Tuesday, April 13, 2010

you're all grounded!

Hari ni dan selama seminggu aku grounded anak-anak aku dari sentuh laptop. Aku hantar ke bilik belakang asus mini laptop yang aku baru beli untuk aku berblogging di us nanti.... memang beli awal supaya kalau ada defect sempatlah aku hantar kedai..... dan ibm thinkpad lama abe gapo buat mainan budak-budak.

Konon-konon niatnya nak bagi budak-budak celik IT ... bila sulung cecah tingkatan 1 bapaknya nak ajar buat programming.... buat masa ni bagi dia familiar dengan komputer... ajar guna microsoft excell dulu.
Syasya, sewaktu berumur 4 tahun dah pandai on off pc... main game walaupun masa tu belum pandai membaca.

Kenapa kena grounded?

Huh! aku leka... sibuk berforum... layan cik mat.... sekali-sekala aku pantau apa yang budak-budak ni tengok... takde lah web XX ke aper..... simply web budak-budak...
Masaalahnya bila sekolah menggalakkan budak2 ni bukak akaun facebook sendiri.. sekolah pun ada akaun sekolah sendiri... ramai student yang join masuk list...

Perkara baik ke?
emm ... baiklah kot... syasya pun pandai kelik-kelik button yang aku sendiri tak pernah kelik kat facebook tu....

Masaalahnya timbul bila budak2 ni berlumba kumpul friends.... syasya ada 47 friends sedangkan kat sekolah dia sombong... bukan jenis peramah... Kawannya ada dari kluang (??), taiwan pun adoo...(!!!!?????)

Dia di grounded sebab tengahari tadi aku tangkap tengah chatting dengan budak sekolah....
hah! selama ni chatting dengan pakcik-makcik dia je.... sekarang dah advance sikit dengan kawan sekolah!!?? lelaki pulak tu!!

esok-esok kalau aku leka pantau?



Abang long dan ajik tak kemaruk facebook sejak aku 'banned' bebudak ni dari main game facebook... manjang komputer 'hang'.... tapi kemaruk baca komik onemangga .... balik sekolah kelam-kabut siapkan homework sebab nak mengadap komik....

Baguslah kot sebab komik tu dalam english tapi yang tak bagusnya dok melangok tunggu kena sound baru jaga cik mat.. tunggu kena sound baru buang sampah... tunggu kena sound baru angkat kain...

Selepas aku clean up bebudak ni punya list friends, laptop aku simpan... desktop je guna untuk abang long guna sebagai rujukan kerja sekolah....
dan aku.... kena tunjuk contoh yang baik jugak...
grounded jugak dari melangok kat forum...huhu.... abislah kena turun tangga carta top poster hujung minggu ni...

No comments: