Wednesday, March 13, 2013

anda buntu? dapatkan consultation percuma...

Kaktek nak cerita pasal pengalaman bersolat istikharah kali ni.
Adik2 habiskan baca yea.. jangan skip pi blog orang lain pulak ek....


Salat al-Istikharah (Arabic: صلاة الاستخارة ‎) is a prayer recited by Muslims when in need of guidance on an issue in their life. The Salah is a two raka'ah Salah performed to completion followed by the supplications Salat al-Istikharah.

One Hadith stated that 'He does not fail who makes Istikharah and he does not regret who makes consultation.


Pengalaman pertama solat istikharah tahun 2006.

Waktu itu berbelah bahagi samada nak cabut balik Malaysia... atau stay di Britain.
Jika pilihan untuk terus tinggal disana, semput selepas gaji ditolak 33% tax, council tax £100, sewa rumah sebilik saiz 10 x 55 dah cecah £850.  Yea.. rumah teres townhouse di North London tu cuma 10 kaki lebar!




Abang dan ajik depan rumah di Willesden, North London.  Buka pintu nampak tangga untuk rumah atas maka lebar rumah hanya dari tangan abang hingga hujung tembok kanan.
Bapanya pula manjang di tugaskan ke luar daerah oleh bos la habla espanol yang tidak ambil tahu masalah staff.  Kehidupan memang sangat tidak menggumbirakan tetapi demi mahukan anak2 sempat kesekolah, kaktek tahankan perasaan.

Sedih juga bila abe gapo buat keputusan untuk balik waktu itu kerana sekolah baru saja bermula... nama je pi landen tapi anak tak sempat cakap omputeh.  Hati nak sangat-sangat untuk terus tinggal tapi faham juga financial sangat critical maka solat istikharah jalan terbaik.

Dengan menanam pilihan dalam hati untuk terus tinggal disana, solat pun dimulakan.
Malam ke 3 solat, kaktek dikejutkan dari tidur dengan perasaan susah hati yang amat sangat seperti ada yang tak kena tapi tidak tahu apa dan kenapa.  Nak tidur balik pun payah.  Hati ragu2 samada itulah petanda yang ditunggu atau mugkin salah makan.

Untuk mendapatkan kepastian yg lebih, malam ke 4 kaktek membuat keputusan drastik dengan menukar pilihan dalam hati untuk pulang ke tanahair dan dengan kebesaran Allah yang tidak pernah menghampakan umatnya yang memerlukn pertolongan, amat mengagumkan kerana tidurnya dikejutkan lagi dengan perasaan gembira tak keruan.
Rasa sangat kerdil waktu itu dan insap yang amat... (masatu laaa... lepastu tanduk setan naik balik)

Seminggu selepas itu, kami cha alip but... heh... sampai amarika dah ni haa..


Sebelum cha alip but, sempatlah pi posing2 dulu depan landen bridge.




Malam ini kaktek akan solat lagi walaupun tahu keputusan yag di pilih amatlah sesuai dalam semua segi tapi memohon consultation dari Allah adalah percuma... maka mengapa tidak.?

Doakan kaktek agar semua berjalan lancar dlm proses membuat pilihan ini... dengan izin Allah.

cekian nukilan cerpen kali ini. in sha Allah kaktek khabarkan keputusannya kelak.

17 comments:

Dinas Aldi said...

Mintak consultation dariNya memang jalan yg terbaik, beb.

Dahla sempit, mahai pulak sewa di Landen tu. Cukai..mak aih..

Mixed-family in da house.... said...

Moga Allah permudahkan ...Rabbi Yassir

Anonymous said...

Alahai kak Tek, menitis air mata saya baca keluhan mencari penyelesaian hidup.

Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kak Tek.

Ahkak

Anil Wanina said...

amin..semoga semuanya berjalan lancar.. :)

mama maman aka yana said...

brtul tuh.. mmg betul2 free kann.. insyaallah sy pun akan cuba nak buat.. sebab hati asyik rasa tak puas dgn kerja@staff@management yg suka buat niaya kat kita nih.. huhuhuhu

Yong Is My Name said...

Kaktek,
Takde consultation yang tulus ikhlas dan sebenarnya sejujurnya melainkan dariNya..aminnn

Ps: udah kome jadi naik bot balik tanah malaya?? Ater mcm mana teman nak singgah rumah kat sana??

Anonymous said...

Assalamualaikum Kanda,

Ya Allah. Mudah kan lah urusan Kanda Ku Kak Tek sekeluarga.

Ya Rahman. Lapang kan lah dada Kanda Ku Kak Tek sekeluarga.

Ya Rahim. Tenang kan lah hati Kanda Ku Kak Tek sekeluarga.

Moga yang baik-baik sahaja untuk mereka Ya Rabb.

Amin. Amin. Ya Rabb.

Salam,
zue

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kak Tek,
Semoga Allah memberikan petunjuk serta hidayah-Nya ke atas diri mu serta keluarga mu.

nor laila said...

sungguh terharu aq membaca curahan rasa mu Linda...dan rasa terharu bertambah lagi kerana sahabatku ini tidak putus asa beristikharah...

harnidahussin said...

Apa pun ketetapan dariNya..itulah yg terbaik untuk kita walaupun pada zahir mata kita nampak tak sempurna..
Dia yg lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita..
Berserahlah..redha...tawakkal setelah kita berusaha..

Amin..

blu4sky said...

salam kaktek,
lama tak singgah kat sini..semoga Allah buka jalan terbaik untuk kaktek sekeluarga.. mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan..amin
:)

Real Life in Malaysia said...

Assalamualaikum wbt KakTek

Mudahan dberi petunjuk jalan dan arah terbaik insyaALLAH.

Tidak ada sesal dan duka selepas istikharah InsyaAllah :)

ahkakbatik said...

Dinas, Mixed Family, Ahkak, Anil, Yana, Yong, dinda Zue, Sham, Laila, Aida, blusky, Real.... masyaAllah.... kasih sayang semua buat kaktek terharulah.
Hanya pada Dia kita berserah dan tawakal.... terim kasih mengikuti kisah hidup jongkang jongkit ini.. sama-sama kita ketawa, sama-sama kita bersedih... sayang lah kat you all!!!

ahkakbatik said...

psst Yong... dimana rumah kaktek itu tak penting, yg penting tuan rumah itu anak jawa... heh... kaktek idang tempe ek.

Anonymous said...

Jgn le pindah kaktek oi ...
Kakayda

~jeet~ said...

saya dulu orang yang sombong. saya ingat istikharah untuk mintak pentunjuk, saya tak pernah ada masalah buat pilihan, selalu xde konflik, sebab tu saya sombong..

rupanya istikharah bukan takat nak mintak petunjuk, kalau kita faham doa istikharah tu, ianya untuk mohon Allah permudahkan pilihan kita..sekarang saya dah faham..walaupon pilihan saya mantap, tak bermakna saya boleh sombong dengan Allah...saya masih harus minta Allah permudahkan jalan saya...

thanks for sharing kak tek ;)

ahkakbatik said...

kak Ayda... lom lagi tapi pasti suatu hari nanti...



jeet laling. mekasih pada jeet kongsi pandangan dan pengalaman. kita selalu lupa siapa yg lebih berkuasa dan mengetahui segalanya... kaktek yg dah tua ni pun masih sombong... sama2 kita ingat mengingati...
take care laling.