... dimana ada kemahuan disitu ada jalan cuma jalanya high-way atau jalan kampung atau jalan mati bakal diketahui kelak.


Oleh kerana steamer yang ada hanya bersaiz anak tikus.... besar lagi botol cili lingam akan tetapi dengan berbekalkan semangat anak tekak yang mahukan kuih melayu....






TAADAAAA........




Kaler memang dah betul.... kombinasi atas bawah pun dah betul...... rupa paras penuh ...... errr..biarlah menjadi rahsia keluarga...haha.....





Bubur kacang hijau tanpa daun pandan dan doyan.... emm tang ni aku lagi terer... tak cukup bahan pun jadi jugak.... kalau Mat Gebu, sah menjajau kena cari daun pandan dulu... heh... sowi cik Mat...kang rayo den mintak maap...






Roti sardin gulung belum goreng salut telor.... kang dah salut sah hitam tak menarik untuk di posing kan...

Kesimpulannya.... jalan yang aku ambil mahu mengatasi kepakaran Mat Gebu menunjukkan jalan jongkat-jongkit dengan halangan-halangan yang amat menggerunkan....

Monday, August 30, 2010

good bye ladang..... gonna miss you....

Dengan dukacita adalah dimaklumkan bahawa selain NC bakal menyambut hari raya lewat sehari dari Oklahoma dan lewat sehari setengah dari Malaysia, maka saya juga memaklumkan bahawa aktiviti perladangan harus berhenti seketika kerana....


The number one cause of internet browsers crashing is due to flash plugins. For those of you who do not know what flash plugins are, they can be games or videos that are embedded in a website using flash.

Luckily, some internet browsers, such as Safari, have been updated to let the plugin crash without crashing your entire browser. Hopefully more browsers adopt this feature, as flash can crash quite a bit, especially if you are playing FarmVille a lot.Read more: http://computersight.com/software/farmville-the-1-cause-of-crashes/#ixzz0xwQll3nL



Oleh kerana tidak mahu sumber perhubungan bakal terputus secara total dimana kos mengformat komputer sangat mahal di negara maju ini..... emm... apesal negara maju semua barang mahal?

Maka keputusan terdesak ini berkuatkuasa serta-merta tanpa kompromi walaupun sudah mencapai level 26 dalamasa 3 minggu....errr.... selepas aku harvest tanaman terakhir kejap lagi..... sayang pulak wasted pokok-labu aku nanti.......

Maka demikian, aktiviti menghapdet blog akan beroperasi kembali secara aktif.

Sekian, harap maklum.


Yang benar,
Batik binti Pelikat.


jeritanbatinku : huwaaaaaaa...!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

cerita suka-suka belum fikir tajuk..

Aku sambung cerita sekolah semalam yea.

Alkisah...ekk.... asyik nak sebut alkisah je..... kang kena saman plagiat pulak....
Semalam syasya balik beritau cikgu belanja air susu cekelat kat sekolah....

aku : Belanja? apesal cikgu belanja? syasya tak puasa ek?

syasya : syasya penat lepas main playground... syasya sakit perut tengok makanan kat kantin..

aku dalam hati: mak oii.... tahun 2 pun ada slot main playground? patutlah baru 1st day sekolah dah gitau takmau balik sekolah kat seri kembangan.


aku : cikgu belanja semua orang ke?

syasya : cikgu belanja yang tak bawak duit dengan makanan je.

ajik nyampuk : ibu, kat sekolah cikgu kata ada makanan yang free macam cereal, bun dengan pisang... yang lain kena beli.

aku : (dalam hati...) apesal aku dulu tak sekolah kat amerika... huhu...

aku lagi tapi dah bukan dalam hati : ajik puasa tak?

ajik: puasa, tapi cikgu suruh duduk kat meja kantin sama-sama.. cikgu duduk sekali jaga budak-budak...

aku lagi sekali dalam hati.... uh! penat hati aku berkata-kata semalam.. : hah! cikgu duduk makan dengan budak? depa takde kesah nak pi bilik guru gusip-gusip ke... tukar-tukar katalog kuih raya ke?

