Wednesday, December 4, 2013

Coti Coti obesi.. Langkawi part 2. Oriental village and cable car

Sori  kena publish 3 post mengenai Langkawi sebab nak sumbat 4 hari 3 malam punya cerita sangatlah banyaknya gambar nak tepek.  Dont worry semua nya quick post sebab kaktek fail karangan.

Hari ke 2 pagi-pagi lepas breakfast terus ke Oriental Village nak kejar cable car.  Cable car beroperasi bermula jam 9.30 pagi tapi operasi selalu kansel kalau ujan, angin kuat dan ribut petir.

We all pi pagi sebab ingatkan orang lain akan keluar lambat... rupa-rupanya ... hadeh.
Queue beli tiket setengah jam.. queue nak naik cable car hampir sejam.
Lenkali you all pi tengahari keatas.

Tiket dewasa rm30 dan kanak2 rm20 tapi ada tiket 1Malaysia diskaun 50% dengan syarat tunjuk mykad.  Kalau tak tunjuk, abang bangla jugga bolih minta diskaun hokeh.

Dan harga 1Malaysia ni laku utk acara cable car saja... mintak diskaun 1Malaysia di McDonald takkan dilayan.
Siapa terlebih duit nak masuk express lane boleh tambah rm50 seorang.

Selama beratur sejam kaktek takde mood nak snap gambar.  Depa sediakan jurugambar professional untuk semua pengunjung... lepas tangkap, print dan jual rm30 sekeping.  Heh ello... ahkak tak suh hangpa tangkap gamba ahkak pun..... pehtu tak cantiklah gambar ahkak muka berlemoih macam tak mandi so takmaolah beli... 

Adalah 2-3 orang pengunjung yang berat mulut nak cakap takmau, menghulurkan rm30 dengan muka mencuka...  30 hengget boleh beli cekelat hershey haji ismail 2 peket tau dik. La ni manader orang print gambar.


Ketinggian 7000 mtr atas aras laut. 





Atas gunung/bukit (?) siap ada kiosk.





Takde aktiviti lain selain tangkap gambar dan ada group foreigner buat jungle tracking.
Orang Malaysia suka piknik-piknik je.. jungle mungle tak minat.

Err tu jelah boleh buat atas tu.  Jambatan gantung tutup dari jaman sebelum pilihanraya. Konon under maintenance tapi kaktek saspek ciri2 keselematan kurang kot.... tak nampak orang buat keje pun. (spekulasi sangat)





Turun dari cable car, bebetul sebelah nya ada trek motor.
Motor budak rm10 /lap.

Anak dara sape nih!...





Atv mahal sikit. Masuk hutan rm50/15mins

Haaa nampak mamat bangla sibuk tangkap gambar anak kaktek?  seriyus bangladeshi tau.  Lepastu sibuk nak jual rm30 sekeping.. ambik gambar bebudak ni sampai 3 keping.... eh elloooo... (asap keluar dari tudung mokcik)





Ini Oriental Village... patutnya letak gambar ni atas sekali kot.  haaa penat nak edit.  gambar pun cilok dari google.  Village ni cantik dan bahagian bawah penuh dengan kedai jual souvenir.





Aktviti terakhir adalah fish feeding.  Ambik sendiri makanan ikan dalam plastik kat tepi kolam.. masukkan sendiri rm1 dalam kotak.. dan mulalah bagi ikan makan.





Habis aktviti jam 3 patang. semua kepenatan dan balik hotel anak beranak main kad uno dapat pahala mengeratkan silaturrahim anak beranak.
Cara main kan... letak 1 kad ditengah2 dan pemain2 haruslah meletakkan kad mengikut giliran samada nombor yang sama atau kad yang kaler sama.  Siapa cepat habis, menang.

Memula ibu menang, lepastu babah menang... lepas tu masing2 dah mula main tipu takde siapa yang menang-menang...... pi lah masuk kolam hotel, berenang.




habis part 2. Taaaa...........

2 comments:

hainom OKje said...

Ko tak seriau ke naik Cable car tu Tek...aku seriyes seram weyh....

UNO ni mainan zaman anak aku yg sulung tu kecik...maklum le ko baru balik dari obersi hehe

ahkakbatik said...

aku terer.. leh masuk fear factor. masa kt obesi aku main xbox je.. ngiahahaa...