Monday, December 14, 2009

cabut pokok ciku itu!!


Ini adalah gambar terbaru spot pokok ciku subang yang abe gapo tanam hampir sebulan lepas.
huh!! mana pergi pokoknya? macam timbunan taik kucin je...
huhu.... pokoknya dah kena cabutt....
abe gapolah cabut....
tak sempatlah nak tunggu pokok ciku sebesar ini.... (gambo kopipes)..


Persoalannya... kenapa abe gapo cabut?..
adakah pokok ciku itu ternyata mandul?
adakah pokok ciku itu demand macam-macam?
adakah pokok ciku itu tumbang dilanggar bola cik mat?
adakah pokok ciku itu banyak songeh macam alibaba laki nalisa?
huh!! kalaulah mamat tu pokok ciku, lama dah aku cabut akar dia dari forum dcck tu....menyemak je.....

Alkisahnya sabtu lepas aku menerima kedatangan tetamu dari bangi.... member sekolah abe gapo daa.... jangan saspen dulu.....Member abe gapo ni manager rhb...tempat abe gapo ngan bebudak sekolah dia mintak tolong tang-tang nak buat loan ka... refinance ka...... (biasalah... bila lagi nak mintak tolong kawan kann....).

Tetamu sepasang suami isteri ni... tanpa dikurniakan rezeki anak adalah pasangan loving kapel... yang sangat mesra alam...... sangatlah ngam dengan aku yang memang suka menceceh macam bibik jumpa kawan sekampung nih!!

Kedatangan meraka sekadar melawat rumah yang telah ditolong pinjamkan duit bank nih, aku pun bawaklah isterinya keliling rumah, dalam bilik, toilet, bawah singki.... semua-semualah..... dia busy body, aku pun memang suka kepoh....
Maka keluarlah cerita pokok-pokok kebun buah-buahan yang bakal aku jual kepada rakan-rakan aku 5 tahun lagi

Hah!! katanya.... jiran ustat dia kata, jangan tanam pokok ciku dalam laman rumah!!
sebab.... tu rumah jin!!
aiyoyo...... abe gapo terus cabut buang kat longkang walaupun dinasihatkan alihkan pokoknya ke tanam permainan depan tu.... err.... takpelah
Nak makan ciku, cari jelah di jasko yea

Walaupun aku cuba cari kesahihan kenyataan itu di internet, tiada yang dapat mengesahkan... dannnn aku tak bercadang untuk mengesahkannya 5 tahun lagi....
Aku tetap dengan pendirian aku.... iaitu abe gapo sorang bayar bank, kitorang jelah yang menghuni rumah ni ek.... kalau jin ke sape-sape nak tumpang, sila bayarkan jugak pinjaman bank itu.... sekian harap maklum.

13 comments:

Lemon Dusk said...

biasa dengar ttg pokok ciku umah jin.

satu lg.. org tua2 dolu dolu kala tak bagi tanam pokok bunga raya kt umah.

kenapa?

den tak tahu.

p tanya pakcik G.

razzlina said...

chaisssssssss...nampaknya impian aku utk makan ciku free lima tahun lagi sudah berkecai akhirnya.....why ??????

ahkakbatik said...

ha ah...

bunga raya tak boleh tanam di laman?
why??

ko takleh makan ciku free 5 taun lagi?
why???
(wat-wat tak paham...)

Anonymous said...

Menurut Ustaz Ismail Kamus, di dalam hutan, lombong, kolam, di udara, pokok ciku, pokok kelapa gading adalah merupakan sebahagian tempat tinggal jin.

http://evolusiinternet.com/blog/agama-motivasi/kisah-jin-ceramah-ustaz-ismail-kamus.html

Tapi jin ni ade jin kafir ngan juga jin Islam.
Jadi, jemput jin Islam je ler dok kat pkok ciku tu.

ahkakbatik said...

huh!! dalam lombong, kolam pun ada..... dalam aquarium ada tak? harharhar....

yelah satu lagi pokok kelapa gading...huishh.. jin apa agama pun kalau dah namanya jin.... errr.... takpelah!

sat gi nak pi baca link tu... thanks bling2.

Anonymous said...

eh bukan aku la yg paste link tu....
ko ckp tima kasih kuat2 nnt nyahut la yg paste tu..

tp kan batik kat kg aku, jiran 1 lorong dgn umah mak aku, ckp mmg pokok ciku kat umah dia ada penunggu, derang dah tebang pokok tu...
suasana sejuk suram jek pokok ciku tu kan,...
bibik aku pun ada citer psl kisah seram pokok ciku kat kg dia kat indon sanun...

bling2

ahkakbatik said...

loh!! cik anon ateh tu bukan ko ke bling2!!

seram sejuk dah aku nih!!

Anonymous said...

bukan le batek..

bling2

Anonymous said...

aku dok selak kain batek ko...eh silap lak aku..hohohoho dok selak page ko batek ni pun nak baca psl citer tu le
nak copy link nya


bling2

kucing api said...

eish2 ye ker.. rumah kat kampung ada 2-3 pokok ciku.. lama dah besar rendang.. buah bersepah2 takde sapa nak makan.. rezeki burung2 la..

takkan la jin dok situ.. hmmm leceh la cam ni..

patin said...

dulu masa kekecik penah dok umah sewa yg ada pokok ciku... agak scary kelihatan pokok itewwwww.... memang dengar org tetua cakap centu pown...

BaNaNaS! said...

ek eleh... korang ni so 2000 late arrr. pokok ciku korang takut cikukunya korang tak takut..

Anonymous said...

aku tak mkn ciku

kat mana ada ladang ciku, cuba la skodeng
pokok ciku tu rimbun kan...