Thursday, August 19, 2010

kesah chenta agung zaman band gersang...

Kisah cerpen chenta ini khas sambungan dari entry Fields od Diamond dari adik jeet.
Kisah percintaan agung di tahun 90an antara 2 manusia berlainan gender….. sama gender tak mo aaarrrr….

Pencarian diamond dibelakang rumah, luar rumah, di high-way, di pasar chow kit yang bermula entah berapa belas tahun lepas (malas nak kira balik) dan kisah perchentaan yang belum berakhir lagi hingga kini… dan harap-harap hingga ke hujung nyawa err…geli pula menggunakan frasa chenta… lebih tepat menggunakan perkataan kasih sayang bak kata cik som.

Sambungan juga daripada nostalgia mengimbau kenangan dari pokcik komensen dan pokcik en-me, kitapun nak mengimbau jugak…..

Alkisah kerana sungguh tidak mahu adik jeet kempunan mengetahui kisah chenta ku… aku yg tak malu-malu kucing parsi ni tergedik-gediklah nak mengimbau kembali zaman perchentaan tanpa fb, sms akan tetapi aerogramme dan tape recorder saja buat mengubat rindu.
(sapo nak muntah tapi gatai nak baca jugak pi siapkan baldi dulu).

Kehadapan adik jeet…ya bagaimana mahu memulakn bicara pencarian diamond ini ya… mauk dibicarakan di dalam channel Indonesia atau Malaysia?

Malaysia boleh lah yaaa….



Pengenalan pertama bukan cinta pandang pertama sebab mato kaktek begitu rambang dahulu kala… diwaktu abe gapo merupakan senior kaktek (bukan senor spain… dia jawo-melayu) di sebuah pondok pengajian di ibukota….





Ek.. kesah chentanya belum lagi bermula…. kenal gitu-gitu apek saja…. Tiada ujud perkataan dan perbuatan dating atau bercengkerama atau apa-apa perbuatan yang sewaktu dengannya kerana kaktek dahulu kala amat bercita-cita tinggi mahu menggantikan tempat mokcik pidah.









Berangan pi dating dengan che det yang geniyes itu ka.. ..,













abg najib yang encem itu ka….













Bung mokhtar…eekkk takmo..










Tamat pengajian pondok itew kaktek menyertai gerombolan minah karan menyemai tapak kilang elektronik juga di ibukota. (psstt.. kaktek anak bandar… tak biasa dok kampong main parit…ececeh….berlagak!)



Penyertaan masuk kilang disusuli dengan perasaan kesal kerana kumbang ada berapa ekoq je.. letih sungguh banyak sangat competitor yang kesemuanya comel-comel macam kaktek…hek hek…. Dan sangat terang lagi bersuluh bahawa orang macam che det manader kerja kilang..huhu….




Tidak berapa lama menjadi minah karan, kaktek terdetik untuk sambung mengaji kerana usaha keras selama setahun di kilang tidak berjaya mengumpan seekoq kumbang pun… lalat pun tak hinggap… makanya cita-cita naik tarap mengumpan kumbang negara omputih… untung-untung dapat yang mata biru.




Tup-tup abe gapo yang masih tak abis skolah moncol di epot subang anto munger-munger orkid dan bagi killer sentence.

“Akan ku tunggu….. bila tiba saat itew…” – bak lagu Candy… pi cari kat utube, ko sah tak pernah dengar punya..


Kak tek yang desperado teruih jatuh chenta…huhu….awatle tak gitau awai-awai.. melepeh den jaman-jaman tonggeng moto kat kampus macam kawan-kawan aku dulu… hampeh.

Lepeh tu kisah chenta melalui aerogramme dengan tape recorder saja…. Tiada cerita romantic baling batu kat tingkap ka.., ketuk botol bawah beranda ka…joget turun naik bukit antarabangsa ka…




Abeh skolah, kawen….. tada……







Cerita selanjutnya bagaimana diamond kaktek sedap berdengkur ketika anak kecik merengek mahu susu…, diamond kaktek buat-buat lupa gimana cara mahu basuh berak anak, diamond kaktek merengek tak abes mahu kaktek boyot perut lagi buat menyambung generasi.... itu cerita dilain siaran…. Sungguh letih mahu diimbau kembali…


Sekian, harap maklum….

