Wednesday, February 6, 2013

Ayah

Ayah lahir tahun 1937.
mak kata haribulan di surat beranak tu belasah aje sebab dulu bersalin di kampung.  Sebulan kemudian baru pi balai polis daftar surat beranak, tarikh dah lupa.

Dulu ayah kerja di Polis Depot Jalan Semarak tapi ayah tak pernah mengaku jadi polis.  Baju seragam pun takde.  Mak syak ayah keje mata-mata gelap tapi ayah kata dia cuma keje mekanik.
Maka kami adik beradik selalu dapat bantuan sekolah sebab pekerjaan ayah hanyalah "mekanik".
Ayah tak ambik skim pencen sebab tak mahu potongan gaji yang banyak takut bakinya tak cukup bagi anak-anak makan.  Bila tiada potongan pencen, tiap 3 tahun ayah dapat bonus dan salah satu benda yang ayah beli untuk mak bila dapat bonus adalah mesin basuh.
30 tahun dulu tinggal di rumah flat dbkl tapi ada mesen basuh pintu depan sangatlah canggihnya.
Ayah takde kereta sebab kalau ada 2 kereta sekalipun, tak muat nak sumbat anak-anak yang boleh buat sepasukan bolasepak itu, maka ayah cuma ada beskal buat pengangkutannya dari kg datuk keramat ikut jalan mindef ke polis depot jalan semarak.
Anak2 nak pergi mana-mana, depan rumah ada bus stop.


image google


Ketinggian ayah cuma 5 kaki.  mungkin kurang, tak pernah ukur.
Ayah merupakan manusia paling kecil/comel dalam keluarga.  ke dua comel adalah tukang tulis ini dengan ketinggian 5kaki 2 inci.  Yang lain berkaki-kaki tingginya.

Sewaktu anak-anak masih kecil. ayah sangat rajin melayan kami.  Masih teringat ayah belikan rantai serawak buah tangan untukku sewaktu out station 3 bulan di sana.  Mekanik pun out station?.. canggihkan ayahku.
Dan masih teringat suatu hari ayah memanggilku yang sedang gigih bermain konda kondi semata2 mahu aku menyambut adik baru. Dalam kepala aku... emm... bukanke baru je dapat adik tu hari?
Aku punya adik yang 2 tahun lebih muda, 5 thn, 9thn 10, 12, 14, 16 dan 21thn muda. Aku anak ke 4.


Bila anak-anak mula membesar, ayah seolah merenggangkan diri.  Dia kurang berbicara dengan anak-anak tetapi dia amat rajin berborak dengan menantu-menantu lelaki lebih2 lagi selepas ayah lama pencen.   Salah satu tip ayah pernah bagi pada abe gapo adalah cara penjimatan ketika mengisi petrol kereta.

" Jangan tekan nozzle tu kuat sangat.... nanti angin je banyak masuk.
Alah... macam orang nak beli roti canai..... selalu orang beli roti canai bentuk bulatkan? haa ko mintaklah roti canai 4 segi"... kata ayah dengan bangga.

Rasa berterima kasih sangat pada abe gapo yang mengiyakan saje idea petrol bersangkut paut dengan roti canai itu demi rasa hormat pada mertua.


image google



Sekitar tahun 2007.

Ayah, mak, yana (adik no 8) menuju ke unitem melaka untuk menjemput acu (adik no 10) yang mahu pulang cuti semester.  Oleh kerana ayah sudah tidak berapa kuat memandu, pertolongan yana diperlukan yang ketika itu merupakan pelajar usm sedang bercuti.

Perjalanan ke melaka berjalan dengan lancar.  Selesai menyumbat barang dan tuan punya barang ke dalam kereta, mereka beransur pulang.
Sewaktu di lebuhraya plus, dengan tidak semena-mena kereta datsun tua yang ayah beli sebaik saja ayah pencen itu tersenggut-senggut ketika pedal minyak di tekan.
Yana kecut perut.
Yana beritahu ayah ..."ayah drive yea.. yana tak berani"
ayah jawab... "ok"


image google


Yana menyusur kereta ke bahu jalan dan proses penukaran tempat duduk pun berlaku.
Ayah keluar kereta untuk duduk di tempat pemandu
Mak keluar kereta untuk duduk disebelah pemandu.
Yana sepatutnya masuk ke tempat duduk belakang.

Ayah pasang tali pinggang keledar dan melepaskan gear langsung menekan pedal minyak.
Kereta menyusur laju.
Mak terkejut.
Acu pun terkejut.
Yana lagilah terkejut!

mak toleh belakang... toleh pada ayah.
"yana tak masuk kereta lagi tu!!" jerit mak.
"tulah, lambat sangat"  jawab ayah selamba.

jatuh jantung mak kejap.
"eh berhentilah!"  jerit mak lagi
"ni high way mana boleh berhenti suka hati..." jawab ayah selamba lagi.


image google


mak toleh belakang, yana sayup-sayup hilang dari pandangan.  otak mak berpusing mencari idea... akhirnya..
" awak berhenti sekarang kalau tidak saya terjun!"  ugut mak.

ayah mengalah dan menyusurkan kereta ke bahu jalan dan berhenti. (muka masih stone)
mak keluar dari kereta dan membiarkan pintu terbuka sebagai langkah berjaga-jaga kalau ayah mulakan enjin lagi.
Setengah jam kemudian kelihatan sayup-sayup kelibat yana berjalan sambil menghentak-hentak kaki.

Sampai saja yana ke kereta sambil menjerit-jerit "benci ayah! benci ayah! tinggalkan anak tepi jalan!"
dan mengongoi menangis sepanjang jalan balik ke setapak.

Keesokan harinya sewaktu aku datang ke setapak, mak berbisik "ayah kau dah nyanyuk"..

Selepas itu yana tak mau berjalan jauh dengan ayah lagi.

11 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Ayah Sham lahir tahun 1939. Alhamdulillah masih sihat tapi biasalah dalam keadaan umur macam tu.. body je cantik, tapi enjin dah macam-macam.

p/s;
Ayah jenis berat bukak mulut kalau Sham call, tapi kalau dah eye-to-eye, faham-faham je la.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kanda,

Hehe...hehe...
Muahaha...muahaha...
Wakaka...wakaka...

Nak petai? Yang dah siap kopek ker yang dengan kulit? Tumbuhan/pokok aci pos ek! Cer citer! Cer citer!

Sekian.

Salam,
zue

~Mami Little Hero~ said...

Kak Tek

Sungguh berlinang air mata baca entry kak tek yang ni. Tambah2 ayat last tu yang mak kata ayah dah nyanyok. huhuhu. Ayah kak tek ada lagi tak?

Dinas Aldi said...

Sayu baca entri kali ni. Arwah bapak aku lahir tahun 1925, dah meninggal tahun 1994. Sampai sekarang bila cuti mesti ziarah pusara dia.

:cahya schatz: said...

Abah i pon dah nyanyuk... Tp tak mau ngaku...
Tanya umur, mesti kata 20an.... Huhuuu....
Yg tu bukan sbb nyanyuk tp sj suka melawak....

mama maman aka yana said...

ayah aka abah muda lg... br 65 thn...

ahkakbatik said...

Sham, ayah kaktek pun baru jahit usus... mak kata biasalah dh tua2 ni sana bocor sini bocor...



Zue, tu petai untuk si Aida lah.. betul tak tipu... hahahaa..



Farah, ayah kaktek ada lagi. Tu antara sebab nak balik for good supaya tak terkilan kendian nanti. Dok jauh2 ni tu je yg buat kita rasa nak balik je.

ahkakbatik said...

Dinas... sayu lebih2 lagi kalau orgnya dah takde... yg masih ada ni kenalah appreciate bebetul.



Liza, seronok gak layan kerenah org tua... bagi jawapan sokmo kelakau.
kaktek dpt gene lawak dr ayah le kot.



Yana, muda lagi... layan puas2 tau..

Real Life in Malaysia said...

kesian yana anak yang sangat baik

... must have been extremely traumatic for her to be left behind ... and emak ugut tu memang real lah tension nye ketika tu ...

semoga keluarga besar sihat aman dan damai ... :)

Groungai 10920

:) tengah-tengah malam ni suddenly i am fascinated by the words to prove i am not a robot ...

Tomita jb said...

Hujan di jb...sy baca kisah ni smpai mengalir air mata ketawa...dapat rasakn btapa bengang nyer yana masa tu..

ahkakbatik said...

Tomita jb, perut kaktek rasa nk pecah ketawa tp kena buat muka serius depan yana...kenangan sampai bebila takleh lupa nih.. :D