Syasya : ibuuu..... kalau syasya puasa masa cuti sekolah aje boleh tak? nanti syasya sakit perut kat sekolah....


nyampuk syasya menghentikan lamunan ku.... almaklum bulan poser ni entah kenapa suka ngelamun....

aku : syasya bangun sahur tapi kalau tak larat, makan bekal ibu bagi ek...








Masa isi bekal ni aku pun dah terliur jadinya rasanya dia balik kang sah lunch boxnya kosong.

Aku tak paksa budak-budak ni berpuasa.., kalau rasa tak larat, buka aja tapi alhamdulillah abang dan ajik puasa penuh sejak 2 tahun lepas. Dan tak mahu syasya makan makanan yang aku tak tahu halalan toyyiba nya.


Ni meal card abang.... ambik makanan, sampai kaunter depa scan barcode..., masuk akaun kang mak bapak bayar...



depa ajar anak aku guna credit card dah..huhu...

---------------------------------------------------------

nota tambahan... budak blk sekolah hari ni , aku baru tau susu cekelat tu pun free.....

supir nggak bisa bermalasan lagi....

Kerja-kerja menyupir kembali bermula selepas bersantai bina lemak selama 3 bulan.

Semalam 1st day sekolah dan aku lega sungguh budak-budak takde perasaan kecut perut langsung nak masuk sekolah baru.

Pagi-pagi kerja bapaknya 2 trip hantar ke sekolah. Elementary bermula jam 7.30m hingga 1.45pm dan middle school bermula jam 8.45am hingga 3.45pm.


Kenapa timing masuk sekolah tak sama?
Sebab... depa share bas sekolah..... bas sekolah kaler oren tu kebanyakkan drivernya black lady.... cara pemanduan macam maikel schumacher...

One thing rules kat sini kalau bas sekolah stop turunkan penumpang, kereta belakangnya kena stop jugak... takleh potong.. kalau 2 lane, kereta laluan sebelah pun kena stop. Dengan kata lain.... jalanraya tu mesti kosong kot-kot ada anak orang yang sesuka hati berlari melintas jalan.
Maka tiadalah kes budak kena lenyek van sekolah macam di mesia....alkisah.... (pinjam tag line cik som).

Dalam driving test pun selalu keluar soklan pasal stop driving time bas sekolah stop ni... tolak 4 point dari maksimum 5 point untuk kesalahan langgar peraturan. Kiranya antara kesalahan besarlah.

Time pick up kerja aku..... depan sekolah ada pick-up dan drop off zone. Jadinya parents tak payah keluar kereta nak ambik budak.

Ni gambar aku tangkap dalam 500 meter dari pick-up zone.... panjang woo....



400 meter... kena pusing satu parking lot lagi...





Dah dekat.... 150 meter...




30 meter lagi....






Cikgu-cikgu depa siap tunggu pastikan budak-budak selamat masuk kereta.
Kebanyakkan budak naik bas tapi oleh sbab rumah aku agak kedalam dari jalan besar.. dah alang-alang kena keluar hantar ke bus-stop..atau tunggu kat bus-stop time depa balik, baikle hantar terus ke sekolah.


Cik Mat bangun tidur kebosanan takde kawan... sarung kain aku buat kepompong..




Tuesday, August 24, 2010

ala omak terasa macam aku yg kawen...



Baru dapat tengok video kawen adik aku pada... err... ntah bila dia kawen.. berjanggut tunggu video keluar ha.... 11 julai tu hari..

Kenduri di bahagian pengantin perempuan manakala kenduri di rumah keluarga aku bakal diadakan seminggu lepas raya combine dengan adik perempuan nombor 10 dengan orang jelai.

Korang perhatikan betapa tinggi adik laki aku..... (pssttt... wife dia yang saiz XS punn...).. walaubagaimanapun adik aku memang tinggi so korang boleh bayangkan betapa tinggi si supermodel kakak dia tu...


Kakak dia tu...akulah!

hisshh tu pun buat-buat tak paham! cuma ..... aku ketot sikit.. eerrr... banyak sikit... ngee...

Kredit untuk satuwaktuitu.blogspot dan jejakapukul-3 yg dah tak jejaka dan moga perkongsian hidup itu berkekalan hingga ke hujung nyawa..


jeritanbatinku:.... terkenang semasa dulu...

buka hari sekolah.... (open day school daaa....)


Kelik banyak kali ka harini?
Sorrylah kaktek lambat update... sibuk berladang nak lawan kakjune.