14 comments:

:cahya schatz: said...

peewwiiiittt....

CS said...

Psst AB, boleh percaya ke dgn kata2 CikSom tu?? :-)

Mahap tak baper paham. Diamond tu siapa? Neil Diamond ke? *sambil siul2 pandang siling*
Takde lagu fevret masa berchenta?
FYI, siCandy tu dah menyanyi semula ek?

ahkakbatik said...

eleh cahya...hengat ko jek boleh mengimbau-ngimbau... jeles le tuh dengan karya agung penceritaan kaktek nih.



cik som..

ha-ah lah... saya pun bukan caya sangat ngan pernyataan "ciksom" tu... tapi dah kes suka kopipes kannn....

diamond tuh sambungan entry dik jeet pasai dia dah gatai nak kawen... tengah cari diamond untuk sponser makan minum sampai akhir hayat macam kita ni kan cik som kannnn.........
sape suh depa kawen ngan kita kannn....

ahkakbatik said...

ekkk ado lagi soklan cik som saya lupa jawap...
wat ciksom ni kalo tuleh banyak no soklan kepochi hahhhh!!!???

lagu chenta ado.... dah tayang dulu..nanti saya ulang tayang...nasibla yg nk muntah tengok ulang tayang ni kang..

candy nak nyanyi balik? takyah lah..dah tuo.... diala dah tuo...saya belum.

CS said...

AB
Timakasih jwb SK (soklan kepochi). Malu bertanya sesat jalan, kan?? Tulah I tanya you tuu..

SiCandy tu berkolaborasi menyanyi dgn 2-3 yg lain. Hubby dia galakkanlah tu. I tak minat Candy tapi tivi yg bawak cerita kat I.

~jeet~ said...

ahkak...walopon xde publisher, blogspot sedia memberi khidmat ;) okla tu, sy ingat saga 2-3 page chenta agung kak tek..jenuh gak saya nak bayo royalti karang..hehehe..

p/s: satu lagu itu, sy tgh skolah lagi..skrg buat jadik lago karaoke jer ;p

dieya said...

pheeeweeet! dapat gak kita baca kisah chenta kak tek ngan abe gapo yek.

takpelaa kak tek.. abe gapo tu takmo bawak tonggeng moto kat kampus pasal nak bawak naik kapal tobang gi amerika trus!

skrg ni diamond bagi bunga orkid lagi tak?

BaNaNaS! said...

huh lagu nih jaman ai tadika dulu2.. adakah ahkak batiks umo 50an dah..eewwwwww....

kaca said...

ahhhh ko memang Koch Koch Hota Hai la kaktek...

ahkakbatik said...

AB... saya pun tak minat candy.. la ni selera tak sedo diri ke akademi fantasia.... afundi...afundi!!


jeet... cerita macam perasan besh takleh panjang2 sangat.... yg pendek ni pun ko tak bayo royalti...apalagi yg berpage-page..



dieya..
ado... bunga tiap bulan ado....bunga utang bank!

ahkakbatik said...

pisang...
ko tadika kat planet mana ha? aku dulu tadika nyanyi lagu rap taw..



kaca...
owh... nak kaktek sambung cerita pasal guling-guling hindustan kaaaa..... meleleh air liur ko kang sapo yg susah kena ganti poser... heh..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sekeh je kaktek... bangunla dia buat susu

ahkakbatik said...

eleh... tu ayat hampeh org bujang kaktek dah masak sangat dah....

nanti kawen abg basuh berak anak ek... buat susu budak ek...
ceh! hang pi kawen dulu!

PatinPasta said...

Kak Tek,

Tuh dia.. bibit2 telenovela gitu! Hehe!

* tak tonggek motor kira bagus la, tak kena cekup dek Pak Guard kampus, kan? :D