Thursday, August 19, 2010

dentist dah pi.. pediatric dah pi... nak kemana lagi ya?


Semalam ke pediatric.
Nak beli krim pipi ajik ada tompok putih.

kalau kat mesia pi je farmasi mintak krim panau.....
sini tak boleh... kena ada prescription.

Samada depa nak jaga clinic-clinic dan insurance company takut bankrupt kalau farmasi senang-senang boleh release ubat... atau ubat-ubat banyak dalam kawalan takut di salahguna.... atau.... saja suka-suka buat procedure...




Taklah susah nak jumpa pediatric pun...leceh je... aku dah biasa dok pekan koboi kan..... lagipun aku memang suka membebel kan....






Aleh-aleh doktor kata bukan panau pun..... kekeringan melampau je...chaiss.... terbang duit aku 20 dollar...
Dapat krim sample-sample bodoh... takyah pi farmasi pun...


Pagi tadi pergi lagi pediatric...untuk Syasya punya asma... errr... sebenarnya aku yang nak asma inhaler tu tapi aku kelentong le Syasya yang nak... kang balik rumah aku juga yang mengabihkannya.

Bayar lagi 20 dollar.... kira upah consultation kot... entah apa yang depa claim kat insurance company kalau aku dah bayar $ 20 tu?
Ubat pun tak dapat.... dapat prescription je... pi beli sendiri kat farmasi.
Laaaa.... insurance aku bayar apa kalau ubat pun guna duit aku? huh!

Makanya first hand experience dengan dentist dah dapat...... public service department untuk lesen dah deal .... sekolah dah enroll.... apa lagi? gynecologist je belum...huwaaaa..... takmoooooo!!!!!!
kilang dah tutup!!...

8 comments:

T said...

Kak Tik,
Kalau you ada pcp (primary care physician), you boleh call jer for prescription. Cakap jer you have conjunvitis, or sakit tekak, or mabuk laut, anxiety, they would just fill the prescription over the phone. Mine, dia siap hantar the prescription electronically to my pharmacy. So, I would just pick it up bila the pharmacy call I.

For a healthy person, doctor tu jumpa sekali setahun for annual physical check-up or as needed (as in bila call, dia suruh buat appointment for whatever reason). So, for example kalau batuk you tak baik after 1-2 weeks, most likely kalau call, they will prescribe antibiotic or and ask you to get tested for Strep Throat or Staph infection.

Yeah, the system is a bit different than Malaysia. But I really like the fact that I can just call and have my prescription ready without having to waste my time at the doctor's office, besides that is where most of the germs are. They are heavy on paperwork though. That's one thing I hate, I get billed for stuff from like last year and so on. If only they can get more efficient in that aspect.

somuffins said...

AB
Dgn penjelasan T, sebanyak sikit dpt gak menolong bebila I nak hijrah ke US nanti, kih3. Masa I keje dulu, selalu juga berinteraksi dgn Plant di Charlotte. You duk situ ke? *ampun soklan kepochi*

Psst.. kita belum katam baca manual hp. Tu sbb masih takde gambo. I pun dah sengal2 sendi lama dah tak tampal menampal :-)

Aida Rezuan said...

Kak Tek,

Hmm.. betul gak ek. Sampai $20, pastu nak kena beli ubat lagik.

Hmm.. sini tak de lak kena bayo untuk consultation and if bawak paper prescription, harga ubat pon memang murah bebenor. Ubat saya 3 kotak dalam 12eu.

* lain tempat lain peel nye

ahkakbatik said...

T,
the doctor did mention about calling for refilling the prescription tapi masa tu i tak paham. Sebab dia mention perlu jumpa my dotter dulu sebelum prescribe apa-apa.
oo mungkin kes sakit biasa-biasa ... kes asma ni berat sikit kot...



oooo cik som... i pun tengah belajar dari T lagi ni...tak abis-abis lagi...


Aida,

tu lah pasal... kat swiss pun takyah bayar apa-apa.. sini kata je insuran , siap ambik copy medical card tapi tetap kena bayar $20 per visit...
insuran pula kata cover 80% je..20% nanti kena bayar sendiri...lorrr...
yg terbang $20 tu untuk kemende?
ubat boleh tahan mahal pulak tu..

bilalah akak nak jadi pewaris jutawan nigeria nih...cepatla...cepatlaa...

ahkakbatik said...

lupa jawab soklan kepochi cik som...
iyer kita dok kat south charlotte... jgn lupa mai bawak kicap kipas udang minimum 3 botol besar.... depends berapa malam nak tumpang tido ek....

~jeet~ said...

bab ni sy takleh menyampok...tau-tau bayar singgit tunggu setengah hari kat klinik kerajaan..takpon kat hosp besar bahagian pesakit luar..;p

kaca said...

Puan Seri Batik,

Salam tandang. And Happy Ramadhan. dan minta izin add kat friend list di blog.

-kaca yang kudus, tulus, mulus dan seksi.

en_me said...

bukak je kilang baru.. ahaha

salamm ramadhann akak batik tewww..