Petang tadi ada open day sekolah. Budak-budak dah tak sabar-sabar nak memulakan persekolahan sampai hilang habis rasa nervous nak masuk sekolah baru dengan suasana baru.... lama sangat tunggu dah.

Aku pun lama sangat melayan bebudak ni menganggur di rumah... eloklah pi sekolah.




Elementary untuk budak kindergarten sampai tahun 5.








Ajik di mesia masih tahun 3 dan syasya tahun 1 bila masuk sini join tahun 4 dan 2.





Kelas syasya...
hadei...jeles sungguh aku. Kat mesia tak merasa kelas macam ni...





Main hallway. Orang dah tak ramai sebab aku sampai lambat tunggu bapaknya tak balik-balik kerja..








Abang di mesia tahun 5, di sini masuk tahun 6 di middle school atau junior highschool.




Depan main office. Yang datang hari ni ramai sungguh latino... terasa macam dok di mexico atau spain.





Hallway ke kelas abang.







Saja nak eksyen gambar yang ditangkap mengikut tips si Patinpasta. Aperture, sharpness dan contrast value di +3 sambil bongkok 44.5 darjah..... tang yang blurr-blurr tu belum blajar.

Sunday, August 22, 2010

tak boleh sukati ponteng skolah taw!!

Email terima dari skolah yang sepatutnya syasya dan ajik masuk di Oklahoma.
Oklahoma start semester baru, semalam, 20hb Ogos manakala NC start sekolah 25hb.

Masa nak pindah NC, aku dah inform union office tapi sah kerani tu malas nak update.



Maka semalam oleh kerana anak-anak aku tidak kelihatan di sekolah, mesej di inbox aku.., inbox abe gapo dan voice mail sekolah siap telefon remind perkara yang sama.

Hadoooiii.... masa di mesia, balik kampung je aku pontengkan bebudak, appointment syasya di hospital serdang pun aku pontengkan juga abang-abangnya, sekolah ganti sabtu pun selalu ponteng...

Sini?... apa nak menjawab takat ponteng sehari dah dapat mesej dan phone call.

Teringat masa di sekolah seri kembangan dulu... sistem ni baru nak implement tapi oleh sebab bukan tajaan kerajaan, pihak yang mencipta sistem sms dan emel ni menjual sistem depa ke sekolah-sekolah dengan harga kurang lebih rm500-rm1000 dan yuran subscribe dari ibubapa di kenakan sebanyak rm10 setahun.

Sebarang announcement dari sekolah samada periksa bulanan, semester, ponteng sekolah akan dihantar melalui sms dan juga boleh log in ke website yang disediakan untuk memantau keputusan peperiksaan.

Masa dok mesia aku tak subscribe pun sebab tak wajib.... mana-mana tak wajib join, aku buat bodo lebih-lebih yang kena keluar duit.... heh heh ....

Habis... katanya surat pekeliling announcement akan di keluarkan dan sistem tu support jikalau surat tak sampai ke ibubapa....
Anak aku 3 yang bersekolah di situ kannnn... mana-mana surat pekeliling yang sekolah keluarkan, aku pasti dapat 3 salinan... maka takde le kes aku tertinggal ketapi.... kalau tang anak ponteng tu errrrr.... aku le yang memontengkannya... hikhik....


Psstt.. mana aku tau harga sistem ni dan kerja detailnya?
haaaa.... laki aku pernah time tanam anggur sekejap tahun lepas berangan nak jadi jutawan juai sistem sekolah ni....

Nanti-nanti ada mood aku cerita kerja-kerja yang dia pernah buat selain kerja telecommunication ni dia pernah tanam anggur, jadi penguasa bomba, ambik test PTD tak lepas...(hikhik..aku lepas taww...), penjual kereta perodua, bisnes kedai komputer... haha... tu time aku makan ikan bilis.....
La ni tengah berangan nak jadi tokeh ladang ayam... tu pasal dia tak bising aku melangok depan farmville tiap hari..... lagi disuruhnya aku blaja jadi manager ladang ..


notakakikurap: thanks kjune rekemen kat saya hardcore-hardcore farmviller.....copat den kayooo.....

Saturday, August 21, 2010

aku kangen, rindu, homesick..

