Wednesday, June 29, 2011

anak bulan belumlah nampak.... matahari terik!

Paneh weh..... rasa nak berkemban je...
semalam 39C.... jiran mokcik Debra bilang, August lagi paneh.... time thanksgiving pakai short je.....
err.... thanksgiving tu bila? heh.....





dia taktau kaktek sekeluarga nak puasa bulan August nih...
beritau kang mau pengsan..

Telefon yang baru masuk line 3 hari lepas berdering-dering je orang marketing sibuk nak jual barang...
nak jual alarm system lah..., insurance lah....
lama-lama kaktek angkat tepon cakap melayu.... malas nak layan.

Esok nak bawak budak-budak pi klinik cucuk imunisasi..... penting sungguhlah imunisasi kat sini....sikit-sikit nak cucuk...sikit-sikit nak cucuk....
Nak masuk sekolah wajib complete cucuk...

Lusa ke optometri pulak. 3-3 buat spec baru... insurance company baru... belasah betul-betullah.

Kendian fikirkan nak sunatkan ajik pulak....

Since kat sini circumcision depa buat masa newborn baru insurance cover sebagai cleanliness tapi oleh sebab ajik dah 10 tahun, di kira cosmetic maka insurance tak cover..... hadeh.
Dan potong-potong gunting ni dah di kira surgery maka kena masuk sepital..... kaktek dah phobia dgn bil sepital nih.

Nak je kaktek cari klinik-klinik belakang kedai daging yang boleh tolong sunatkan ajik...heh..






Kak June bilang.. tunggu aja 2 thn lagi balik mesia baru sunat..... mualaf yang lebih dewasa pun ada yang baru sunat..... waaaa......
idea penjimatan yang amat bernas....

tapi ajik dah kena seru untuk bersunat... manjang mintak pulak... kesian pulak nak tangguh.

Thursday, June 23, 2011

mari kenali Plano.... tak kenal maka tak chenta..

Plano's land area adalah 72 sq miles dengan kepadatan penduduk sebanyak 250K berbanding KL 94 sq miles dengan kepadatan penduduk 1.4 juta orang.

Plano merupakan kawasan komersil yang kaya dengan pendapatan purata isi rumah sebanyak $78,700 setahun..... gaji cikgu dalam 40-50K untuk perbandingan.

Maka, ramailah suami isteri yang bekerja dengan jumlah anak yang sedikit.... dan maka itu juga terkial-kial abe gapo mencari 3 bedded room apartment di Plano untuk anak-anak mpatbelas nih.

Majoriti cuma 2 bedded room apartment dengan kadar sewa $800-1300 dan kalau ada 3 bilik pun sewanya diantara $1200-1800.


Selepas tolak, campur, bahagi, kali, kau tolak aku, aku tolak kau....

Anak mpatbelas memang kena cari rumah.... dan kadar sewa sebuah rumah banglo 3 bilik ni... chewah... sedap betul sebut dok rumah banglo kat orang msia nih...ngeh..... sewa rumah kaktek adalah $1300.

tetapi... rumah kaktek buuuukan di kawasan Plano! bukan.... bukan.... tak dapatnya kadar ni untuk rumah di Plano....den sayang duit nak bagi orang.... dan den sayang sangat kalau orang nak bagi duit kat den... heh.

Tempat kaktek adalah The Colony.... ala-ala kerja kat Putrajaya tapi tinggal di pekan koboi Seri Kembangan la.... ambil masa 8 minit untuk abe gapo sampai ofis..... walking distance ke elementary school dan 3 minutes driving ke middle school.


Memandangkan kampeni baru abe gapo dan kebanyakan company besar di sini ada mutual agreement dengan Texas Union, loan keta ka... moto ka.. beskal kaa... bot ka..... senang-senang boleh approve tanpa deposit dan free drive untuk 3 bulan pertama.

Meleleh je air liur laki aku nengok kereta canggih-canggih kat parking lot ofis ..
jangan ngada!... takat drive 8 minit, naik beskal pun tak sempat berpeluh.



