Monday, May 10, 2010

selamat hari ibu

Hari Ibu semalam.... memandangkan semalam hari ahad, aku memutuskan menyambutnya hari ni.... malas lah takat nak makan kena tunggu berejam-rejam..... sah mana-mana tempat makan penuh.



Bukan aku sambut hari ibu dengan ibu aku... haha... kecoh je lebih..... aku mintak anak-anak belanja makan. Korek tabung sebab kat US kang RM tak laku dah.... aku cucuk bebudak ni..... dan hasutan aku berjaya.... tadi lunch di manhattan fish market.




Mak aku tak pernah mintak anak-anak sambut besdey dia ke..hari ibu ke..hari buruh ke..... dia nak disambut jugak tapi segan nak mintak. Hasilnya anak-anak buat derk je..... sambut dengan awek, sambut dengan laki bini (kena batang hidung aku jugak...)


Dengan budak-budak ni aku ambik peluang ini sebagai aktiviti keluarga.... harap-harap depa dah besar nanti tak melepaskan peluang meluangkan masa untuk ibu dan bapaknya.... nyatakan penghargaan.... warnakan hidup agar tidak bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Walaupun aku tak mintak tapi dalam hati aku nak....
Dah jadi ibu baru aku paham perasaan ibu aku....


Apesallah mood aku lain macam? ntah...angin kus-kus kot....
dok fikirkan abang long dah 11 tahun... rasa sekejap je masa berjalan.... gedebak-gedebuk lagi 7 tahun dah masuk U. Masa untuk aku melepaskan dia keluar dari rumah.... menempuh dugaan hidup bersama kawan-kawan manakala aku hanya mampu menemaninya dari jauh.... owh...melodramatik pulak aku hari ni.


Tu pasal abe gapo plan abang long masuk U di malaysia saja... tak mau terlajak di US takut dia lebih selesa di sana dan tak mau pulang ke negara sendiri. Aku..... take one day at a time... nak fikir apa akan jadi 7 tahun lagi, sakit kepala... ntah-ntah sebab fikir banyak sangat.... kena barah pulak, 7 tahun lagi belum tentu masih 'ada'...... jadinya nikmatilah apa yang ada kerana aku pasti merindui saat-saat melihat anak-anak membesar di depan mata.


Kepada semua wanita yang membaca entri ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar dan aku menyayangi kalian.... (ni sms aku kopipes...heh heh.... aku tak reti mengayat daaa....).

2 comments:

BaNaNaS! said...

blog ko kena hack ker ha? apsal sayu semacam jer wei? aku tau la ko sambut ari ibu bersamaan ibu tinggal sedonnya...hahhahaha

ahkakbatik said...

walopun aku rock... dalam hati ada taman tawww....