Entah kenapa hari ni hati rasa sayu je... meruntun-runtun rasanya nak balik mesia sekejap.
Sekejap je.... takmau balik terus kang malu kat orang kampung.....

Orang lain datang amerika duduk berbelas puluh tahun, aku datang 3 bulan je..... macam kena buang kerja atau kena deport pulak.

Ramadhan fever kot...... nak balikkkkkkkkk................ huuuu........
Kenapalah abe gapo takde saham 10 juta dengan MAS macam laki si Kaca....!!

Tiap kali kelik blog dia, dia sibuk nak balik mesia... kelik lagi, tengah sibuk nak balik lagi.... kelik lagi, laki dia pulak terbang pi spain... macam naik beskal pi pasor je jaraknya...

Masuk blog orang lain sibuk cerita nak buat apa sambut raya... nak tukar langsir kaler apa.... nak tuka sofa brand apa..... nak balik kampung siapa....

Apartment ni tak pakai langsir... blinder putih bodoh ..., nak gantung lampu kelap-kelip pun taktahu nak cari dimana... nak gantung cemana... malu pun ada nanti terglemer ..Lagipun tiada siapa nak datang beraya..

Jadinya aku spend masa tiap hari mengadap ladang... bilalah ladang aku nak cantik macam ladang k-june.
Susun pokok kaler-kaler, perigi letak kat mana, ayam itik sumbat di mana.., carikan reban.. jual sayur nak cari duit beli traktor.... rasa macam angau pun iya...





Kelik punya kelik jumpa pula gambar lama dalam folder.....huuuuu... izinkan aku menepek gambar untuk menghilangkan sedikit kerinduan....




Laaagi aku nak balikkkk......... !!!

Psstt... gambar dilebarkan untuk efek yang lebih gempak.... jadi nampak macam sebesar padang bola pulak.

Ternampak-nampak cik mat bermain dengan jirannya cik man 3 otomen, tempat tanam pokok rambutan, manggis dan belimbing buluh yang kiok sebelum ditinggalkan..... bukan salah aku depa kiok... salah laki aku beli pokok cinonet... leceh nak jaga...

Apa-apapun aku suka salahkan laki ..... aku yg lupa masak nasi masa dah bangun sahur pun aku salahkan dia...haha.....

Baaalik kampung........
ooooooo balik kampung.....
ooooooo balik kampung....
hati girang........

Thursday, August 19, 2010

kesah chenta agung zaman band gersang...

Kisah cerpen chenta ini khas sambungan dari entry Fields od Diamond dari adik jeet.
Kisah percintaan agung di tahun 90an antara 2 manusia berlainan gender….. sama gender tak mo aaarrrr….

Pencarian diamond dibelakang rumah, luar rumah, di high-way, di pasar chow kit yang bermula entah berapa belas tahun lepas (malas nak kira balik) dan kisah perchentaan yang belum berakhir lagi hingga kini… dan harap-harap hingga ke hujung nyawa err…geli pula menggunakan frasa chenta… lebih tepat menggunakan perkataan kasih sayang bak kata cik som.

Sambungan juga daripada nostalgia mengimbau kenangan dari pokcik komensen dan pokcik en-me, kitapun nak mengimbau jugak…..

Alkisah kerana sungguh tidak mahu adik jeet kempunan mengetahui kisah chenta ku… aku yg tak malu-malu kucing parsi ni tergedik-gediklah nak mengimbau kembali zaman perchentaan tanpa fb, sms akan tetapi aerogramme dan tape recorder saja buat mengubat rindu.
(sapo nak muntah tapi gatai nak baca jugak pi siapkan baldi dulu).

Kehadapan adik jeet…ya bagaimana mahu memulakn bicara pencarian diamond ini ya… mauk dibicarakan di dalam channel Indonesia atau Malaysia?

Malaysia boleh lah yaaa….



Pengenalan pertama bukan cinta pandang pertama sebab mato kaktek begitu rambang dahulu kala… diwaktu abe gapo merupakan senior kaktek (bukan senor spain… dia jawo-melayu) di sebuah pondok pengajian di ibukota….





Ek.. kesah chentanya belum lagi bermula…. kenal gitu-gitu apek saja…. Tiada ujud perkataan dan perbuatan dating atau bercengkerama atau apa-apa perbuatan yang sewaktu dengannya kerana kaktek dahulu kala amat bercita-cita tinggi mahu menggantikan tempat mokcik pidah.









