Friday, April 1, 2011

april fool, no bully and acid splasher..

Hari ini di isytiharkan cuti sekolah sempena Teacher's workday. Selalunya teacher's workday jatuh hampir dengan cuti panjang dan berlarutan selama 2 hari... tetapi teacher's workday hanya hari ini saja..... hanya 1 hari .....

Mengambil kira April Fool yang jatuh pada hari yang sama untuk mengelakkan perkara yang tak diingini di sekolah..



Bagus kan?

Dokumentari yang entah keberapa kali kaktek nonton di channel lifeTV semalam. Kisah anak-anak belasan tahun commit suicide kerana bully.

Di sekolah di semua peringkat ada kempen anti bully setiap tahun untuk menyedarkan pelajar-pelajar ke atas kesan bully. Ceramah, perang poster dan sebagainya.




Usaha yang sekolah jalankan amat agresif kerana disamping ceramah dan poster, sistem sekolah juga tidak menggalakkan bully..... contohnya bukan saja di elementary school... tapi middle schooljuga ..

  • Guru-guru menyambut kedatangan pelajar sekolah setiap pagi di depan pintu besar.

  • Guru-guru memastikan pelajar2 selamat masuk kedalam kereta ibubapa ketika pulang.

  • Guru-guru mengiringi pelajar2 hingga ke pintu bas sekolah

  • Pelajar2 hanya dibenarkan keluar kelas untuk pulang setelah pengumuman dan dilakukan berperingkat dan bukan keluar sekaligus untuk semua grade.

  • Seorang pegawai polis mengawal setiap hari di depan sekolah waktu pulang.



Kerana sistem mereka rajin?
Kenapa sekolah kampung kaktek dulu berebut keluar kelas dengan guru-guru sekali sehingga ada pelajar yang dilanggar kereta guru sendiri?
Kenapa tiap tahun atau selang setahun ada budak meninggal dibuli di asrama sekolah?

Tang ni kaktek puji sangatlah sistem amarika ni kerana sekolah tidak mampu membayar saman ibu bapa kerana anak di buli di sekolah. Saman bukan 5-6 ribu hengget..... ratusan rebu dollar!!

Mereka belajar dari pengalaman juga... bukan lahir je terus bagus buat sistem.


Cerita di malaysia yang tak habis-habis dari dulu.... Simbah asid... kira salah satu cabang buli lah jugak ni....bapak simbah mak tersimbah anak sekali.... boifren simbah gelfren, jiran dengki simbah jiran.... dan terbaru entah siapa-siapa simbah siapa-siapa depan sekolah.....

Kalau sekolah pun bukan tempat selamat... nak hantar anak pergi mana? bawak pi opis?





Kalau kejadiannya di sini, kerajaan boleh di saman kerana gagal melindungi masyarakat. Kejadian berulang kali tanpa langkah-langkah pencegahan di ambil.

Tiada apa yang kita boleh lakukan untuk pencegahan ke?
Takdelah kaktek nak bagi cadangan memandangkan berkata-kata itu tersangatlah senang nya (seperti yang kaktek lakukana sekarang ni) berbanding mereka yang buat keje...
Tapi seriously takde apa-apa yang boleh kita lakukan ke?


Kasihan pada mangsa....

7 comments:

dieya said...

*tengah fikir sama2 ngan kaktek.. apa nak buat nak mengatasi gejala simbah menyimbah ni*

memang tersangat kesian. mangsa2 purely innocent tiba2 cedera parah. punah masa depan. kesian sangat.

*stop fikir jap, keje sekolah tak siap lagik nih haa*

kaktek sila sambung fikir dan war2 kan idea2 bijak bestaria ala amerika!

T said...

Dekat U.S. banyak lawsuits kalau benda silap.
Malaysia kena start adopt this culture too, sebab kesian tengok orang yang kena pijak macam apa, lepas tu ke "redha" je. Tapi yang buat silap tu still buat derk je. Selalu kat Malaysia yang selalu buat lawsuit, dah tentu arah orang kaya, rather than people yang takde duit tapi kena buli by the systems.

Tak yah expect the goverment to do anything about it, only the people can make the real change. Kalau ibu-bapa start sue sekolah bila anak dia kena buli (dari cikgu or other students), atau bus company kena sue bila ada bus accidents, or patients/or family start sue doctor/hospital bila salah diagnose, barulah diaorang akan enforce the undang-undang sebab tak sanggup bayar all the lawsuit. And other organizations/businesses pun will increase their quality tii. In the end, it's all about money.

Also, kena tukar mentality of "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang," "Jangan kita buat orang, tapi kalau orang buat kita orang tu boleh expect a lawsuit."

Some people say that, these lawsuits usually buat lawyer kaya jer? So? Even, kalau lawyer pockets 50% of the settlement, you're still making a statement that you just don't mess around with people's lives.

JaJa'Z said...

kak tek..tu la pasal..kat malaysia ni..loceng tak bunyi lagi tapi semua pakat terkinja2 dah nak balik...bunyi jek loceng, takde dah nak bagi2 salam terus blah..jaja ni dah berapa kali kena tutup kipas kelas bebudak sebab semua tak menyempat nak keluar kelas...

~jeet~ said...

saya sokong bab saman menyaman ni, at least mak bapak budak2 yang membuli will put the effort camno nak didik anak2 dia dari kecik..not fair jugak nak lepas kat cikgu skolah je..

Maya Marisa said...

i second to jeet's proposal! mesia nie kan vanyak law-yer berkaliber...kan kak tek kannnn...

ahkakbatik said...

dieya... masa tulis entry atas tu kaktek belum start berfikir lagi tu... haha.. tunggu ....



T, thnks for the comment... semua betul...
initial fees untuk lawyer sama je.. rm5k (msia) usd4k (kt sini)... cuma sikap org kita dok redha... "dah ajal".... "nyawa tak boleh ganti dengan duit".... tu yg payah tu...

seriously kenapa kita lambat sgt nak bertindak.... the whole community mempengaruhi tindakan kita jadi nak tukar the whole community could takes ... another 3-4 generations kot.. dan kaktek tak rasa sehidup kaktek ni boleh nampak perubahan ketara...

ahkakbatik said...

jaja... perlu org atas yang initiate...pengetua pun cukup.. tak perlu sampai menteri pelajaran. kalau sorang cikgu nak buat perubahan... makan hati je ko nanti....
tunggu jaja jadi orang atas la pulak...


jeet.... sekolah org kayo takde kes macam ni.... pengetua takut kena saman...
kesian yang semekin macam kaktek ni...


maya... loyer mesia sibuk masuk pilihanraya daaa..... yg tak masuk pilihanraya,
sebuk vakar vorang valam vadang....