Thursday, December 5, 2013

Coti coti obesi..Langkawi part 3. Telaga hangat, cekelat, feri dan KTMB

Hari ke 3 seriyus mati kutu nak buat apa.  Pusing jumpa pantai cenang.. pusing-pusing jumpa kuah.. pusing-pusing jumpa padang matsirat.  Maka kita beleklah peta dan jenguk Telaga Air Hangat,

Tempat ni namanya Telaga Air Hangat.  bukan telaga-air-hangat-dan-ada-majik. Bukan.

Tak menarik maka malas nak gugel sejarahnya.




Kemudian ke pekan Kuah yang terkenal dengan deretan kedai-kedai.  Ala.. macam kedai di pekan Senai.
Carilah kedai Hj Ismail Group yang terkenal dengan cekelat dan corelle murah.
acara tengok harga corelle itu wajib.

Pilihan tak banyak. Yang bulat cuma 1 design dan yang lain jual sekeping-sekeping dari rm32-rm43.
Cuba kira yang paling murah rm32 kali 16pcs??? hah? hah?
jangan kasik komen suruh kaktek balik amarika nak kirim corelle ek. nak kena cepuk.

Cekelat borong yang diborong sebab semua orang borong.
Harga... emmm... choclair rm15.50 boleh dapat di Ong Tai Kim setapak dengan harga rm10.50.  apakah?






Habis sessi borong yang ntah apa-apa, sessi wajib tengok matahari terbenam.  Oleh sebab takde acara tengok salji turun, matahari terbenam pun boleh laaa...








Pantai Cenang terkenal dengan puluhan restoran, tourist guide office dan souvenir shop.
Di sinilah berkumpulnya pelancong-pelancong omputih di Langkawi... tapi omputih pakai baju macam omputih je ada.. melayu pakai macam omputih tu harus ke Bali.





Baju style padang besar aka pasar malam.





Tourist guide office yang banyak.... sangat.






Hari ke 4 perjalanan balik.  2 hari full aktiviti di langkawi sudah cukup.  Hari ke 3 dah rasa macam balik kampung Senai... hari ke 4 seriyes rasa nak lari dari rumah.
Kampung je Langkawi ni.... kampung.  kampung! aiyo.





Kaktek dah citer makanan takde masalah kan.... Sentiasa nampak penduduk kampung pacak restoren depan rumah.
Lupa nak habaq. Langkawi ni bersih.  Bersih sangat sebab pekerja majlis perbandaran kerja hari-hari.  Dan bila kawasan dah sedia bersih, orang pun segan nak buang sampah merata.

Public toilet disediakan dengan kadar serendah 3 posen dengan kualiti 1 sengah bintang hingga singgit dengan kualiti 3 sengah bintang.  Saper kedekut macam kaktek siap2 lah hambat bebudak pi membuang dulu sebelum keluar jalan2.


Balik melaui jeti pekan Kuah.





Pada yang terlepas soping di pekan Kuah, boleh lah sambung di jeti.  Semua duty free... cekelat, corelle, perfume dengan syarat kalau kena tahan imigresen, sila tunjuk tiket sampai pulau menyatakan anda sudah berada di Langkawi lebih dari 48 jam.





Feri sudah sampai.... ke Jeti Kuala Perlis cuma 45 minit dengan tambang rm18 dewasa dan rm13 kanak2.
Kalau feri ke Alor Star mengambil masa sejam 45 minit dengan tiket rm23 dewasa.





Dari kuala perlis ke KTMB Arau naik teksi kena caj rm24...  ada banner tulis KTMB tu tau.... ni tempat yang betul walaupun macam was-was.... adakah aku di Malaysia yang canggih ada KLCC punya stesyen sebeginih?
Abaikan date di gambar bawah sebab kaktek stuck 2 hari di kuala perlis. Boring.






Makcik jakun!!!! makcik jakun!!!
meh tdo beghamai-ghamai...!!!





Tiket KTMB boleh dibeli online 2 minggu awal kerana selalu fully book.  Katil yang available hanyalah di depan pintu koch.. best la kan.. senang nak kelua masuk pi kantin atau toilet.  Rupa-rupanya sepanjang malam tu ada kutu-kutu yang tiap 3-4 minit keluar masuk koch pi smoking.. toilet... skodeng orang len tido. Gedegang gedegang bunyi pintu dalam mimpi kaktek malam tu.

Tu belum citer bebudak ni jakun tahap gaban turun naik katil buat sejam pertama.

Esoknya sampai KL Sentral kaktek jet lag.  kan coti coti obesi.

Maka percutian kali ini melibatkan pengangkutan kapalterbang, teksi, keta sewa, bot, cable car, feri dan LRT.  Lori dan beskal je takde.

Sekian, pi lah start basuh baju,

6 comments:

hainom OKje said...

hoho....puas dapat baca cite ko kat blog berbanding WA hehe...gambar WA pun ada ulang tayang kat blog tang katil langsir tu hehe

ahkakbatik said...

haha... ni citer versi lengkap punya Nom. kt WA semua nk bercerita.. kat sini dunia ana yg punyaaa...

harnidahussin said...

waa...kak tek is back :)

Hani said...

Ahkakkkkkk ghinduuuuuunya hihi

Gamis Baru said...

elok
nyaan
:-)

Raras said...

cantik cantik tempatnya kak
:-)
suka