Berangan pi dating dengan che det yang geniyes itu ka.. ..,













abg najib yang encem itu ka….













Bung mokhtar…eekkk takmo..










Tamat pengajian pondok itew kaktek menyertai gerombolan minah karan menyemai tapak kilang elektronik juga di ibukota. (psstt.. kaktek anak bandar… tak biasa dok kampong main parit…ececeh….berlagak!)



Penyertaan masuk kilang disusuli dengan perasaan kesal kerana kumbang ada berapa ekoq je.. letih sungguh banyak sangat competitor yang kesemuanya comel-comel macam kaktek…hek hek…. Dan sangat terang lagi bersuluh bahawa orang macam che det manader kerja kilang..huhu….




Tidak berapa lama menjadi minah karan, kaktek terdetik untuk sambung mengaji kerana usaha keras selama setahun di kilang tidak berjaya mengumpan seekoq kumbang pun… lalat pun tak hinggap… makanya cita-cita naik tarap mengumpan kumbang negara omputih… untung-untung dapat yang mata biru.




Tup-tup abe gapo yang masih tak abis skolah moncol di epot subang anto munger-munger orkid dan bagi killer sentence.

“Akan ku tunggu….. bila tiba saat itew…” – bak lagu Candy… pi cari kat utube, ko sah tak pernah dengar punya..


Kak tek yang desperado teruih jatuh chenta…huhu….awatle tak gitau awai-awai.. melepeh den jaman-jaman tonggeng moto kat kampus macam kawan-kawan aku dulu… hampeh.

Lepeh tu kisah chenta melalui aerogramme dengan tape recorder saja…. Tiada cerita romantic baling batu kat tingkap ka.., ketuk botol bawah beranda ka…joget turun naik bukit antarabangsa ka…




Abeh skolah, kawen….. tada……







Cerita selanjutnya bagaimana diamond kaktek sedap berdengkur ketika anak kecik merengek mahu susu…, diamond kaktek buat-buat lupa gimana cara mahu basuh berak anak, diamond kaktek merengek tak abes mahu kaktek boyot perut lagi buat menyambung generasi.... itu cerita dilain siaran…. Sungguh letih mahu diimbau kembali…


Sekian, harap maklum….

dentist dah pi.. pediatric dah pi... nak kemana lagi ya?


Semalam ke pediatric.
Nak beli krim pipi ajik ada tompok putih.

kalau kat mesia pi je farmasi mintak krim panau.....
sini tak boleh... kena ada prescription.

Samada depa nak jaga clinic-clinic dan insurance company takut bankrupt kalau farmasi senang-senang boleh release ubat... atau ubat-ubat banyak dalam kawalan takut di salahguna.... atau.... saja suka-suka buat procedure...




Taklah susah nak jumpa pediatric pun...leceh je... aku dah biasa dok pekan koboi kan..... lagipun aku memang suka membebel kan....






Aleh-aleh doktor kata bukan panau pun..... kekeringan melampau je...chaiss.... terbang duit aku 20 dollar...
Dapat krim sample-sample bodoh... takyah pi farmasi pun...


Pagi tadi pergi lagi pediatric...untuk Syasya punya asma... errr... sebenarnya aku yang nak asma inhaler tu tapi aku kelentong le Syasya yang nak... kang balik rumah aku juga yang mengabihkannya.

Bayar lagi 20 dollar.... kira upah consultation kot... entah apa yang depa claim kat insurance company kalau aku dah bayar $ 20 tu?
Ubat pun tak dapat.... dapat prescription je... pi beli sendiri kat farmasi.
Laaaa.... insurance aku bayar apa kalau ubat pun guna duit aku? huh!

Makanya first hand experience dengan dentist dah dapat...... public service department untuk lesen dah deal .... sekolah dah enroll.... apa lagi? gynecologist je belum...huwaaaa..... takmoooooo!!!!!!
kilang dah tutup!!...

Tuesday, August 17, 2010

back to school fever..

Bulan puasa ni aku slow sikit update blog.... walaupun bukan alasan yang boleh diterima semua kerja kena slow dalam bulan puasa...... kang kena tazkirah pasal perang zaman nabi kang...