Hall.... sofa, meja makan, washer-dryer kaktek beli di craiglist sementara trailer uhaul belum dipulangkan. Jimat transportation cost dan beli direct dgn owner terdesak nak pindah state.




Dari pintu depan..




dari dapur..




Katil cik mat beli dari ikea..... seronok dia tidur kat situ.... ibu pun seronok takde budak menyelit bawah ketiak malam-malam ....bapak budak pun seronok tak payah berebut nak menyelit bawah ketiak .......hermm...






Backyard..... nanti cari palang sidai baju.... cuaca...36C!!

Wednesday, June 22, 2011

from Texas with LOVE....

Baru sejam setengah tadi cable tv dan internet connected.... waa.. 200 emel.....femesnya aku....... tapi 195 notification dari group listing ex-schoolmate facebook, 5 je khas untuk kaktek...ceh!


Khamis tengah malam minggu lepas, bos sampai dari airport.., packing pun dah siap... lingerie victoria secret tak sempat beli pulak....ngeh.

Jumaat pagi sumbat semua dalam trailer uhaul. The cheapest way untuk pindah... sendiri la angkut barang ...






Jam 12.30 tghari dah settle penalti for breaching lease contract, kena bayar 2 bulan sewa.... nak nangis pun ada tapi mengenangkan dah bukan rezeki...redha jelah...


Kami merentas 5 states dgn jarak 1070 miles (1600km).... dari North Carolina, merentas
South Carolina
Georgia
Alabama
Missisippi
Louisiana


baru masuk Texas....




Petrol 5 kali isi dengan kadar usd50/fill, 2 kali ganda berbanding kegunaan petrol tanpa bebanan berat uhaul dengan kadar kelajuan yang lebih sikit je dari kadar minimum speed....hadeh....

Plan nak overnight di pertengahan jalan tapi bos cakap dia belum penat..... drive lagi....
jam 7 malam belum penat.... drive lagi....
jam 9 malam belum penat.... drive lagi....
jam 11 malam belum penat.... drive lagi....
jam 1 pagi dah penat sikit tapi malas nak berhenti nak unload budak-budak ....

jalan lagi.... teguk 5 hour energy drink...






jam 2 pagi... kaktek surrender... den lolap dulu lah....

jam 3.30 pagi kena kejut... suruh check budak2 kat belakang sebab sunyi sangat katanya... kot-kot ada yang tertinggal kat toilet rest area tadi...

eleh.. alasan dengki kat orang syok tidur la tu...



jam 4 pagi... bos tak larat bukak mata..... telan 2nd bottle energy drink tapi dah tak lut....mata kaktek pulak dah segar....
berhenti di depan petrol stesen... bos lelap setengah jam...






jam 5 pagi sambung drive.....




jam 9 pagi masuk Texas...



Dallas!!!.... Dallas!!!!!.... awat kaktek tak nampak ladang JR Ewing?!!!
Biar betul.... salah jalan kaaaaa???...






Home sweet home!!!!.... selepas 22 jam dalam kereta!!!

Dapat somi pemandu tegar... nak buat macamana...
pencen-pencen nanti bolehlah buat part-time pemandu lori katanya....







Unload time..... kerja anak-anak jantan....

Punggong msing-masing dah kejung....


Friday, June 17, 2011

rancangan terhenti sebentar - moving out of state

Talian Time Warner Cable akan di tutup sejam lagi maka talian internet back-up akan mengambil alih sehingga lewat malam nanti.

(Internet backup tu wireless unsecured siapa-siapalah... thank you siapa-siapa yang baik hati itu)


Keberangkatan ke The Colony/Dallas/ Plano akan bermula pada awal pagi esok - Jumaat dan berakhir pada hari Sabtu.

Rancangan akan bersiaran semula pada hari Selasa 21 June 2011.


Sekian.... happy weekend everybody...

