Sunday, December 23, 2012

Day 3 - cuti-cuti Amarika - Arizona

Day 3
Journey : Albuquerque, New Mexico to Flagstaff, Arizona
Distance : 325 miles (523 km)
Hours driving : 4.5 hours
Temperature : 3 C







Saiz peti ais hotel kan comel-comel boleh muat 5 ketul drumstick kfc saja maka lauk-pauk kaktek tinggalkan dalam ice box dlm bonet kereta memandangkan suhu luar bilik dibawah 0 C.

Sudah 3 hari makan lauk frozen, asal tolak je masuk tekak.  Best nyer kalau ada kedai makan Pak Man jual mee bandung panas-panas .






Kalau takde label, memang terbelek-belek tak tahu apa isi dalam.


Seperti yag di janjikan, ni gambar penempatan di New Mexico.
Rumah-rumah di lereng bukit ni jika di Malaysia, orang kayo je mampu.
Ekonomi Santa Fe berdekatan Albuquerque bersandarkan kepada pelancongan pergunungan maka jalanraya memang bagus tetapi penduduk sekelilingnya nampak sangat sederhana.






Antara perumahan "mewah" yang kelihatan di tepi lebuhraya.
Mewah kaktek kategorikan sebab majoriti yg kelihatan adalah rumah2 trailer.


Design rumah ni pun ala-ala di negara buah kurma gitu.








Haa... ni rumah dalam pandangan yg amat biasa di kawasan Albuquerque menuju utara ,  Santa Fe dan juga dari Albuquerque menuju ke barat iaitu ke arah Arizona.






Sila maklum bahawa walaupun kaktek guna dslr cap ayam tapi dalam kategori dslr tau...
maka bukan sengaja tukar kaler hijau rumput/pokok ke kaler gersang tetapi gersang itulah kaler originalnya.







Setelah menikmati kaler gersang sepanjang jalan Texas ke Albuquerque, menghampiri Arizona mula menunjukkan mini Grand Canyon.







Semua bukit tu kaktek rasa nak tangkap gambar.
Nampak cantik sangat walaupun kaler semua sepesen je.


Cantik kannn....







Hampir kesemua hotel berbintang lebih sikit menyediakan pusat berjudi.... terasa bahang Las Vegas.(almaklum hotel cap ayam kaktek duduk takde bintang kot sebab tu tak reti sangat kira bintang)

Mungkin tanah gersang yang tidak mengeluarkan hasil menyebabkan bisnes perjudian menjadi mata pencarian negeri ini selain pelancongan tanah tinggi.

Lagipun kebanyakkan kereta di lebuhraya merupakan plate kereta berasal dari negeri lain.
Alang-alang balik kampung nak raya... singgahler main terup.








Bukti dah jejak kaki di tanah Arizona!!







Suku dari Arizona merupakan penempatan bangsa peribumi seperti Najavo, Hopi, Apache dan lain-lain.
Tapi nayyy.... Red Indian ni tidak lagi tinggal dalam khemah-khemah tetapi dah ada taman perumahan moden.









Heh.. bebudak ni lepas geam tiap kali dapat keluar dari kereta.








Lauk frozen lagi.... (sigh)
Err... mak budak nya gigi pelesu nak tersembur keluar tu pasal kena tutup molot... ngeh.






Depan hotel 2 bintang tapi takde casiNO ek...  sNO je ada..
Internet kejap sangat laju kejap macam siput dan takdek peti ais... takpe... kat luar banyak ais.




Esok ke Grand Canyon kita  !!


13 comments:

nor laila said...

as salam...kat sana jam berapa sekarang ni kak tek....fuh....pemandangan pergunungan yang sangat indah...SUBHANALLAAH...dunia ciptaan Allah...saya tumpang tengok ye...nak menjejakkan kaki...kalau belum sampai masanya masakan dapat kan...

ahkakbatik said...

waalaikumsalam laila.... zaman kita sebilik time skolah dulupun mana tau nak sampai sini.... takpe.. ada banyak tmpt lain yg laila dah jejak dan belum saya sampai... takde siapa untung atau rugi... sama je.

ahkakbatik said...

eh lupa jawab soklan.. heh..
sini jam 10 malam.. 13 jam lewat dr msia.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Va va vaaa Kak Tek,
Kenapalah diri mu sgt comel.
Mcm sesaiz saja dgn anak bujang sulong mu.

p/s;
Nyata kelihatan angkatan tentera Adam & Hawa x belen langsung.
Errr.. dh xmo menambah umat Muhammad ke?

hainom OKje said...

Wah....dah besau2 anak ko ye linda...
Yang mana satu muka ko ehhh???

Tulah.... nak pesan ni...jangan sampai ngigau masuk kelab judi pulak! ha...ha...

Mak Piah said...

AB:

Salam ziarah..:-) Pestaim nih. Nanti MP khatamkan.

Enjoice ur holiday.

X

ahkakbatik said...

Puan Sham... anak jantan tu yg meninggi tak hengat. 5"9'. mana2 mak berdiri sebelah dia mesti nampak comel.
angkatan tentera Adam & Hawa tak belen?
hang ngata cek ka.. atau ngata diri sendiri? hikhikhik..



Nom... sini paki tudung masuk kasino pun okje... cuma aku takut keluar kasino terus kena sambar petir.




MP.. mekaceh ziarah... takyahler pi khatam citer2 jaman jahiliyyah tu..
Sudah cikup sembuh?
selamat kembali bertugas.

Dinas Aldi said...

Gitu rupa rumah depa naa, betoi la macam kat negara buah kurma. Saya suka gambaq no7 tu, bukit dengan langit biru, fuhhh! & jugak suka tengok bebudak tu lepas geram bila keluaq keta, kehkehkeh!

CS said...

AB
Waaaahhh...seronoknya dia anak beranak cuti2 Amarika. Salute kat you juga sbb tahan dan sabar duduk dlm kereta lelama but it's all worth it, kan?

Tempat2 yg you ziarah tu all sound so familiar tapi tak pulak pernah pegi, hehe..

Teringat lagu zaman dulu kala tajuk 'Arizona' singer Mark Lindsay.

p/s: cuba tengok kat celah2 grand canyon kot ada warong mee bandung Pak Man, har3..

ahkakbatik said...

Tulah DA... 3 hari dok dlm keta kan.. 2 hari terakhir kng lagi seksa... direct balik. udahla montot ku leper.. bertambahlah leper..



CS... jin malas updet saya dh berhijrah kt CS pulak yea? tu nak ken pekena mee bandung dulu tu.

PatinPasta said...

Wah! Serious cantik tengok segala bukit bukau, gunung ganang nun. (bertambah cantik sebab orang tu kamera canggih nooor ;) )

Menggunakan perkataan cantik lagi... walaweh! Patut la orang tu selalu kabo dia umor 14 tahun. Memang sah 14 tahun maa! Fewit! ;)

Last jalan hari tu, saya tepu makan megi, couscous dengan sardin dalam tin. Tapi yelah, tak de anak 14, ada anak tekak je. Belasah je la. :D

ahkakbatik said...

ko ni kan yang.. kembang2 dah montot ahkak ni di puji2... udah le tu.. kang seat keta tak muat, saper susah?

ktek tak lalu nasik dah tp sulung ngan bapanya tekak melayu jawa pure.. takleh ubah dah.

~jeet~ said...

tak amik ais buat ABC..? :)