Deman kembali ke sekolah sudah bermula.....
Isnin depan open day sekolah dan Rabu budak-budak mula bersekolah...yeay.... boleh aku berladang dengan aman..... ladang farmville tau..... otak jangan kuning.

Walaupun dulu aku selalu kutuk orang yang spend masa main farmville sedangkan aku melangok depan forum berejam-rejam...heh...... oleh sebab dah tak aktif forum, rumah kecik takde apa nak cuci selalu....emm....... yoklah join kjune dan kak-s22 jadi budak-budak main game....
Ooooo tak lama pun main benda-alah ni... sekali login, harvesting, planting... 10-15 minit je...
Bila tak main takleh le nak ceritakan...... kann....

Cuma zaman farmville dah agak slow banding masa mula-mula ia diperkenalkan fb dulu so slowlah jugak farm aku nak membesar...huhu.....

kjuneeeee........ papan dengan paku saya belum cukup!!

Dan.... aku pecah masuk akaun farmville anak-anak aku, paksa mereka jadi neighbour dan hantar gift pada aku tiap hari... kihkihkih....

Back to school fever..... sekolah free tapi ada school supply yang aku kena sediakan....
pilah shopping kat Staples... depan rumah je.

Minggu lepas ada hari tanpa tax...beli apa saja tanpa tax tapi malas nak berebut-rebut dengan orang ramai dan anak-anak.....






Gedebak-gedebuk aku spend lebih sejam dalam tu dengan pertolongan staff staples... kalau takde orang tolong mau 3 jam tak keluar.

Detail giler school supply elementary depa mintak ni...... pencil pouch kena ada yg tebuk 3 lubang kat tepi...plastic tak mau, tebung 2 lubang pun takmau...takde lubang pun takmau... notebook ada berjenis-jenis...spring kat tepi, composible marble notebook, wide-ruled notebook with spring, wide-ruled notebook paper, divider ada pocket, folder ada prong, yang takde prong.... terjojoi biji mata aku mikirkan apekemende prong nih.....

Crayon, highlighter kaler kuning dan pastel saja, binder, pencil ada eraser kat belakang, pencil ada yang dah siap sharpened...tissue, wet tissue, printer paper, handyplast...

Tambahan calculator untuk abang, lunch box untuk ajik dan syasya...

gedebak-gedebuk...abeh $180 !!!.... dollar weih.... nangeh aku!!.....

Tu tak beli beg sekolah sebab dah ada.... kalau tidak, tambahan $25x3 budak.






Semalam keje aku bahagi-bahagikan tuan punya barang.

Sat lagi nak pi pediatric clinic pulak...... nak beli krim panau pipi ajik je.... pun kena mintak prescription. Banyak sangat procedure kat sini... leceh.

Monday, August 16, 2010

aku memang tak kayo, omputih pun taklah kayo.. sapo yg kayo?

Semester baru sekolah bakal bermula seminggu setengah saja lagi. Oleh kerana pakaian bebas, banyaklah baju nak kena tambah untuk budak-budak ni.... kesian pulak memikirkan tiap Isnin ulangan baju yang sama sebab baju yang semenggah ada ngam-ngam untuk seminggu je.....

Yelah... kat mesia pakai uniform kan... .. ulang-ulang pakai tiap hari pun tak kisah... jadi orang tak tau yang aku semekin ... aku berlagak kayo je selama ni...hikhik....

Baju-baju wal-mart dah puas borong.... sehelai $3.50 pun ada. Untuk baju sekolah bapaknya kata biarlah berjenis sikit.... maka yoklah kita pi ronda kononnya ke "the biggest tourist attraction mall in charlotte"....



Concorde Mills....... bagi depa ni ala-ala KLCC la..... bagi aku, ni 1/5 dari sunway pyramid....

Tempat ni tumpuan factory outlet.... branded yang sedikit murah tapi masih mahal dari barang wal-mart.
Selagi tak pergi... takde cerita kannn... yoklah kita pi....





Hah!!!.... mulalah terjojoi bijik mato korang nampak coach factory outlet!!

Begnya murah le dari outlet luar tapi limited optionla.... aku takde duit so aku tak masuk dalam kedai... jangan tanya macam-macam!