Thursday, June 16, 2011

understand women sexual response...... bacaan untuk yang dah layak kawen sahaja!!

Kaktek masih dalam proses mempelajari our body needs dan minta maaf pada yang rasa kurang senang kalau ada kerana pembelajaran ini tiada dalam masyarakat kita dan kebanyakannya malu untuk membuka cerita.

Anggaplah entri kaktek sebagai satu pelajaran untuk institusi perkahwinan dan bukannya selevel cerita peterporn atau cerita lucah politik.
Entri ini bertujuan sekadar pembelajaran bersama-sama dan berkongsi pengetahuan.



Female G-Spot.






The Gräfenberg Spot, often called the G-Spot, is the bean-shaped[1] area of the vagina. Many women report that it is an erogenous zone that, when stimulated, can lead to strong sexual arousal, powerful orgasms and female ejaculation.[2] The Gräfenberg Spot is typically located one to three inches (2.5 to 7.6 cm) up the front (anterior) vaginal wall between the vaginal opening and the urethra[3] and is a sensitive area that may be part of the female prostate.[4]

article dari wiki.


Bermula dari isu kelab isteri taat, bermacam-macam pengetahuan baru kaktek terokai di google... semakin kita dalami ilmu human anatomy, semakin kita sedar banyak perkara yang kita ada.. tetapi seperti tiada kerana pengetahuan yang terhad...


Maka fahami female clitoris orgasm dan female G-spot sangat membantu dalam melayari malam anda dalam mencari syurga dunia...( ekeke... den macam sextherapist le pulak).


Cerita lanjut pi google... ek.. banyak... kaktek tak terlarat nak mencari artikel yang sesuwei untuk adik-adik bawah 18 tahun di sini membaca..

Kerana mengikut statistik tidak rasmi, hanya 20% wanita pernah meneroka G-spot orgasm atau full body orgasm sedangkan setiap individu mampu mencapainya tetapi dibazirkan kerana pengetahuan yang tiada.


Al Baqarah 223 artikel dari Islam inside

“Artinya : Isteri-Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangi-lah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang beriman.”

asalkan tidak melanggar perkara haram...


Semoga kebanyakan wanita yang merasa terpaksa semata-mata menjaga hati suami atau semata-mata menjaga keamanan dalam rumah akan menemui sesuatu untuk mereka nikmati bersama-sama...


Sekian dari sex therapist tak bertauliah yang baru dapat ilmu 3 hari lepas...

Link yg boleh di jadikan bahan bacaan..

Kamasutra position

Dah khatam.. jangan lupa order se almari lingerie eeekk.....

Wednesday, June 15, 2011

understand men sexuality.. untuk bacaan 18thn keatas..

Dah siap 50% kerja-kerja packing barang..... 50% tu siap dalamasa 3 jam je...hehe... memang takde barang kan....
Washer dan dryer dah sedekah pada member maka buat masa ni suruh je budak-budak pakai baju yang sama 3 hari... ibu malas handwash....heh.

Selain packing, kaktek layan siri-siri akhir Nora Elena.... sob sob..sedih banget... masih sensitif rupanya jiwa remaja ku ni..


Kaktek juga diinvite ke group listing facebook "We do not want sexist nonsense from Global Ikhwan Sdn Bhd" dengan ahli seramai 800 semasa di invite, sudah meningkat ke lebih 5,000 ahli sekarang.





Mula-mula rajin gak ikuti forum tu tapi lama-lama perbincangan jadi pusing-pusing tang tu la juga....


Dan sambil packing barang yang takde barang tu, kaktek meluangkan masa memikirkan kenapa Dr Rohaya boleh come out dengan idea pelik lagi ajaib....
tak terfikir kah akan dihentam gila-gila nanti?

adakah ia memang gila?

adakah ia pelik?

adakah ia ajaib?

atau adakah ia gila, pelik lagi ajaib?

huh! genius sungguh otak kaktek mengeluarkan persoalan demi persoalan...hahahaaa...
letih ka korang baca entri kali?
nasib!

