Wednesday, December 26, 2012

Day 6 - cuti-cuti Amarika - daytime in Vegas

Day 6
Journey : Vegas uptown and downtown
Distance : 10 miles appx back and forth
Hours driving : sight seeing bus for 3 hours
Temperature : 8 C









The Excalibur.  Hotel dan sudah tentu .... casino.
Tiada cerita menarik tentang hotel ni. Saja snap gambar sebab cantik.







The Sphink.
Kata tour guide bus.. selain hotel yang sangat exclusive, sini juga merupakan tempat plastic surgery untuk majoriti pekerja hiburan Las Vegas.







The Mandalay Bay Hotel.
Ini hotel haaa... ada 5000++ bilik.  Bangunan bukan sebijik tetapi 2 bijik dan berbentuk triangle.  Hotel takat 300-400 bilik tak mampu buat bisnes di tanah Vegas.
Suite paling murah adalah usd5k semalam dan paling mahal adalah usd50k semalam.

Semput kaktek menyerang secara tiba-tiba bila terdengar angka tu....
err...orang yg kaya-kaya ni berak dalam toilet gak ke?







Papan tanda Las Vegas yang terkenal.  Tour guide suruh tangkap gambar... kaktek ikut je.







MGM hotel merupakan hotel ke 3 terbesar di dunia dan TERbesar di USA.




MGM brand banyak mengeluaran filem2 Amerika dengan brand MGM production di awalan cerita.
Hotel ini merupakan tempat perlawanan antara Mike Tyson ketika menggigit telinga Evander Holyfield.  dan merupakan tempat persembahan David Copperfield.
Hotel ini bernilai 20 billion jika kaktek tak silap dengar.  Almaklum selepas dengar sebilik hotel berharga usd5k semalam, otak kaktek terus jadi tepu.
Tak boleh bayangkan banyak mana 20 billion tu sebenarnya.





Dah lupa kisah Monte Carlo ni.  Snap juga sebab terlepas hotel Mirage tempat kontrak Celine Dion membuat persembahan.







Bellagio hotel.  Merupakan harta di bawah MGM Resort.
Tempat shooting Ocean Eleven, ocean Thirteen, Rush Hour 2, What Happen in Vegas dan banyak lagi.





Mini Paris.






Ballys merupakan jenama yang mengeluarkan jumlah slot machine terbesar.
Cerita selebihnya tak masuk kepala sebab tetiber  kak teringat kasut jenama Bally dari Swiss yang tiada kena-mengena dengan komplek ini.







The Palazzo merupakan bangunan ke 11 terbesar di dunia.






Wynn and Encore kepunyaan billionare Steve Wynn membina hotel dengan golf course di belakangnya.
18 holes golf game dengan yuran usd500 dengan syarat booking hotel sekali.







Cantik.  Tak tahu apa cerita.  Trump tower nampak kecik je banding bangunan2 lain.







Bangunan yang lengkuk2 tu adalah clinic.
Ownernya seorang doktor mahukan ciptaan bangunannya berdasarkan rekaan gelombang otak.

Kalau kaktek masuk clinic ni, dapat bil mesti terus kena sakit otak.






Di belakang clinic adalah World Market yang menjual sofa berharga usd9k ..... sebijik.








Menjawab soklan adik Jeet.  Samada nak masuk casino kena bayar atau tidak...
Tak kuasalah ahkak nak bayo untuk bawak bebudak ni masuk... haha..
Setiap hotel ada casino... restoran ada casino... kena runcit pun ada casino... tiap lorong kami masuk ada casino..
Betul tak tipu.







Peluang untuk memenangi Camaro... baling.. baling jgn tak baling... 1000 dinar... 5000 dinar...








Awalan strip street Las Vegas.  Nak balik dah ni.. capek.







Sebelum terlupa.  Jangan khuatir tentang parking kereta anda.  FREE.... FREE...
Tanah lapang tidak seperti bandar New York... sejam $9, sehari cecah $30...
Vegas parking FREE... jgn lupa tabur terup..







On the way balik hotel, nampak entrance parking untuk pekerja hotel Bellagio.
Signboard parking pekerja pun nampak grand.







Akhir sekali untuk adik Jeet.  Oleh sebab kaktek tak jumpa pelakon CSI Vegas, pokok palm dalam CSI Vegas boleh tak?





Esok kaktek akan bergerak ke Los Angeles, California mencari mickey mouse.
Tak sabar nak meninggalkan sin city ini... nafas rasa sesak.


Jika ada yang tertanya-tanya percutian bajet ini berharga berapa rebu.... tunggu habis cuti kaktek cek buku tiga lima..... tungguuuuu......

10 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kak Tek,
Hurmmmm.. erkk.. arrrr..
Apa nak komen yek?
Speechless..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Lupa nak tanya lak...
X singgah umah Kak Nita ke?

hainom OKje said...

Patutlah Anita Sarawak suka duk Vegas ni ek Kak tek!!!ha..ha...

Tu macam Sunway Piramid je Kak Tek... yang ada kepala Firaoun tu sebijik ko...

Dinas Aldi said...

Tu diaaa, bukan telan ayaq lioq lagi dah tapi siap terduduk atas lantai baca bilik kat Mandalay Bay tu, huiyohhh!
Unik la bangunan klinik tu tapi dok pikiaq camana depa dok kat dalam tu..err..

ahkakbatik said...

Sham.. cakapler kita dah boleh jadi tour guide...hahahaaa...
dengar citer anita dh nyorok kt texas... tengah cari ni..



Nom, ha tulah.. takyah sampai sini pun takper... sama je ngan sunway piramid.




Dinas.. kita bukan terduduk je.. sampai hari ni sembelit tau...

dieya said...

Tarik napassss.... Hembusss..
Semput jugak mengkhatamkan kisah2 holiday kaktek. Tengok2 dah sampai kota dosa. Tak sangka parking free kat sana.. Apo laie kaktek, naik limo laa mcm kim kardashian gittewww

PatinPasta said...

Bangunan bentuk gelombang otak tu, mesti susah nak cuci kan? Especially segala tingkap kat luar nun.
*sesak otak memikirkan nih!

~jeet~ said...

bnyk soklan saya terjawab.. pokok palm pon jadila...janji slm saya sampai ke bumi vegas..hahaha.. :)

Cik Canon said...

Asslkum,
Setahu saya yg 'clinic' tu ialah Fashion Show Mall.Saya dah banyak kali datang shopping di sana.Di dalamnya ada Neiman Marcus,Saks Fifth Ave,Dillards dan lain2.Ini website nye.
http://www.thefashionshow.com/

ahkakbatik said...

waalaikumsalam dik Canon..

clinic tu gambar dibawahnya. bangunan atasnya memang tulis Fashion Show. kaktek dok ateh bas je... tak masuk dalam pun. semput tgk org ramai.