Wednesday, August 19, 2009

kenangan mengusik kalbu.. huhu...

seharian tadi aku tak apdet blog sebab aku sibuk melangok kat porem... geng-geng porem aku yg mai melangok kat blog aku ni le jugak... bukan bergosip atau buang masa tau.... bertukar-tukar fikiran... ececeh....

tengahari tadi ke jasko cari usb port takde jual pulak.... so selain guna kamera aku takde cara lain selain mms ke enpon abe gapo sebelum upload ke pc....
banyak cekadak le pulak kejenya....

lepas tu dalam yahoo aku ada mesej aku kena tag kat fesbuk.... tadaaa.... ni gambo masa aku tingkatan 3 kat smpt (sek men padang tembak), jln semarak, kolumpo.....


yang mana satukah aku si dara sunti.... haha..

lepastu dalam ramai-ramai geng aku yg dapat aku contact dalam fesbuk tu akule yg paling ramai anak... err.... mpat tu ramai ke? mak aku dulu dobelas.... betui punya sedozen tau... tak tipu...
so dengan kata lain aku pun kena upgrade jadi HQ dah.. kilang udah totop!!

seharian le ber mesej-mesej ngan member-member lama.... borak macam dolu-dolu gak cuma kali ni ada patbelas suara menjerit-jerit kat tinga aku nih.... pedih woo.... tu belom bapak dia dok nepon jek tanya aku dah beli baja ke belum....

la ni isi boraknya masih lagi dok tanya-tanya keje apa, anak berapa....
seploh taun lagi boleh le tanya anak masuk u mana... bila nak bermenantu....
doploh taun lagi dah setat tanya ko makan ubat apa sendi aku semedang sakit je....
tigaploh taun lagik.. err... tak tanya dah... aku pun dah takdo kot...

---------------------------------------------------------------------------------------

ralat: al fatihah buat kakak berlian, hajah Noryati yg pulang ke rahmatullah hari ini kerana diabetes.... al Fatihah....

No comments: