Thursday, April 21, 2011

coti-coti amarika - part 1

Kami bertolak jam 10 pagi Jumaat dengan plan asal perjalanan 10 jam lebih akan mengambil masa selama 2 hari di jalan raya merentas North Carolina, Virginia, Washington, Maryland, Delaware dan New Jersey.

Tapi...... plan bertukar selepas 6 jam drving.... abe gapo kata belum penat.. drive direct ke hotel di New Jersey jam 9.30 malam dengan 3 kali stop over.

Ni stop over makan nasi lomak ayam bako sambal ikan bilis.... haaa.... balik kampung kt mesia pun takde piknik macam ni tau....






Sampai Extended Hotel of America siap kitchen dengan rate $100 semalam (harga pun nak gitau ek... ntah pa-per ntah). Hotel ni kalau di Tulsa cuma $61 je.... pacak di New Jersey rate naik 60%.




Hari pertama coti-coti bermula takde dalam plan sebab sepatutnya masih di jalanraya. Wheelchair abang pun belum sampai... hujan renyai-renyai non-stop....... abe gapo ajak masuk New York City....

Lintas depan Broadway...... kata orang tempat jem giler... tapi bagi kaktek, ala-ala bukit bintang je.... atau jalan ampang time orang balik keje.... atau Kg Baru time orang nak pi bazar ramadan...







---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke 2 seawal pagi jam 8, awan tebal tapi tiada hujan. Bertolak ke Liberty State Park, New Jersey tempat ferry bertolak ke tempat pompuan hijau pegang obor tu.....saja nak bergambar sebab menurut cik wiki, 35 jota pengunjung tiap tahun pasti singgah ke situ.



Emmm.... kaktek tak rasa sentimental langsung pun tengok patung tu sebab takde sejarah kaktek sebagai pendatang di bumi Amerika naik kapai dok kt Ellis Island.

Sejarah tok nek kaktek mai dari tanah Jawa pi Malaya... takdok patung2 pong....haremmm...







Kita posing dulu.....

Sungai memisahkan New Jersey dan New York.







On the way balik hotel kejap sebab wheelchair abang baru sampai... sempat tangkap gambar rumah di New Jersey. Ala-ala British colonial juga sebab dulu selain England ada Scotland, France, Sweden, Spain dan Netherland pernah datang menjajah. Maka sangatlah variety nya culture di sini.






First destination ke American Museum of Natural History... salah satu tempat 35 jota orang tu wajib singgah....

sebab apa wajib singgah... errr... museum je.. tiket mahei, tingginya 4 tingkat... sriyes sakit kaki berjalan.... tu belum cerita menapak 45 minit dari parking lot lagi...










Apasal parking jauh sangat? online booking yang murah $12 sehari. Kawasan padat lebih mahal dan kalau tak booking awal-awal, 2 jam parking dah cecah $20.

Depan museum adalah Central Park center of Manhattan... berangan la kejap jadi J.Lo jumpa pakwe hensem kat situ. Dengan panjang 4km dan lebar 0.8km....... tak kuasalah nak explore semua.... kaki dah sengal.



Budak-budak pun muka dah monyok kepenatan. Abang dan cik mat je tak penat.






On the way nak balik hotel..... jem sebab time orang balik keje.

Kaktek taktau ni kawasan apa.....malas nak google tapi berdekatan Lincoln Tunnel nak balik New Jersey.

Org buang barang tepi jalan.













Oleh sebab Lincoln Tunnel jem sebab banyak truck, kami re-route ke Holland tunnel bawah sungai menghala balik ke New Jersey.


6 comments:

~jeet~ said...

waaahh..bestnye..saya lupa nak suruh akak kim slm kat team CSI NY, espcially det. flack ;)

betul ke tax sana mahal? kwn sy ckp kalo makan luar, service charge 30%, betul ke?

ahkakbatik said...

service tax 10-15% untuk dine-in... tak masuk bil so tak compulsory tapi depa siap mintak.... tak malu sungguh. Kalau tapau takyah bayar apa-apa...

nanti kaktek pi dallas, nak kim salam kt JR ewing dak?... hero ciksom..kaktek pun tak kenai org kert-kertu ni...hikhik...

Anonymous said...

*tengah histeria*

Nota Kaki :
seminggu aku tenang jer tak masuk internet...bukak2 ya Rabbii...aku terus histeria sebab baca cerita psl coti2 nu yok huhu


het kaktek het het hetssssssssssssss!!!!

yang benar,
razzlina (bukan nama betui)

Kongkang Malaya said...

Kak Tek,
Best nye! Tempat 4 perempuan sekawan tu la ye. Memang high fashion kah kat situ? (soklan ikhlas ni)

Anonymous said...

Buat penulis blog, ingin macik ingatkan balik Mesia nanti jangan masak nasik lemak buat bekal anak2 ke sekolah, kasi can la macik nk bisness.


Gomen tak kasi macik juai nasik lemak ari2 dah, 2 kali seminggu jer macik buleh juai sebab banyak nau bebudak obesiti makan nasik lemak sekarang nih, macam la macik letak santan banyak sangat, padahal nama jer nasik lemak tapi takder lemak pong kuikuikui.


Dalam pada itu lontong jugak dah masuk dlm senarai makanan yg kena ada kat kantin, macik konpius adaka org masak lontong kuah sup? bukan ka lontong kuah santan gak?


Sekian, wabillahitaufikwahidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Yours trully
Macik Kantin Skolah

Furthermore

ahkakbatik said...

kepada puan razzlina bukan nama sebenar..
dah lama aku nak apdet entri baru tapi tunggu ko masuk baca entri ni dulu... ngeh.. pi sambung histori jograpi tu..



kepada cik Aida suka masak..
oleh sebab separuh niu york ni pendatang... (bukan pendatang 1st class pun) maka pesen pun ala-ala belasah2 je... maka kaktek kuar jalan pun pakai baju tido malam tadi... sarung jeket je kt luar..ngeh.



kepada mokcik kantin...
karipop ado pakai santan dak? agak2 kalo juai makaroni chis kt skolah baper untung leh dapat sebab chis tu mokcik takleh tipu2 tuko dengan plastik jusco....