Tuesday, August 3, 2010

daftar sekolah dan doktor gigi itu tak reti cakap melayu...

Tengahari semalam bawak budak-budak ke Family Application Center untuk daftar sekolah buat kali yang kedua dalam masa sebulan setengah.

Harap-harap kali ni jadilah masuk sekolah betul-betul... jamin tak berpindah lagi dah.


Sampai center jam 2.30 tghri, settle kerja jam 6 petang!!...
Adeh... dengan ramai budak, takde tempat main... cik Mat bermain dalam locker jacket dengan anak Mexican mana ntah.

Bangunan nya takde kantin, takde vending machine jual snack ... takde apa..... walaupun lepas lunch hour entah kenapa aku rasa lapar sangat masa tu....
Yang ada cuma drinking water fountain tu je.....
Aku minumlah sikit.... minum sikit lagi.... dan sikit lagi.......
Menjelang jam 4 petang abe gapo tanya , "nak bah belikan apa-apa tak untuk ibu berbuka.?..."

HEEEKKKKKKKKK!!!!????....

Laaaaa........... aku puasa daaaaa..... patutla haus bebenorrrr...........hahahaaa....

Lama stranded kat center sebab menunggu budak-budak ni ambik English test. Ada 4 module.., reading, listening, speaking dan writing. Aku tak kisah depa tak lepas........ anak-anak jawa-melayu...


Oleh sebab abang paling besar, result dia paling baguslah.... adik-adiknya habis ke laut..








Maka depa dapat souvenir dari center....

Jangan terkejut... sebab aku dah terkejut dulu...

PURCHASED WITH STATE OR FEDERAL FUNDS ....katanya.....






Nanti dah mula bersekolah budak-budak dapat tutorial khas english language masa bukan time belajar major subject.
Ok gak...... kalau kat mesia dulu spend beratus bayar yuran smart reader syasya, sini dapat free.

------------------------------------------------------------------------

Lepastu cerita pasal pi dentist pulak pagi tadi. Aku dah kecut bila baca review kat internet, tampal gigi je kena $200-300. .... haaaa.... kena $379 tau.... dollar tauuu.... bukan baht.... tampal gigi je....





Oleh kerana ambil family dental insurance bayar $16 je tiap bulan untuk whole family, sebatang gigi pi dentist dah tersangat-sangatlah balik modalnya.... puas hati sungguh!

Laki aku lega bayar 20% je dari total treatment...which is $73.

Walaupun dental cost kat malaysia jauh lagi murah.... tampal berapa? rm60 je kan?
Haaaa..... gigi aku ni di korek balik filling lama.... mana taknya dentist kat mesia belasah tampal gigi tu dengan cavity sekali kat dalam tak dibuang..

Sejam menganga tadi....

8 comments:

Bloom said...

dh dpt tutup ke mulut tu kak tek??? hehehe!!!!

keen said...

Adventure sungguh kan dok sana? Orang tak dapat pergi, baca pengalaman orang je la... hehe..

ahkakbatik said...

takleh mengunyah lagi bloom.... tampal gigi je tapi enjek biusnya ngalahkan orang nak beranak!

saya pun rasa adventure sungguh kak keen.... sejak sampai sini, sampai la penat tak hilang.. ada je benda belum setel...

BaNaNaS! said...

aku skip bab dental sebab dental aku kampeni bayor leh eksen ngan ko hohoho....

keen said...

tampal gigi ada bius?? sini tarak bius pun....

ahkakbatik said...

pisang, ko skip cerita takpe.... tapi jgn skip kelik naikkan konter aku...

kak keen... tu pasai rege mahei... kat mesia hidup-hidup depa korek cavity.....ganeh juga org kita.... org sini mengada..

PatinPasta said...

Ahkak,

Dok tergelak bila baca kat part baru tersedar diri posa. Huhu! Patut la nikmat sungguh air tuh ye.

Mahal ek dental kat sana. Nih kira setel gigi untuk raya la nih? Buleh kunyah rendang dan seangkatan dengannye dengan penuh konpiden, kan? :D

ahkakbatik said...

aida, ha... tulah.... air paip tu rasa sirap...sodap ya amat.

errr... ko nak kirim akak rendang sepanyol ke? boleh ajo...nanti akak bagi adderess....heh.... sekilo tak cukup taww...