KES 1
Apartment aku sewanya $870 sebulan.
Kata minah leasing office tu masa deal dengan abe gapo.. ada 2 option..
1. Kontrak 3 bulan, monthly rental $870
2. Kontrak 6 bulan, monthly rental $960
Macam tak lojik... kenapa A nampak lebih untung dari B?
Jawapan minah tu...... lepas 3 bulan maybe there's possibility the rental will be fluctuate..... maybe..I don't know...
dia sebut MAYBE... ek.... MAYBE.... dan tambahan I don't know lagi...
Mana korang rasa menjadi pilihan abe gapo?
Tentulah A kan..... walaupun aku rasa macam ada udang disebalik mee...
Bila dapat written kontrak hari ini melalui mail ... (nampak sangat tak berani nak bagi berdepan..)
katanya lepas habis kontrak 3 bulan , ada 2 option lagi...
1. sama ada sambung lagi 3 bulan dengan sewa $1080...(!!!!!!) gila babun punya banyak beza fluctuate ??!!
2. atau sambung lagi 12 bulan dgn sewa $960....
macam biasa breach kontrak kena penalti...
taknak sambung kalu.... bagi notis 60 hari.... kurang 60 hari, penalti jugak!
Apa perasaan anda? apa perlu aku lakukan?
Menyusahkan diri pindah apartment lain selepas 3 bulan? arrrgghh...
KES 2
Abe gapo beli kereta di Arkansas dengan insuran $240 selama 6 bulan.
2 bulan kemudian pindah ke oklahoma kena tukar alamat dan depa bagi quote baru..... $390 untuk 6 bulan (??)
Untuk 2 biji kereta jumlahnya $800 untuk 6 bulan.
OK lah... masih tak terkejut sangat...
Sebulan setengah kemudian pindah ke North Carolina, tukar alamat lagi, quote baru untuk 2 buah kereta adalah $1800 untuk 6 bulan (aku dah jadi hulk...speechless.... GGGRRRRRr.......).
Setahun bayar insuran kereta je dah sama harga dengan kereta abe gapo..
Bila bertukar state seolah-seolah berpindah ke negara yang berbeza... rules yang berbeza, tax yang berbeza...
Coverage insurance tetap sama dan aku dah malas nak ambil tahu kenapa harga naik walaupun menggunakan company yang sama....
Sudahnya abe gapo revoke policy tu dan tukar insurance company yang lain.... dapat murah dari asal.... $340 untuk 2 buah kereta selama 6 bulan.
Dan of course dah murah ni sah banyak cekadak masa nak claim...
but hey.... dah namanya insurance company kan.... yg mahal pun belum tentu senang buat claim.
Apa perasaan anda?
Aku dah tak larat nak study kenapa system org sini macam tu. Tak habis-habis bagi aku heart-attack..
2 comments:
Salam,
Uiks! Jauh bebenor beza amount nye tuh! Dah beribu lemon gitu! Abes tuh, apa pilihan di hati akak? Sambung lagik 12 months ke? Haru sungguh ek. Nasib baik untuk keta, ada jalan lain. Nak pindah lepas 3 bulan, saya dok terbayang nanti keluar lagik entry pasal pakcik boroi tertonggeng2 :D
wassalam....
tulah pasal..they all ni nak pancing org start duduk, mula dgn harga murah..... dah masuk, mana larat nak pindah keluar sesaja.
Bos somi lak kalau suruh tukar projek bagi notis 6 hari...bukan 60 hari...
ingat lepas ni plan cari keje kat spain kot...
Post a Comment