Borong baju budak di Nautica.... err... glemer ke Nautica ni? ntah...aku kan buta brand...
Harga online dalam $29.50, di outlet boleh dapat 30% off.

Ada Polo factory outlet, Guess, Osk-Kosh, Anna Klein ke sape ntah, Banana Republic... dan macam-macam.






Konon je barang branded... konon je omputih nampak kayo pakai barang branded..... aku memang tak kayo...

Orang china pun tak kayo..... abeh sapo yang kayo?





-------------------------------------------------------------------------------



Selingan kipap putar untuk iftar di masjid malam sabtu lepas....

Oleh sebab aku ada saksi jiran geblog yang memang nampak real aku kelim kipap putar dengan keliman maut yang teramat mabeles....(saja bold tulisan berlagak tak abes) aku berani tepek gambo kat sini tanpa watermark...

Malas nak letak watermark..... timing aku pakai laptop amat limited dengan sibuk nak berladang lagi........

Tengkiu kjune selalu derma pagar buat ladang saya..... nanti saya anto kambing untuk rendang rayo....




Coach depan tu bukan aku punya....

Aku masih pakai beg hanoi..... kan dah cakap aku berlagak je macam orang kayo....

Friday, August 13, 2010

menantuku Jennifer....

Semalam aku tak update sebab dok godek-godek blutut laptop ni entah kenapa manjang error connection. Aku nak transfer gambar dari henfon, kabelnya tertinggal di mesia. Nak sms ke email, henfon tu takde coverage sebab dual-band jadi digunakan untuk tangkap gambar bila-bila malas nak angkut kamera ke hulur kehilir.

Aku benci benda-benda hitech ni bila rosak. Kalau buat karipap rosak, nampak apa yang perlu di betulkan..... kalau isi karipapnya masin, tambah le pak aji sekilo dalamnya, kalau kulitnya koyak, gelek lah balik..... kalau abis semua tak jadi, buang... beli yang dah siap....

Kalau laptop problem....hekkk... nak buang?

Mini laptop dah sebulan dok dalam stor kena virus. Nak reformat, orang sini kononnya tak pakai pirate software.... udah kena beli windows original dalam $150 kot dan campur upah reformat aku dah boleh beli mini laptop baru..... serious tak tipu...

Kalaulah jarak mesia-usa macam kl-jb..... tiap minggu aku balik....boleh format laptop bagai..
eh... tiap hari le aku balik semata-mata nak pi bazar ramadhan...heh....

Tapi takpe... aku belum nyanyuk untuk tidak dapat memikirkan idea macam tak canggih ini untuk mengatasi masalah blutut ni...

Ambik kamera, super close up kat skrin henfon.... maka sila maklum bahawa gambar kurang jelas bukan kerana henfon cap ayam belanda macam jiran geblog sanun ek.... heh..... aku advance lagi tawww.....


Aku skodeng cik mat hilang masa tunggu abang-abang kakak prektis taekwando....







Jangan marah...... cik mat yang berdahi gurun sahara itu punya daya tarikan.....





Bapaknya bilang...... bagus..bagus..... anak jantan bapak....

Thursday, August 12, 2010

satu cerita di pagi puasa yg tak jadi puasa..

Lambat sikit aku update entri hari ni.... bukan letih berpuasa..
Malam tadi dah sediakan lauk bersahur, masak nasi bagai..... tup-tup pukul 12 malam sms dari abg Azihan, AJK Masjid beritahu puasa start Khamis.....
laaaaa....... den dah semangat berkobar-kobar menunaikan rukun Islam ke 3 ni...
cepat puasa cepatle raya....

Oklahoma dah start puasa hari ni..... maknanya depa raya awal....
emm..... korang fikir apa yang aku fikirkan?....


Kisah di pagi yang sepatutnya puasa tapi tak jadi puasa...


