Friday, October 8, 2010

mintak derma.... mintak derma....

Minggu ni merupakan minggu mintak derma dari sekolah-sekolah anak-anak aku. Due date untuk kutipan tahun ini untuk aktiviti sampai year end school.

Trend kutip derma di sini jauh lagi dasat dari mesia cuma ibu bapa di sini takde yang merungut atau membantah berbanding ibubapa di mesia...heh...

Yang aku tahu school funding datang dari state..... state yang kaya, sekolahnya pun bermacam-macamlah kemudahan yang ada....
Kalau tak cukup funding, which is untuk menaikkan taraf banding sekolah lain, mak bapak murid lah jadi mangsa.


Gambar bawah ni salah satu cara sekolah cari funding..... jual barang pada sedara mara dan hasilnya sekolah dapat percentage.
Oleh kerana anak aku takde sedara mara di sini.... yang jadi mangsa...poket aku ler....

Jualan mengetuk pintu dari rumah ke rumah adalah dilarang.





Masa mula-mula start semester itu hari dah macam-macam borang derma dapat... selain promosi jual baju dan yuran pibg.

Sekolah juga ada pakatan dengan supermarket berhampiran... dan promote ibu bapa shopping di sana untuk sekolah mendapatkan sedikit imbuhan.


Walaupun gaji cikgu cuma $35k-$40k setahun bersamaan $3K++ sebulan sebelum tax tapi dedication mereka terhadap kerja... sanggup buat meeting atau perjumpaan ibu bapa hingga jam 8.30 malam, tunggu dan jemput murid pagi dan petang depan pintu sekolah, layan website untuk berkomunikasi dengan ibu-bapa murid... aku memang tabiklah.

Kalau hantar email pada cikgu, selang beberapa jam selepas habis sekolah dah dapat reply. Bulan lepas cikgu abang siap call semata-mata nak beritahu perkembangan behaviour anak-anak murid...... Behaviour anak-anak aku sahlah bagus.. udah tak reti memekak dalam english...huhu....


Dari sumber yang aku dengar, dengan gaji $60k setahun sebelum tax sudah cukup untuk hidup selesa di Amerika.... provided spend kat sini jelah...

Kalau banyak utang kat mesia (macam laki aku... semua utang atas nama dia kannnn.. so dia jelah yang berhutang...kihkihkih...), makan roti jelah.... ikan bilis pun mahal...


Wokeh, aku nak tunggu tanaman untuk dituai...... Kemaruk berladang pun aku update blog tau.... tak macam kakjune tu blognya dah bersawang ....


Gambar syasya dengan spek pinknya..... yang berharga $160 frame dan $99 lenses insuran bayo....made in china.... uh... kalo beli kat china cuma 20 hengget je kot.



Dan latest news dari bos abe gapo... dia kena pi Arkansas senin 18hb october nanti..... dan aku dan anak-anak bakal menyusul 2 bulan selepas itu iaitu sewaktu winter school break.... kalau dia jadi pergilah...

12 comments:

~jeet~ said...

arkansas? best tu..kris allen asal sana, kalo kak tek jadi tolong kim salam kat dia ek ;)

ahkakbatik said...

eleh...kriss allen macam budak baru abis sekolah tu ko minat..
ooo lupa...ko pun baru abis skolah...heh...

T said...

kak tek,
suruh your husband tolong jual kat tempat kerja. Technically dia tak boleh jual/promote to orang lain. Tapi banyak orang guna this trick: dia letak order form or the actual stuff atas meja biar orang boleh nampak. Bila orang tanya, baru cakap anak you jual tu, feel free to order/beli.
Selalu mak-mak yang buat macam tu :-)

ahkakbatik said...

ooooo,,.... kaktek dah suarakan suggestion genius T pada somi ...dan dah selalunya mak-mak yg buat, boleh ler jangkakan apa jawapan yg keluar dari somi kaktek itu.....huh..

pelikkan.. tak boleh jual tapi suruh jual..

Maya Marisa said...

Kak Tek,
MRY amik tak? hehehhee

Maya Marisa said...

Kak Tek,
Silap, MYR...aiseh, tu ler bila type laju benor..

ahkakbatik said...

Maya.... tak pasti pulak... tapi yg pasti kaktek memang ambik..heh heh...
bank in la.... bank in laaa.....

BaNaNaS! said...

USD 60k leh idup selesa?.. kalu kat mesia RM 60k, anak 3/4/5, kete mak pak g keje, umah, err boleh idup cukup2 jer arr... sana barang murah meehh?

ahkakbatik said...

yg mahal kt mesia rumah ngan keta....
kat sini keta murah meehh.... usd3-4k pun boleh dpt honda accord 2002 macam keta laki aku...heh..


gaji katalah usd5k permonth
beras 10 kilo usd11..
petrol seliter 73 sen..


kat mesia gaji rm5k
beras rm26
petrol unleaded rm1.80 ke dah naik rm2 ...

BaNaNaS! said...

la nih seliter dah 1.85 senyappp ja depa nek takder heboh2 pong huu huu huu...

kucing api said...

wahhhh dah pakai spek.. baru le nampak mcm jawa totok bijak skit kihkihkih..

ahkakbatik said...

tak pakai cepek pong lagi bijak dari mato biru tu tawww..... lagi banyak makan tempe, laaaagi bijak!