Dan kaktek came across article dari netdoctor dari Britain semasa mencari info mengenai contraceptive injection..
Sesuatu bagi wanita melayu adalah taboo untuk diperbincangkan.... jijik, takde benda lain nak fikir?!!!

Tapi ia adalah kenyataan...ciptaan Tuhan....

yang mana lelaki melayu (lelaki bangsa lain kaktek taktau) juga malu untuk membincangkan bersama isteri risau tidak lagi dihormati...

Pada yang ada cik abang.., tanyalah apa yang mereka lihat seharian di luar sana... apa yg mereka fikirkan.... ask them to be completely honest and you'll be surprise.


Ini membuka perspektif lain dalam pemahaman kaktek... moga manfaat pada yang lain juga.

Selain sexual problem, ada article untuk family planning dan lain-lain


Linknya.... Men's sexual response


dan Link ini... Understand men Sexuality







84 percent of women report they've done it simply to "keep the peace" at home. "I think the stereotype tends to be that women have sex for love and men have sex for pleasure.

Women claim they do not to understand men in sexual matters because sex to them is more than an act, it is also an emotion. To women we men are like animals when it comes to sex and this is not enough.


Dan banyak lagi article sebegini di google...

Dan the best blog rintihan naluri lelaki adalah di blog Pokcik Lee yang sangat sayangkan bini itu... (heh...)

Moonlight Rendezvous

Something worth to ponder....

Saturday, June 11, 2011

Obedient wives club... yok belajar belly dancing....

walaupun berangan nak jadi minah salleh, kaktek masih layan sokkkabo online Msia.... gossip artis Msia.... politaik Msia.....
Raacuun.com Msia tv online...... drama Nora Elena..... (owh berangan kena dokong dgn Seth Tan aka abe gapo...)..

tuhan turunkan hujan untuk beri kita pelangi...awww.... lomantik lorr....





terasa dekat dengan Msia la cuma dah lama tak makan roti canai mamak...

Ohya, baru kaktek perasan sejak tukar rumah baru ni, font takleh tukar kaler.... dah nak kena cari rumah lain pulak.....


Dan walaupun kesan kemarahan orang ramai terhadap Dr Rohaya yang nak ajar isteri taat jadi 1st class elite "teetttttt...."...... kaktek tengok dari segi positifnya...
Kalau dia tukar perkataan "tettt..." tu ke perkataan bidadari atau angel, kaktek dah lama register...

Walaupun tak register, nak juga tahu apa isi kandungan pelajarannya... heee... mahu tapi malu-malu kucing...

Sebagai permulaan, yok ambik beginner lesson....



Oleh sebab tulang kaktek dah kertu.... sebijik rupa blender bila goyang...


ps/... start packing... Jumaat chow pi Dallas...

Sunday, June 5, 2011

borak dengan anak..cukur bulu dan naik lori...

Semalam dalam perjalanan balik sekolah..

Abang : Ibu.... boleh tak abang shave ni...(sambil menunjuk lengan...)

lambat sikit ibu jawap sebab nak tergelak...

Ibu : Orang laki memang kena ada bulu la abang.... perasan tak kaki babah ada bulu?

Abang :... eerrr perasan. Semua orang laki ada ye?

Ibu : yela.....

Senyap kejap 1 minit... sebab teragak nak tanya ke idak....emmm tanya jelah..

Ibu : abang dah dapat mimpi ke?

Abang : mimpi apa?

Ibu : mimpi yang pelik la.. yg lain dari lain..

Abang : takde pun... abang tak pernah mimpi..

fuh lega dalam hati aku...

Abang : kalau dah mimpi tu kenapa?

Ibu : Errrr... abang wajib sembahyang, puasa..... takleh tinggal...

Abang curious gak nak tahu..

Abang : mimpi pelik tu macamana?

Adeh.. dia pi tanya pulak.....

Ibu : ibu pompuan tak dapat mimpi... 2 minggu lagi jumpa babah, tanya.

sengaja aku nak tutup perbualan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


cerita pendek lain...