Eden : Bah... apesal lauk minggu lepas sempat sampai khamis, ibu suruh beli lebih tapi minggu ni Rabu dah abis?

laki eden : hah? bah bali banyak tau...ayam je 7 paun.. campur daging, lamb dengan ikan lagi..

eden : ibu suruh beli ayam 10 paun kan...

laki eden: 10 paun tu serious banyak tau !! BANYAK SANGAT!! ... masa kat mesia bah beli 3 kilo je boleh cukup seminggu....

eden dalam hati : nasib baik tak puasa.... kalau tak mau batal puasa tensyen masuk dapo makan maggi!!

eden : bah..... (suara dari ayu ke garau...) kat mesia bah tak balik makan tenghari.... ibu pulak bawak bebudak makan kat jasko..... jangankan 3 kilo, sekilo pun cukup..

eden lagi (nak sambung bebel udah namanya pompuan kan....) : apa.... bah hengat bah pi keje ibu dendiam ratah lauk kat rumah? bah tido malam hengat ibu dendiam masuk dapo perabihkan lauk?!!

laki den ... senyum kambing!!...


Moral cerita.... kalau lelaki mandai-mandai nak buat budget barang dapur, ginilah jadinya........




Pi kedai asia depan rumah....




Sambal indon, sambal thailand...






My peberet!!!!! my peberet!!!!







Raya nanti mai le rumah auntie Tek..... berapa kilo korang mau?


Wednesday, August 11, 2010

cerita tak best...jangan baca!!

Kan aku dah bagi tajuk jangan baca....... korang kelik jugak apesal....?

Takde gambar candid terbaru... tak sempat skodeng....
anak aku kan mpatbelas...


Pagi tadi je dah habis 2 jam kat dental clinic. Doctor ni pantang dengar ada insurance coverage, cecepat je dia buatkan appointment untuk-anak aku semua....

Udahle takat cleaning je ambil masa hampir sejam... 2 budak dah 2 jam..

Gedebak-gedebuk sengaja pi cari lobang lah, cavity lah..plague lah.... mestilah jumpa memacam kan... tulah doktor ni.... ja'at ek.....
Tau-tau bagi aku list treatment kasik perabih insurance coverage ....

Huh.. pandai betui bisness... kalau aku dulu belajar pepandai jadi doktor gigi, aku pun buat cenggitu gak...heh...


Masa balik dari klinik.... haaa.... ada cerita ni....

Tengah kelam kelibut keluar dari kereta, keluarkan cik mat..., kutip bekal air ngan bekal sosej aku piknik kat klinik tadi....


Secara tiba-tiba.....


Ada sebuah sedan biru berhenti mengejut belakang kereta aku!!



SCRETTTTTTTT!!!!!!.....

bunyi tayar... bukan bunyi hembus hingus...




Ada mamat black dalam kereta menjerit-jerit sambil memandang tepat kearah aku...








Mamat tu kalau gorjes macam ni.... jeritlah apa-apapun ...ahkak rela...... awwww....







Tapi kurang sket gorjes .... tapi masih gorjes lah jugak..... ala-ala muka Seal Klum dengan singlet biru.... dengan bicep berketul-ketul...





Macho ganas...... ahkak tatutttt...... ada anak-anak kecik je... laki takde... kang dia keluarkan kayu ke... pistol ke mana aku nak lari....



Asalnya aku buat-buat tak pandang je.... malas layan pun ada... bukan aku kenal dia pun. Aku tak kacau dia, buat apa dia nak menjerit-jerit kat public depan apartment aku sendiri...


Badan aku kecik je.... bukannya ancaman pada dia pun..... buat apa kacau aku!!!!!!!!!


Kenapa kacau akuuuuu!!!!!!!!!!!!!! jeritan batinku.....


Apa? korang hengat aku berani nak jerit balik?

Asalnya dia jerit aku tak dengar buah butir.... dia jerit lagi....
Thennnn..... aku dengar dengan jelas apa yang dia jerit....




Korang rasa apa yang dia jeritkan?



1. oi awek asia yang cung.... nak pi mana....

2. oi aku nak berkenalan boley tak?

3. oi ghamainya anak tapi masih cung?

4. oi you duk sini ke kang kita pi dating boley?

5. oi tu anak sedara ke? you lom kawen ek?


Jawapannya............


aku bagi esok boleh? heh heh........
.
.
.

Jawapangnya.....

.
.
.
.
.
.
.
.
saja nak bagi panjang entri....
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Assalamulaikum..... !! my name is Mohamad Ali...!!
I saw you wearing hijab.... my sister is wearing hijab too....
Happy Ramadhannn......



Moral story nyer..... bersangka baik le weih..... SELAMAT BERPUASA!...