Wednesday, May 4, 2011

safari njema wisdom tooth...



Safe journey untuk wisdom tooth kaktek melayari kehidupan di Amarika selama-lamanya....
Dalam CSI, gigi takkan hancur kan?
Masuk museum Amarika lah gigi kaktek 500 tahun lagi kalau ada orang jumpa...

Wisdom teeth ada 4, 2 hujung atas dan 2 hujung bawah yang tumbuh pada akhir teen atau awal 20an. Wisdm tooth commenly tumbuh tak tentu hala... senget atau tak keluar di permukaan dan perlu di cabut untuk menyelamatkan gigi yang berada di hadapannya.


Sejak Sabtu lepas kaktek sakit kepala..... Isnin semalam baru perasan gusi membengkak...








Kata doktor, wisdom teeth kaktek ada splinter ... dan gusi bengkak kerana periodontal desease atau gum disease disebabkan bacteria yang membentuk tartar di keliling gigi menyebabkan gusi tidak lagi mencengkam gigi dan akhirnya gigi akan luruh....... hadoi.....den muda laeiii...!!!









Wisdom tooth yang asal dah tinggal 3. Sebatang bahagian bawah dah gone thru surgery 5 tahun lepas selama 2 jam kerana rahang yang kuat maka mengeluarkan gigi geraham bukan seperti mencabut insang ikan dengan player.

Kali ni gigi sebelah atas pula buat hal.








Kurang lebih senget macam ni laa..... oleh kerana kedudukan yang jauh kebelakang, pencucian yang rapi agak sukar dilakukan.


Oleh sebab gigi atas lebih senang di cabut, doktor cuma perlu sebatang besi tumpul untuk menolak gigi itu keluar dari soketnya.... 5 minit saja....



Periodontal disease?..... disebabkan bakteria dari luar atau dari dalam (melalui saliva) yang juga berkemungkinan dari genetik. Thorough cleaning adalah perlu kerana tartar tidak kelihatan dengan mata kasar. Maka gigi-gigi kaktek di keruk-keruk dengan kuat untuk menghilangkan benda yang tidak kelihatan....



Oleh kerana bius yang banyak, sehingga ke hari ini pipi kaktek masih bengkak sebelah...






6 comments:

PatinPasta said...

Kak Tek,
Alahai.. monyok la muka! Siap cebik manja gitu :D

Sakit gigi memang sakit yang haru (sebab tambah dgn takut nak pi jumpa dentist). Jangan gundah gulana Kak Tek, hilang satu tak bermakna hilang selamanya. Gigi palsu kan ado :D

Ok, mode serious..

Sian Kak Tek. Harap Kak Tek cepat baik ye. Esok lusa molek la bengkaknya tu. :)

~jeet~ said...

aiceh...sejak bile kak tek jadik blonde ni? kaler rambut x bagi notice pon...

p/s: jowo rambut itam kan?
p/p/s: get well soon!!

Maya Marisa said...

kak tek,

gambar blondie tu tak nampak pun bengkak nyer...

ahkakbatik said...

Aida....psstt... gigi bawah belakang ada 2 pelsu..... huhu..... semua pelsu kan sonang nak cuci...



jeet... blondie ni gambo semalam.. hari ni dah red..ngeh.




maya... gambo blondie ni je paling comei iras2 kecomelan kaktek... yg lain nak muntah kaktek nengok...
kalo ko nk muntah baca stetmen kaktek sila cari baldi sendiri...

somuffins said...

AB
Gigi dah OK ke? Dah boleh gigit kulit derian?

ahkakbatik said...

CS, gusi dah ok.... tawun depan dah booking tepek gigi omeh...