Syasya : ibu... errr... yesterday yesterday asya tido malam sweating...

emmm.... dia translate bulat-bulat... "semalam-semalam..."

Ibu : panas ek.... ibu tutup air-cond...jimat letrik...

Syasya : Asya susah tido... abang pun cakap abang susah tido..

Ibu :
sorry..naik lorry..... (aku gurau..)

Syasya : (sambil berlari ke ruang tamu dan menjerit dalam nada menyanyi) Abang!!!... ibu cakap sorry.... get in the truck...

p.s/ di us, lorry = truck...

Wednesday, June 1, 2011

bil hospital 23 rebu dollar!!!!!......... yok lelong spenda....



Hari ini seperti hari-hari sebelumnya meneruskan kelangsungan kerja menge-check mail box ... bagaikan punggok rindukan bulan... lebih-lebih lagi bulan tu boleh redeem jadi duit....

duit duit... dimana kau duit!!
duit duit.... hutang ku berbukit....


Tanpa berputus asa lebih-lebih jumlah wang yang ditunggu-tunggu bernilai ribuan ringgit malaysia.... atau jutaan matawang rupiah.... waaa... best lagi sebut rupiah yea time-time nak dapat duit ni...



Surat yang ada dalam mail box hari ni....

- Bil telefon t-mobile mintak duit $70 hengget..
- Buat ke belasan kali entah sape-sape offer kredit kad sebab credit score abe gapo dah makin cantik.. konon bagi duit tapi lepas tu mintak balik....

then!... jeng jeng jenggg!!!!!!!

yeay......yang kutunggu-tunggu.... surat dari finance department state of Arkansas...

dengan gelojohnya kaktek mengoyak surat mencari duit.....
emm.. macam takde je...


".....Your return was adjusted because of failure to attach Federal Schedule 3909. Call 501-682-1100. W-2 form(s) and/or 1099R's were not attached; therefore Arkansas withholdings were not allowed. File amended return and attach documentation.


hampeh betul agen yang isi borang tu hari... dahlah tempoh menunggu lebih 2 bulan.... nak kena submit borang lagi.... tunggu lagi 2 bulan.... semi-annual sale victoria secret pun dah habis...... sotong dah boleh kirai.... nasib baik pakai belah dalam.....





Satu lagi surat yang tidak pernah kutunggu.......
bil hospital.....

hah??! bil hospital lagi!!!

berapa banyak bil hospital dapat untuk potong buang apendik?
bukannya susah sangat... belah sikit, masuk gunting, buang..dan jahit balik...

Memang tahu separate bil untuk setiap doktor yang menjenguk abang...... tukang bius lah, tukang bagi consultation lah.... total 5 bil untuk 5 doktor dan yang paling mahal bil doktor bedah yang cecah lebih 3K...

Selepas tolak diskaun dan insuran, kaktek kena bayar $570... ezi payment apa lagi... buat suara kesian dalam telefon.. almaklum takde interest....


Ingatkan dah settle..... rupa-rupanya ku sangka panas hingga ke petang.... rupanya sakan terik ditengahari.....


yang ni bil kemudahan hospital pula..... 23 rebu dollar!!! serious!!!
Bil untuk drugs, bilik surgery, ubat bius, etc...

Insuran nego dapat diskaun $14k.... insuran bayar $6++ dan baki kaktek kena bayar lagi $1,707.40!!!!!!!..

huuu...... yang ditunggu duit state tax refund pun tak sampai separuh dari ni.....



Tak lojik kan? takat apendix surgery tanpa diskaun boleh cecah hampir usd30k !!!
Siapa yang takde insuran macamana?
Hospital free memang tak pernah tahu keujudannya..
Patutlah mak bapak di sini sakan nak anak jadi doktor... boleh tumpang kaya...

Maka $1.7k tu kaktek sah buat ezi-payment gak... 17 bulan baru habis bayar ek....